27 Februari 2017

Selamat Pagi Cikgu Firdaus



Masa sekolah dulu, antara cita-cita aku adalah nak menjadi cikgu. Kiranya kalau aku tak jadi wartawan, karier sebagai guru adalah pilihan aku yang seterusnya. Aku sangat suka budak-budak. Tapi masalahnya satu. Budak-budak tak suka aku... Hahahaha...

Antara sebab aku nak jadi cikgu, aku suka berkongsi dengan semua orang apa yang aku mampu untuk berkongsi. Tambah lagi aku suka membaca, jadi dengan bacaan aku tu, sedikit sebanyak aku rasa aku boleh masukkan dalam silibus pelajaran aku kalau sekiranya aku jadi cikgu.

Dulu aku bayangkan bila jadi cikgu, masuk kelas anak murid bangun, bagi salam. Bila jalan di kawasan sekolah, anak murid bagi salam. Mak ayah hormat kat cikgu. Balik sekolah tanda buku murid-murid dan macam-macam lagi. Hahaha... Tapi bila aku tengok du orang kakak ipar aku jadi cikgu, macam tekanan pun ada. Hahaha...

Pernah jugak aku terlintas nak jadi tutor untuk siapa-siapa yang memerlukan, tapi bila fikir-fikir balik, kerja macam aku ni tak menentu, nanti jadi masalah pulak, jadi tak perlu la kot.. Cukuplah sekadar tulis dekat blog...hehehehe...
posted from Bloggeroid

25 Februari 2017

Pilihan Tempat Untuk Melepak



Bila kita nak keluar melepak minum-minum dengan kawan-kawan, pasti tempat akan menjadi masalah besar. Kalau setakat melepak dua tiga orang, selalunya itu tak jadi masalah. Cuma yang menjadi masalah bila nak keluar melepak ramai-ramai. Maksud aku lima orang ke atas.

Kenapa jadi masalah? Sebabnya setiap orang ada tempat melepak yang digemari. Ada yang suka melepak kafe hipster, ada yang suka kedai mamak, ada yang suka kedai siam dan ada jugak yang suka melepak kat restoran makanan segera. Betul tak? Jadi bila berbincang nak melepak kat mana tu, masing-masing tak naknikut member lain kalau tempat tu tak kena dengan selera diri sendiri.

Aku ada bertanyakan dekat kawan-kawan aku di Facebook di mana tempat dorang selalu melepak dengan kawan-kawan dorang. Dan masing-masing ada pilihan sendiri...









Boleh nampak kan setiap orang ada pilihan masing-masing untuk melepak. Tapi jawapan yang aku paling suka, jawapan Fazrin tu. Bersesuaian dengan keadaan.

Tapi kalau bagi aku, kedai mamak dan kedai siam adalah pilihan aku kalau nak melepak lama dengan kawan-kawan. Dari segi layanan satu hal, lagi satu selesa dan environment yang santai untuk melepak.

Walaupun ada sesetengah cafe hipster cakap yang cafe diorang berkonsep santai, tapi untuk menyembang lama, bagi aku tak sesuai. Environmentnya lain... Hahahaha...

Kalau korang pulak, tempat mana yang korang akan pilih untuk melepak?
posted from Bloggeroid

19 Februari 2017

Belum Terlambat Untuk Mensyukurinya



Ada yang sering menyalahkan takdir bila sesuatu yang diinginkannya terlewat atau tidak ditunaikan. Ada pula yang ikhlas menerimanya. Ada juga yang pertikai kenapa sesuatu itu terjadi kepada dirinya. Ada yang cemburu bila melihat apa yang diinginkannya itu menjadi hak milik orang lain. Itu perkara biasa dalam kehidupan kita sebagai manusia.

Tapi kita kena ingat. Allah itu lebih mengetahui segala-galanya lebih dari apa yang kita tahu. Allah tidak menunaikan dan menangguhkan apa yang kita inginkan kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan sesekali pernah mengeluh dan pertikai apa yang Allah dah tetapkan untuk kita.

Aku sendiri alaminya. Beberapa kali. Cuma sebelum ini, aku tak sedar ianya satu hikmah untuk aku. Mungkin aku terlalu gembira dan sedih sampaikan aku sendiri tak sedar ianya satu hikmah untuk aku.

Baru-baru ni, aku dapat sesuatu yang aku inginkan. Tapi tertangguh. Aku mengeluh pada mulanya. Tetapi bila ada sesuatu yang terjadi, baru aku sedar, yang ianya merupakan satu hikmah untuk aku. Alhamdulillah. Kalau aku terima pada waktu tu, mungkin aku sendiri tak berpeluang untuk lakukan apa yang aku buat sekarang ni.

Jadi, kalau apa yang korang inginkan tu belum tertunai, jangan mengeluh, pertikai dan berputus asa. Pasti ada hikmah disebalik kejadian. Sama ada korang sedar atau tidak.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al Baqarah : 216).
posted from Bloggeroid

17 Februari 2017

Makanan Yang Selalu Di Order Di Kedai Mamak



Selalunya bila budak-budak lelaki melepak, kedai mamak akan menjadi pilihan. Betul atau tidak? Jadi bila dah melepak, makanan apa yang selalu korang order sambil korang membuang masa berbual kosong dan bergosip.

