31 Januari 2017

Tak suka jadi yang terakhir



Kalau dalam group Whatsapp, aku tak suka jadi yang terakhir dalam text mesej. Tak tahu kenapa... rasa macam krik-krik ja. Tambah lagi kalau tengah rancak menyembang ramai-ramai, kemudian aku taip lepas tu takde siapa yang reply... aku akan rasa macam...

'Aku salah taip ke?'

Lepas tu aku akan scroll balik mesej-mesej sebelum tu. Kot la aku ada cakap sesuatu yang sensitif atau tak sepatutnya... hahahaa... pelik kan aku? Kalau jadi macam tu, selalunya aku akan letak emoticon. Baru rasa macam lega sikit...hahaha

Tapi lain kalau tengah berbincang benda yang serius, aku ok ja kalau jadi yang terakhir. Aku akan tulis 'TQ' sebagai penamat perbualan dalam group Whatsapp...

Korang pernah tak rasa macam apa yang aku rasa? Ke aku sorang ja rasa macam tu?

28 Januari 2017

Mesej Tersirat Webfilm Tahun Baru Cina Dari TNB

Sebelum apa-apa...aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Xin Nian Kuaile kepada semua kawan-kawan aku yang menyambutnya. 

Macam biasa, setiap kali menjelang musim perayaan, tak kira la perayaan apa sekalipun, iklan-iklan atau webfilem dari semua syarikat aku tengok. Menarik dan pastinya ada mesej yang nak disampaikan kepada penonton. Macam Tahun Baru Cina tahun ni, webfilem dari Tenaga Nasional Berhad atau TNB menarik perhatian aku.


Aku rasa semua orang tahu, setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, perkara pertama yang kita dengar selain tarian singa dan mercun adalah acara 'makan besar'. Apa yang aku tengok dan dengar cerita dari kawan-kawan aku yang berbangsa Cina, masa ni la nak berkumpul ramai-ramai dan berbual terutama dengan ahli keluarga yang jarang berjumpa. Masa ni adalah untuk semua ahli keluarga ketepikan segala perbezaan dan pertelingkahan yang pernah berlaku bagi merapatkan semula ikatan.

Dan apa yang best lagi, masa 'makan besar' ni, semua ahli keluarga yang ada dan datang masa acara tu lagi penting dari makanan-makanan yang dihidangkan. Betul tak? Lama dah tak jumpa, tentu banyak benda nak berbual dan kadang-kadang sampai tak berapa nak hiraukan pun dekat makanan tu...hehehehe...

Tapi kan, bila berkumpul ramai-ramai ni, mesti ada bermacam perangai yang korang akan jumpa termasuk saudara-mara korang. Iya la, ada yang berubah. Tapi, bagi aku, perbezaan sikap setiap orang tu perlu diraikan dan bukannya diketepikan. Biasa la, perangai manusia ni pelbagai ragam. Kalau tak, tak meriah la hidup kan?

Sama macam makanan yang terhidang sewaktu sambutan Tahun Baru Cina, ada bermacam-macam. Ada yang manis, ada yang kurang sikit rasanya, ada yang bulat, ada yang bersegi-segi bentuknya, tapi itu semua menarik perhatian kita untuk makan makanan tu kan? Sama juga perangai manusia, pelbagai macam, tapi itu yang menceriakan. Perbezaan tu tidak menjadikan seseorang itu lebih baik atau lebih jahat, tetapi perbezaan itu yang jadikan kita semua gembira. Bak kata orang la, bersatu teguh, bercerai roboh. Betul tak? Kebahagiaan itu tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain.

Semua yang aku cakap ni sebenarnya adalah mesej yang aku dapat dari webfilem dari TNB ni. Cuba tengok semula webfilem tu dan aku yakin, korang pun akan setuju dengan aku.

TABLE OF HARMONY

Haaa...dah tengok video tu...aku nak cadangkan korang cuba untuk main 'Mystery Dish' ni.. sama macam dalam webfilem tu...heheheheh... aku dah dapat dah...aku dapat Paper Wrapped Chicken'...heheheh...


Nak cuba? korang cuba ikut langkah-langkah ni kemudian korang share tengok dengan aku. Tak pun korang suruh kawan-kawan korang cuba sekali...

Langkah 1 :
Buka website : http://betterbrighter.my/tableofharmony


Langkah 2 : Klik 'Unveil Mystery Dishes


Langkah 3 : Klik 'Discover what mystery dish you are and join the table'


Langkah 4 : Pilih salah satu daripada empat jawapan tu.

