24 September 2017

Kerana Sepinggan Nasi?

Adat orang kita,  bila dijemput untuk ke kenduri kahwin,  mesti akan dijawab 'insya Allah'.  Sama la macam aku.  Itu juga jawapan aku bila dijemput ke kenduri kawan-kawan atau pun saudara.  Iya la,  bila dah kerja ni,  tak tentu jugak keadaan.  Tak pun bila dah tengah-tengah bulan kendurinya,  memang sesak sikit la.  Tapi aku akan cuba usahakan jugak untuk pergi ke kenduri kawan-kawan terutamanya kenduri kahwin.  

Tapi bila fikir-fikir balik,  berbaloi ke pergi kenduri kahwin,  terutamanya yang jauh-jauh,  semata-mata untuk sepinggan nasi minyak berlaukkan ayam masak merah,  gulai daging dan acar buah? Macam tak berbaloi kan?  Baik masak sendiri atau makan kat kedai ja.  Jimat banyak oooo...  Boleh makan banyak kali kalau masak sendiri.

Macam Sabtu lepas,  aku ke Bagan Datuk untuk hadiri majlis kahwin classmate aku masa degree.  Tiga jam drive dari KL,  lepak dekat kenduri sekitar 2 jam,  kemudian balik.  Macam tak berbaloi kalau fikir kan...  Pergi balik dah 6 jam untuk makan sepinggan nasik.
 

Tapi,  bukan sebab sepinggan nasi minyak tu yang jadi keutamaan.  Tapi sebab satu ikatan yang dipanggil persahabatan dan persaudaraan.  Jujur aku cakap,  aku akan cuba usahakan untuk ke majlis kenduri kahwin kawan-kawan kalau diberi izin dan kena dengan waktunya. Ikatan tu lagi penting dari sepinggan nasi berlaukkan seketul ayam masak merah.  Walaupun jauh,  semua tu takkan terasa bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan walaupun sekejap.  Lepas rasa rindu bila dah lama tak jumpa. 

Aku pernah ke Terengganu naik bas pada jumaat malam dan balik keesokan malamnya.  Aku pernah ke Johor,  sama macam tu jugak. Kiranya balik hari la.  Aku pernah ke Kedah selama dua malam sebab tolong majlis kenduri kawan aku.  Semua tu atas dasar persahabatan dan saudara. 

Semua tu bukan jadi masalah dekat aku sebab ikatan yang ada tu lagi penting.  Walaupun penat sikit,  tapi semua tu rasa berbaloi walaupun ada yang cakap,  tak berbaloi untuk aku pergi.  Hahahaha...

Apa pun,  aku nak ucapkan tahniah dekat Tia dan suami atas ikatan yang dibina.  Semoga ikatan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

21 September 2017

Dari satu pihak

Bila jadi sesuatu isu, mesti akan berjela ke isu yang lain.  Iyalah,  semua orang nak menyampaikan berita yang mereka dengar sampailah berita tu dah ditokok tambah dengan perkara-perkara yang kadang-kadang tak wujud pun dalam berita tu. 

Bila si A bercerita dekat B,  si B akan bercerita dekat C dengan menambah sikit garam dan macam tu la seterusnya.  Benda ni korang boleh tengok dekat keadaan sekeliling korang. 
Gambar Google

Contohnya baru-baru ni masa aku balik ke rumah sewa aku dalam pukul 11 malam.  Aku tengok ada trak bomba dan ambulans ke blok belakang.  Kemudian budak rumah aku cerita yang ada kes rumah terbakar dekat blok belakang.  Ada dua versi cerita.  Cerita satu,  ada rumah terbakar disebabkan litar pintas dan cerita kedua,  kebakaran tu berlaku bukan dekat rumah,  tapi dekat tempat buang sampah di tingkat 6 blok tu.  So tak tahu la mana satu betul.  Kemudian,  esoknya bila aku tengah beli makanan dekat bawah rumah aku,  akak tu cerita ada rumah dan kereta dibakar sebab kes khianat.  Punca?? Tak tahu la kenapa. Akak tu pun dengar cerita dari mulut orang ja.  Hahahaha...

