29 Jun 2017

Kesedaran Sivik Rakyat Malaysia Masih Kurang

Percaya atau tidak, kesedaran sivik rakyat Malaysia masih lagi kurang terutamanya bila melibatkan kebersihan. Memang tak dapat dinafikan sekali tentang perkara ni. Bab kebersihan, orang kita masih ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain. 

Sebagai contoh, dekat Facebook Ben Ashaari, aku ada tengok beberapa keping gambar tepi lebuhraya yang dipenuhi dengan sampah sarap. Katanya longgokan sampah sarap ni berlaku di tepi lebuhraya yang menghala ke pantai timur dan kejadian ni berlaku masa dua hari terakhir puasa. Memang kalau dilihat dari gambar, banyak gila sampah yang dibuang. Mungkin pengguna jalan raya ni terpaksa berbuka puasa ditepi jalan disebabkan kesesakan lalulintas yang teruk sangat. Itu tak apalah sebab dah memang terdesak kan nak balik ke kampung.


Tapi masalahnya, kenapa sampah-sampah tu dibuang macam tu je tepi jalan? Langsung tak dijaga kebersihan jalanraya. Kenapa tak kumpul balik sampah-sampah tu semua dan simpan dalam kereta sampai la jumpa tong sampah. Bukannya banyak mana pun sampah tu. Maksud aku, kumpulkan sampah-sampah sendiri. Bukannya sampah orang lain. Tapi kalau korang rajin nak kumpulkan sampah orang lain, tak ada masalah, lagi bagus,

Tak susah pun korang nak ambil simpan sampah-sampah korang tu. Bukannya sampah busuk yang dah berhari-hari terbiar. Tapi sampah yang 'fresh' lagi. Yang masih tak berbau. Korang bungkus dua tiga kali dah tak berbau pun. Tapi sayang, disebabkan kesedaran sivik yang rendah, terus je dibiarkan sampah tu kat tepi-tepi jalan. Bila ditegur secara kasar, marah...bila tegur cara lembut, dibuat tak endah.. adoi la manusia.

Nasib la ada pihak yang sanggup bersihkan sisa-sisa sampah pengguna jalan raya yang masih kurang kesedaran sivik ni. Masih ada pihak yang ada rasa tanggungjawab untuk cuci sampah sarap ni. Kalau tak ada, pemandangan lebuhraya ni akan kekal macam ni. Dan bila sampah makin banyak, mula la ada pihak yang menuding jari ke pihak berkuasa tempatan yang tak buat kerja la dan sebagainya, sedangkan, puncanya adalah dari diri kita sendiri.


Masa aku balik kampung hari tu pun, jalan sesak jugak di dua tiga tempat. Dan aku jugak berbuka puasa dalam kereta tanpa berhenti kat mana-mana hentian atau tepi jalan sebab nak cepat sampai. Jadi secara tak langsung, sampah tu ada ja kat dalam kereta aku. Cuma bila dah jumpa tempat buang sampah, baru la aku buang sampah-sampah tu semua. Tak susah pun, semuanya atas kehendak diri masing-masing.

Lagi satu, sikap orang kita, bila buang sampah, dalam otak dah fikir dah yang akan ada pekerja yang akan kutip sampah-sampah tu semua. Jadi secara tak langsung, perbuatan buang sampah merata ni terus berlaku dalam kalangan masyarakat. Aku pun kadang-kala ada jugak sampah kecil ni dekat dalam kereta dan dekat dalam beg, tapi tak ada la nak buang merata, aku akan simpan sampai la jumpa tempat buang sampah. Untuk sampah yang besar-besar macam bekas makanan ke apa, aku akan simpan atau cari tempat buang sampah. Atau paling tidak pun, aku akan kumpulkan jadi satu longgokan besar. Jadi, pekerja ni cuma kutip di satu kawasan ja.

Jadi macam mana nak sedarkan mereka-mereka yang masih kurang kesedaran sivik ni?

1 ulasan:

Cik Azz berkata...

Memang sakit hati dengan sikap orang macam ni. Dah biasa buang sampah merata-rata kat rumah agaknya. Tu yang langsung takde rasa bersalah apabila buang sampah merata-rata. Lagipun, mentaliti orang kita selalu akan cakap macam ni; nanti tukang sapu sampah makan gaji buta kalau takde sampah nak disapu. Kalau dah otak dok fikir macam tu, sampai bila-bila la tabiat tak berubah.


Selamat hari raya. Terima kasih sudi komen kat entri.

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...