Jeng, jeng jeng...maka dapatlah mystery dish korang tu...hehehehehe...

Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke laman sosial TNB seperti kat bawah ni...


25 Januari 2017

Menjejaki Sejarah Kesultanan Perak



Sebagai rakyat Perak, aku sangat suka dengan sejarah kesultanan Perak yang bagi aku, ada keunikan tersendiri jika nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Dari segi gelaran dah tentu, dan sejarah bermulanya kesultanan Perak yang mempunyai susur galur dari Kesultanan Melayu Melaka.

Lepas aku menjejakkan kaki di beting beras basah pertengahan bulan hari tu, dan ditambah pulak aku terbaca satu blog ni tentang dia suka menjejaki makam-makan sejarah termasuk makam kesultanan Perak, ia jadi satu pembakar semangat untuk aku buat perkara yang sama.

Jadi, kat mana aku nak mulakan? Beting Beras Basah di mana bermulanya Kesultanan Perak aku dah sampai, Istana Iskandariah Kuala Kangsar aku dah sampai, Istana Kenangan pun dah sampai, Masjid Ubudiah yang menempatkan banyak makam sultan Perak yang terdahulu pun aku dah sampai, jadi mana lokasi lepas ni?



Aku ni bukanlah minat sejarah sangat... Setakat baca-baca macam tu ja la kan.. Orang cakap sekadar ambik tahu ja... Tapi disebabkan aku ada terbaca sejarah sultan-sultan Perak sebelum ni, buatkan aku lagi nak tahu tentang sejarah kesultanan Perak ni dengan lebih mendalam.

Tapi aku tak nak baca buku hikayat-hikayat ni sebab bahasanya tinggi sangat. Hahahaha... Baik aku baca buku sejarah yang moden sikit atau bahasa lainnya, yang mudah nak faham...hehehe...

23 Januari 2017

Sejarah Beting Beras Basah



Akhirnya, aku sampai jugak di Beting Beras Basah yang terletak di daerah baru, Daerah Bagan Datuk. Itu pun sebab kebetulan aku outstation kat sini sempena program Permukiman YAB MB Perak ke daerah sini. Dan lepas habis program, aku terus ke sini, sorang-sorang...hehehhe... Tak jauh pun dari homestay yang aku duduk ni, dalam 10 kilometer ja dari pekan Bagan Datuk ni...



ini pintu gerbang yang korang boleh nampak dari tepi jalan besar. Masuk ke dalam dalam dua kilometer. Tapi dari jalan korang masuk tu, macam percaya atau tak je la sebab kiri kanan sawit dan pokok kelapa. Lepas tu korang akan jumpa tempat jual beli sawit, masuk lagi ke dalam.



Jalan nak masuk ke jeti ni, jangan risau. Jalan elok je... Kalau tak pakai 4WD pun, ok je... Jadi bila dah sampai di tempat parking, korang kena jalan kaki pulak sampai la ke tempat yang memang jadi lokasi wajib untuk setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan. Jalan kaki dalam 1.5 kilometer...lebih kurang la. Tapi sepanjang berjalan ke jeti tu, pemandangan cantik gak...







di tengah-tengah perjalanan tu, akan ada satu pondok dan sebelah tu macam ada perigi...aku tak tahu tentang sejarah perigi tu...hahahaa...



lepas tu aku sambung berjalan sampai la le penghujung. Bau air laut...aku suka..hehehe...disebabkan tak ada orang..jadi aku bergambar. Dan disebabkan aku pergi seorang diri...maka aku set kan timer je la dekat kamera dan tahan dengan batu...hahaahha...









ok...itu saja la..tapi cantik jugak tempat ni...kalau buat photoshoot untuk kahwin pun okay...ahahahaha...

Sejarah Beting Beras Basah : Bermulanya Kesultanan Perak

Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pada tahun 1528 dimana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah I telah ditabalkan di Beting Beras Basah, di kuala Sungai Perak berhampiran pekan Bagan Datoh. Sebelumnya, dua pembesar Perak iaitu Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah menghadap Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang bersemayam di Kampar untuk memperkenankan seorang puteranya untuk dijadikan Sultan Perak. Baginda telah memperkenan permintaan tersebut dan mengarahkan putera keduanya iaitu Raja Muzaffar Shah ke Perak.

