07 Ogos 2017

Maggi Kari Goreng Petai Cara Aku

Bila dah tak tahu nak makan apa, pilihan utama aku selalunya maggi yang aku akan pelbagaikan cara masakan. Hehehe...selalunya berkuah sikit la, dan bukannya goreng. Sebab kalau maggi goreng, aku tak berapa minat sangat, aku lebih suk maggi goreng basah...haaaa...lebih kurang macam tu la...tak kering dan tak terlalu berkuah.

Jadi malam tadi, aku masak la maggi untuk mengisi kekosongan perut aku yang tak terisi. Mulanya nak goreng maggi macam biasa ja... Lepas tu masa tunggu air panas dalam kuali, budak rumah aku cakap kalau nak makan petai, ambil ja la sebab dia dah beli semalam. So aku ambillah sepapan untuk dimasukkan dalam maggi aku. First time sebenarnya..hehehe...

Cara aku mudah ja, masukkan air tak terlalu banyak dalam kuali, tunggu panas dan masukkan maggi. Lepas tu masukkan perencah kari dan kacau-kacau sikit untuk perasa tu sebati dengan maggi tu. Kemudian pecahkan telur sebiji dalam tu dan biarkan kuning telur tu separuh masak. Kemudian aku masukkan petai yang dah dikupas. Aku tak buang selaput tu sebab aku lebih suka macam tu...hehehe... Ok, kemudian untuk pekatkan sikit kuah, aku masukkan sos cili dalam tu dan gaulkan sebelum tutup api.

Bila api dah ditutup, boleh dihidangkan dan sedia untuk dimakan. Terima kasih.

5 ulasan:

mama arif berkata...

First time ni tengok megi kari letak petai. memang kreatif.
Blogwalking here. Jemput singgah blog huda >> www.ceritahuda.com

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata...

Wahh ..letak sepapan petai petai meggi ? Kreatif dalam masakan

ai berkata...

belum pernah cuba letak petai dalam maggie..

Norliza Nordin berkata...

meggi tu makanlaa.. tapi petai xmakan hihihi

IQ = Izyan Balqis berkata...

menarik masak maggi dengan petai, tapi sayangnya IQ tak minat petai. haha!

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...