27 April 2017

Buffet Ramadhan 2017 Di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur


Pejam celik, pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan dah kan... Rasa macam baru ja pakai baju raya tahun lepas...tiba-tiba, eih..nak puasa dah...kejap gila masa sekarang ni berjalan. Jadi, masa bulan puasa ni la selera makan yang biasa ni bertukar jadi 'luar biasa'...makanan yang kita tak teringin masa bukan bulan puasa tiba-tiba jadi teringin. Tempat berbuka puasa pun akan jadi bermacam tempat, apatah lagi bila nak buka puasa dengan keluarga atau kawan-kawan. 

Baru ni aku ke Seri Pacific Hotel untuk review buffet Ramadhan yang dorang tawarkan sepanjang bulan puasa yang dijangka pada hujung Mei nanti. Memang banyak gila makanan yang Seri Pacific tawarkan dan bagi aku, harga yang sangat berpatutan.




Halaman Haji Saad di Seri Pacific Hotel menawarkan banyak menu hidangan dan aku rasa lebih dari 50 pilihan yang korang boleh pilih...memang rambang mata la kan.

Di Halaman Haji Saad, korang akan disajikan dengan menu-menu tradisional dari pembuka selera, bermacam jenis kerabu, ulam-ulaman, sambal pencecah yang bermacam jenis, jeruk buah, dan macam-macam lagi la... Banyak ooo kalau aku nak tulis...





Tapi kan..antara 'signature dish' yang aku sendiri nak recommendkan dekat korang beriyani gam, kambing golek, bubur lambuk, serunding ayak, nasi kandar dan sup gearbox yang bila korang makan, pasti teringat kat Halaman Haji Saad ni. Bagi orang yang mempunyai selera kampung, jangan risau...menu ala kampung pun ada dengan bermacam kerabu (ikan, ayam, daging, kaki ayam, jantung pisang, mangga dll) dengan ulam macam kacang botol, pegaga, ulam raja, daun kadok dan paku rawan.  Tapi kan, apa la erti makan ulam kalau takda pencecah dia kan...mesti la ada sambal-sambal dia macam budu, sambal belaxan, cencaluk, tempoyak, sambal gesek, sambal nenas dan sambal mangga.





Untuk pencuci mulut, aku cadangkan serawa durian which is th best in town.. Sampai sekarang aku teringat lagi... Tapi ada jugak yang lain macam bubur cha cha, pengat ubi, bubur kacang hijau, pulut hitam, pengat pisang...macam-macam la...

Dekat Halaman Haji Saad ni, Seri Pacific dia hidangkan secara buffet dalam bentuk gerai-gerai kecil..jadi tak la padat dekat satu-satu tempat tu..mudah untuk korang nak ambil makanan.

Untuk pengetahuan korang, menu-menu ni akan sentiasa bertukar setiap hari bagi memberi kelainan kepada pengunjung. Jadi kalau korang datang setiap hari pun, tak ada la bosan sangat kan dengan makanan yang dihidangkan...

Tarikh Mula : 27 Mei - 22 Jun 2017

Harga : RM98 (Dewasa)/ RM49 (Kanak-kanak)

Selain Halaman Haji Saad, bagi korang yang nakkan sedikit kelainan dengan cra eksklusif sikit, korang boleh ke Zende Restaurant di Seri Pacific jugak..kat sini pun ada banyak pilihan makanan yang akan dihidangkan dengan harga yang sedikit berbeza tapi rasa yang cukup pasti dapat puaskan selera korang masa berbuka puasa nanti.




Antara keistimewaan dekat Zende Restaurant ni macam Gulai Daging campur umbut kelapa, lemang, satay ayam,dim sum, sup gear box, laksa johor, mee udang, murtabak, pasembor, shawarma, babaganoush, chicken mandy tandoori style, kari kepala ikan, kambing panggang, ayam golek percik dan banyak lagi...