Sewaktu Bahtera baginda menghampiri di kuala Sungai Perak dan sampai ke kawasan Beting Beras Basah, bahtera baginda telah dipukul ombak yang besar dan terdampar secara tiba-tiba diatas satu beting ditengah lautan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibuangkan ke laut barang-barang yang berat, namun laut tetap bergelora. Lalu baginda pun berseru :

"Sekongkong Tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka"

Sultan Muzzaffar lantas mengambil mahkota baginda lalu membuangnya ke dalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tenang kembali seperti biasa. Bahtera baginda dapat belayar semula seperti sediakala. Serentak dengan itu, Tun Saban dan pengikutnya melaungkan "DAULAT TUANKU" dan baginda Sultan Muzzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah. Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan ditabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda.

Sejak itu, setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan disyaratkan datang ke Beting Beras Basah ini untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja. Selain Sultan, Raja Perempuan juga harus melakukan upacara yang sama. 

17 Januari 2017

Aku jarang komen di Facebook



kalau korang perasan, aku sangat-sangat jarang komen di Facebook kawan-kawan. Atau kalau aku komen pun, status atau gambar yang dah dua tiga jam dorang up di Facebook. Kenapa? Aku tak suka bergaul ke? Atau aku memang malas nak mengomen?

Sebabnya, aku rimas bila ada notification yang naik selepas aku komen tu. Maksudnya, lepas aku komen, ada orang lain pulak komen di gambar atau status kawan aku tu. Jadi akan naik notification aku. Hahaha..aku rasa rimas. Memang boleh turn off notification, tapi aku rasa macam itu satu yang renyah pulak...hahaha...boleh macam tu?

Tapi bukannya selalu aku tak komen. Kalau aku tak busy, aku akan komen jugak. Tengok pada status atau gambar yang di up kan di Facebook. Kalau setakat yang biasa-biasa tu, aku malas komen, nak like pun malas. Tapi kalau status atau gambar tu menarik perhatian aku, aku akan komen atau sekurang-kurangnya aku akan sumbangkan 1 like. Hahahaha...

09 Januari 2017

Menunggu atau ditunggu?



Aku nak tanya...korang lebih suka menunggu atau ditunggu? Mana satu yang korang rasa itu adalah diri korang?

Kalau aku, aku lebih suka menunggu daripada ditunggu. Sebab tu bila berjanji, aku lebih suka datang awal. Aku jadi tak sedap bila orang yang tunggu aku, tambah lagi kalau melibatkan hal-hal penting. Kalau setakat keluar melepak tu, tak apa la kan?

Tapi kalau bab kerja, bab benda-benda lain. Aku lebih suka menunggu. Daripada sampai lewat dan terpaksa tergopoh-gapah... Lagi la aku tak suka. Biarlah menunggu daripada ditunggu...

Tapi kalau menunggu tu lama gila...aku pun hangin...iya la..kalau dah appointment pukul 9, tapi pukul 10 atau 11 baru sampai... Siapa tak hangin kan? Lebih menyakitkan hati, bila perkataan 'maaf' tak ada pun diucapkan... Kau rasa?

Tetapi pengecualian diberikan kalau ada alasan kukuh....

07 Januari 2017

Rawat Resdung Dengan Asmak Herbs



Masalah resdung ni, semua orang ada...sama ada teruk atau tak... Macam aku, nak kata teruk tu tak juga, nak kata tak teruk pun tak jugak... Sederhana la... Tapi bila aku mengemas rumah, atau tiap pagi lepas bangun tidur...haaaa...ambik kau...bersin panjang memang tak aci berhenti...

Antara tanda-tanda lain korang ni ada masalah penyakit resdung yang agak teruk macam ni..

  • Sering mengalami hidung tersumbat
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak berpanjangan dan berulang
  • Gejala alahan hidung seperti kerap bersin dan gatal hidung terutamanya pada waktu pagi
  • Mengalami jerawat dimuka dan badan
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yg berpanjangan

Korang ada tanda-tanda tu? Kalau tak rawat resdung yang serius tu, akan bagi kesan dekat kesihatan jugak... Antara kesannya :

•Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
•Jangkitan otak
•Sakit tekak yg kronik
•Jangkitan tulang muka
•Menerukkan keadaan ASMA
•Berdengkur secara kronik
•Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
•Alahan hidung
•Selsema biasa yg melarat

Dulu masa aku belajar, setiap kali balik ke kampung, aku selalu pergi buang resdung di pusat kecantikan tempat sepupu aku bekerja. Setiap kali pergi, satu jam dah tentu dah habiskan masa kat situ sebab selalunya aku buat facial sekali. Tapi sekarang bila dah kerja, tak sempat nak buat. Kalau balik kampung, malas nak pergi... Hahahaha... Terfikir jugak aku nak cari ubat-ubat resdung ni...