Jadi bila kes macam ni berlaku,  aku pun tak tahu nak percaya mana satu.  Mungkin member serumah aku betul,  mungkin jugak cerita akak tu betul.  Tak tahu mana satu.  Jadi kesimpulannya,  aku ambil pendekatan yang mudah,  ada kes terbakar kat blok belakang.  Mudah kan? Hahahaha.... 

Bila ada isu,  semua orang suka nak menokok tambah benda-benda yang tak ada masa kejadian berlaku.  Sebabnya?  Untuk bagi ada rasa 'wow'  dalam cerita dorang.  Kalau tak tambah,  orang takkan percaya. 

Bila jadi macam tu,  apa yang korang akan buat? Terus percaya bulat-bulat atau macam mana? Kalau aku la kan,  aku akan buat tak tahu ja.  Masuk telinga kanan,  keluar telinga kiri.  Kecuali kalau cerita atau isu tu penting bagi aku.

19 September 2017

Cuma Fikir Tentang Duit

Kalau sebut bab duit,  semua orang laju ja. Tak nak ada yang ketinggalan sebab zaman sekarang ni,  semuanya perlukan duit.  Nak masuk tandas awam pun,  paling tidak 30 sen dah tentu kena bayar.  Kalau tak,  tahan la sampai balik rumah. 

Bagi orang muda yang baru nak 'hidup'  macam aku ni,  selagi ada peluang nak buat duit,  selagi tu la akan cuba masuk.  Macam aku contohnya,  setiap bulan mesti akan short sikit bajet bulanan even aku dah buat budget list dah,  tapi mesti akan short jugak sementara nak tunggu gaji. Jadi terpaksa la buat dua tiga kerja untuk tampung kehidupan aku ni.

Gambar Google
Lagi pulak,  bila dah sampai umur-umur macam aku ni,  mula la nak fikir untuk beli rumah,  beli kereta,  nak kahwin,  nak bayar bil itu bil ini dan macam-macam hal la. Jadi memang nak kena buat bajet betul-betul supaya dapat survive sebelum gaji seterusnya. 

Nasib la sekarang ni nak cari duit lebih ada bermacam cara.  Rajin atau tak ja la untuk buat.  Penat memang la penat.  Tapi nak buat macam mana kan,  dah terpaksa buat sebab nak hidup.  Kalau tak, tak tahu nak cakap macam mana.  Itu pun dengan kerja lain tu,  sekadar cukup-cukup makan.  Orang kata kais pagi makan pagi,  kais petang makan petang.

Apa pun,  hidup ni tak seindah yang disangka.  Banyak liku-liku yang nak kita nak kena lalui sebelum betul-betul untuk kita rasa selesa.  Jangan mengeluh,  keep calm and pray to Allah SWT.

12 September 2017

MomHcookFoodBox Untuk Orang Penang Dan Sekitar

Zaman sekarang ni kan, ramai yang nak makanan yang cepat dan sedap. Bab harga orang tak berapa kisah sangat asalkan makanan yang dijual tu sedap dan berbaloi dengan harga. Kalau kena dengan tekak masing-masing, mesti korang akan repeat order la kan.

Khas untuk orang Penang dan kawasan sekitar, terutamanya bagi yang bekerja dan malas nak keluar cari makanan masa rehat ataupun tak sempat nak keluar lunch sebab sibuk yang amat sangat. Ni aku nak habaq mai yang hangpa boleh order dekat MomHcookFoodBox. Perkhidmatan order makanan dan dihantar ke rumah atau pejabat hangpa tu.

Korang yang bekerja kat Penang tu, tak kisah la di pulau atau sebelah sini (tanah besar), jangan risau sebab MomHcookFoodBox memang cover satu Penang. Tapi !!! Bukan setiap hari cover satu Penang tau. Sebab MomHcookFoodBox cover satu-satu kawasan pada satu-satu hari. Contohnya, hari Isnin cuma cover di kawasan Seberang Perai dan Permatang Pauh. Hari Selasa cover kawasan Bayan Lepas dan Sungai Nibong. Haaa, lebih kurang macam tu la. Kalau korang nak tahu area mana yang dicover pada esok hari, korang boleh ke Instagram MomHcookFoodBox.




