29 Januari 2016

Applikasi ASUS Mini Movie yang menarik

Sejak pakai ASUS Zenfone 2 Laser ni, aku jarang untuk explore telefon ni...hehehe..bukan apa..tak sempat...sejak dapat telefon ni, aku cuma setkan untuk wifi dan ringtone ja...yang lain-lain aku akan explore bila aku nak guna...

Tadi masa baring-baring dalam bilik lepas balik kerja, aku saja buka 'Gallery' dan klik gambar banyak-banyak. Aku terperasan satu icon ni dekat bawah. Aku klik dan kita boleh edit video tu dan masukkan lagu. Buat masa ni apa yang aku tengok, cuma boleh edit video bergambar kurang dari satu minit. Lagu pula cuma untuk lagu-lagu yang memang dah ada dalam telefon. Kalau nak masukkan lagu Potret, aku tak pasti..tak habis explore lagi...




Kiranya ini macam Movie Maker la, tapi versi telefon punya...hehehehe... menarik...so kita boleh gabungkan semua gambar dalam satu video, peralihan dari satu gambar ke gambar yang lain pun menarik. Tak la boring sangat,

Kat bawah ni ada satu video, aku sertakan sekali. Ini aku saja-saja buat. Nanti kalau ada masa aku akan explore lagi. Tak menyesal rasa bila guna Zenfone 2 Laser.

28 Januari 2016

Apa nasib anak cucu aku??

Kebelakangan ni, aku makin takut dengan suasana di Malaysia, dengan pelbagai isu yang melanda negara, aku takut nasib anak cucu aku tak terbela. Dengan pemimpin nnegara yang mempunyai pelbagai skandal yang tak pernah dialami oleh Perdana Menteri sebelum-sebelum ni, menteri-menteri yang selalu keluarkan kenyataan-kenyataan 'bijak' walaupun tak semua, aku jadi takut.

Terbaru, TPPA. Walaupun secara jujurnya aku sendiri masih tertanya-tanya kesan TPPA itu sendiri, aku jadi takut, sebabnya?aku teringat kata-kata Tun Dr Mahathir

"Apa-apa yang datangnya dari Amerika adalah untuk kebaikan mereka (Amerika) itu sendiri.."

Dari apa yang aku baca, TPPA ni ada baik dan buruknya, tapi apa yang faham, TPPA ni lebih banyak buruk berbanding kebaikkan.

Siapa tak takut macam tu. Dengan keadaan ekonomi sekarang ni, keadaan ekonomi dunia, apa nasib anak cucu aku dimasa hadapan, terbelakah nasib mereka semua??itu yang aku fikirkan.

Mungkin bagi mereka yang diatas, mereka okay dan tak rasa sebaramg tekanan dan kesusahan, tapi yang kat bawah ni??semua benda akan akan rasa terbebam.

Apa yang aku harapkan semoga Malaysia kembali seperti dahulu. Bergerak dalam acuan yang tersendiri. Biar lambat untuk bergelar negara maju tak apa, asalkan tidak 'terikat' dengan negara luar yang cuba mencari peluang untuk hancurkan apa yang kita ada.

Semoga nasib anak cucu kita terbela...Insya Allah..amin

27 Januari 2016

Food Review : Bundle Cafe


Dua hari berturut-turut aku ke Bundle Cafe dekat depan rumah aku ni...mulanya aku pergi untuk lepak-lepak dengan member aku, dan kali kedua aku pergi untuk buat kerja aku sebagai wartawan...hehehehe...

Aku dah perasan 'kewujudan' Cafe ni dah lama dan tengok memang menarik. Mulanya aku tak perasan ada jual barangan bundle dalam cafe ni, ingatkan cuma nama je Bundle Cafe, rupa-rupanya, memang dia mula dengan menjual barangan bundle, dan kemudian baru buka cafe...baguslah kan...dua dalam satu...untung lebih sikit...

Review aku tentang cafe ni, suasana dia tenang n relax. Walaupun terletak dekat tepi jalan, tapi korang takkan terganggu dengan bunyi kereta...hehehe..dekorasi kedai pun sempoi dan tak serabut sangat...kira sedap mata memandang. Cafe ni terbahagi kepada dua bahagian, yang luar adalah untuk cafe, dan dalam adalah untuk barangan bundle.



