30 April 2017

Rasa Macam Baru Semalam



Orang cakap kita tak sedar masa tu berlalu...pejam celik, pejam celik...eih..dah bertahun dah benda tu berlalu. Kadang-kadang kita tak rasa masa tu berlalu sampai la ada orang ingatkan kita betapa masa tu dah lama berlalu.



Macam baru-baru ni...aku lepak dengan kawan-kawan sekolah aku di Uptown Shah Alam. Rasa macam baru ja lagi habis SPM... Lepas tu sorang kawan aku ni tanya, tak nak buat reunion ke sebab tahun depan dah 10 tahun kami tinggalkan sekolah... Mulanya aku agak terkejut kot.. Iya la...10 tahun, lama tu...kalau lepas SPM terus kahwin, anak dah darjah 3 dah. Tak sedar masa cepat ja berlalu.

Mungkin tak terasa masa tu berlalu sebab selalu contact dekat Whatsapp dan Facebook. Dapat tengok kehidupan masing-masing dekat Facebook. Jadi tak terasa sangat. Lain la kalau tak ada semua tu. Tak dapat nak berhubung atau tahu macam mana keadaan kawan-kawan.

Tapi itu la, aku sendiri tak sangka dah dekat 10 tahun tinggal sekolah. Rasa macam baru lagi ambil result SPM. Kalau fikir logik, 9 tahun..lama tu...tapi sikit pun tak terasa....
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...