Tarikh Mula : 29 Mei - 24 Jun 2017

Harga : RM138 (Dewasa)/ RM69 (Kanak-kanak)


Selain dekat dengan Stesen LRT dan KTM Komuter untuk korang datang ke Seri Pacific Hotel, pihak hotel jugak sediakan tempat untuk pelanggan menunaikan solat Maghrib dan teraweh sepanjang bulan puasa nanti.
posted from Bloggeroid

24 April 2017

Aku Juga Berubah



Masa itu terus berjalan, tidak menunggu sesiapa. Terus berdetik tanpa ada yang dapat menghalang. Sebab itu kita perlu terus melangkah. Jangan terlalu lama berada di sesuatu tempat. Melangkahlah. Tempuhilah apa sahaja halangan yang mendatang.

Aku sendiri pun kadang-kadang takut untuk melangkah ke hadapan. Takut untuk menghadapi apa kemungkinan yang mungkin terjadi. Tapi kalau aku takut, sapai bila aku harus kekal berada di satu-satu kedudukan. Mahu atau tidak, aku tetap perlu terus melangkah.

Nasihat aku, jangan takut untuk melangkah. Mungkin pada mulanya kau takut untuk melangkah. Takut dengan segala cabaran yang kau sendiri tak pernah alami. Tapi percayalah cakap aku, semua itu akan terus mendewasakan kau. Perasaan takut itu lumrah, tapi sampai bila kau harus takut untuk melangkah? Itu persoalannya.

Andai kau takut untuk melangkah, terpasaklah langkah kakimu di satu tempat hingga nyawa bercerai dari badan. Teruskan berada dalam ketakutan sedangkan insan lain terus maju dalam menempuhi kehidupan mendatang...
posted from Bloggeroid

20 April 2017

Susah Dapat Line Telefon Di Rumah Flat


Disebabkan aku agak susah nak update blog memandangkan susah nak dapat line telefon dekat rumah aku, jadi, aku buat draft saja la... Cuma bila nak publish tu entahlah... Kadang-kadang sibuk dekat ofis, sampai terlupa nak publish... Aku tahu aku boleh schedulekan bila nak publish, tapi, feelnya kurang...tak panas...hahahaha

Baru-baru ni, ada kawan aku cakap yang bila duduk di kawasan perumahan flat, line telefon memang susah nak dapat, terutamanya yang duduk di aras tinggi ni. Betul ke? Aku macam tak percaya walaupun hakikatnya aku hadapi sekarang ni.

Kenapa aku tak percaya? Sebabnya, aku duduk di kawasan kampung dan rumah atas tanah pun, line masih tak ada. Macam mana tu?

Lagi satu...korang tengok TV atau korang punya pengalaman sendiri... Bila sampai di kawasan yang kurang ada line, korang akan angkat fon tinggi-tinggi sambil berjalan ke hulu ke hilir nak cari line... Macam mana tu? Musykil kan?

Tapi aku rasa salah satu sebab kenapa kawasan rumah sewa aku ni tak ada line yang kuat walaupun di kawasan Damansara, sebab penduduk yang padat. Bila dah ramai sangat penduduk di satu-satu kawasan, memang line akan slow.

Ambil contoh la...kalau pergi stadium untuk tengok bola sepak...confirm line memang tak ada ataupun slow gila walaupun tak ada live di TV. Sebab bila ada live, automatik line telefon semua akan 'ditarik'. So, itulah kesimpulan aku...terima kasih...
posted from Bloggeroid

18 April 2017

Persidangan MPMP Kali Ke-3

Persidangan Majis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP) Kali Ke-3 di Orient Star, Lumut pada 16 April 2017.
















Dah Letak Jawatan

2014
Atas ni gambar tiga tahun lepas masa aku dan yang lain dilantik menjadi ahli Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP) yang mewakili persatuan anak Perak di IPT masing-masing. Dan aku dah tentu mewakili UiTM... Kiranya dari aku diploma di UiTM Pulau Pinang sampailah ke degree di UiTM Shah Alam, aku aktif la dalam altiviti mahasiswa.