 Tapi untuk cafe, ruang dia agak kecil sikit la. Berdasarkan hasil interview aku dengan Abang Wadi dah Rohidi, dorang akan besarkan kafe ni di masa akan datang.. baguslah sebab makanan dia...heheheh...jom tengok menu..





Menu dia mungkim sama macam cafe-cafe hipster yang lain dekat Ipoh ni, tapi rasanya, memang ada kelainan. Aku pesan set  Spaghetti+Lamb Chop+Dessert (FOC), dan member aku pesan Chicken Chop. Masa tengah makan, abang Wadi hantar Nasi Lemak Pandan dan Charkueteow. Dem...macam mana nak makan...Spaghetti Lamb Chop tu pun dah banyak dan mengenyangkam...tambah lagi...

Rasa? Cukup untuk tepati citarasa aku walaupun tak sempurna. Blackpeper sauce dia pekat and mantap, cuma spaghetti ja kurang menepati citarasa aku. Mungkin kurang masam atau tak ditabur lada hitam (aku penggemar blackpepper). Kalau tambah masam sikit dan tabur sedikit lada hitam, mungkin dah cukup. Mashed potato dia aku bagi lima bintang. Blackpepper sauce lima bintang. Chicken chop dan lamb chop dia lima setengah bintang. Bahan perapan dia terasa...




Tapiiiiii├Či....Nasi Lemak Pandan dia memang terbaik. Aku bagi sepuluh bintang. Selepas aku selesaikan pinggan aku, member aku nak makan Nasi Lemak Pandan, dan aku sempat rasa sikit nasi dan sambal dia...perghhh...heaven. nasi lemak dia cukup lemak dan sambal memang kaww habis. Ayam macam biasa.,tapi sambal dan nasik tu memang dah ngam...bau wangi pandan memang dah buka selera.



Jadi, disebabkan semua dah kenyang dan CharKueyTeow masih belum berusik, aku terpaksa 'gagahkan' diri aku untuk habiskan Charkueyteow tu. TERPAKSA okay...hehehehe...walaupun dah kenyang, aku tak nafilan Charkueyteow dia memang terbaik, dapat rasa macam charkueyteow penang. Basah, manis udang dan tak masin macam sesetengah charkueyteow.


Ohh...lupa nak cerita..apa yang buatkan aku tertarik lagi dekat Bundle Cafe, ada dua benda. Satu, setiap meja akan diletakkan labu sayong yang berisi air masak. Memang sejuk je air tu. Ada cawan kecik acah-acah cawan cina...hehehehe...

Yang kedua, ada ruang untuk komen bagi pelanggan. Tak kira la nak komen negative atau positif, semua boleh, tapi dari apa yang aku baca, semua positif..apa maknanya??maknanya semua sedap la kalau datang kat sini. Servis pun cepat. 

Walaupun tak ada kelainan berbanding cafe-cafe hipster yang lain dari segi menu, tapi keenakan dan kesedapan makanan kat sini memang aku tak nafikan. Itu terbaik. Aku cadangkan kalau korang datang ke Ipoh, korang datang ke sini. Sambil makan, sambil beli barangan bundle...hehehe...

Bundle Cafe beroperasi setiap hari bermula dari 9.30 pagi (kedai bundle) dan 4.30 petang (cafe) sehingga jam 12 malam. Lokasi? Boleh waze Klinik Kesihatan Tambun, Bundle Cafe terletak bertentangan dengan Klinik. Selamat mencuba.

26 Januari 2016

Tajuk Novel Sekarang Makin Merepek

Nak cari novel tajuk macam ni dah susah...

Setiap bulan aku akan hadiahkan dekat diri aku sendiri sama ada dalam bentuk barangan atau makanan. Itu janji aku setiap bulan untuk penat lelah aku bekerja selama sebulan. Selalunya, lepas beli barang-barang keperluan diri, aku akan cari novel atau buku-buku knowledge reading untuk diri sendiri. Kalau makan-makan, tak ada la mewah sangat, selalunya aku ke KFC ja pun walaupun kadang-kadang dua tiga kali sebulan aku pergi ke KFC..cuma bila dapat gaji ni, kesedapan KFC tu lain sikit...hehehehe...

Okay...nak cerita direct ja la kan..setiap kali aku beli atau usharr novel dekat kedai buku, aku mengeluh. Setiap kali ya..bukan selalu. Sebabnya??aku rasa tajuk-tajuk novel yang makin mengarut dan acah-acah hipster kononnya. Aku tak tahu kenapa tapi mungkin sebab ikut trend sekarang kot, orang nak tajuk-tajuk yang lebih senang nak catchy...tapi aku tak setuju.

