05 Mac 2017

Pendendam kah aku?




Jujur aku katakan, aku seorang yang mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain walaupun mungkin bagi yang lain, kesalahan mereka terhadap aku terlalu jahat. Tapi, aku jenis yang tak nak panjangkan cerita dan lebih baik aku maafkan mereka. Lepas dari tu, kalau mereka masih nak bersama dengan aku, terserah, aku hanya mengikut.

Tapi, walaupun aku dah maafkan, sukar untuk aku lupakan apa yang mereka dah buat dekat aku. Aku tak tahu kenapa aku akan terus teringat kata-kata mereka terhadap aku walaupun DARI ORANG YANG AKU SAYANG!!!

Mungkin aku seorang yang pendendam. Mungkin juga aku tak ikhlas memaafkan mereka. Tapi aku jugak ada perasaan. Walaupun dah bertahun berlalu, aku masih ingat setiap patah perkataan yang diucapkan dekat aku.

Aku cuba untuk lupakan. Bukan aku tak cuba. Tapi aku tak boleh. Ada ketikanya aku teringat semula. Masih terngiang-ngiang dalam ingatan aku. Jadi, pendendam kah aku?

posted from Bloggeroid

1 ulasan:

Sue Izza berkata...

normal la tu memaafkan bukan bermakna kita melupakan,tapi kdg kala meminta maaf dan memaafkan satu cara mendidik hati dan menjaga silaturrahim ,juga sebagai cara elakkan penatnya bergaduh dan asyik negatif je,penat tau heheheh

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...