26 Mei 2017

Puasa Jangan Tak Puasa


Puasa datang lagi!!!! Alhamdulillah dah setahun, akhirnya dapat juga berjumpa dengan bulan Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk merasai sekali lagi bulan Ramadhan ni. 

Kalau dua tahun sebelum ni, aku berpuasa dekat Ipoh dan selalu ada majlis berbuka, disebabkan aku seorang wartawan, tapi tahun ni, aku berpuasa dekat Damansara pulak. Iyalah, dah bertukar tempat kerja, jadi berpuasa la lagi sekali jauh dari mak abah. Tapi nasib baiklah budak rumah aku pun jenis sporting dan rajin memasak, jadi mungkin tahun ni kalau ke bazar Ramadhan pun cuma beli kuih-kuih dan air je la kot. Makanan pun tengok la macam mana. Hahahaha...silap-silap masak sahur je.

Sekarang ni, aku nak kena survey bazar Ramadhan yang ada dekat area Damansara ni. Buat masa ni yang aku tahu cuma ada dekat Kampung Penchala. Tempat lain aku tak pasti kat mana. Adoiyaiii...kena cari slow-slow ni bazar Ramadhan lain. Takkan 30 hari puasa, 30 hari jugak aku nak ke bazar Penchala kan?hahaha...

Ok la...selamat berpuasa ya semua, jangan ponteng puasa pulak. Selamat menunaikan Rukun Islam yang ketiga. Selamat berterawikh jugak...

24 Mei 2017

Jangan Rasa Diri Tu Hebat Sangat !

Pernah tak korang rasa diri korang tu hebat sangat dalam bermacam benda yang korang buat seharian? Kalau ada, buang-buangkanlah sikap yang takkan bawa ke mana tu. Sikap yang macam tu bukannya akan buatkan orang kagum dengan diri korang, sebaliknya akan buatkan orang menyampah dengan sikap meninggi diri.

Aku pun pernah pada satu ketika merasakan aku la yang paling hebat antara aku dengan kawan-kawan aku. Kiranya akulah champion dalam kalangan kami semua.. Tapi sayang, bila masa berlalu, aku rasa aku tewas dikalangan mereka.

Ataupun, korang akan rasa diri korang tu tak hebat atau bahasa lainnya adalah 'looser' adalah bila korang jumpa orang lain yang sememangnya hebat. Masa tu baru kau akan rasa apa yang kau 'sembang kencang' selama ni adalah satu perkara yang bodoh.

Sebab tu, bila dah jadi dekat aku, aku rasa tak perlu kot nak rasa diri tu hebat sangat. Bagi aku, tak salah nak rasa diri tu hebat, cuma tak perlu dicanang satu dunia...cukup untuk diri sendiri ja...
posted from Bloggeroid

19 Mei 2017

Normalkah Selalu Sakit Kepala?

Kebelakangan ni, aku senang sangat sakit kepala. Terutama waktu siang dan tengah hari. Bahagian sakit kepala yang aku alami, sebelah kanan dari belakang hingga ke depan. Aku tak tahu apa puncanya.

Mulanya aku ingatkan disebabkan minyak wangi aku yang agak kuat baunya (bagi aku). Sebab, bila malam, lepas aku mandi, rasa sakit kepala tu dah kurang atau hilang. Tapi aku rasa macam tak mungkin jugak, sebab masa mula-mula aku dapat minyak wangi tu, aku pakai ok ja, macam tak ada kesan apa sangat. 

Lepas tu, aku fikir mungkin sebab migrain biasa ja. Dua tiga hari lepas tu mungkin akan hilang. Tapi masalahnya, bila dah hampir setiap hari sakit kepala, aku tak rasa itu normal atau migrain biasa. Mungkin ada sebab lain. 

Tekanan? Maybe...sebab seminggu dua ni, ada banyak sikit kerjanyang aku kena handle dan kena buat cepat, jadi itu mungkin salah satu punca. Nak kata darah tinggi? Aku harap bukanlah... takut jugak aku fikir. 

Atau, adakah normal bila seseorang itu selalu sakit kepala? Hermmm...

14 Mei 2017

Tak Minta Minta Untuk Selesaikan


Kadang-kadang bila aku ada masalah, aku sangat jarang berkongsi walaupun dengan orang yang rapat dengan aku. Sebolehnya, aku cuba untuk selesaikan dengan cara aku sendiri walaupun pada mulanya susah. Sebab apa aku tak berkongsi? Sebab aku tak nak susahkan sesiapa...

Tapi bila aku dah tak tahan sangat, baru aku cari orang yang sudi mendengar... Cukup sekadar dengar dan bukannya aku minta untuk mereka selesaikan masalah aku. Cukup untuk mereka pinjamkan telinga dorang sekejap untuk mendengar apa yang aku rasa atau apa yang aku hadapi. Tak perlu mereka susah payah mencari jalan untuk selesaikan...


Sebabnya, kadang-kadang masalah tu hanya kita yang mampu selesaikan, tapi mungkin mengambil masa dan jadikan aku tertekan dengan keadaan tu, jadinya aku perlukan orang untuk mendengar. Nanti aku akan selesaikan sendiri.