Sebab aku tak setuju adalah dah hilangkan mood aku untuk beli dan baca novel tu. Aku tak nafikan, novel tu kadang-kadang menarik (based on the synopsis), tapi disebabkan tajuk yang macam hampehhh, hilang mood aku nak membeli dan baca.
Tajuk??hermmm....
Aku bukan setahun dua baca novel ni, aku rasa dah dekat 12 tahun aku minat membaca novel cinta, dari darjah 6...aku nampak perubahan tajuk-tajuk novel ni...makin merepek. Novel aku yang terhenti menulis sekarang ni pun, aku rasa dah macam tajuk acah-acah hipster. Hehehehe..tapi mungkin bila dah siap aku akan tukar tajuknya...sekian sahaja komen aku..

Terima kasih.

Ps: Mat Novel Bukan Lelaki Lembut

25 Januari 2016

Ringkasan Anugerah Juara Lagu 30


1. Persembahan pembukaan yang mantap dari Dato' Siti Nurhaliza, Dato Jamal Abdillah dan Yassin yang membawakan lagu Cindai, Ghazal Untuk Rabiah dan Mimpi Laila.

2. Banyak persembahan yang membosankan (pandangan aku sebagai penonton) seperti persembahan Elizebeth Tan, Kaka Azraf.

3. Persembahan sempoi dari Noh Salleh, Hazama, Faizal Tahir, Black,

4. Kebanyakkan finalis AJL30 merupakan artis-artis baru kecuali Dayang Norfaizah, Faizal Tahir, Noh Salleh.

5. Dato Siti Nurhaliza memenangi Anugerah Pamoga Qu Puteh Diva menerusi lagu Cindai.

6. Persembahan Hafiz dan Jaclyn Victor di pertengahan persembahan sangat mantap vokalnya apabila menyanyikan lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Awan Nano dan Gemilang...vokal mantap!!!

7. Seperti tahun-tahun sebelum ni, persembahan Stacy memang tak pernah mengecewakan. Mantap gilaaaa persembahan Stacy plus, make-up Stacy sangat cantik malam ni.

8. Selain di Stadium Melawati Shah Alam, AJL30 turut ditayangkan di beberapa pawagam terpilih di Kuala Lumpur.

9. Gandingan Fara Fauzana dan AG kurang memuaskan dan tidak menggamatkan suasana di Stadium.

10. Persembahan penutup kurang mantap dari Azlan dan Rahmat Mega yang menyampaikan lagu Relaku Pujuk, Laguku Untukmu dan Takdir Dan Waktu. Gandingan kedua-dua penyanyi ni kurang sesuai.

11. Keputusan Penuh AJL30

PERSEMBAHAN TERBAIK : Akim & Majistret (Potret)
VOKAL TERBAIK : Dayang Nurfaizah (Tak Pernah Menyerah)
TEMPAT KETIGA : Caliph Buskers (Hanya Namamu)
NAIB JUARA : Faizal Tahir (Assalamualaikum)


ANUGERAH JUARA LAGU : Akim & Majistret (Potret)

20 Januari 2016

"Kedudukan Saya Adalah Atas Mandat Daripada Rakyat"- Mukhriz



KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir  berkata, kedudukannya sebagai Menteri Besar negeri itu adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga diatas perkenan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah setelah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian menerusi satu kneyataan media bagi mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, petang tadi.

Mukhriz berkata, beliau kini menyerahlam kepada rakyat di negeri itu untuk menilai prestasi beliau sepanjang mentadbir negeri itu.

"Saya menyerah kepada rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke13.

"Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya,"katanya menerusi satu kenyataan media yang dimuatnaik di Facebook, sebentar tadi.

Terdahulu, Bashah pada petang tadi berkata, barisan UMNO Negeri telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negeri yang diterajui oleh Mukhriz dan meminta Perdana Menteri untuk menggugurkan Mukhriz daripada jawatan Menteri Besar.

SUMBER: Perak Today

Fuhhh...kecoh dunia politik negara hari dengan isu UMNO Kedah hari ni yang mahukan DS Mukhriz digugurkan jawatan Menteri Besar Kedah dan digantikan dengan orang lain.  Alasannya?? Mukhriz gagal menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dan gagal menyatukan ahli-ahli UMNO di Kedah. Memang terkejut, tapi tak berapa terkejut sangat sebab aku tahu, perkara ni akan jadi bila Mukhriz tak tetapkan pendirian atau sokongan terhadap Perdana Menteri.

