02 Jun 2017

Rambang Mata Di D'Kayangan Steamboat


Kadang-kadang bila bulan puasa ni, mesti ada masanya kita dah bosan makan dekat rumah kan? Yang suami kalau ke bazar Ramadhan, tak tahu nak beli lauk apa dah. Si isteri pulak, bila suami beli barang basah, mesti sampai tak tahu nak masak apa. Jadi, apa kata kalau sesekali korang berbuka puasa dengan steamboat dan grill di D'Kayangan Steamboat and BBQ Buffet di Seksyen 13, Shah Alam.





Aku pasti, bila korang datang berifthor dekat sini, mesti korang jadi rambang mata. Macam aku pergi baru-baru ni buat pertama kalinya, memang jadi rambang mata. Aku rasa ada lebih 40 pilihan untuk steamboat dan grill. Sama ada ayam, daging, sayuran, mee segera, makanan laut, makanan segera macam fishball dan sausage, semua la... terlalu banyak pilihan sampai rambang mata.


Walaupun aku ni bukannya selalu steamboat-steamboat ni, tetapi bila sesekali merasa, memang heaven la. Kuah tomyam dia memang menepati selera. Untuk budak-budak pun ok sebab tak terlalu pedas. Kalau yang jenis makan pedas tu, korang jangan risau, ada je sambal-sambal pedas untuk korang ambil tu. Ada beberapa pilihan sos macam sos cili pedas, sos cili Thai, sos manis, sos lada hitam dan beberapa sos lagi. 





Selain steamboat yang boleh buatkan korang jadi 'gila' kejap, ada juga pilihan lain macam kuey teow goreng, nasi beriyani, nasi putih, roti john kuih-muih dan yang penting, kambing bakar. Dan yang pasti, dah tentunya sedap. Insya Allah menepati citarasa korang. Jadi, tak ada la korang cuma nak makan steamboat and grill saja kan. Ada la jugak pilihan lain untuk korang.


Suasana tempat ni bagi aku cukup selesa. Korang boleh pilih untuk duduk di dalam atau pun kat luar. Selain dari tu, parking pun senang jugak. Depan kedai pun insyaAllah boleh dapat parking. So, senang je. Jadi apa lagi, aku pun ingat nak repeat sekali lagi beriftar dekat sini...heheheheh....

Restoran :  D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet,  Seksyen 13 Shah Alam (Waze ke Sri Acapella Apartment)
Harga : RM44.90 (Dewasa), RM22.90 (Kanak-kanak), RM35.00 (warga emas/OKU) 
Tarikh : 27 Mei - 23 June 2017
Telefon : 012 - 297 7091 / 017 - 627 4015 / 03-5523 4979

18 ulasan:

noorhaidaz eyda berkata...

Menu dia menarik juga ye... terus lapar ni

Shark Kay berkata...

berbuka dengan steambot tu bunyi macam sedap jer..
dapat sup tomyam pulak mmg sedap woo.

Aku Penghibur berkata...

banyak pilihan makan.. wahh 👍

WIFE SOSAB, MAMA SAZSO berkata...

Akak pun dah rasa.. memang sedap kan.. Akk yg tak suka steamboat ni pun boleh layan..

Mohaz Sue berkata...

Menarik menunya..hargapun berpatutan

www.modernmumthingy.com berkata...

Sapa minat steambot mmg berbaloi2

Nina Mirza berkata...

Harga mampu pegi ni....

Shiqeen Sattar berkata...

Mmg x cukup lauk la kalo ko dtg fir

Allene typicalmommy berkata...

Bestnya tgk semua menu tu...

Mama Kembar 3 berkata...

Banyaknya pilihan, bestnya

Shah Arshad berkata...

Jam ni bukak lagi x nak pi terjah ni utk sahur pulak

YB Shehan berkata...

Bleh tahan gak hrga dia. Adeh... bilank merasa fir belanja ni

Mera Hussain berkata...

Kuih muih pun banyak pilihan. 👍🏻

Fareez Sukim berkata...

woow bnyak kot choice lauk dia..awesome lah..

Nadia Johari berkata...

Haritu datang lambat..tapi nasib ade makanan lagi

Miera Hassan berkata...

Sedap kan..tomyam pekat

mas saari berkata...

Wahhh banyak pilihan. Ai memang peminat steamboat, nanti nak cuba makan kat sini pulak.

Lisa Nurulain berkata...

ingatkan just steamboat je... nasi pon ado

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...