29 Mac 2017

Hanya Aku Yang Rasa

Ada yang berasa 1 sen itu berharga,
Ada pula berasa sesuap nasi itu bermakna,
Ada juga berasa sendirian itu lebih bahagia

Terserah pada tafsir diri,
Apa yang baginya lebih bererti,
Tidak perlu semuanya pasti,
Cukup sekadar ia dalam mimpi.

Walaupun sedetik cuma,
Cukuplah.
Aku bahagia, bersukur ke hadrat-Nya,
Di atas pinjaman yang seketika cuma.

Aku terima, aku ikhlas, 
Aku redha dengan segala ketentuan Ilahi,
Walaunada yang bersimpati,
Walau ada yang cuba memberi,
Bahagia itu, 
Hanya aku yang rasa...

25 Mac 2017

Selamat Hari Polis Ke-210



Dulu, masa sekolah bila ditanya tentang cita-cita aku bila aku besar nanti, antara yang jadi keutamaan aku adalah polis selepas impian aku nak jadi juruterbang. Aku pun tak tahu kenapa aku teringin nak jadi polis. Mungkin disebabkan Gerak Khas membuatkan aku teringin nak jadi polis. Lagi pun, aku rasa macam 'smart' ja bila tengok orang pakai pakaian uniform ni. Jadi kalau aku pakai, mesti la lagi smart kan...bertambah kehenseman aku.

Semangat aku nak jadi polis sampailah ke sekolah menengah walaupun dah kurang. Aku masuk Kadet Polis selama dua tahun. Merasa la jugak pegang M16 bebetapa kali untuk latihan menembak. Aku ni antara kadet terawal bila Kadet Polis ditubuhkan dekat sekolah aku. Hehehe..

Tapi memandangkan masalah rabun aku makin teruk sejak tingkatan 2, maka aku terpaksa melupakan cita-cita aku nak jadi polis tapi dalam masa yang sama, minat aku dalam bidang wartawan ni mula berputik...cewahhh...bunga-bunga sikit ayat.

Aku masih menghormati semua anggota beruniform, tak kira lah polis, RELA, Askar atau apa-apa yang menjaga keselamatan dan keharmonian negara ni.

Bersempena dengan Hari Polis 210 hari ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada abang-abang, kakak-kakak polis kita yang bekerja keras dan ikhlas demi menjaga keselamatan dan keharmonian negara ni. Semoga jasa baik anda semua dibalas Allah Taala...
posted from Bloggeroid

20 Mac 2017

Seafood Celup Tepung Sedap Di Kuala Terengganu


Musim cuti sekolah ni, kawasan pantai timur akan menjadi salah satu pilihan untuk ramai orang bercuti termasuklah ke Kuala Terengganu. Kebetulan minggu lepas, aku ke Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan sekelas aku, jadi kawan aku, Capeq yang kerja dekat sana bawak kami mencuba Warung Pok Nong yang terkenal dengan makanan goreng tepung. Kawan aku yang asal Kuala Terengganu ni pun memang cadangkan untuk ke sini walaupun ada beberapa gerai lain yang turut menawarkan goreng tepung ni.


korang boleh Waze kalau nak ke sini dan memang ramai gila orang beratur. Warung ni dibukak dari jam 3 petang dan masa tu memang dah ramai orang. Tapi jangan risau, korang tak perlu tunggu lama walaupun ramai orang. Cuma kena berebut meja je la...hehehehe...


Ada beberapa pilihan... Contoh yang dibuat goreng tepung ialah sotong (wajib), ikan dan udang. Yang lain aku tak pasti sebab kawan aku yang beratur. Aku cuma 'jaga meja'. 



Jujur aku cakap, memang terasa manisnya isi makanan laut tu. Fresh lagi. Mungkin sebab pemilik terus beli daripada nelayan dan terus masak. Lepas tu cicah dengan sos sambil ditiup angin laut... perghhh... heaven...

Dari segi harga, aku dimaklumkan (sebab kawan aku yang bayarkan, semuanya RM90++ termasuk air. Sotong mengikut saiz (5 ekor), udang lapan ekor (RM5 untuk 4 ekor kalau tak silap) dan ikan RM5 seekor.
Bagi aku murah la berbanding kalau korang makan dekat gerai biasa.


Jadi kalau korang ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah ke Warung Pok Nong di Jalan Pantai, Kampung Teliput. Confirm tak rugi terutamanya bagi yang suka makanan laut.