Bila jadi macam ni, dapat dilihat yang ada sesetengah individu ni rasa 'insecure' sebab Mukhriz makin dapat sokongan daripada rakyat, bukan sahaja dari orang Kedah, tapi dari rakyat seluruh negara. Itu aku pasti.

Satu ja yang aku nak bagitahu, DS Mukhriz, you have my support.

18 Januari 2016

Alhamdulillah...rezeki...

Rezeki tu luas definisinya...bergantung kepada keadaan kita dan apa tanggapan kita terhadap rezeki...

Kadang-kadang rezeki tu kita tak sangka akan dapat atau dalam bahasa mudahnya 'Rezeki Terpijak'...bagi yang masih mencari kerja, kalau dapat kerja itu rezeki..bagi yang sudah berkahwin, dapat anak, itu rezeki...dalam keadaan lapar tiba-tiba ada majlis makan-makan, itu rezeki...banyak lagi, bergantung pada keadaan dan definisi kita...

Alhamdulillah... aku dah dapat rezeki baharu...tak perlu diceritakan..cukup sekadar aku bersyukur atas rezeki yang aku terima. Mungkin tak seberapa, tapi sekurang-kurangnya, mampu untuk tambah baik hidup aku pada masa sekarang dan masa hadapan..insya Allah...

Banyak perkara yang Allah rahsiakan daripada kita... Ajal, jodoh, rezeki, kiamat...memang kita tak tahu apa yang akan terjadi...aku bersyukur dengan rezeki yang diberikan...Alhamdulillah...

14 Januari 2016

Jangan Panggil Aku Dengan Nama Ini...


Aku pelik...tak tahu kenapa sudah dua tiga orang panggil aku dengan nama abah aku...mungkin sebab nama yang aku gunakan dalam media sosial aku 'Firzz Radzi', mungkin itu buatkan ramai yang ingat itu nama aku yang sebenar.

Aku nak jelaskan sikit, nama betul aku adalah FIRDAUS BIN MAT RADZI. Jadi anda semua boleh panggil aku 'FIR, DAUS, PDOIH, PDOT, ABANG, SAYANG, ANJE' dan seumpamanya.

Terima kasih.

13 Januari 2016

Alasan Remeh Untuk Bercerai

Sumber: Keratan akhbar Kosmo!

Hari ni viral tentang isu remeh bagi pasangan yang sudah berkahwin untuk bercerai..puncanya?seperti yang korang dapat baca kat atas tu...kalau tengok dari segi alasan-alasan tu, macam remeh sangat...tapi bila perkara tu jadi setiap hari, pasti rasa tertekan..

Nasihat aku yang belum berkahwin kepada pasangan yang dah dan akan berkahwin, berbincanglah dengan cara elok dan tidak dalam keadaan yang beremosi...memang 'bercerai' dibolehkan di dalam Islam, tapi ianya satu perkara yang paling dimurkai oleh Allah SWT.

"Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : Perkara halal yang amat dibenci oleh Allah ialah talak (Riwayat Abu Daud & Ibnu Majah ) Merujuk kepada maksud hadith di atas perceraian adalah salah satu jalan keluar bagi suami dan isteri untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam rumahtangga. Walau pun perceraian itu halal tetapi ia merupakan sesuatu yang amat dimurkai oleh Allah S.W.T. Justeru keretakan dan kedinginan hubungan suami isteri hendaklah di atasi dengan cara yangsebaik-baiknya." - Sumber

Buku Momen2 Mat Luthfi



Buku ni dah dua minggu rasanya di pasaran dan baru Isnin aku dapat buku ni berada dalam genggaman aku sendiri..heheheeh...sebenarnya aku boleh dapatkan buku ni lebih awal iaitu seminggu selepas dilancarkan...tapi, disebabkan aku dah kirim dekat orang masa hari pertama pelancaran, jadi aku tunggu je la...


Apa yang menarik..buku ni aku dapat otograf dari Mat Luthfi...ehh..bukan aku dapatkan, tapi orang yang aku kirimkan buku ni tolong dapatkan...

