12 Julai 2017

Hari Pertama Buat GrabCar



Semalam hari pertama aku buat Grabcar lepas dekat tiga minggu kereta aku keluar kedai. Alhamdulillah adalah rezeki lebih sikit kan. Jadi lepas raya hari tu, aku daftar Grabcar dan semalam baru aku rasa nak buat. Itu pun takut-takut jugak, tambah lagi bila baca macam-macam berita tentang pemandu Grab dan Uber dekat Facebook. Memang takut la jugak. Tapi aku beranikan diri sebab bagi aku, buat kerja apa sekalipun tetap ada risiko, sama ada berani atau tak je la kan.

So, bila aku mulakan Grab semalam, penumpang pertama aku adalah seorang lelaki Jepun yang request dari Mutiara Damansara ke PWTC. Adeihhhh...mulanya aku ingat dapat yang dekat-dekat, rupanya ke tengah KL. Aku pun tak tengok sangat destination penumpang. Ye la, semangat kan...hahaha...

So bila aku dah pergi ambil, penumpang tu duduk belakang.. Dalam hati aku dah fikir, ' eihh, ko ingat ko bos nak duduk belakang'...hahaha.. kemudian baru aku teringat, aku pun kadang-kadang duduk belakang jugak kalau naik Grab, Uber atau teksi. So tak ada masalah la...

Disebabkan aku tak tahu sangat jalan-jalan kat tengah KL ni. Jadi aku ikut Waze je la. Disebabkan Waze lambat bagi arahan, aku terleps simpang dua tiga kali. Penumpang tu pun dah mengeluh dah. Mungkin dia ada date kot kat KLCC...hahaha... Masa tu aku cakap la yang semalam adalah hari pertama aku drive Grabcar dan aku tak tahu sangat jalan-jalan kat KL. Nasib la dia macam faham je situasi aku. Best part is, dia pulak tunjukkan aku jalan nak ke KLCC.. Hahahaha... Nasib baik la...haahaaha

Kemudian, lepas aku 'drop-off' penumpang, terus aku offline. Sebabnya, baki kredit aku tak cukup. Hehehe...Itu je la.

Kenapa aku buat Grab walaupun aku dah ada kerja tetap? Sebab nak isi masa lapang je. Lagi pun, cuti hujung minggu dan setiap malam, aku tak ada aktiviti. Nak tengok TV, rumah sewa tak ada TV. Hahaha...jadi, kau rasa apa yang patut aku buat?

5 ulasan:

Putera Helmei berkata...

Seronok sbnarnya bila kta dh dpt rentak.. tmbh dpt kenal org mcm2 perangai... Mcm2 negara mari.. tp yg pasti grab, penggunanya ramai juga abg abgla.. hehe.. or mapren (niger)...

IQ = Izyan Balqis berkata...

Lwak pun ad dgr crte fir ni. Tak per...ambik pengalaman. Lepas ni try jalan sorg2 dulu area lembah klang. Banyak berjalan luas pemandangan

Normi Nieza berkata...

haha..lps ni g kl cr fir jer lah senang..:)

Miera Hassan berkata...

Hehe.. Berapa harga cas dengan laki tu.?

Kete baru..wuuu.. Tahniah firr

Amel Aulia berkata...

Happy weekend Cara Mengobati Gejala Penyakit Jantung | Obat Herbal Untuk Menyembuhkan Ginjal Bocor

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...