Masa batch aku, ada 20 IPT yang termasuk dalam MPMP dan Alhamdulillah, semuanya kekal sampai sekarang. Bah kan, ak dah anggap dorang macam keluarga aku sendiri... Antara IPT yang menjadi ahli MPMP masa batch aku ialah UniMAP, UUM, USM, UTP, IPG Ipoh, UPSI, Cosmopoint, UKM, UTHM, UTM, UiTM, UIAM, UMT, UNIMAS, UtEM, UM, USAS (KUISAS), PUO, UniKL dan UPM.


Macam- macam aktiviti yang kami dah buat walaupun ada beberapa aktiviti yang dirancang tak berjaya dilaksanakan. Tapi aku rasa lebih banyak yang dijalankan berbanding yang tak jadi.

Dan hari ni, kami melepaskan jawatan secara rasminya di hadapan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagaimana masa kami menerima jawatan yang sama tiga tahun lepas.


Kepada semua pihak yang membantu MPMP Batch 2.0 dalam menjayakan program-program kami sebelum ni, terima kasih kami ucapkan... Kepada adik-adik MPMP 3.0, teruskan usaha korang dan semoga perancangan korang akan berjaya dilaksana tanpa ada gangguan dan berjalan dengan lancar...
posted from Bloggeroid

08 April 2017

Susah Nak Update Blog Lepas Ni



Lepas ni mungkin aku agak sukar untuk nak mengupdate blog memandangkan kat rumah sewa aku ni, line yang sangat susah nak dapat. Walaupun aku duduk di tengah-tengah bandaraya, tapi line telco untuk dua-dua nombor aku sangat susah nak dapat dalam bilik dan dalam rumah sewa aku.. kadang-kadang bila aku dapat call, sama ada aku kena keluar ke ruang tamu dan duduk tepi tingkap, atau aku kena keluar duduk dekat coridor rumah.

Aku pun tak pasti kenapa, nak kata duduk kawasan kampung, sangat mustahil...tengah bandar kot... tapi mungkin jugak sebab aku duduk di kawasan flat dan terlampau padat, jadi coverage telefon tu susah nak dapat. Jadi kalau aku duk dalam bilik tu, ada whatsapp atau komen-komen kat FB yang aku lambat jawab, faham-faham la ye... bukan sengaja aku nak balas lambat, tapi signal kat dalam bilik aku tu... ya hadoooo....buat sakit hati ja...

Bila tak ada line, macam mana aku nak update blog, betul tak? Ini pun dah beberapa hari aku tak update walaupun ada la sikit topik untuk aku nak update. Tapi bila dah tak ada line ni, hilang segala mood untuk aku update blog...adoiyai...

01 April 2017

Tahniah Azwan Shahmi Dan Pasangan



Alhamdulillah... Tahniah Azwan Shahmi dan pasangan, Saadah yang telah selamat mendirikan rumah tangga awal Mac hari tu dan majlis sambut menantu yang diadakan hari ni di Ipoh.

Kebetulan aku nak ke KL hari ni, aku singgah la ke kenduri Wan di Ipoh sebelum aku bermastautin di Damansara entah untuk berapa lama. Hehehe...



Mulanya aku nak gerak ke KL selepas majlis, tapi disebabkan bila dah jumpa dengan member-member MPMP, menyembang lama sampai la hujan ke petangnya. Akibatnya, aku terpaksa tangguhkan perjalanan aku ke Damansara pada Ahad. Iya la, aku nak merempit... Merempit tengah hujan karang, tak seronk pulak. Jadi tunda la sehari. Nasib la ada rumah kawan aku untuk bermalam... Hehehe...