Ok..review aku tentang buku ni (aku dah habis baca dalam sehari), penuh dengan sindiran, nasihat dan lawak yang tersembunyi. Berbanding buku Catatan Mat Luthfi yang lebih santai, Momen2 Mat Luthfi ni memerlukan kita berfikir tentang sesuatu isu seperti politik, isu semasa dan beberapa isu lain lagi. Ia buat kita terfikir dari sudut yang berbeza.

Kalau korang yang memang tak ambil tahu tentang isu semasa, aku rasa buku ni mungkin sekadar 'buku' untuk korang..aku pun ada beberapa cerita dalam buku ni buatkan aku tertanya-tanya tentang cerita tu...mungkin general knowledge aku belum cukup power kot...hehehehe....

Terima kasih kepada kawan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari, Kak Sue Izza sebab tolong belikan...really appreciate it...

12 Januari 2016

Aku seru untuk kau kembali kepadaku...



Emosi, semangat, dan pemikiran positif aku sangat 'down' sehari dua ni...aku tak tahu kenapa..nak kata aku ada masalah?aku rasa semua orang ada masalah...nak kata aku tak pandai selesaikan masalah??well...itu perlukan masa untuk selesaikan.

Mungkin aku perlukan cuti yang betul-betul cuti...tapi aku baru ja cuti dua hari...nak cuti
berapa lama lagi??adoiii..aku pun pening..aku nak cari tempat untuk tenangkan fikiran supaya aku dapat lepaskan semua tekanan aku...



Aku kalau boleh bila aku nak masuk pejabat, aku nak masuk dengan semangat baru, fikir yang positif...mungkin aku terlalu fikirkan banyak masalah...kena rehat betul-betul ni...

10 Januari 2016

Bila Aku Bersatu Dengan Alam...



Aku rasa lama jugak aku tak jungle trekking...apa??tak percaya??ingat orang 'sihat' macam aku ni tak minat jungle trekking?? Hello...see the fat leg la...aku boleh je nak buat aktiviti lasak, cuma jangan paksa aku kalau aku lambat, biar aku yang paksa diri aku sendiri sampai la aku berjaya habiskan...

Hari ni, selepas ke majis yang tak jadi, kami dengan beberapa media lain ke Bukit Larut, Taiping untuk buat satu rencana tentang 'human interest'... kami ke air terjun yang tertinggi di Taiping, kata guide tu, tingginya dalam 100 meter..menarik jugak tu, aku pun teringin nak pergi.

Sebenarnya lokasi ni tak buka untuk orang awam, kecuali untuk pendaki aktiviti sukan lasak sebab ada abseilling dekat air terjun tu.. untuk ke sini, kami perlu trekking dalam 10 minit. Well..memang 10 minit tu kejap, tapi mencabar gila...kecuraman tu dalam 70 hingga ke 80 darjah...penat wooo...



Mulanya aku dah agak macam nak berputus asa jugak..tapi bila fikirkan air terjun yang tinggi tu...aku terus semangat..tapi mengah kot...penat gila...

Bila sampai ja kat depan air terjun tu...SubhanAllah...cantiknya..dengan pemandangan lagi...Allah...serius sangat cantik...





Ok...sekarang apa lagi??masa untuk bergambar...hehehehe....gambar-gambar yang aku inginkan bila aku ada dekat tempat macam ni...









Rasa tenang ja dekat atas ni..macam takmau balik..tapi bahaya bila hujan atau nak hujan..sebab kat sini mulanya tempat berlakunya 'kepala air'. Aku harap, dapat datang ke sini lagi untuk betul-betul berehat....

08 Januari 2016

Filem Review: Langit Cinta



Memandangkan hari ni dapat gaji (Alhamdulillah), aku me'reward'kan diri aku dengan pergi menonton Langit Cinta dekat AEON Kinta City lepas habis kerja. Aku mula tertarik untuk menonton cerita ni bila aku tengok trailer di Astro, memang menarik sebab aku nampak macam ada kelainan dalam filem ni.

Okay...permulaan cerita dalam 20 minit agak bosan..jalan cerita yang kita sendiri boleh agak...ada pembangunan nak buat dekat kawasan kampung, anak orang kaya jatuh hati dengan perempuan kampung dan sebagainya...

Tapi, selepas tu dah jadi menarik. Ada satu dua babak tu, buatkan kita tertanya-tanya dan rasa cemas.

Watak Fazura sebagai Khadeejah aku cukup suka, dia mendalami watak dengan sebaiknya.. bermain dengan emosi sendiri..banyak mengalirkan air mata yang mana aku rasa bukan sesuatu yang senang.