Kebetulan baru-baru ni, aku diperkenalkan dengan Ubat Resdung Asmak Herbs oleh kawan aku.. Jadi disebabkan aku rasa malas nak pergi buang resdung di tempat sepupu aku tu, tak salah rasanya aku cuba...



Mesti korang nak tahu, berkesan ke Asmak Herbs ni? Ok...sebelum aku cerita pengalamann aku guna ubat resdung ni, meh sini aku nak cerita tentang Asmak Herbs ni dulu...

- Diperbuat dari herba terpilih yang diproses sendiri dari awal sehingga akhir dengan prosedur yang ketat,bersih dan suci.

- Bebas dari bahan kimia berbahaya dan kandungannya semulajadi 100%

-Menggunakan kapsul halagel

-Melegakan resdung seawal 3-14 hari bergantung kepada tahap resdung.

- Makan bila perlu sahaja,apabila dah semakin baik,boleh hentikan pengambilan.
-Dihasilkan dari kilang bertaraf GMP dan Halal

-Mendapat MAL dari KKM sejak tahun 1997 lagi,tetapi disebabkan proses menukar nama dan hakmilik, Asmak Herbs kini dalam proses mendapatkan kelulusan semula.

-Sesuai untuk semua dan dari umur 3 tahun dan ke atas (KECUALI IBU MENGANDUNG)

-Tidak perlu rawatan yang melecehkan, membuang masa dan kos tinggi.

- Juga berkesan untuk mereka yang ada masalah pernafasan termasuk asma kerana ia akan membantu melegakan(Resdung dan asma saling berkaitan tanpa anda sedari)

-Ianya diramuankan dari herba-herba terpilih, antaranya;
•AKAR MENGKUNYIT
•AKAR SERAPAT
•LADA SULAH



Aku sendiri dah makan ubat resdung Asmak Herbs ni berkesan dan kesannya aku boleh dapat rasa sendiri dalam tempoh 48 jam. Hidung aku dah rasa 'ringan' dan tak tersumbat. Bangun pagi dah tak bersin dan berair. Jujur ni, bukan auta... Hahahaha... Sebab selalunya, setiap kali lepas mandi, aku akan bersin yang memang tak 'hengat' punya...

Masa hari pertama aku makan ubat ni, bila tak bersin, aku rasa macam tak 'sempurna' pulak pagi aku... Iya la, selalu tiap-tiap pagi akan bersin, tapi bila makan ubat resdung ni dan tak bersin.. Macam pelik... Tapi, itu satu tanda yang bagus... Kan?

Masuk hari kedua, memang aku rasa lega gila... Tak rasa hidung ni gatal-gatal atau rasa tersumbat... Memang 'clean' la senang cakap...



Jadi, bagi korang yang ada masalah resdung yang teruk tu, aku cadangkan korang cuba Ubat Resdung Asmak Herbs ni... InsyaAllah, berkesan untuk atasi masalah resdung korang tu... Nak beli?

Kalau korang berminat nak mencuba pil resdung ini,boleh ke link di bawah atau hubungi terus :

Asmak Herbs
Hotline HQ : 019 – 970 8897
Facebook Page : Ubat Resdung Herba

Eihh..jap...ada lagi... Kalau korang beli sekarang, ada promosi tau iaitu sebotol
ASMAK HERBS berharga RM39 (Harga biasa RM46) dan pos adalah percuma....

Dengan kos RM39 ni, korang dapat;
- 1 BOTOL ASMAK HERBS (30 kapsul)
- PERCUMA POS LAJU
-PANDUAN CARA MAKAN
- PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN

Untuk OFFER INI SAHAJA atau offer ini DI TUTUP lebih awal jika STOK SOLD OUT.
VERY, VERY LIMITED ! lepas ni harga akan di naikkan kembali kepada asal.

06 Januari 2017

Tak rasa tua pun...



Bila aku baca novel-novel cinta masa budak-budak dulu (sampai sekarang)... Bila satu-satu watak tu berumur 25 tahun dan bawah 30 tahun... Aku rasa macam watak tu dah tua... Macam dah patut kahwin dah bila sampai babak watak utama tu dipaksa kahwin. Tambah lagi bila watak tu dah ada segalanya...

Sama jugak dalam realiti... Bila dengar akak atau abang tu dah berumur 25, 26 tahun, aku rasa dorang tu dah tua... Maksud aku bukannya tua kerepot, tapi dah cukup matang untuk buat semua keputusan.

