05 Julai 2017

Eihh...Dah Besar Dah..



Isnin lepas, anak buah aku yang sulung dah daftar masuk dekat sebuah politeknik di utara tanahair. Alhamdulillah. Cucu sulung dan anak buah sulung dalam keluarga kecil aku berjaya lanjutkan pelajaran lepas tamat SPM.

Alhamdulillah jugak, anak buah aku ni dapat kursus yang dia minat walaupun pada mulanya, dia pun macam tak berapa yakin nak dapat memandangkan panggilan pertama dia tak lepas. Tapi rezeki Allah tu tak kira masa, akhirnya dapat juga masuk ke politeknik untuk diploma.

Sebagai anak buah dan cucu sulung dalam keluarga aku, dia dah berjaya jadi contoh kepada sembilan lagi adik-adik (sepupu) dia yang lain untuk ikut jejak langkah dia melangkah masuk ke IPT. Dan apa yang lebih membanggakan, dia dah penuhi impian ibu dan abah dia (kakak dan abang ipar aku) melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah.



Aku pun tak percaya kejap ja masa berjalan. Rasa macam baru ja lagi aku dapat anak buah yang sulung. Tengok-tengok, eih...dah 10 dah anak buah aku. Insya Allah, akan bertambah sikit masa lagi.

Kepada semua anak-anak, paksu doakan semoga hangpa semua berjaya dunia akhirat. Banggakan semua orang yang sayangkan hangpa. Untuk Zulasyraf, belajaq elok-elok. Hang dah berjaya banggakan ibu dan abah. Jangan kecewakan ibu dan abah. Hang jadi contoh pada adik-adik yang lain. Goodluck Mat Dap

1 ulasan:

IQ = Izyan Balqis berkata...

kejap je masa berlalu kan, anak buah IQ paling sulung tahun depan baru darjah 1, tu pun dah rasa, eh..darjah satu dah? rasa macam baru dukung dia semalam. skrang nak dukung tak larat dah..hehe

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...