30 Disember 2016

KENAPA HIDUP AKU TAK MACAM DIA?



Bukan sekali dua, tapi berkali-kali persoalan macam ni datang dalam fikiran aku. Cemburu tengok kejayaan rakan sebaya, bahkan yang lagi muda dari aku. Kadang-kadang rasa macam tak adil (Astaghfirullah)..

Tapi bila aku berfikiran macam tu, cepat-cepat aku bermuhasabah diri. Sedar di mana aku berpijak. Semua yang aku lalui ni dah ditentukan di atas sana. Jangan pernah pertikai, jangan pernah persoalkan. Pasti ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku.

"KENAPA HIDUP AKU TAK MACAM DIA?"

Tipulah selama kita hidup di atas muka bumi ini kita tak pernah terlintas pun di fikiran dengan soalan macam ni. Paling tidak pun sekali mesti pernah kan?

Kadangkala bila kita tengok kehidupan orang lain, kita rasa suka dan teringin sangat menjadi diri mereka. Serba serbi cukup, sentiasa ceria seolah-olah tak pernah menghadapi masalah macam kita.

Bila tengok kawan-kawan seusia berjaya dalam kerjaya masing-masing, kadangkala bukan cemburu yang datang menerpa tapi sifat 'rendah diri terlampau' yang singgah tak semena-mena.

"Kau bolehlah. Kerja besar, belajar tinggi, duit banyak. Aku ni apa ada?"

"Kahwin dah si amat. Aku ni ha nak sara diri sendiri pun tak lepas. Apakan lagi nak berbini"

Ingatlah jalan hidup kita sebenarnya berbeza-beza. Tak semua kisah kita sama. Masing-masing pasti boleh berjaya cuma tinggal diri kita saja untuk laksanakannya.

Buat kawan-kawan semua. Kita semua punya kehebatan dalam diri kita. Jangan terlalu merendah diri, bangunlah bina hidup masa depan kita nanti. Sempena tahun 2017 ni nanti, janji pada diri agar jadi lebih baik dari sebelumnya.

INGAT! TUHAN TU TAK KEJAM...
In sha Allah

(FB : Zaidi Aziz)

28 Disember 2016

Dah genap suku abad



Alhamdulillah semalam genap dah suku abad aku bernafas di muka bumi ni. Terima kasih atas ucapan dan doa yang diberikan kalian semua. Semoga doa itu dimakbulkan Ilahi dan dikembalikan kepada kita semua.

Terima kasih juga di atas simple celebration oleh 'keluarga' kecil aku di Ipoh. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila. Sungguh, aku sayang semuanya.



Alhamdulillah aku dikelilingi oleh insan-insan yang ikhlas bersahabat dan menyayangi aku seadanya. Walaupun ada sedikit kepahitan dalam perkenalan kita. Insya Allah, semua tu mematangkan kita semua.

Terima kasih semua...

27 Disember 2016

Hilang Minat Baca Novel



Macam yang korang tahu, aku ni suka baca novel cinta... Sangat suka membaca novel sejak sekolah rendah lagi. Tambah-tambah lagi bila aku dah bekerja, boleh kata tiap-tiap bulan aku akan beli novel baru setiap kali dapat gaji.

Tapi kebelakangan ni, aku dah kurang berminat baca novel, tak tahu la kenapa... Minat tu masih ada, cuma dah kurang. Kali ni, aku lebih selektif untuk membeli novel-novel cinta. Aku nak cari kelainan dalam novel-novel yang aku nak beli. Sebabnya, novel yang aku tengok sekarang ni, semuanya jalan cerita yang sama. Cuma nama watak saja yang berbeza.

Aku lebih memilih untuk membaca buku-buku fixie dan juga biografi atau buku-buku yang lebih santai. Nak cari novel cinta, aku akan tengok siapa penulisnya. Kalau dulu, aku beli novel berdasarkan tajuk dan sinopsis, tapi kebelakangan ni, aku akan tengok siapa penulisnya. Kalau penulis yang aku tak pernah tengok namanya atau nama pena yang pelik-pelik, aku akan fikir habis-habis sebelum aku beli. Takut menyesal pulak.

Tapikan, seminggu dua ni, aku lebih berminat nak membaca novel-novel dari Indonesia. Nak cuba cari kelainan sikit. Nak bandingkan tu mungkin agak lambat sikit, tapi aku tetap nak cuba baca novel Indonesia walaupun mungkin aku lambat sikit nak faham...

25 Disember 2016

Status FB Aku Disalah Anggap



Tak sangka pulak aku status-status di FB aku diperhatikan orang dan ada yang beranggapan status-status tu tentang apa yang aku lalui sehari-harian. Hahahaa. Terutamanya bab cinta-cinta ni. Mulanya aku tak sedar pun, tapi bila ada dua-tiga orang tegur aku, baru aku tersedar... Banyak juga status-status FB aku tentang cinta. Kononnya la...