Aku akan minta pandangan untuk selesaikan sesuatu bila aku dah betul-betul buntu untuk memikirkan jalan penyelesaian. Tapi sangat jarang la perkara tu berlaku. Aku yakin aku mampu untuk selesaikan sesuatu masalah yang aku hadapi...
posted from Bloggeroid

12 Mei 2017

Tak Elok Membaca Hingga Lewat Pagi

SEBENARNYA sangat tak elok membaca hingga lewat pagi. Sikap ni sangat tak elok tak kira la korang ni student ataupun dah bekerjaya. Aku dah alami kedua-dua situasi tu... dan akibatnya sangat teruk sekali. Akibatnya aku mengantok keesokannya. Huaaaa...

Puncanya, novel yang aku beli masa PBAKL yang lepas sangat seronok aku baca sampai aku nak berhenti membaca pun sayang. Jadi nak tak nak, aku kena habiskan jugak sampai dekat pukul 2 pagi. Bila dah jam pukul 2 pagi, dah lepas dah waktu tidur aku, jadi, memang tak boleh tidur la jawabnya.

Kalau masa belajar dulu. Aku tidur lewat pun sebab study atau buat assignment last minit..hahahahha... akibatnya pun sama jugak, esok tu masuk kelas, mengantuk gila.. tapi nasib la dulu kelas tak padat, ada aps dua-tiga jam, boleh balik tidur. Tapi ni dah kerja, macam mana nak tidur? Lunch hour je la baru boleh tidur...

08 Mei 2017

PBAKL 2017




Hujung minggu hari tu, aku ke PBAKL 2017 dekat PWTC. Lama dah rasanya aku tak jejakkan kaki aku ke PBAKL. Last aku pergi kalau tak silap aku, tiga tahun lepas. Lepas tu aku tak sampai lagi. Kebetulan aku dah kerja dekat area sjni dan ada bajet sikit, aku pun pergi la ke sana untuk menghabiskan apa yang ada.

Kali ni, memang aku tak pakai Waze sebab telefon aku masih kat 'wad'. Nak pasang Waze dekat tab aku, macam tak proper, jadi aku gamble je la. Lagi pun, aku dah dua kali ke PWTC, jadi aku cam la jalan walaupun tak berapa yakin...

Bila sampai kat PBAKL, aku nak beli novel, hermmm...tak best langsung novel-novel sekarang ni... bab tajuk dah satu hal, jalan cerita pulak lebih kurang sama ja sekarang ni. Tak ada feel langsung. Aku cuba la cari yang mana mampu tarik perhatian aku, harammm... tak ada langsung. Last-last, aku cari novel fixi ja, nasib ada yang berkenan kat aku...

Lagi satu, aku nak cari buku untuk anak buah aku, sebab kak aku dah pesan untuk aku belikan. Jadi tak ada la macam rugi sangat aku pergi ke sana. Buang masa sama sebab weekend aku takda program...hahahaa...

Bila pergi hari-hari terakhir ni, memang nak berjalan pun payah la. Ramai gila orang dekat setiap hall.. nak berjalan dengan badan aku yang 'sado' ni pun payah. Mana dengan parents yang bawak troli baby lagi, jenuh nak mengelak.

Tapi hasilnya...ada jugak la bahan bacaan aku untuk stok sebulan dua ni. Eih..silap-silap tak sampai... mati la nak kalau habis buku-buku aku ni... ada sesiapa nak sponsor buku kat aku tak setiap bulan?

06 Mei 2017

Jangan Berlagak Dan Yakin Sangat!


Bila dah kerja dekat KL ni, memang ambil masa untuk aku cam jalan yang ada. Biasa la kan, tempat baru...nak ke mana pun, semuanya kena pasang Waze...takut tersilap jalan. Perjalanan yang sepatutnya 15 minit, jadi 2 jam kalau sesat...

Macam aku baru-baru ni, berlagak sangat la kononnya tak mau pasang Waze untuk balik ke rumah sewa aku di Damansara. Aku ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2017) di PWTC masa hari kedua pembukaan pesta tu. Mulanya memang untuk survey dulu buku yang ada sambil nak jumpa orang. Lepas round dua jam dalam PBAKL dan jumpa orang, aku ke Setapak sebab ada kerja sikit.

Lepas selesai kerja aku dekat Setapak tu, aku terus nak balik ke rumah sewa walaupun hujan renyai. Aku dengan berlagak dan yakinnya, aku tahu jalan untuk ke Damansara tanpa pasang Waze sebab aku tahu, aku kena 'cucuk' Petaling Jaya atau Sungai Buloh ja untuk ke Damansara. 

Disebabkan keyakinan aku yang tinggi tu, aku terlajak simpang dan akhirnya, aku terpaksa merempit dalam hujan lebat akibat terlajak simpang masuk ke Penchala Link, terus aku terlajak masuk ke Tol Duta. Kau rasa? Tak stress ke namanya.. mana dengan minyak motor tinggal sikit, hujan lebat, baju kasut semua dah basah habis dah. Betul-betul aku gamble je masa tu kalau minyak habis.

Akibatnya, aku pusing jauh untuk balik ke Damansara. Hahahaha...itu satu hal, satu lagi, telefon aku rosak sebab masuk air. Mulanya aku ingat selamat la sebab aku letak dalam beg yang aku fikir kalis air, rupanya tak jugak... itu la, lajn kali jangan berlagak sangat, tak pasal ja rugi masa, rugi tenaga, rugi duit.... huwaaaaaa....

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...