28 Ogos 2017

Tak Kisah Barang Tak Berjenama

Adoiii...dekat seminggu jugak aku tak update blog. Bukan tak ada idea nak update, tapi sebab line kat rumah sewa yang macam haremmmm, mood nak update blog even untuk buat draft pun malas. Hahahaha...boleh macam tu?

Ok la...ni cuma update biasa je la. Aku nak bercakap tentang aku yang jenis tak berkira pasal nak beli barang-barang ni. Tak kira la pakaian, kasut, handphone atau apa-apa sekali pun, aku jenis tak kisah pun apa jenama barang tu atau tak kisah pun kat mana aku nak membeli. Kalau barang yang aku nam tu ada di bundle, maka ke bundle la aku beli. Kalau ada di tepi jalan, di tepi jalan la aku beli.

Aku jenis tak kisah, sebab bagi aku, bukan jenama yang aku pentingkan. Tapi keselesaan dan kegunaan sesuatu benda tu. Aku tak kisah pun nak beli barang-barang dekat MR DIY atau Speedmart. Aku tak kisah pun beli nbaju kat kedai pakaian yang biasa-biasa. Yang penting aku selesa membeli dan gunakan sesuatu barang tu. Kadang-kadang aku jugak teringin nak beli barang-barang yang mahal atau berjenama. So, aku ikutkan jugak la rasa teringin tu. Cuma tak selalu, mungkin setahun sekali...


20 Ogos 2017

Kenal Tapi Tak Kenal



aku ada 1,640 kawan di Facebook dan 1,222 followers di Instagram serta 257 follower di blog aku. Tapi dalam ramai-ramai ni, siapa yang kenal aku atau dalaam erti kata lain, pernah berjumpa dengan aku secara depan-depan?

Aku rasa mungkin separuh dari rakan Facebook dan follower blog serta instagram aku ja yang pernah jumpa aku secara berdepan. Bertentang mata ke mata dan berbuak dengan aku. Separuh yang lain, aku rasa setakat kenal di sosial media. Yang bagusnya, ada antara yang aku tak pernah jumpa, bila di sosial media sembang macam dah lama kenal dan jumpa depan-depan. Tapi hakikatnya, tak pernah jumpa pun. Ada dua tiga orang rakan di Facebook memang rancak berbalas komen macam dah lama kenal. Masuk air sama macam aku.

Aku tak dapat bayangkan kalau ada rezeki untuk berjumpa, mesti lagi kecoh bila menyembang...kepada kawan-kawan yang tak pernah berjumpa, sabarlah, ada rezeki kita menyembang depan-depan dan aku harap, korang bertabahlah untuk layan kerenah aku sebab aku cakap susah nak berhenti ..

16 Ogos 2017

Sejarah Berulang Lagi


Aku tak tahu sama ada suratan atau kebetulan, semuanya macam sejarah yang berulang lagi. Kan ada orang cakap, sejarah tak mungkin berulang. Tapi apa yang aku tengok sejak kebelakangan ni, sejarah lama macam berulang lagi. Cuma situasi dan keadaan saja yang berbeza. 

Contohnya, kan kat Facebook setiap hari akan naik 'See Your Memories' untuk kita tengok status-status atau gambar-gambar lama yang kita upload dari zaman Facebook dicipta. Dan bila aku tengok status-status lama aku terutamanya yang berkaitan meluahkan perasaan, terjadi dekat aku pada hari yang sama. Bezanya cuma masa dan keadaan. 

Contohnya, macam hari tu aku tengah berkecil hati, tapi bila aku tengok status-status Facebook lama aku, memang aku ada buat status tentang aku yang berkecil hati. Aku tak pasti sama ada ianya kebetulan atau tak, dtapi memang itu yang terjadi...

Bukan sekali dua, tapi banyak kali. Mungkjn ianya satu kebetulan hari yang sama aku rasa macam tu....atau mungkin aku ja yang rasa macam tu, korang pernah tak?

09 Ogos 2017

Minah Salleh Ni Pelik Betul La...




Hari Ahad hari tu, aku dapat ping dari sorang perempuan orang putih. Pickup point dia dari Durian Station SS2 Petaling Jaya ke KLIA2. Mulanya aku ingat dia cuma tunggu kat situ ja memandangkan kawasan tu tak ada tempat menunggu yang senang untuk aku dan dia. Bila perempun ni masuk ja kereta aku dah bau durian, aku ingatkan bau dari kedai tu, tapi bila dah jauh, bau durian tu masih ada, so dalam hati aku dah fikir, 'pandai pulak minah salleh ni makan durian'.

Bila sembang-sembang, dia cakap dia memang suka durian dari mula-mula datang Malaysia. Pelik kan? Sebab bila aku tengok video orang putih makan durian, kebanyakannya semua tak suka durian. So ini adalah pertama kali aku jumpa orang putih yang suka makan durian. Hehehehe...Bila dia eksaited cerita, aku bagi dia tips macam mana nak hilangkan panas badan lepas makan durian dan macam mana nak hilangkan bau durian dekat jari. Dia pun teruja sekali and dia cakap dia akan cuba nanti. Aku jugak cadangkan dia cuba pulut durian, hehehe...

Bila sembang lagi, rupanya dia dah 5 bulan kerja dekat Pulau Perhentian dengan sebuah NGO tentang pemeliharaan penyu. Dia pun ajak aku ke sana nanti lepas dia balik bercuti sebab aku cakap yang aku teringin nak rasa macam mana perasaan lepaskan penyu tu.