Makanan yang ditawarkan? Antara makanan yang ditawarkan untuk orang-orang Penang dan kawasan terdekat termasuklah nasi dan pasta dan salad dan snack dan macam-macam la. Contohnya macam Buttermilk chicken, Lemongrass grill chicken, Lemon chicken, Pasta Carbonara, Pasta Bolognese, Pasta Aglio Olio, Pasta Pesto, Sardine puff, Popia cheezy crab, Popia creamy mushroom chicken, Bread butter pudding, Sagu gula melaka,Potato salad dan banyak lagi la... Tapi kannnn... Selected menu on selected days. Hehehehe...nak tahu menu apa yang MomHcookFoodBox ni masak untuk esok, korang boleh ke IG tau.Terliur weh bila aku tengok gambar-gambar ni.




Dari segi harga pulak, memang berpatutan dan murah la berbanding korang pergi makan dekat kafe-kafe tu sebab harga bermula cuma dari RM6-RM10 sahaja (tak termasuk caj penghantaran). Caj penghantaran pulak bergantung pada lokasi yang dihantar. Tapi masih berbaloi la sebab korang cuma order sehari sebelum tu, dan cuma duduk tunggu makanan korang sampai di ofis atau rumah. Jimat tenaga, jimat masa, jimat minyak (minyak mahai oiiii la ni), jimat segalanya la...


Haaaa, lain dari tu, kalau ada yang nak buat majlis makan-makan tak kira la birthday ka, farewell ka atau majlis kecik-kecik, MomHcookFoodBox pun ambil tempahan jugak dengan maksimum untuk 100 pax.

So, bagi orang-orang Penang, kalau nak merasa boleh ke IG MomHcookFoodBox untuk tau menu dan kawasan yang dicover dan kalau nak order, boleh whatsapp ke 0175778742

Follow instagram @MomHcookFoodBox

10 September 2017

Perancangan Tak Semestinya Menjadi

Pernah tak korang rancang sesuatu,  tiba-tiba apa yang korang rancangkan tu tak jadi walau sebaik mana pun korang rancang?  Aku rasa setiap orang punya pernah alami benda ni tak kira la perancangan korang tu besar atau kecik. 

Bila jadi macam tu,  selalunya apa yang korang buat?  Atau apa yang korang fikirkan? Bagi yang ada plan B,  mungkin tak jadi masalah sangat.  Tapi bagi yang tak ada backup plan, menggelabah jugak jadinya. Semuanya akan jadi kelam-kabut sebab korang nak apa yang korang rancangkan tu menjadi. 


Macam aku,  kadang-kadang tak ada pun backup plan.  Tapi bila apa yang aku rancangkan tu tak berapa menjadi atau kurang menjadi,  masa tu la aku akan fikir apa yang perlu buat.  Maksud aku,  plan B tak dirancang awal sebab dengan harapan,  plan A akan menjadi.  So, bila plan A tak menjadi,  baru fikir plan B. 

Memang nampak macam kita tak bersedia langsung untuk buat sesuatu yang mungkin tak jadi,  tapi,  bagi aku yang ada beberapa pengalaman sebelum ni,  plan yang mengejut selalunya akan menjadi satu kejutan.  Atau dalam bahasa lain,  lebih baik dari apa yang dirancang dalam plan A. 

Tapi tak semua la aku tak ada backup plan. Tengok pada situasi atau perkara yang dirancang tu.  Kalau benda kecik,  selalunya memang tak ada plan B. Kalau perkara besar,  memang aku akan buat backup plan.  Just in case.


07 September 2017

Family Day Tok Ketua

Lokasi : Chalet Kenangan Pak Man, Teluk Batik
Tarikh : 2 - 3 September 2017
Kehadiran : Abah, Mak, 6 anak, 5 menantu, 10 cucu











Family Day Keluarga Mat Radzi-Sharifah



Sebenarnya kan, dah lama keluarga aku tak pergi bercuti dalam satu keluarga yang penuh. Setiap kali pergi bercuti, mesti ada yang tak dapat joined sebab ada komitmen lain. Kalau masa kecik-kecik dulu memang selalu la mak abah bawak pergi bercuti satu family, tapi bila semua dah besar, tak lengkap satu family.