Owh...lupa...sebelah warung Pok Nong tu ada jual sata...boleh tahan la rasa dia...

18 Mac 2017

Selamat Pengantin Baru Eha - Syawal



Tujuan aku datang ke Terengganu selama sehari semalam adalah semata-mata untuk meraikan majlis persandingan kawan baik aku dari UiTM Shah Alam sampailah habis kami belajar, Eha. Dia ni classmate aku sepanjang aku tiga tahun di Shah Alam.

Minah clumsy ni akhirnya berjaya menemui jodohnya diwaktu usia 26 tahun dengan suaminya dari Sarawak. Aku tak tahu macam mana dorang bercinta, tiba-tiba dah bertunang bulan 12 hari tu dan bernikah. 

Pandai betul simpan rahsia siapa bakal suami dia waktu tu... Puas dah aku korek sana korek sini, tak dapat jugak. Nama pun tahu masa dia jemput panggil kenduri dekat dalam group kelas. Cumanya, masa dia bertunang dan tarikh bernikah tu, aku sorang je tahu awal berbanding kawan-kawan yang lain, hehehehe...





Dan masa hari perkahwinan dia, aku dan kawan-kawan yang kenal dia termasuk Shofi sebagai wakil kelas, kami diminta untuk menjadi dulang boy memandangkan hanya keluarga Syawal ja yang datang ke Terengganu. Tak apa la...tolong kawan-kawan. Bukan orang lain.

Aku doakan semoga pernikahan dorang kekal bahagia hingga ke Jannah. Semoga ikatan yang terbina akan melahirkan umat Muhammad yang soleh dan solehah. Amin Ya Rabb...


posted from Bloggeroid

17 Mac 2017

Kisah Pensel Warna



Dalam perjalanan ke Terengganu, aku boleh tercerita tentang subjek Pendidikan Seni masa sekolah dulu...hahahaha...teringat pulak kreativiti cikgu-cikgu dulu untuk asah bakat seni budak-budak masa zaman aku sekolah rendah dulu. Tapi haramm... Bakat seni bukan dalam darah aku...hahah...

Bila aku buka topik dalam group Whatsapp, bab pensel warna jugak paling menarik perhatian. Luna, Stabilo, Faber Castle, Buncho, colour air picit, semua la..aku gelak sorang-sorang je dalam bas.

Bila cerita tentang pensel warna, aku ingat lagi, masa mula-mula beli, setiap kali lepas guna mesti susun balik dalam kotak ikut kedudukan asal berdasarkan kesan warna dekat kotak tu. Kalau tak ikut, hilang semangat. Lepas tu, kotak tu akan simpan kemas-kemas dalam beg sebab taknak bagi kemek or keronyok.

Tapi itu biasanya di awal bukak sekolah ja. Macam aku, paling lama sebulan, paling kejap dua minggu. Lepas tu, kotak hilang ke mana, susunan hilang ke mana. Asal ada je..hahaha...

Kalau kotak hilang, ada dua cara untuk aku simpan pensel warna tu. Pertama, letaj sekali dalam bekas pensel dengan pensel lain, termasuklah pemadam, pembaris, pengasah...semua la... Ataupun, ikat getah...hahaha...

Lepas tu, bila dah kotak hilang, maksudnya banyak la pensel warna yang hilang tetapi berganti. Maknanya, ada la pensel warna dari pelbagai jenama. Yang panjang, yang pendek, yang asah dua-dua belah. Semua lengkap. Walaupun berbeza jenama, tapi jumlah pensel warna tetap sama. Kadang-kadang terlebih... Hahahaha...

Sungguh, aku rindu zaman sekolah dulu...
posted from Bloggeroid

14 Mac 2017

Men's Watch Pilihan Ramai

Bagi lelaki, tak banyak aksesori yang boleh ditambah untuk menjadi daya tarikan berbanding dengan perempuan. Jadi, jam tangan adalah satu-satunya aksesori yang sesuai sebagai daya penarik bagi lelaki. Sama ada mereka nak pergi majlis yang formal atau kasual, jam tangan akan menjadi pelengkap kepada fesyen seseorang lelaki itu tanpa bersusah payah. Betul tak?

