25 Januari 2017

Menjejaki Sejarah Kesultanan Perak



Sebagai rakyat Perak, aku sangat suka dengan sejarah kesultanan Perak yang bagi aku, ada keunikan tersendiri jika nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Dari segi gelaran dah tentu, dan sejarah bermulanya kesultanan Perak yang mempunyai susur galur dari Kesultanan Melayu Melaka.

Lepas aku menjejakkan kaki di beting beras basah pertengahan bulan hari tu, dan ditambah pulak aku terbaca satu blog ni tentang dia suka menjejaki makam-makan sejarah termasuk makam kesultanan Perak, ia jadi satu pembakar semangat untuk aku buat perkara yang sama.

Jadi, kat mana aku nak mulakan? Beting Beras Basah di mana bermulanya Kesultanan Perak aku dah sampai, Istana Iskandariah Kuala Kangsar aku dah sampai, Istana Kenangan pun dah sampai, Masjid Ubudiah yang menempatkan banyak makam sultan Perak yang terdahulu pun aku dah sampai, jadi mana lokasi lepas ni?



Aku ni bukanlah minat sejarah sangat... Setakat baca-baca macam tu ja la kan.. Orang cakap sekadar ambik tahu ja... Tapi disebabkan aku ada terbaca sejarah sultan-sultan Perak sebelum ni, buatkan aku lagi nak tahu tentang sejarah kesultanan Perak ni dengan lebih mendalam.

Tapi aku tak nak baca buku hikayat-hikayat ni sebab bahasanya tinggi sangat. Hahahaha... Baik aku baca buku sejarah yang moden sikit atau bahasa lainnya, yang mudah nak faham...hehehe...

3 ulasan:

1001petua.com berkata...

nice post bro.. :D

p/s :Saya dah jdi followers blog anda.. Diharap awk sudi la follow blog saya yg masih baru dan hingusan ni.. :D

Rozita Abdul Rahman berkata...

akak pernah singgah istana kuala kangsar tu tapi sayang masa tu dia tutup tengah renovation.. tengok dari luar pun dah cantik..

Radhia Razali berkata...

Suka melawat tempat bersejarah di Perak. Pasir Salak pun saya dah pergi. Anyway, done follow your blog.. :)

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...