Kepada Wan dan pasangan, ak doakan semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah... Amin...
posted from Bloggeroid

Shellout Di Shell A Bration, Ipoh


Malam terakhir aku di Ipoh diraikan dengan makan shell-out dengan kawan-kawan sekolah aku yang ada di Ipoh ni di Shell A Bration, Bercham. Mulanya tak tahu nak ke mana, tapi atas cadangan sorang kawan aku, maka bergeraklah ke sini.


Nak cari kedai ni tak susah, korang boleh Google je Shell A Bration dan ikut maps yang diberikan. Parking pun senang, servis pun cepat walaupun masa aku datang agak ramai orang. Pekerja pun ramah dan bagi korang yang baru pertama kali ke sini, jangan risau, pekerja tu akan cadangkan makanan untuk korang.

Satu set shell out didatangkan dengan ketam, sotong, udang, lala, dan scallops dan dua nasi. Ada dua jenis masakan shell out iaitu masak cili dan masak lemak cili padi. Tapi masa aku pergi tu, masak lemak cili padi habis. Mungkin itu top kot kat situ memandangkan aku pergi pukul 9. Masih awal sebenarnya.


Harga untuk masak cili adalah RM35 manakala untuk masak lemak cili padi RM38.

Bagi aku, kuahnya sedap, tetapi kurang pedas. Kureng mengancam sikit la bagi orang yang makan pedas macam aku ni. Tapi aku tetap berpuas hati dengan kuah yang pekat tu.

Kalau korang tak nak bershell-out pun takpa. Ada western dan goreng-goreng jugak. Hehehhe.... Jadi selamat mencuba kalau korang nak makan shellout. Insya Allah puas hati...

29 Mac 2017

Hanya Aku Yang Rasa

Ada yang berasa 1 sen itu berharga,
Ada pula berasa sesuap nasi itu bermakna,
Ada juga berasa sendirian itu lebih bahagia

Terserah pada tafsir diri,
Apa yang baginya lebih bererti,
Tidak perlu semuanya pasti,
Cukup sekadar ia dalam mimpi.

Walaupun sedetik cuma,
Cukuplah.
Aku bahagia, bersukur ke hadrat-Nya,
Di atas pinjaman yang seketika cuma.

Aku terima, aku ikhlas, 
Aku redha dengan segala ketentuan Ilahi,
Walaunada yang bersimpati,
Walau ada yang cuba memberi,
Bahagia itu, 
Hanya aku yang rasa...

25 Mac 2017

Selamat Hari Polis Ke-210



Dulu, masa sekolah bila ditanya tentang cita-cita aku bila aku besar nanti, antara yang jadi keutamaan aku adalah polis selepas impian aku nak jadi juruterbang. Aku pun tak tahu kenapa aku teringin nak jadi polis. Mungkin disebabkan Gerak Khas membuatkan aku teringin nak jadi polis. Lagi pun, aku rasa macam 'smart' ja bila tengok orang pakai pakaian uniform ni. Jadi kalau aku pakai, mesti la lagi smart kan...bertambah kehenseman aku.

Semangat aku nak jadi polis sampailah ke sekolah menengah walaupun dah kurang. Aku masuk Kadet Polis selama dua tahun. Merasa la jugak pegang M16 bebetapa kali untuk latihan menembak. Aku ni antara kadet terawal bila Kadet Polis ditubuhkan dekat sekolah aku. Hehehe..

Tapi memandangkan masalah rabun aku makin teruk sejak tingkatan 2, maka aku terpaksa melupakan cita-cita aku nak jadi polis tapi dalam masa yang sama, minat aku dalam bidang wartawan ni mula berputik...cewahhh...bunga-bunga sikit ayat.

Aku masih menghormati semua anggota beruniform, tak kira lah polis, RELA, Askar atau apa-apa yang menjaga keselamatan dan keharmonian negara ni.