Tapi masa Hari Raya Haji baru ni, kami adik beradik berjaya jugak berkumpul satu family besar pergi bercuti. Tak jauh pun, cuma ke Teluk Batik dan tidur sana satu malam. Kalau dulu mak abah yang bawak kami enam beradik pergi bercuti, sekarang ni kami enam beradik dengan lima menantu serta 10 cucu pulak bawak mak abah pergi bercuti.

Abang aku plan pun tak lama. Dalam sebulan sebelum raya haji, baru plan dan cari chalet semua. Dan nasib baik, semuanya ada masa tu. Jadi memang dapaat berkumpul la untuk bercuti. Sebelum ni pun kalau semua dapat berkumpul pun, kami setakat buat BBQ ja dekat rumah abah. So, kali ni ada la kelainan sikit.



Aktiviti pun kami tak rancang sangat. Lebih pada sukaneka dan seronok-seronok ja. Setakat nak habiskan masa dekat chalet tu dan buat BBQ tepi pantai. Kebetulan, memang chalet tu tepi laut, so memang seronok la masa makan tu.











Kami buat game pun yang sekadar untuk seronok-seronok macam baling selipar, boling kelapa, isi air dalam botol, lari sambil kepit bola, tanam-tanam orang and saling tukar-tukar hadiah.

Insya Allah, tahun depan nak buat lagi kalau masih ada kesempatan. Cuma tempat masih tak confirm lagi...hehe.... Dan mungkin jugak tahun depan ada enam anak,  enam menantu kan... Eih... 

05 September 2017

Bosannya Bila Seorang Diri



Sebelum ni kalau aku balik kampung, mesti aku akan cari kawan untuk balik sekali dengan aku. Bukan apa, sebagai kawan untuk menyembang ja. Bosan weh bila bawak kereta sorang-sorang.. Mati kutu.

Macam semalam, bila aku nak balik ke Damansara. Mulanya memang ada plan untuk ambil sorang dua kawan aku untuk balik ke KL. Tapi last minit, semua perancangan tu cancel sebab ada yang nak balik awal. Aku ada la jugak tanya-tanya kawan-kawan yang lain, tapi tak ada. Ada yang balik dengan bas or train, dan ada jugak yang balik dengan keluarga or kawan dorang. Jadi kesimpulannya, aku drive la sorang-sorang dari kampung. Hohoho...

Mati kutu aku weh. Pasang radio pun bosan. Pasang pendrive pun lagu yang sama ja. Last-last aku buat video aku menyanyi then delete balik. Hahahahah... Kalau aku up dekat FB, confirm aku kena kecam.

Untuk selesaikan masalah,  aku kena cari peneman.  Mungkin kena ada isteri kat sebelah ok la kot kan ... 

02 September 2017

Baru Rasa Balik Kampung Untuk Raya

Sebelum ni, aku balik kampung pun tak terasa sangat. Sebab masa dekat Ipoh, boleh kata setiap minggu aku balik kampung atau paling tidak pun, dua minggu sekali. Tapi sejak empat bulan aku menetap di Damansara, nak balik kampung pun susah sebab jauh.

Tapi Rabu lepas, masa aku nak balik untuk raya haji, baru la rasa semangat balik kampung untuk raya. Sebabnya, jalan jammed dan aku sampai rumah pukul 5 pagi selepas 8 jam perjalanan. Itu pun sebabnya aku lajak ke Bukit Mertajam untuk hantar kawan aku.

Sampai rumah, tidur tiga jam, kemudian terus ke market untuk beli barang raya. Beli barang basah sikit. Ramai gila orang. Dengan mengantuk, panas lagi dalam market tu, demam pulak...memang ngam la kan...tapi takpa, bila lagi kan nak merasa.





Lepas balik dari market, lunch lepas tu aku terus tidur sampai petang. Sakit kepala ooo sebab tak cukup tidur. Dengan ubat demam tak ada. Bertahan ja la... Malam tu, keluar melepak pulak dengan geng-geng sekolah sampai pukul 12 lebih. Bertambah demam dengan sakit kepala aku...



Sekarang ni dah boleh cover dah rasa mengantuk aku sebab lepas sembahyang raya, aku sambung tidur. Hohoho...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...