13 Jun 2017

Buka Puasa Dengan Air Bergas

Selain berbuka puasa dengan menu apa setiap hari, yang jadi dilema adalah nak minum air apa. Cukup keliru aku tambah lagi kalau ke bazar Ramadhan. Masa tu bila tengok air, semuanya sedap kecuali air yang ada 'elemen' cincau. Hahaha.. Aku cukup tak suka cincau kecuali dalam ABC.

Selalunya untuk berbuka, aku akan cari air yang masam-masam atau air buah. Kalau air masam, aku lebih sukakan air limau asam boi, air asam masin atau kordial oren. Baru puas berbuka. Tapi, 'kepuasan' tu tak lama sebab lepas tu aku akan cari air berkarbonat atau mudahnya, air bergas. Baru puas dan penutup dengan air kosong.
Mr Google
Sebab tu setiap kali aku balik dari bazar, aku akan ke kedai runcit untuk cari air bergas. Tak kira la air apa pun, janji bergas. Selalunya vanilla coke la jadi pilihan aku, atau pun Mirinda Strawberry. 1

Aku tahu habit ni tak baik sebab kandungan gula dalam air bergas ni tinggi, tapi cuma bulan puasa je la yang aku rajin minum air bergas pun. Kalau bukan bulan puasa, aku tak mandang sangat pun kecuali kalau ke restoran makanan segera atau betul-betul teringin. Ada yang ikut perangai macam aku tak? Hehehe...

5 ulasan:

dorsett pink berkata...

Saya suka buka puasa dgn air teh o panaaaaasss..sedaaapp

Migha berkata...

Migha suka buka puasa dengan air manis tapi secawan je la..yang lainnya air ais kosong. Bukak puasa je dah bercawan air kembung perut dengan air je.

IQ = Izyan Balqis berkata...

nasihat ikhlas untuk firr,

please avoid minum air bergas. ianya merosakkan hati dalam diam. Arwah suami IQ suka sangat minum air gas. Hasilnya hati dia rosak. Demam denggi hanya penyebab untuk memburukkan keadaan hatinya.

slow2 kurangkan air gas. jaga badan sebab nak pakai lama kan? =)

firzz duka berkata...

Terima kasih atas ingatannya...

Farahin Esa berkata...

Huuu.. suke jugak... f&n stroberriii 😍😍

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...