14 November 2017

Semuanya Tak Berhenti

To be honest,  hidup ni takkan berhenti dari bekerja dan belajar.  Tak kisah la sama ada kau makan gaji ke,  kerja sendiri ke,  part time student ke,  full time student ke,  semuanya takkan pernah berhenti sebab sekarang ni,  semuanya kena ada duit dan ilmu.

Macam aku sekarang ni,  aku buat tiga kerja untuk teruskan kehidupan aku. Sebagai Eksekutif Perhubungan Awam di sebuah syarikat pembangunan hartanah,  driver Grabcar dan blogging.  Semuanya aku buat dalam satu masa dan Alhamdulillah,  buat masa ni tak ada lagi la yang clash antara satu sama lain. Aku masih boleh susun jadual aku elok-elok.  Kalau clash,  aku terpaksa lepaskan salah satu.  Nasib baik la part time job aku masih boleh diubah-ubah sikit.  Ikut kesesuaian masa aku.  Tapi kalau kerja yang Perhubungan Awam tu,  memang dah fix.  Kena ikut masa dan apa yang dah ditetapkan.  Mujurlah untuk blog,  kawan-kawan faham dan untuk Grabcar,  ikut masa aku sendiri. 

Sekarang ni kalau buat satu kerja,  susah sikit nak survive tambah lagi dengan kos hidup yang tinggi.  Kena la buat dua tiga kerja yang boleh dapat income sikit.  Tapi jujur,  untuk blogging,  lebih pada kepuasan aku untuk menulis.  Ada rezeki untuk job blogging,  aku terima.  Alhamdulillah. 

Ilmu? Memang takkan berhenti la kita belajar kan.  Tak kisah la sama ada secara formal atau tak formal.  Kadang-kadang bila jumpa dengan orang baru,  kita akan belajar benda baru.  Tak semestinya belajar dekat universiti atau kolej ja. 

Memang takkan pernah berhenti dua ni.  Pergi la ke ceruk dunia mana sekalipun,  tetap kena lalui kedua-duanya sebab ia takkan pernah berhenti.

3 ulasan:

Nadia Nurul berkata...

bagusnya pandai cari duit sendiri,,selamat maju jaya dalam segala bidang yang diceburi ye

Sue Izza berkata...

era najib rosmah ni tak boleh 1 keje je,payah nak hidup huhuuuu akak dok umah oun gigih cari duit ikut mana yg boleh huhuuu

Leyla Nurjatiey berkata...

betul..memang takkan berhenti semua tu..

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...