24 November 2017

Jibam Gagal Buat Aku Menangis


Pada mulanya,  aku jangkakan aku akan menangis bila tengok movie ni.  Sebabnya,  aku tak pernah baca novel ni walaupun orang kata,  novel ni agak famous dulu. Aku ingatkan filem ni pasal budak lembam yang disisihkan keluarga atau susah hidup seorang budak lembam. Aku baca sinopsis pun masa makan malam setengah jam sebelum tayangan perdana di eCurve.  Trailer pun aku tak tengok.  Yang aku tahu,  filem ni memang dinantikan oleh peminat novel Jibam dan peminat adik 'Buntat'. 

Okay,  lima minit pertama,  ada adegan sedih dah dan aku jangkakan part sedih ni akan berlarutan sampai habis cerita dan aku sedia untuk rasa sebak dan menangis. 


Tapi aku silap,  filem ni sebenarnya bukan sedih pun tapi sebaliknya. Kelakar dan ada disulam sikit babak-babak sedih di pertengahan dan hujung cerita.  

Satu filem ringan untuk ditonton untuk semua,  tak kira la tua atau muda.  Tapi mesej yang nak disampaikan kepada penonton tu,  memang mudah diterima. 


Bab pelakon,  memang aku respect ke adik Ariff sebagai watak utama dalam filem ni. Memang dia mainkan watak dia dengan sangat baik.  Watak-watak lain macam Shafie Naswib,  Isma Daniel, Farah Ahmad,  Kazar dan yang lain dah cukup untuk sempurnakan filem ni. 


Memang filem ni gagal buat aku menangis sebab diluar jangkaan aku yang memang tak pernah baca novel Jibam ni.  Tapi filem ni berjaya buat aku gelak sepanjang cerita. Lawak yang ada dalam filem ni memang tak nampak dibuat-buat untuk bagi penonton gelak dan tak ada scene yang krik-krik walaupun ada satu scene tu akan buat korang tertanya-tanya kenapa dia buat macam tu.  Satu scene tu je la... Hehehehe... 

Apapun,  memang patut filem ni dinantikan oleh semua orang.  Korang patut serbu pawagam berdekatan pada 7 Disember nanti.  Support filem Malaysia oiii... 


SINOPSIS JIBAM
Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak istimewa iaitu Jibam atau Ashraf yang sedikit lembab akal fikirannya, namun Jibam mempuyai keistimewaan yang tersembunyi. Jibam mewarisi kepandaian bapanya Suman untuk mengubati penyakit. Suman mati terbunuh dalam hutan dan kematiannya sungguh misteri. 

Selain itu, turut diketengahkan tentang Tok Ngah Sudin yang pasti menimbulkan kebencian/kemarahan setiap penonton kepada watak ini kerana sikapnya yang mengkhianati persahabatan dan permusuhanya dengan Jibam sehingga sanggup untuk menamatkan riwayat anak kecil ini. Selalu benar Tok Ngah Sudin memperdajalnya. Dan sesering itulah Jibam dibantai teruk oleh Tok Ngah Sudin.Bukan watak Tok Ngah Sudin saja yang membencikan, malah watak Fakir juga amat memberikan kesan. Fakir merupakan abang sulung Jibam namun sekadar abang pada nama. Fakir bukanlah abang mahupun anak yang baik. Tidak memperdulikan kesusahan keluarga sendiri, pandang rendah dan langsung tidak membela nasib adik sendiri. Yang Fakir tahu hanyalah bermain cinta dengan anak Tok Ngah Sudin dan harta-harta peninggalan Suman. 

Jibam juga dibenci Usin Singai, marahnya Usin Singai memuncak tatkala basikal tuanya dicat biru oleh Jibam. Hinggakan ayam dalam rebannya pun biru dikerjakan Jibam. Usin Singai menetap di atas tanah Tok Ngah Sudin yang sebenarnya dimiliki oleh Suman. Dan Jibam, anak yang bodoh alang itu, perlahan-lahan membongkar rahsia kematian ayahnya. Ilmu ghaib yang diwarisi dari ayahnya serta khianat dan dendam kesumat Tok Ngah Sudin dan Usin Singai. Watak seperti watak Kadir, abang kedua Jibam, dan Piah ibu Jibam menghidupkan lagi jalan cerita. Kadirlah yang banyak membela Jibam walau caranya agak kasar. Kadir berusaha untuk mendapatkan kembali tanah-tanah peninggalan bapanya. Sebagai ibu Piah, seorang yang tenang dalam melayani karenah anak-anaknya terutama Jibam yang selalu menjadi mangsa buli orang-orang kampung .