Tapi bila diri sendiri dah sampai umur macam tu... Sejujurnya aku tak rasa pun semua yang aku jangkakan dalam novel dan apa yang aku jangkakan dalam realiti tu betul. Sedangkan waktu umur-umur macam ni la, ramai yang masih terkapai-kapai cari arah hidup. Dan aku sendiri alami perkara tu sekarang.

Betul, memang semua tu mematangkan semua orang... Tapi bila kita sendiri yang berada di tahap macam tu... Rasa macam semua tu tak betul. Cerita-cerita yang dibaca atau didengari tu...semuanya auta.

Tapi ada juga betulnya pada sesetengah perkara...ada yang bila kita dah capai tahap umur tertentu, semua tu kena difikirkan. Tak boleh la tak ada usaha untuk menuju ke arah tu? Betul tak.. Kita berusaha dan merancang... Tapi biarlah yang di atas sana menentukan...

05 Januari 2017

Bila Tak Ada Topik



Bila aku ada semangat sikit untuk update blog, aku jadi blur sebab tak ada idea nak update tentang apa... Tak tahu nak cerita tentang topik apa.. Nak cerita kehidupan seharian, adeihhh...tak ada benda baru pun... Perkara yang sama aku buat tiap-tiap hari. Jadi tak tahu nak cari 'angle' apa supaya aku boleh update blog.

Tapi kan, bila aku tak ada mood nak update blog... Haaaa...masa tu la banyak idea mencurah-curah ke ladang gandum untuk update blog. Banyak benda aku boleh buat dan fikir untuk update blog. Tambah lagi masa nak tidur, lagi banyak benda aku boleh update blog... Tapi disebabkan malas nak update blog, jadi aku biarkan ja la idea dan topik tu terkubur...

Bayangkan, bila dah banyak idea nak update blog tu, nak tulis draf pun malas. Ye la...at least bila ada draf, esoknya tu boleh la aku kembangkan idea nak menulis tu...

Tapi bila esoknya ada mood nak tulis di blog, terus hilang idea-idea yang malam sebelum tu... Habis tu macam mana blog ni nak 'hidup' setiap hari? Adeihhh... Tension betul...

03 Januari 2017

Malam Media Perak 2016



1 Januari 2017 untuk aku pada tahun ni dimulakan dengan Malam Media Perak 2016 yang diadakan di Casuarina@Meru. Malam media ni dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri dengan beberapa lagi tetamu kehormat yang lain. Meriah jugak la dengan tema Glam and Glitz yang mana semua media berpakaian red carpet gittew...

Aktiviti macam biasa. Nyanyian, ucapan perasmian dan cabutan bertuah... (aku tak bertuah pun malam tu)...hahahaha...

Elok je masuk dalam dewan, terus aku kena tarik dengan member aku untuk on air bagi radio Chill FM... Adeihhh..dah la tak ready apa...hahahaha...

Pakaian aku?hermm... Tak ikut tema sangat la... Semuanya mendadak ja buat... Malas nak fikir tambah lagi, takda idea sangat... Malas nak over-over sangat kan...hahahaha...







02 Januari 2017

Azam Tahun 2017



Tak terlewat lagi rasanya aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua pembaca blog Drama Hidup FMR. Termasuklah kepada silent reader blog aku ni (you know who you are, hahahaha)... Semoga tahun 2017 ni akan beri kenangan manis kepada kita semua. Insya Allah...

Okay... Sebelum aku nyatakan azam aku tahun ni, jom buat throwback sikit apa yang aku lalui pada tahun 2016..

1. Aku berkonvokesyen untuk degree aku pada April 2016 di UiTM Shah Alam.


2. Bercuti ke Medan, Indonesia pada November 2016


3. Aku sertai dua gathering Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9). Rumab terbuka dan Mini Zoo KL Tower


4. Selalu ditanya soal kahwin.. (-_-)

5. Dijemput berkongsi pengalaman yang sedikit ni dengan junior di Gopeng..


Itu je kot yang aku rasa penting dan menarik. Yang lain, cuma kehidupan seperti biasa ja... Hidup yang kadang-kadang bosan, kadang-kadang gembira. Hahahaha...

Okay, cerita pasal azam tahun baru.. Entahlah...aku pun takda la nak set azam sangat.. Sebab aku tak rasa mampu nak capai pun... Just gi with the flow. Cuma ada la perancangan sikit-sikit tu. Normal la kan?

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...