Keith Foo sebagai Aliff Zulkarnain bagi aku tak menjadi. Macam kayu dan tak ada perasaan. Jadi sedikit sebanyak mencacatkan emosi dan filem tu sendiri. Tapi berjaya diselamatkan dengan watak Fazura. Mungkin tak ada keserasian antara Keith Foo dan Fazura. Kalau nak bagi nampak real, biarlah dengan pelakon yang sesuai seperti Shaheizy Sam atau Fahrin Ahmad.

Farid Kamil. Selepas lama tak keluar dekat filem, aku rasa filem ni dia boleh buat 'comeback'...watak sebagai Budiman yang memendam rasa dekat Khadeejah buatkan aku lebih menghayati watak Budiman.

Watak-watak lain cukup untuk menghidupkan filem ni. Antara pelakon yang berlakon dalam filem ni macam Dian P Ramlee, Dato Jalaluddin Hassan, Fauziah Ahmad Daud, Normah Damanhuri aku rasa tak perlu aku jelaskan tentang watak dorang dalam filem ni. Watak Siti Saleha sebagai Suzanna pun cukup untuk pelengkap cerita.

Di akhir-akhir cerita, ada banyak babak yang buatkan hati aku terusik..cewahhh...walaupun jalan cerita yang mungkin agak 'cliche', tapi aku suka dengan sedikit kelainan dalam filem yang diadaptasi daripada novel ni.

Lokasi penggambaran pun cantik. Aku tak tahu kat mana dorang berlakon, tapi pulau tu sangat cantik.

Kesimpulannya, aku cadangkan korang pergi ke panggung dan tengok sendiri. Berbaloi. Aku bagi 9 bintang untuk filem ni...

#FizoMawarKitchen Tidak Boleh Ditegur

Sumber: www.kisahemasputih.com
Fuhh..kecoh media sosial hari ini apabila pemilik restoran FizoMawarKitchen (FMK) tentang komen Fizo terhadap seorang blogger yang membuat review tentang restoran yang Fizo baru bukak tu..Fizo cakap, blogger www.kisahemasputih.com tu mempunyai niat tidak baik iaitu bertujuan untuk menjatuhkan perniagaan yang dia baru buka dalam tiga minggu.

Ok, sebelum aku ulas lebih lanjut, aku nak korang sendiri baca entry dari Kisah Emas Putih ni supaya korang sendiri dapat menilai tentang kes ni.

Kisah 1 : Review: Restoran Fizo Mawar Kitchen Mengecewakan!
Kisah 2 : Permohonan Maaf FizoMawar Kitchen Terhadap Review Emas Putih

Komen Fizo Omar Tentang Emas Putih : Fizo Omar Tegur Penulis Blog Kritik Servis Restorannya

Dah baca?? ini komen aku...bagi aku, Fizo Omar seorang yang tak boleh dikritik, tetapi dia sendiri suka mengkritik orang lain. sebagai contoh, kita ambil masa dia 'sindir' Dato Seri Vida semasa Konsert Gegar Vaganza. Sedangkan itu merupakan (bagi aku) salah satu strategi pemasaran untuk Dato Seri Vida.

Untuk kes FMK ni, kenapa Fizo tidak ambil dari sudut yang positif? Orang tegur bukan sebab nak menjatuhkan perniagaan yang baru dibuka, tetapi untuk tambah baik servis yang diberikan kepada pelanggan. Emas Putih sendiri di akhir review dah cakap, diharapkan agar FMK dapat menambah baik perkhidmatan yang diberikan dan Emas Putih sendiri faham sebab restoran tu baru sahaja dibuka.

Kalau tak sanggup menerima kritikan, teguran daripada orang lain, bagi aku lebih baik tak payah buka bisnes. Fokus pada lakonan pun dah cukup.

Sumber: Mstar

Lagi satu, gaya balasan permohonan maaf daripada pihak FMK sendiri aku rasa sangat menyindir. Kalau korang baca dari blog Emas Putih tu pun, korang dapat rasakan permohonan maaf ni sangat menyindir. Emas Putih pergi atas nama pelanggan dan bagi aku, itu adalah komen yang jujur dan ikhlas.

Cuba bayangkan kalau Emas Putih atau mana-mana blogger yang pergi atas nama 'blogger' atau 'wartawan', sudah tentu dan aku yakin, servis yang diberikan kepada media sangat baik, jadi review yang dibuat tu takkan 100 peratus betul sebab kita sendiri tak merasa servis untuk pelanggan biasa macam mana. Iya la, untuk media layanan kena tiptop, sebab nak tulis kan??hahahahah...