23 November 2017

Jangan Tengok Pengabdi Setan Kalau...


Kawan aku,  si Razzwey ajak tengok Pengabdi Setan sebab dia dapat jemputan dari member dia untuk tengok filem tu di GSC One Utama malam tadi. Walaupun aku bukan penggemar filem seram,  tapi disebabkan tak ada aktiviti nak dibuat,  aku pun pergi la sekali.  Lagipun,  aku nak jadi antara yang pertama tengok filem ni memandangkan secara rasmi ia ditayangkan di Malaysia hari ni. 

Dan,  antara artis yang turut join tengok Pengabdi Setan dengan kami semua,  Dato Fazley,  Mawar Rashid,  Raff Yaakob,  Liyana Jasmay dan Imran Ajmain.  

Pasal filem ni,  aku tak syorkan korang tengok filem ni kalau korang jenis lemah semangat dan senang terkejut.  Berapa kali aku terkejut sepanjang hampir dua jam tayangan filem tu.  Elemen-elemen kejutan yang kadang korang tak sangka pun.  

Liyana Jasmay duduk kat baris belakang aku, betul-betul belakang aku,  memang terdengar la dia menjerit sekali.  Bukan dia je,  hampir satu panggung menjerit.


Berdasarkan ending movie,  aku rasakan akan ada sambungan filem ni nanti di masa akan datang.  Jadi,  korang jangan lupa pergi tengok filem ni dekat wayang yang berdekatan dengan korang... Dah mula tayang dah.   Aku bagi 9/10 untuk filem ni. 



22 November 2017

Duit Belanja Sekolah

Bila sembang zaman belajar dari sekolah rendah sampai la ke sekolah menengah,  aku jadi macam tak percaya apa yang aku lalui.  Iyalah,  dah 10 tahun dah tinggal zaman sekolah dulu.  Kejap sangat masa berjalan. 

Teringat masa sekolah dulu,  duit belanja yang aku bawak sangat sikit kalau ikutkan dengan ekonomi sekarang  ni,  tapi dulu,  kenyang ja kalau bawak duit banyak tu ke sekolah untuk belanja.


Masa darjah satu sampai darjah empat kalau tak silap,  mak bagi aku duit belanja sekolah cuma 70 sen.  Tapi cukup untuk sehari tu.  Even aku bawak bekal ke sekolah,  tetap dapat duit belanja. Lepas tu,  dari darjah lima sampai darjah 6, up sikit duit belanja  dapat RM1. Heheheh... 

Masuk sekolah menengah,  dari Tingkatan 1 sampai tingkatan 3, duit belanja aku up lagi seringgit,  jadi total duit belanja RM2. Tingkatan 4, up lagi seringgit.  

Tapi bila masuk tingkatan 5, mak bagi belanja RM5 sebab aku bawak motor ke sekolah.  Kiranya sekali dengan minyak motor la duit belanja tu. 

Bila fikir balik,  duit dulu lebih bernilai lagi.  Walaupun aku bawak duit belanja sikit,  masih boleh kenyang lagi waktu rehat dekat sekolah.  Mee goreng 30 sen,  air 20 sen masa sekolah rendah.  Masuk sekolah menengah,  nasi lemak 50 sen,  air 30 sen.  Masih kenyang.  Bihun sup pun seringgit.  

Tapi cuba kalau dengan ekonomi sekarang ni,  bawak banyak tu,  entah apa la yang dapat dibeli dekat kantin tu.  Silap-silap air ja yang dapat dibeli. 

Tapi itu la kan,  zaman terus berubah,  takkan nak ikut harga lama kan kalau dah ekonomi makin tak menentu.  Kalau ikut harga lama,  boleh 'bungkus'  tokey kantin.  Zaman berubah,  nilai wang pun berubah.  Dulu RM50,  1 troli penuh dengan barang dapurz sekarang ni,  RM50,  separuh troli pun belum tentu dapat beli.

Nasib badan... 

20 November 2017

Tenangkan Fikiran Di Tanah Aina Fahad, Pahang


Bagi yang bekerja di kawasan yang sangat sibuk dan ditambah dengan tekanan kerja,  mesti nak mencari tempat-tempat yang boleh menenangkan fikiran kan?  Tak kira la pantai,  hutan atau air terjun,  yang penting dapat lari dari kawasan bandar yang sibuk 24 jam. 