Daripada tali kulit sehinggalah jam keluli tahan karat, setiap lelaki akan ada style masing-masing.  Macam aku jugak... Bagi mereka yang suka memakai jam dan ada banyak koleksi, mesti susah kan nak buat pilihan dengan bermacam-macam rekabentuk yang ada dalam pasaran, tapi dalam masa yang sama, korang nak tahu jam tangan yang mana menjadi pilihan ramai. 

So, kalau korang tak tahu yang mana menjadi Favorite Men's Watch, kat sini aku nak senaraikan beberapa men's watch yang selalu jadi pilihan. Mungkin korang boleh jadikan pilihan sama ada satu atau dua koleksi ni untuk sepadankan dengan pakaian dan gaya korang.


1. Daniel Wellington


Daniel Wellington ni dikenali dengan pemuka jam yang putih dan gayanya yang tersendiri. Bagi lelaki yang sukakan sesuatu yang ringkas, tapi nampak versatile, koleksi jam tangan  Daniel Wellington ini adalah pilihan yang tepat untik fesyen korang. Korang boleh padankan dengan pakaian kasual dan formal untuk menampakkan kehenseman korang...
 

2. Fossil


Kalau korang nak tunjukkan sikit sisi maskulin anda berbanding sisi lain, jam Fossil adalah pilihan yang sesuai untuk yang nak nampak 'abang-abang'. Ciri-ciri 'rugged' yang ada dalam jam Fossil ni akan menunjukkan sisi matang dalam sentuhan penampilan korang. Jangan risau, banyak pilihan rekabentuk jam tangan Fossil untuk korang tunjukkan keyakinan korang walau dimanapun korang berada.

3. Casio G-Shock


Bagi mereka yang aktif pulak,  Casio G-Shock adalah pilihan yang paling popular kebelakangan ni. Tak ada seorang lelaki pun yang dapat menahan keinginan untuk memiliki sekurang-kurangnya satu jam tangan G-Shock yang bukan saja jadi satu trend, tapi menerima sambutan yang hangat. Kalau korang lelaki yang suka 'workouts' dan banyak menghabiskan kerja dekat luar, jam tangan G-Shock pasti pilihan yang sesuai untuk korang.

Kalau korang nak tengok bermacam-macam lagi jam yang memang tengah jadi pilihan sekarang ni, korang boleh ke Zalora atau klik link favorite men's watch... selamat membeli belah...

13 Mac 2017

Suasana Kampung Pun Cantik



Memandangkan aku di kampung sekarang, petang-petang bila tak ada buat apa, aku meronda ja la di kawasan belakang rumah aku... Kebetulan cuaca petang ni cantik... Hujan pun tidak, panas sangat pun tidak...



Jadi sementara tunggu waktu maghrib tu, aku meronda la belakang rumah aku.. Mulanya cadang nak ambil gambar pemandangan ja... Tapi disebabkan aku rasa agak lama aku tak letak muka aku di laman sosial, better aku bergambar kot... Nak selfie kang, kantoi pulak... Jadi aku set timer ja la...hahahaha...



Aku jadikan buah kelapa dan selipar buruk sebagai stand untuk aku letakkan fon aku... Hahahahah...aku gunakan apa yang boleh digunakan la..nasib bagi aku, gambar aku tu cantik... Ala-ala silhouette gitu...hahahah...



Paling penting...aku nampak kurus...ok bai....


posted from Bloggeroid

11 Mac 2017

Kenapa Aku Tengok Bola Walaupun Tak Minat?

Aku ni bukanlah peminat bola sepak. Sebenarnya bukan bola sepak ja, tapi semua jenis sukan aku tak minat. Kalau pemain pun aku tak kenal dan hafal, apatah lagi peraturan -peraturan sukan. Setakat tahu nama ja la, nak tahu kenapa tu memang goodbye la jawabnya.

Tapi sejak aku jadi wartawan ni, bola sepak memang wajib aku cover, kecuali kalau aku cuti. Hehehe... dekat Ipoh ni, sukan cuma bola sepak dengan hoki ja la yang ada. Sukan-sukan lain susah nak ada.

Walaupun aku tak minat sukan, terutamanya bola sepak, aku tetap suka datang ke stadium atau kedai mamak untuk tengok. Bukan tengok permainan tu, tapi tengok reaksi penyokong-penyokong. Suasana bising dan jeritan tu bagi aku seronok. Seronok tengok telatah penyokong yang menjerit itu ini. Pengadil buta la, pemain kayu la.. semua la. Jadi hiburan pulak bagi orang yang tak minat sukan macam aku ni.

