30 Mei 2017

Aku Dah Rasainya...

Bila scroll Facebook, aku terjumpa satu gambar kartun yang menunjukkan sorang mamat ni berbuka puasa sorang-sorang. Bila tengok, aku sendiri tersenyum. Bukan apa, teringat yang aku jugak pernah laluinya. Berbuka puasa sorang-sorang. Hanya sorang diri. Hahahaha.


Aku pernah alaminya masa aku kerja dekat Ipoh dulu. Cukup la dua tahun aku rasa berbuka puasa sorang-sorang walaupun bukan setiap hari. Hahaha... dia punya perasaan tu, susah aku nak ungkapkan. Walaupun aku makan lauk kegemaran aku yang aku beli di bazar Ramadhan, tapi feel dia lain. Rasa macam forever alone sangat. Nak berbuka dengan budak rumah sewa aku? Aku tak berapa ngam sangat. Yang lain pun tak menyembang, semua buat hal sendiri. Jadi takkan aku nak terhegeh-hegeh kan?

Nak ajak kawan-kawan yang duk kat Ipoh, malas pulak aku nak mengacau. Iya lah, dorang duduk dengan keluarga sendiri, takkan la nak berbuka dengan aku. Serba salah pulak aku. Jadi penyudahnya, aku pergi bazar, beli makanan aku dan berbuka dekat office. Kadang-kadang kalau malas ke bazar, aku ke kedai mamak ja.

Tahun ni pertama kali aku berpuasa di KL. Well...masa kerja la..kalau masa belajar kat Shah Alam dulu, lain la. Dua tiga hari berpuasa ni, aku bukak puasa berteman la. Hari pertama dengan abang aku dekat Klang, hari kedua dengan kawan aku di Sungai Buloh dan hari ketiga dengan budak rumah aku. Nasib baik la budak rumah aku jenis kaki sembang. So senang la masuk. Lagi pun, kami masak, so happy la sikit. Hehehehe...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...