Puncanya bila ada yang tanya bila aku nak kahwin, aku 'berkawan' dengan siapa, siapa girlfriend aku sekarang disebabkan oleh status di Facebook aku yang kadang-kadang macam orang tengah bahagia, orang tengah frust dan sebagainya..hahahaha... Bila aku cakap aku masih single dan available, dorang tak percaya sebab status-status FB aku tu... Adeihh..garu kepala aku nak menjawab.

To be honest, status-status tu tak bermaksud aku tengah bahagia dengan girlfriend aku, aku bergaduh dengan girlfriend or what so ever sebabnya, aku memang tak bercinta dengan sesiapa pun. Status-status tu dibuat dengan spontan apa yang ada dalam fikiran aku dan kadang-kadang 'hasil' daripada luahan masalah percintaan kawan-kawan aku.

Tapi mungkin disebabkan status-status aku tu jugak, tak ada orang yang nak kat aku? Muahahaha... Dorang ingat aku ni dah ada yang punya. Lagi pun, FB aku tak private, semua orang boleh baca. Jadi, mungkin sebab tu ada yang anggap aku ni dah berpunya sedangkan hakikatnya? Hahahaha...

24 Disember 2016

Percutian Ringkas Ke Penang



Selama dekat tiga tahun aku menetap di Penang, tak pernah aku melawat tempat-tempat yang jadi tarikan pelancong kat Pulau Mutiara tu. Sebabnya, boleh kata tiap-tiap hujung minggu aku balik kampung atau ada aktiviti luar sepanjang aku diploma.

Jadi tempat yang aku pernah pergi sepanjang aku belajar di Penang, Queensbay, Padang Kota, Kek Lok Si Temple, Komtar, Pulau Jerejak dan Gurney Plaza... Itu sahaja...yang lain..tak ada...hahaha..

Kebetulan kawan aku dari Medan, Indonesia datang minggu lepas atas urusan kerja, jadi dorang ajak aku untuk berjalan di Penang. Aku pun okay ja dan kebetulan, cuti tahun aku masih ada... Ambil je la kan.

Kami tidur di Regal Hotel di Georgetown selama dua malam.. Dan tujuan aku pun, bukannya nak berjalan sangat pun, lebih kepada nak cuba makanan-makanan yang popular dekat Penang. Aku pun tanya la kawan-kawan aku.. Dapat la jugak merasa dua-tiga kedai yang terkenal.



Masa aku ambil kawan aku di airport, dah pukul 9 lebih. Jadi terus ke Kapitan sebab aku rindukan Nasi Briyani Claypot... Hahahaha... Lepas rindu walaupun tak sesedap Briyani Claypot di Kapitan Perda...

Esoknya kami ke Penang Street Art. Kawasan Little India kalau tak silap aku di Lebuh Acheh. Kalau datang ke sini, korang kena berjalan sikit sebab lokasi-lokasi lukisan ni, bukannya di satu tempat, tapi di seluruh kawasan Lebuh Acheh tu. Selain tu, ada jugak la kawasan yang korang boleh membeli barang cenderahati.





Lepas habiskan masa dalam sejam dekat situ, kami ke Bukit Bendera. Dan aku rasa, lepas ni aku takkan ke Bukit Bendera tu bila cuti sekolah.. Serik weh... Beratur beli tiket saja dah sejam, kemudian beratur nak naik train dah dekat 30 minit. Nasib la view kat atas tu cantik... Berbaloi jugak la kan..





untuk makan malam, mulanya nak ke Deen Maju Nasi Kandar, tapi bila sampai, makk aihhh...ramainya manusia beratur... Terpaksa la ke tempat lain, Nasi Kandar Line Clear...nasib la bukak..kalau tak, aku nampak Kapitan je la..hahaha...





balik ja dari makan malam, terus ke hotel dan tidur..penat gila..hahaha..tapi sebelum tidur, aku survey dulu dengan kawan-kawan tempat makan yang best untuk sarapan. Nasib baik ada kedai best dekat dengan hotel aku duduk tu.. Naina di Transfer Road. Gerai kecil ja, tapi sedap gila Roti Canai Banjir Telur Mata.. Kuah dal yang sedap dan roti canai yang mantap...





lepas sarapan, kami ke Lorong kulit.. Saja bawa kawan aku ke situ.. Lepas tu balik ke rumah untuk makan tengah hari sebelum hantar dorang semula ke airport malam tu jugak.

Lepas hantar dorang ke airport, aku ke Juru kejap untuk jumpa classmate aku..hehehe..saja bergosip..hahaha...



okay..itu saja la percutian ringkas aku ke Penang selama tiga hari dua malam..hahahaha...