Aku cuba tanyakan kawan-kawan aku di Facebook. Kebanyakannya boleh dikatakan menu yang mudah. Mee goreng mamak, naan tandoori, roti canai banjir dan sebagainya. Tak lupa jugak, password wifi pun selalu di order walaupun ianya bukan makanan. Hahahaha....







sama macam aku la.. Selalunya bila melepak dengan kawan-kawan aku lepas waktu kerja, makanan tu jugak yang aku order. Sebab tak tahu nak makan apa. Kalau aku lapar sangat, aku akan ambil nasi campur. Tapi tengok kedai mamak la. Kadang-kadang aku makan jugak kalau dah lapar gila...heheheh...

So korang kalau lepak mamak, korang akan order apa?
posted from Bloggeroid

06 Februari 2017

Tahniah Cici dan Uyoi



Kawan yang aku kenal atas kawan... Rasanya dah dekat empat tahun kot kami berkawan. Jumpak pun baru dua tiga kali sepanjang tempoh kami berkawan. Tapi dah jadi rapat sebab dalam group whatsapp, kami menggila macam kerap jumpak. Kiranya satu kepala dengan aku.

Sebenarnya, Ceqwa atau kami panggil Cici ni kawan kepada kawan baik aku, Kiyah. Tapi Kiyah ni rajin bercerita pasal aku dekat kawan-kawan baik dia jadi secara tak langsung, aku pun boleh berkawan dengan Cici dan Nadia (Nini).

Dan Alhamdulillah... Minggu lepas Cici dah selamat bernikah dengan suaminya yang dikenali hanya melalui WeChat. Dan apa yang aku tahu, Cici dengan suami dia, Uyoi ni hanya jumpak dua tiga kali ja termasuk masa bertunang dan bernikah. Pelik kan?hahaha... Tapi kalau dah jodoh, jumpak sekali pun dah boleh nikah terus.



Aku sampai di Alor Setar pada Jumaat sebab Cici bernikah pada malam tu. Jadi sempat la aku ikut serta dalam acara pernikahan tu yang memang jadi favorite aku dalam majlis perkahwinan. Bab sanding tu, aku tak kisah sangat. Tapi bab nikah memang aku punya favorite part.

Esoknya majlis bersanding, dari pagi sampai ke petang aku ikut pengantin. Ehhh..kecuali masa pengantin pergi makeup pagi tu aku tak ikut. Sebab aku dengan Kiyah dari pukul 10 pagi ada kat dewan, tolong apa yang patut. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.

Lepas habis majlis, aku, Kiyah, Nini, Dayang dan kawan Cici ikut pengantin buat photoshoot dekat taman apa entah, depan bangunan SUK Kedah kalau tak silap aku.





Okay...itu ja la kot ceritanya... Tak tahu nak cerita apa dah...hahahaha...

Kepada Cici dan Uyoi... Aku doakan perkahwinan hangpa kekal bahagia sampai ke akhir hayat. Semoga diberikan anak-anak yang soleh dan solehah. Hidup berumahtangga ada pasang surutnya. Be strong untuk hidup berdua.
posted from Bloggeroid

05 Februari 2017

Tak Ada Pelat Utara Pun...



Untuk pengetahuan semua...aku berasal dari Perak utara. Jadi aku punya pelat atau loghat pertuturan sehari-harian adalah pelat utara. Lebih kepada Kedah sebenarnya. Sebabnya, Bagan Serai atau secara umumnya daerah Kerian ni bersempadan dengan Pulau Pinang dan Kedah. Dan aku rasa, kebanyakan orang kat sini, ramai saudara dari Kedah.

Tapi bila aku masuk U... Ada yang beranggapan aku ni bukan dari Bagan Serai atau Perak Utara disebabkan pelat percakapan aku. Senang cakap, aku punya lidah ni dah bertukar menggunakan bahasa Melayu yang selalu digunakan. Senang cakap, bahasa orang KL la...tak ada pelat utara.

Aku pun tak pasti kenapa lidah aku senang ja tukar ke lidah orang KL...hahaha..sedangkan abang dan kakak-kakak aku dan ada saudara mara aku yang dah lama di KL, okay ja bercakap loghat utara... Mungkin sebab aku takut kot bila aku cakap loghat utara, orang tak faham... Jadi aku 'kebangsaan'kan lidah aku ni...hahaha..

Tapi bukan dengan semua orang aku cakap pelat KL... Bila jumpa geng-geng utara...maka terkeluarkan pelat utara aku. Masa tu baru rancak nak menyembang sebab senang... Tak perlu nak control-control. Iya la..kadang bila menyembang, terlepas jugak cakap utara kan... Bukan aku malu untuk bercakap pelat utara, tapi aku takut orang tak faham...bodoh kan alasan tu?

Yang paling best... Bila melepak dengan kawan-kawan dan ada yang dari KL atau negeri lain... Dan ada sorang dari utara... Lidah aku automatik bertukar... Maksudnya, bila berbual dengan member yang bukan utara, aku akan cakap pelat KL, tapi bila cakap dengan geng utara, automatiknya cakap utara... Di waktu dan tempat melepak yang sama.. Aku tak tahu la macam mana otak aku boleh buat macam tu...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...