25 Mac 2017

Selamat Hari Polis Ke-210



Dulu, masa sekolah bila ditanya tentang cita-cita aku bila aku besar nanti, antara yang jadi keutamaan aku adalah polis selepas impian aku nak jadi juruterbang. Aku pun tak tahu kenapa aku teringin nak jadi polis. Mungkin disebabkan Gerak Khas membuatkan aku teringin nak jadi polis. Lagi pun, aku rasa macam 'smart' ja bila tengok orang pakai pakaian uniform ni. Jadi kalau aku pakai, mesti la lagi smart kan...bertambah kehenseman aku.

Semangat aku nak jadi polis sampailah ke sekolah menengah walaupun dah kurang. Aku masuk Kadet Polis selama dua tahun. Merasa la jugak pegang M16 bebetapa kali untuk latihan menembak. Aku ni antara kadet terawal bila Kadet Polis ditubuhkan dekat sekolah aku. Hehehe..

Tapi memandangkan masalah rabun aku makin teruk sejak tingkatan 2, maka aku terpaksa melupakan cita-cita aku nak jadi polis tapi dalam masa yang sama, minat aku dalam bidang wartawan ni mula berputik...cewahhh...bunga-bunga sikit ayat.

Aku masih menghormati semua anggota beruniform, tak kira lah polis, RELA, Askar atau apa-apa yang menjaga keselamatan dan keharmonian negara ni.

Bersempena dengan Hari Polis 210 hari ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada abang-abang, kakak-kakak polis kita yang bekerja keras dan ikhlas demi menjaga keselamatan dan keharmonian negara ni. Semoga jasa baik anda semua dibalas Allah Taala...
posted from Bloggeroid

1 ulasan:

Shiqeen Sattar berkata...

selamat hari polis!

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...