20 Disember 2016

Teruknya Aku Rasa

Aku rasa teruk sangat la dua tiga hari ni. Rasa down gila-gila...tak tahu la apa puncanya. Mungkin bermacam-macam cerita dan berita yang aku dapat, terus aku rasa down walaupun berita tu berita gembira? Tahu kenapa? Sebab ianya tak berkaitan dengan aku, tetapi orang-orang yang rapat dengan aku.



Lagi pula, dengan few things yang aku fikir dua tiga hari ni, buatkan aku rasa down sikit. Semuanya berpunca dari aku jugak. Tak tahu la kenapa. Benda tak penting tapi aku fikirkan benda ni penting. Orang duk bercakap, tapi aku pulak yang ambil port, kesannya, aku sorang yang pendam perasaan.

Tapi perkara ni dah biasa dah. Lama-lama nanti okay la kan asalkan dorang berhenti bercakap benda tu. Kalau dorang masih bercakap, lama lagi la nak hilang rasa down ni. Hahaha.. Aku pun tak tahu la macam mana nak go through all this stupid things. I need to move on...

16 Disember 2016

Aku keliru

Bila ada kawan-kawan atau saudara dari luar Ipoh datang ke Ipoh dan tanyakan aku kedai mana yang sedap, aku jadi keliru nak bagi jawapan. Banyak sangat kedai yang sedap dan terkenal bagi aku.



Tapi, salah satu kedai yang paling aku cadangkan adalah Nasi Vanggey dekat Greentown. Itu memang wajib aku suggestkan untuk dorang pergi sebab nasi mamak kat tempat lain, bagi aku, tak sesedap nasi vanggey. Hahahaha... Sampai aku boleh kata seminggu sekali pergi makan dekat vanggey.

Tapi kalau cafe hipster yang lain. Aku tak tahu nak cadangkan yang mana satu. Kalau western, kedai ni sedap dengan chicken chop, kedai ni sedap dengan carbonara. Jadi aku keliru. Sudahnya, aku cadangkan nama kedai, korang pilihlah sendiri.

Ramai yang tanya aku sebab aku selalu up gambar-gambar makanan di Facebook dan Instagram, jadi dorang ingat aku tahu mana-mana kedai yang sedap. Semuanya sedap bagi aku... Okay, ada la yang tak berapa kena dengan selera, tapi kebanyakannya sedap dan itu sebabkan aku keliru nak makan dekat mana.

Jadi yang datang ke Ipoh dan minta pandangan aku untuk makan kat kedai mana, aku tak berapa nak boleh menjawab. Hahahaha...maafkan saya...

14 Disember 2016

Berangan Sebelum Tidur



Aku rasa sejak aku diploma kot...setiap kali nak tidur, aku kena berangan dulu sebelum aku tidur sampailah aku tertidur. Dah jadi kebiasaan. Aku tak pasti sama ada semua orang macam aku atau tak, tapi yang pasti, setiap malam aku hadapi. Penat macam mana pun, aku akan berangan dulu.

Kalau tak berangan pun, aku akan fikirkan masalah yang sepatutnya bukan masalah. Kau rasa?hahahaha... Dah jadi kebiasaan aku. Kalau aku tak berangan, aku tak tahu la macam mana aku boleb tertidur. Sebab memang dah jadi habit aku untuk berangan.

Yang bestnya, kadang-kadang apa yang aku berangan tu boleh bersambung pulak ke alam mimpi. Pelik tak? Siap ada ending lagi. Kalau tak ada ending, esok tu aku akan sambung angan-angan aku tu supaya aku dapat cipta satu ending yang sempurna. Cewahh...

Tapi apa yang selalu aku angankan? Jeng jeng jeng... Adalah...takkan nak bagi tahu kan... Tapi normal la..selalunya tentang kehidupan aku di masa akan datang. Ada rumah, anak-anak, kerja yang best, jadi ahli politik dan tak terkecuali, kahwin. Ehh...bye...

10 Disember 2016

Lantai puisi semakin jauh



bila aku ke Pangkor baru-baru ni untuk tugasan liputan Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) 2017, terus aku teringat zaman sekolah dulu. Aku rindu untuk kembali berpuisi di atas pentas.

Boleh dikatakan sejak sekolah rendah lagi, aku dah aktif dengan segala macam pertandingan di atas pentas. Dari syarahan, pidato, sajak, syair, pantun dan bermacam lagi. Memang aku tak pernah tinggal sampai ada masanya, hanya aku seorang pelajar lelaki yang sertai pertandingan deklamasi sajak. Tak kira lah hari guru, hari merdeka, hari Malaysia, Maulud Nabi, Awal Muharaam semuanya aku masuk.

