23 Januari 2017

Sejarah Beting Beras Basah



Akhirnya, aku sampai jugak di Beting Beras Basah yang terletak di daerah baru, Daerah Bagan Datuk. Itu pun sebab kebetulan aku outstation kat sini sempena program Permukiman YAB MB Perak ke daerah sini. Dan lepas habis program, aku terus ke sini, sorang-sorang...hehehhe... Tak jauh pun dari homestay yang aku duduk ni, dalam 10 kilometer ja dari pekan Bagan Datuk ni...



ini pintu gerbang yang korang boleh nampak dari tepi jalan besar. Masuk ke dalam dalam dua kilometer. Tapi dari jalan korang masuk tu, macam percaya atau tak je la sebab kiri kanan sawit dan pokok kelapa. Lepas tu korang akan jumpa tempat jual beli sawit, masuk lagi ke dalam.



Jalan nak masuk ke jeti ni, jangan risau. Jalan elok je... Kalau tak pakai 4WD pun, ok je... Jadi bila dah sampai di tempat parking, korang kena jalan kaki pulak sampai la ke tempat yang memang jadi lokasi wajib untuk setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan. Jalan kaki dalam 1.5 kilometer...lebih kurang la. Tapi sepanjang berjalan ke jeti tu, pemandangan cantik gak...







di tengah-tengah perjalanan tu, akan ada satu pondok dan sebelah tu macam ada perigi...aku tak tahu tentang sejarah perigi tu...hahahaa...



lepas tu aku sambung berjalan sampai la le penghujung. Bau air laut...aku suka..hehehe...disebabkan tak ada orang..jadi aku bergambar. Dan disebabkan aku pergi seorang diri...maka aku set kan timer je la dekat kamera dan tahan dengan batu...hahaahha...









ok...itu saja la..tapi cantik jugak tempat ni...kalau buat photoshoot untuk kahwin pun okay...ahahahaha...

Sejarah Beting Beras Basah : Bermulanya Kesultanan Perak

Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pada tahun 1528 dimana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah I telah ditabalkan di Beting Beras Basah, di kuala Sungai Perak berhampiran pekan Bagan Datoh. Sebelumnya, dua pembesar Perak iaitu Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah menghadap Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang bersemayam di Kampar untuk memperkenankan seorang puteranya untuk dijadikan Sultan Perak. Baginda telah memperkenan permintaan tersebut dan mengarahkan putera keduanya iaitu Raja Muzaffar Shah ke Perak.

Sewaktu Bahtera baginda menghampiri di kuala Sungai Perak dan sampai ke kawasan Beting Beras Basah, bahtera baginda telah dipukul ombak yang besar dan terdampar secara tiba-tiba diatas satu beting ditengah lautan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibuangkan ke laut barang-barang yang berat, namun laut tetap bergelora. Lalu baginda pun berseru :

"Sekongkong Tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka"

Sultan Muzzaffar lantas mengambil mahkota baginda lalu membuangnya ke dalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tenang kembali seperti biasa. Bahtera baginda dapat belayar semula seperti sediakala. Serentak dengan itu, Tun Saban dan pengikutnya melaungkan "DAULAT TUANKU" dan baginda Sultan Muzzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah. Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan ditabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda.

Sejak itu, setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan disyaratkan datang ke Beting Beras Basah ini untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja. Selain Sultan, Raja Perempuan juga harus melakukan upacara yang sama. 

3 ulasan:

Sue Izza berkata...

eeeeeeeeeee jln sorang2 kena culik kang heeheee menarikk tempatnya tapi napa tak de org?

firzz duka berkata...

Bagan Datuk jauh ke dalam...betul2 penghujung...tu ramai x dtg...

Abdul Hadi Magnificence berkata...

cantik nye!!!! anyway, this is my blog if sudi follow http://mrparanoidwords.blogspot.my/

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...