28 Ogos 2017

Tak Kisah Barang Tak Berjenama

Adoiii...dekat seminggu jugak aku tak update blog. Bukan tak ada idea nak update, tapi sebab line kat rumah sewa yang macam haremmmm, mood nak update blog even untuk buat draft pun malas. Hahahaha...boleh macam tu?

Ok la...ni cuma update biasa je la. Aku nak bercakap tentang aku yang jenis tak berkira pasal nak beli barang-barang ni. Tak kira la pakaian, kasut, handphone atau apa-apa sekali pun, aku jenis tak kisah pun apa jenama barang tu atau tak kisah pun kat mana aku nak membeli. Kalau barang yang aku nam tu ada di bundle, maka ke bundle la aku beli. Kalau ada di tepi jalan, di tepi jalan la aku beli.

Aku jenis tak kisah, sebab bagi aku, bukan jenama yang aku pentingkan. Tapi keselesaan dan kegunaan sesuatu benda tu. Aku tak kisah pun nak beli barang-barang dekat MR DIY atau Speedmart. Aku tak kisah pun beli nbaju kat kedai pakaian yang biasa-biasa. Yang penting aku selesa membeli dan gunakan sesuatu barang tu. Kadang-kadang aku jugak teringin nak beli barang-barang yang mahal atau berjenama. So, aku ikutkan jugak la rasa teringin tu. Cuma tak selalu, mungkin setahun sekali...


5 ulasan:

anaZarin Channel berkata...

Samalah kita..janji selesa memakai

ai berkata...

Kalau cantik dan selesa, jenama tak jenama ai pun tak kisah..

Nazir Aziz berkata...

Wahhh gitew, Tak semesti barang yang tak berjenama tu tak ada kualiti kan, tapi yang penting kena tengok bajet jugak, kiranya ukur baju di bandan sendiri, dan jangan biar papa asal bergaya. kiki, Pakcu blogwalking ke sini. done follow.

SITI AWADAH berkata...

Tak semestinya barang tak berjenama tu takde kualiti langsung. Janji bijak ketika berbelanja.. almaklumlah dlm zaman skrg ni.. takleh membzir sgt

Norliza Nordin berkata...

caiyok2.. rajin2 update ye.. samelaa kite pun ni hahha

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...