Macam yang aku tulis dalam entry aku sebelum ni, aku nak cadangkan untuk korang ke Tanah Aina Fahad kalau korang betul-betul nak lari dari kesibukan dan tekanan dekat kawasan bandar. Kalau yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur, tak jauh pun sebenarnya, dalam dua jam perjalanan dah pun sampai ke Tanah Aina Fahad di Raub, Pahang. Sebelum tu, aku senaraikan dulu produk-produk dari Tanah Aina ni.

  • Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort.in Bentong, Pahang, Malaysia
  • Tanah Aina Farhana BeachFront Resort in Desaru, Johor, Malaysia
  • Tanah Aina Fareena Orchard Resort in Lentang, Karak, Pahang, Malaysia
  • Tanah Aina Azareena Seafood Steamboat Restaurant in Bentong, Pahang, Malaysia
  • Tanah Aina Farouq Durian Orchard Resort in Raub, Pahang, Malaysia
  • Tanah Aina Fahad Glamping Resort in Ulu Dong, Raub, Pahang, Malaysia
  • Tanah Aina Azfer Camping Orchard, Sg. Congkak, Hulu Langat, Malaysia (akan datang)
  • Tanah Aina Fatih Camping Orchard in Batu Talam, Raub, Pahang, Malaysia (akan datang)
  • Tanah Aina Cafe, Batu 3, Shah Alam, Malaysia
  • Tanah Aina Fitness Centre, Batu 3, Shah Alam, Malaysia


Okay, aku cerita tentang Tanah Aina Fahad ye. Kalau korang ke sini, korang ada beberapa pilihan glamping dan chalet untuk korang menginap dekat sini.Korang boleh ke website Tanah Aina untuk tengok harga-harga yang ditawarkan sebab ada beberapa pilihan seperti :


King Tent - lebih sesuai untuk pasangan yang inginkan lebih privasi dan romantik.


Queen Tent - Masih untuk pasangan yang menginginkan yang inginkan kelainan.


Single Tent - Sesuai untuk mereka yang bujang-bujang datang bercuti. Katil single yang boleh memuatkan 4 + 1.


Terrace Room - Bilik ini ala-ala dorm asrama tapi lebih kelas la. Boleh muatkan dalam 10 orang.

Untuk pengetahuan korang, kebanyakan chalet dekat sini, semuanya tandas dan bilik mandi di luar kecuali untuk King Tent. Tapi jangan risau, walaupun tandas dekat luar, tapi tandas dia luas, bersih gila dan selesa.


Bab makan korang jangan risau, confirm sedap macam makan dekat hotel dan yang best, aku rasa makanan dia ala-ala kampung terutama sekali makan tengah hari dan sarapan pagi. Tapi yang paling best suasana tempat makan dia. Korang bayangkan, sambil makan, lepas tu hirup udara segar dengan dengar bunyi sungai mengalir.  Heaven gila. 





Aktiviti? Bagi aku, dekat sini aku lebih mencarikan ketenangan dengan mandi sungai dan lepak di tepi sungai sambil dengar bunyi aliran air sungai. Tapi bagi yang nak melasak sikit, korang boleh join jungle trekking yang memang dah termasuk dalam pakej. Bagi yang dah biasa trekking, mungkin laluan tu senang la, tapi yang jarang macam aku, penattt oooo. Ambil masa dalam dua jam sebelum korang mandi dekat sungai yang air dia sangat sejuk tapi menyegarkan.






Bagi yang ada anak kecil, ada kolam untuk bagi anak-anak mandi-manda yang menggunakan air sungai. Sejuk jugak sama macam korang mandi dekat sungai tu. Hehehe..kami pun mandi kat kolam tu jugak lepas habis mandi dekat sungai dan sambung mandi dekat kolam tu sampai la ke maghrib. Kalau yang tak nak mandi sungai, ada aktiviti lain macam dam ular gergasi, chess gergasi, carrom dan pingpong.


Kalau aktiviti malam, kami buat campfire sambil beraktiviti santai. Lepas main dua-tiga game, sambung borak dekat gazebo dan berbual sampai tengah malam. Hehehehe...macam-macam cerita kami kongsi.



So, kalau korang nak cari ketenangan dengan dekatkan diri korang dengan alam semulajadi, aku rasa Tanah Aina Fahad adalah pilihan yang paling tepat. 'Tanah Aina Fahad - Journey of Love Back To Nature'

Nak tengok gambar lain?  Klik sini. 

Tanah Aina Fahad, Raub, Pahang

Tempat : Tanah Aina Fahad,  Raub,  Pahang
Tarikh : 18-19 Nov 2017
Siapa : Blogger KBBA9 (Ben Ashaari,  Yanty,  YB Shehan,  Min,  Aznan,  Sohoque, Ayue,  Fir) 




































Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...