Lepas tu, sembang lagi tentang dia yang seorang vegetarian. Dia pun baru jadi vegetarian dalam tiga empat tahun. So kongsi la cerita macam mana dia boleh start jadi vegetarian dan sebagainya.

Masa sampai dekat KLIA2, sebelum turun aku mintak untuk bergambar dengan dia dan dia tanya sama ada memang aku selfie dengan setiap penumpang aku ke. Kemudian aku jawab, tak tapi you istimewa dan dia adalah penumpang pertama yang aku ajak selfie...

07 Ogos 2017

Maggi Kari Goreng Petai Cara Aku

Bila dah tak tahu nak makan apa, pilihan utama aku selalunya maggi yang aku akan pelbagaikan cara masakan. Hehehe...selalunya berkuah sikit la, dan bukannya goreng. Sebab kalau maggi goreng, aku tak berapa minat sangat, aku lebih suk maggi goreng basah...haaaa...lebih kurang macam tu la...tak kering dan tak terlalu berkuah.

Jadi malam tadi, aku masak la maggi untuk mengisi kekosongan perut aku yang tak terisi. Mulanya nak goreng maggi macam biasa ja... Lepas tu masa tunggu air panas dalam kuali, budak rumah aku cakap kalau nak makan petai, ambil ja la sebab dia dah beli semalam. So aku ambillah sepapan untuk dimasukkan dalam maggi aku. First time sebenarnya..hehehe...

Cara aku mudah ja, masukkan air tak terlalu banyak dalam kuali, tunggu panas dan masukkan maggi. Lepas tu masukkan perencah kari dan kacau-kacau sikit untuk perasa tu sebati dengan maggi tu. Kemudian pecahkan telur sebiji dalam tu dan biarkan kuning telur tu separuh masak. Kemudian aku masukkan petai yang dah dikupas. Aku tak buang selaput tu sebab aku lebih suka macam tu...hehehe... Ok, kemudian untuk pekatkan sikit kuah, aku masukkan sos cili dalam tu dan gaulkan sebelum tutup api.

Bila api dah ditutup, boleh dihidangkan dan sedia untuk dimakan. Terima kasih.

05 Ogos 2017

Kenapa Perlu Makan Bila Tension?



Pelik, apa kaitan tension dengan makanan? Macam tak ada kaitan langsung, tapi bila orang stress, semuanya akan cari makanan. Tapi kenapa makanan? Kenapa bukan pergi gym ke, main tali getah ke apa ke, kenapa makanan? Aku dok tertanya-tanya dari semalam.

Kebetulan semalam aku ada satu masalah yang pertama kali terjadi dalam hidup aku. Balik tu, aku jadi stress, makanan jugak yang aku cari. Memang masa jadi tu, aku tak lapar, tapi bila dah rileks sikit, terus aku cari makanan. Masalahnya, bila dah makan tu tak rasa kenyang. Nak kata tak baca doa, aku rasa aku dah baca doa makan. Tapi tak kenyang jugak.

Sudahnya, aku beli burger sebijik untuk supper. Nasib gak aku beli sebab malam tu aku tak boleh tidur sampai pukul 3 pagi mengenangkan nasib yang melanda aku. So aku makanlah burger tu jam 2 pagi. Kau rasa??

So aku terfikir, apa kaitan makanan dengan tension?

03 Ogos 2017

Nilai 1 Parking Lot Di KL


Bila duduk kat bandar-bandar besar ni terutamanya di kawasan flat atau apartment selalunya isu parking akan jadi masalah utama. Cukup susah sebenarnya nak cari parking. Tambah-tambah lagi kawasan yang padat. Kalau balik kerja, dapat satu parking tu pun dah cukup bersyukur gila walaupun agak jauh nak menapak ke lif atau rumah.

Iya la, cuba bayangkan, walaupun ada parking bertingkat untuk satu kawasan flat contohnya, satu rumah bukan ada satu kereta. Paling kurang pun, satu rumah ada dua bijik kereta. Itu bagi yang dah berkeluarga, kalau yang bujang-bujang ni pulak, mau satu rumah ada tiga empat bijik kereta. Jadi nak selesaikan masalah ni, terpaksa la double park. Itu pun belum tentu lagi dapat. Nak kena berebut pulak.

Jadi, nilai parking dekat kawasan bandar ni terutamanya KL memang cukup mahal. Bersyukur la kalau dapat parking terutamanya yang tinggal di kawasan flat. Kalau tak ada parking, terpaksa double park. Bila dan double park tu, jangan buat hal pulak tarik handbrake. Tak pasal-pasal pecah cermin kereta tu nanti. Nasihat aku, kalau double park tu, tinggal la nombor telefon walaupun tak tarik handbrake, just in case kan...

Masa mula-mula aku kerja kat KL, aku tengok ramai yang berebut parki g. Kalau ditempat kerja, bila sorang tu dah dapat parking dalam kotak, and ada kerja luar atau pergi meeting, semuanya tak nak guna kereta sendiri. Katanya sebab dah dapat parking elok, takut balik meeting tak ada parking. Dalam hati aku, alaaa, parking je pun, nak risau apa. Tapi bila aku sendiri dah ada kereta, baru aku faham perasaan dorang kenapa taknak guna kereta sendiri bila ada meeting dekat luar. Hahahahha...itu la, gelakkan lagi dekat orang, bila kena diri sendiri, baru aku rasa... adeihhh, tobat lepas ni taknak gelakkan dekat orang dah...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...