Tapi yang tak bestnya, bila ada peminat bergaduh. Itu aku cukup hangin. Macam tak ada punca pulak yang penyokong ni nak bergaduh. Setakat kutuk-kutuk sepanjang perlawanan tu, bagi aku biasa. Tapi bila dah habis perlawanan, sepatutnya habislah... eih... ini tak, disambung pulak. Mana la tak bergaduh...

07 Mac 2017

Mudahnya Dengan Traveloka Sale-Abration


Bila musim cuti sekolah atau cuti umum yang panjang, mesti semuanya kelam-kabut nak cari tempat bercuti. Betul tak? Sama la macam aku ni, kadang-kadang dua tiga minggu lagi nak cuti umum, baru aku sibuk nak mencari tempat untuk bercuti. Kalau banyak bajet aku, maka jauh sikit la aku nak bercuti, tapi kalau bajet aku kurang, maka yang dekat-dekat la jadi pilihan aku.

Tapi macam mana nak mencari pakej-pakej yang murah atau tak ada 'hidden charge'? Selalunya, bila kita survey secara online ni, ada sesetengahnya memang nampak murah, tapi bila kita dah confirm nak beli, rupa-rupanya ada caj tersembunyi. Daripada harga murah yang kita jangka mula-mula, terus jadi mahal. Kan dah lari bajet?

Jadi, bila Traveloka memperkenalkan kempen 'Sale-Abration' hari ini, aku rasa macam nak mencuba pulak. Tambahan pulak, aku dengar dari pengalaman kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmat Traveloka ni, dorang akui yang tidak ada caj tersembunyi. Bajet pun tak lari ke mana. 

'Sale-Abration' ni apa? Meh sini aku nak cerita sikit.

Sale-Abration ni adalah yang ditawarkan oleh Traveloka kepada mereka yang suka melancong atau mengembara yang menawarkan harga tiket kapal terbang dan hotel meliputi pelbagai jenis perkhidmatan dan penginapan sama ada untuk destinasi domestik (dalam negara) atau antarabangsa. Jadi korang boleh refer dekat satu website saja untuk cari apa yang korang perlukan kalau korang nak melancong. Tak perlu pergi dua tiga website untuk book hotel dan tiket kapal terbang.

Apa yang menarik perhatian aku lagi, Traveloka Sale-Abration ni menyediakan untuk semua jenis pelancong. Tak kira la korang melancong seorang ke, bawa keluarga ke, berkumpulan macam rombongan pelajar ke atau sekadar nak berhibur dengan kawan-kawan korang. Kiranya mesra pelanggan la. Sebab semua golongan pelancong boleh gunakan khidmat Traveloka Sale-Abration ni.

Kalau korang nak melancong dalam dan luar negara, mesti korang akan survey dulu kan airlines mana yang menawarkan tiket paling murah. Betul tak? Iya la, kalau tiket mahal, kurang pulak duit shopping korang. Jadi kalau dapat tiket murah, makna lainnya, duit shopping korang pun akan bertambah, jadi boleh shopping dengan sepuas-puasnya.

Dengan Traveloka Sale-Abration ni, korang boleh bandingkan harga tiket kapal terbang dari pelbagai jenis airlines. Nak AirAsia ke, Malaysia Airlines ke, KLM ke, Garuda ke, semua lah senang kata, boleh cari kat sini. Bila korang dah bandingkan harga, korang boleh pilih nak naik airlines yang mana korang nak. Macam biasa, ianya bukan untuk dalam negara je, tapi untuk luar negara jugak. Mudah kan?


Selain tu jugak, untuk pengetahuan korang, Traveloka juga sudah bekerjasama dengan pelbagai jenis hotel di seluruh Asia Tenggara. Jadi korang boleh dapatkan tawaran hotel-hotel yang murah dan pastinya eksklusif untuk korang menginap sepanjang korang bercuti tu. Mudah kan? Hanya dekat satu Website, korang boleh dapat apa yang korang sangat perlukan sewaktu bercuti.

Sebelum tu, bagi mereka yang baru nak bercuti ni, mesti tertanya-tanya, Traveloka ni apa? Meh sini aku nak jelaskan sikit supaya korang faham dan excited nak guna khidmat Traveloka ni nanti.