Bila aku baca komen-komen dekat blog, aku rasa ramai setuju dan back-up Emas Putih berbanding Fizo Omar tu. Dan aku rasa, review yang dibuat Emas Putih tu tak ada la menghentam sangat. Masih sopan gitu..hehehehe...

Kepada FizoMawar Kitchen. belajar-belajarlah menerima kritikan orang luar. Orang tegur bukan sebab tak sayang, tetapi tegur untuk tambahbaik dan demi masa depan FMK tu sendiri. Be open minded and please, take it from the positive side. Terima kasih.

Nyaris Tertinggal ETS Terakhir



Fuhhh..buat kali pertama, aku nyaris-nyaris terlepas keretapi ETS terakhir dari KL Sentral - Ipoh masa aku ke KL hari ni...punca?sebab 'khusyuk' sangat makan sambil bergosip dekat NU Sentral, last-last tinggal 10 minit je lagi sebelum train berlepas.

Kisahnya macam ni, aku ke KL untuk satu interview...kemudian lepas habis interview dalam pukul 4.30 macam tu, aku dah ada kat KL Sentral. Aku beli tiket pukul 9 malam (train terakhir) sebab aku nak jumpa kawan-kawan aku...

So bila si Shofi datang pukul 6, kami pergi minum-minum dulu sebab nak tunggu Kiyah dengan Sha sampai...sampai Maghrib, dua orang tu tak sampai lagi...adoiiii...

Lepas tu aku dengan Shofi pergi makan dekat Kenny Rodgers dekat tingkat 4,.NU Sentral...sambil-sambil tu sebab nak tunggu Kiyah dengan Sha sampai...



Nasib la makanan cepat sampai...aku dah cuak dah sebab masa tu dah pukul 8...aku makan cepat-cepat..tapi si Shofi tu pulak makan macam makan pengantin (-_-')...(ps:tahu lah baru kahwin)

Tengah-tengah makan, Kiyah dengan Sha sampai...8.30 baru sampai...kesian pulak kat dorang tu...tapi demi aku kan, sanggup tu dorang..hehehe...



Dah habis sembang dan mengumpat lebih kurang..aku tengok jam dah 8.50 malam...alamak sempat ke ni??!!! Mana dengan nak tunggu lif lagi (sebab kiyah gayat dengan eskalator)..

Aku jalan laju-laju ke Platform A (depan KFC) sebab selalu memang kat situ aku naik untuk aku balik ke Ipoh...aku salam lebih kurang, ucap terima kasih semua terus aku turun laju-laju sebab tinggal lagi 5 minit.

Aku turun tengok kosong, tak ada train langsung. Ingatkan dah berlepas dah..dalam otak aku terbayang TBS je masa tu sebab Jumaat aku kena kerja...tetiba, aku terdengar pengumuman yang penumpang train ETS ke Ipoh kena naik dekat Platform B (depan kedai buku)...huhuhu...

Kelam kabut aku naik balik dan berlari anak ke sana. Nasib baik sempat. Polis tu pun pelik...dia suruh aku cepat sebab tinggal tiga minit...aku apa lagi, berpeluh...huhuhu...

Tapi akhirnya..selamat jugak aku naik train terakhir ni...hehehe...Alhamdulillah..

06 Januari 2016

Kekayaan Dato Seri Vida


"Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Puteh..."

Tagline ni makin femes semenjak dua menjak tiga menjak ni...ye la...semua program TV kebanyakkan semuanya dia yang taja...walaupun ramai yang 'meluat' setiap kali iklan mesti muka dia je muncul, tapi bagi aku, itu marketing strategi...

Baru-baru ni Astro ada menayangkan tentang kekayaan tiga jutawan kosmetik iaitu Dato Aliff Syukri, Datuk Vida dan Rita. Sejujurnya, aku kagum dengan kejayaan mereka bertiga dalam dunia perniagaan...

Tapi antara mereka bertiga tu, yang paling aku kagum sekali adalah Datuk Seri Vida, pemilik Qu Puteh...bagi aku, selepas aku tengok rancangan 'TerlajakPutehNampak' tu, aku rasa dia seorang yang merendah diri.