Bersempena dengan Hari Polis 210 hari ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada abang-abang, kakak-kakak polis kita yang bekerja keras dan ikhlas demi menjaga keselamatan dan keharmonian negara ni. Semoga jasa baik anda semua dibalas Allah Taala...
posted from Bloggeroid

20 Mac 2017

Seafood Celup Tepung Sedap Di Kuala Terengganu


Musim cuti sekolah ni, kawasan pantai timur akan menjadi salah satu pilihan untuk ramai orang bercuti termasuklah ke Kuala Terengganu. Kebetulan minggu lepas, aku ke Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan sekelas aku, jadi kawan aku, Capeq yang kerja dekat sana bawak kami mencuba Warung Pok Nong yang terkenal dengan makanan goreng tepung. Kawan aku yang asal Kuala Terengganu ni pun memang cadangkan untuk ke sini walaupun ada beberapa gerai lain yang turut menawarkan goreng tepung ni.


korang boleh Waze kalau nak ke sini dan memang ramai gila orang beratur. Warung ni dibukak dari jam 3 petang dan masa tu memang dah ramai orang. Tapi jangan risau, korang tak perlu tunggu lama walaupun ramai orang. Cuma kena berebut meja je la...hehehehe...


Ada beberapa pilihan... Contoh yang dibuat goreng tepung ialah sotong (wajib), ikan dan udang. Yang lain aku tak pasti sebab kawan aku yang beratur. Aku cuma 'jaga meja'. 



Jujur aku cakap, memang terasa manisnya isi makanan laut tu. Fresh lagi. Mungkin sebab pemilik terus beli daripada nelayan dan terus masak. Lepas tu cicah dengan sos sambil ditiup angin laut... perghhh... heaven...

Dari segi harga, aku dimaklumkan (sebab kawan aku yang bayarkan, semuanya RM90++ termasuk air. Sotong mengikut saiz (5 ekor), udang lapan ekor (RM5 untuk 4 ekor kalau tak silap) dan ikan RM5 seekor.
Bagi aku murah la berbanding kalau korang makan dekat gerai biasa.


Jadi kalau korang ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah ke Warung Pok Nong di Jalan Pantai, Kampung Teliput. Confirm tak rugi terutamanya bagi yang suka makanan laut.

Owh...lupa...sebelah warung Pok Nong tu ada jual sata...boleh tahan la rasa dia...

18 Mac 2017

Selamat Pengantin Baru Eha - Syawal



Tujuan aku datang ke Terengganu selama sehari semalam adalah semata-mata untuk meraikan majlis persandingan kawan baik aku dari UiTM Shah Alam sampailah habis kami belajar, Eha. Dia ni classmate aku sepanjang aku tiga tahun di Shah Alam.

Minah clumsy ni akhirnya berjaya menemui jodohnya diwaktu usia 26 tahun dengan suaminya dari Sarawak. Aku tak tahu macam mana dorang bercinta, tiba-tiba dah bertunang bulan 12 hari tu dan bernikah. 

Pandai betul simpan rahsia siapa bakal suami dia waktu tu... Puas dah aku korek sana korek sini, tak dapat jugak. Nama pun tahu masa dia jemput panggil kenduri dekat dalam group kelas. Cumanya, masa dia bertunang dan tarikh bernikah tu, aku sorang je tahu awal berbanding kawan-kawan yang lain, hehehehe...





Dan masa hari perkahwinan dia, aku dan kawan-kawan yang kenal dia termasuk Shofi sebagai wakil kelas, kami diminta untuk menjadi dulang boy memandangkan hanya keluarga Syawal ja yang datang ke Terengganu. Tak apa la...tolong kawan-kawan. Bukan orang lain.

Aku doakan semoga pernikahan dorang kekal bahagia hingga ke Jannah. Semoga ikatan yang terbina akan melahirkan umat Muhammad yang soleh dan solehah. Amin Ya Rabb...


posted from Bloggeroid

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...