Traveloka ni adalah satu platform atau website yang korang boleh gunakan untuk menempah tiket kapal terbang atau tempahan hotel sama ada untuk pasaran domestik atau antarabangsa. Perkhidmatan Traveloka ni termasuklah dari segi mencari, menempah dan merancang untuk trip korang semasa bercuti. Jadi mudahkan. 

Korang boleh tempah tiket kapal terbang atau hotel dengan menggunakan Applikasi (dah pasti percuma) atau pun melalui website Traveloka. Jadi segala-galanya mudah dan mesra tempahan walaupun ini pertama kali korang guna.


Haaa... lagi satu, korang boleh dapatkan tawaran terbaik untuk tempahan kapal terbang dan hotel dalam korang punya rancangan percutian dekat satu platform je. Tak perlu pergi ke website airlines, lepas nak mencari website hotel pulak. Kenapa perlu susahkan diri korang nak mencari satu persatu kalau korang boleh buat dekat satu website yang sama? Mudah kan, pasti berbaloi punya. Masa jimat, duit jimat.

Lagi satu yang pastinya, harga yang ditawarkan di Traveloka ni tak ada hidden charge atau caj tersembunyi. Maknanya, bila korang cari tu, itulah harga yang korang perlu bayar. Korang tengok RM150, itu lah yang korang bayar. Bukannya korang tengok RM150, tiba-tiba kena bayar RM160... Jimat dah situ. RM10 pun lepas duit makan tengah hari...hahahaha...

Okay...dah baca kan? Jom rancang kita nak bercuti kat mana... Hehehe... check passport jap, kot-kot boleh pergi overseas...boleh guna Traveloka ni...heheheheh...

05 Mac 2017

Pendendam kah aku?




Jujur aku katakan, aku seorang yang mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain walaupun mungkin bagi yang lain, kesalahan mereka terhadap aku terlalu jahat. Tapi, aku jenis yang tak nak panjangkan cerita dan lebih baik aku maafkan mereka. Lepas dari tu, kalau mereka masih nak bersama dengan aku, terserah, aku hanya mengikut.

Tapi, walaupun aku dah maafkan, sukar untuk aku lupakan apa yang mereka dah buat dekat aku. Aku tak tahu kenapa aku akan terus teringat kata-kata mereka terhadap aku walaupun DARI ORANG YANG AKU SAYANG!!!

Mungkin aku seorang yang pendendam. Mungkin juga aku tak ikhlas memaafkan mereka. Tapi aku jugak ada perasaan. Walaupun dah bertahun berlalu, aku masih ingat setiap patah perkataan yang diucapkan dekat aku.

Aku cuba untuk lupakan. Bukan aku tak cuba. Tapi aku tak boleh. Ada ketikanya aku teringat semula. Masih terngiang-ngiang dalam ingatan aku. Jadi, pendendam kah aku?

posted from Bloggeroid

04 Mac 2017

Cara Atasi Masalah Keguguran Rambut


Kebelakangan ni aku tak tahu la kenapa aku alami masalah keguguran yang sangat teruk. Ok sorry... masalah keguguran rambut ok..bukan keguguran lain.. eih.. Bila aku sikat rambut masa nak pergi kerja pagi-pagi tu, dapat rasa beberapa helai rambut aku tercabut. Atau pun bila aku tengok dekat sikat, memang banyak rambut-rambut aku 'tersadai' dekat sikat tu..seram pun ada...

Lagi satu, pernah sekali masa aku menyembang dengan mak aku, mak aku tegur yang aku dah mula botak dekat tengah. Lepas tu, kalau aku selfie, bila part rambut, aku akan selak-selak dan memang betul, rambut aku makin menipis... adoiyai...

Apa puncanya? Antara sebab yang aku baca punca kegugurab rambut ini adalah disebabkan tekanan. Mungkin jugak. Iya lah..bila tekanan, kita banyak berfikir, bila banyak berfikir, kita garu kepala lepas tu tercabut lah rambut... acah ja..tapi tekanan antara puncanya.

Dan lagi, ini antara apa yang aku rasa la... bertukar-tukar minyak rambut dan shampu rambut mungkin antara penyebab kenapa keguguran rambut ni berlaku.

Jadi apa jalan penyelesaiannya? Nak ikut petua lama atau pergu buat hair treatment? Tak nak botakkkkkk...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...