Mungkin bagi sesetengah orang, dia berlagak apabila senang-senang dia cakap dia ada 17 buah rumah di Ipoh sahaja, rumah yang masih dalam pembinaan berharga RM22 juta, 20 buah kereta mewah, dia seolah-olah riak dengan harta yang dia ada.

Tapi apa yang membuatkan aku rasa tersentuh bila dia sebut tentang pemergian dua orang anaknya dalam satu tragedi kebakaran beberapa tahun lepas. Mungkin itu dijadikan semangat untuk Datuk Seri untuk terus berusaha bersungguh-sunguh dalam bidang perniagaan. Setiap sesuatu yang terjadi, ada hikmahnya..

Masa mula-mula Datuk Seri Vida mula taja dalam industri hiburan, aku pun tak suka sebab macam 'over' gila....tapi bila aku fikir-fikir balik, itu marketing strategi dia. Dia dah laburkan berjuta-juta ringgit untuk sesuatu program, takkan tak ada kelebihan untuk dia.

Mula-mula memang menyampah, tapi lama-lama dah okay... macam Gegar Vaganza baru-baru ni, aku pulak suka bila dah nak habis rancangan, dia naik ke pentas untuk bagi hadiah setiap minggu tu. Tengok cara dia menyembang dengan Nabil dan Jihan, aku dapat rasakan dia sporting gila.

Bagi aku, tak perlu la kita nak mencaci dia disebabkan dia tunjukkan kemewahan dia, sebab kebaikan yang dia buat, siapa yang tau?betul tak? Dia mampu untuk semua tu, jadi biarkan. Nanti kalau dia ceritakan kebaikan yang dia buat, ada yang kata dia riak. Kita doakan supaya setiap orang diantara kita ni berjaya... insya Allah...

05 Januari 2016

Pulut Durian Di Luar Musim Durian


Aku sebenarnya teringin makan pulut durian kebelakangan ni...tapi malu nak cakap sebab tau, sekarang bukan musim durian. Tapi dekat Ipoh ni, ada ja gerai-gerai tepi jalan yang jual durian dan sudah tentu, harganya mahal (tahan liur ja bila bau)..

Isnin lepas kerja, member ofis aku ajak pergi cari pulut durian, sebab dia pun teringin...aku pun apa lagi, terus on je la walaupun gaji belum masuk..hehehe..

Kami terus ke Meru Raya, Ipoh sebab aku tahu situ ada satu gerai pulut durian yang terkenal. Mulanya takut juga sebab tutup atau tak ada pulut durian, ye la sebab luar musim kan, jadi saja la try..kot kot ada rezeki...



Okay..bila sampai, tengok memang bukak dan banyak kereta berhenti...dah lega kat situ, lepas tu takut sebab takda pulut durian..bila bukak je pintu kereta, terus bau durian semerbak harum mewangi menusuk ke rongga hidung...terus laju je aku melangkah...

Selain pulut durian, ada jugak pulut mangga, cendol pulut durian, roti bakar kari ayam dan beberapa lagi.



Kami pergi bertiga..tapi sayang...seorang lagi member aku tak makan durian..dia tak suka bau durian..ahh..kesah pulak aku kan..janji aku dapat lepaskan rasa mengidam..hehehe..



Jadi, kami order dua pulut durian, dan satu pulut mangga bersama satu cendol biasa. Jujur aku cakap, aku tak pernah makan pulut mangga, jadi ni pertama kali aku makan...







Aku sangat sukaaaaaa....sedap gila..mungkin sebab dah lama tak makan durian kot...tapi santan dia tak masin sangat, durian lemak manis rasanya, mangga manis ngam dengan pulut dan aku pasti, pulut mangga akan jadi kegemaran aku lepas ni. Cendol pun aku suka, sebab tak manis sangat.

Aku saja sembang dengan tuan kedai, katanya dia dapat bekalan durian dari Gopeng dan sentiasa ada walaupun terpaksa beli dengan harga yang agak mahal.



Dia jual untuk pulut durian dan pulut mangga cuma RM5 sepinggan. Akan dapat 4 ulas durian dan dua belah mangga. Mungkin bagi orang lain agak mahal, tapi bagi aku, harga tu standard dan berbaloi...sedap oiii...

Lokasi: Jalan nak ke Chemor (dari Terminal Bas Amanjaya, Ipoh). Bila nampak tangki air tulis 'Meru Perdana' di sebelah kiri, perlahankan kenderaan dan gerai tu sebelah kanan.

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...