Pernah aku tulis sajak. Banyak jugak la. Tapi dah hilang dah sajak-sajak tu semua. Entah ke mana hilang semua tu. Aku minat sastera Melayu. Bahasa yang cukup mendalam. Penuh isi tersirat yang kadang-kadang susah nak faham. Satu kepuasan bila aku sendiri dapat terjemahkan maksud yang tersirat tu.

Tapi bila masuk diploma sampai la ke degree... Semua tu aku dah tak aktif. Tak tahu kenapa. Mungkin sibuk dengan belajar dan aktiviti kelab yang lain, aku jadi lupa untuk berpuitis. Cumanya aku dapat tulis di blog dan facebook. Cukuplah untuk aku luahkan apa yang tersirat walaupun senang orang lain nak faham kalau dorang terbaca. Hahahaha...

07 Disember 2016

Kurusnya Aku, Gemuknya Kau...

Tak faham betul aku bila orang kurus ni kata diri dia gemuk. Dia nak kurus macam mana lagi? Sampai tinggal tulang? Adeihhh... Apa la nasib badan... Kalau orang gemuk nak kurus, aku boleh faham la kenapa... Tapi kalau orang yang dah memang sedia kurus, nak kurus macam mana lagi?

Kalau terlebih kurus pun jadi masalah jugak. Masalah kesihatan pun sama macam orang yang terlebih 'sihat' ni cuma dalam istilah yang berbeza. Yang dah berat ideal tu, tolong la jangan kata korang tu gemuk... Annoying tahu tak. Ke nak harapkan orang cakap 'mana ada, kau tak gemuk la'... Memang korang dahagakan pujian ke apa? Tak faham betul aku.



Aku yang dah sedia gemuk ni pun kadang malu nak cakap aku ni gemuk, korang yang dah kurus ni senang-senang hati cakap diri korang gemuk, dah kenapa kau? Tak faham betul aku.

Sudah-sudah la...jangan nak perasan diri korang tu gemuk kalau dah kurus. Kalau nak rasa diri tu gemuk sangat, meh sedut lemak aku ni. Aku bagi free je...

05 Disember 2016

Alhamdulillah Allah Makbulkan



Alhamdulillah...syukur ke hadratMu Ya Allah.

Bila tengok throwback di Facebook yang lima tahun lepas, aku terkejut. Tak sangka saat aku dah mula kecewa tentang cita-cita aku, Allah makbulkan. Kecewa dengan interview untuk masuk ke Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media untuk diploma, aku dah mula ikut apa yang ditakdirkan untuk aku dalam dunia pelancongan walaupun jauh di sudut hati aku, aku masih berharap untuk jadi sebahagian daripada keluarga FKPM.

Walaupun ada ketikanya, orang-orang disekeliling aku memperlekehkan cita-cita aku, aku tetap jadikan itu sebagai satu pembakar semangat untuk aku masuk dalam dunia kewartawanan yang memang menjadi cita-cita aku sejak di sekolah menengah lagi.


Perancangan Allah itu sebaik-baik aturan. Alhamdulillah, sekarang aku dah pun bergelar wartawan seperti yang aku impikan walaupun sedikit terlambat. Sekurang-kurangnya Allah dah makbulkan cita-cita aku.

Bila aku sambung Diploma Pengurusan Pelancongan, mungkin Allah nak aku lihat dunia nk dengan lebih luas. Berkenalan dan belajar tentang sikap manusia yang sebenar. Mungkin kalau aku terus masuk ke FKPM untuk Diploma, mungkin aku sendiri belum bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan. Jadi Allah dah tetapkan aku untuk masuk ke Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan untuk aku biasakan diri menghadapinya.

"Barangkali apa yang kamu suka itu tidak baik untuk kamu. Barangkali apa yang kamu tak suka itu baik untuk kamu"..

Alhamdulillah..syukur Ya Allah..

03 Disember 2016

Filem Terbaik Indonesia

Pertama sekali, aku nak tegaskan ini adalah sekadar pandangan peribadi aku, jadi mungkin ada yang tak sependapat dengan aku, aku minta maaf siap-siap. Lagi pun, ni kan blog aku, so aku ada hak nak tulis apa ja..hahahaha...

Okay...teruskan...antara banyak-banyak filem Indonesia, ada beberapa filem yang bagi aku terbaik dan sampai mesej yang nak disampaikan. Rudy Habibie (2016), Laskar Pelangi, Ketika Cinta Bertasbih, Yasmine (gabungan Indonesia, Malaysia) dan beberapa filem lain.



Bagi aku, filem-filem ni ada kelainan kalau nak dibandingkan dengan filem-filem Indonesia atau Malaysia sendiri. Ada mesej yang jelas nak disampaikan pada penonton dalam gaya yang santai dan rileks. Mesej yang nak disampaikan tu secara terus aku boleh dapat, tak perlu nak berfikir.



Walaupun ada dua tiga filem ni berkisarkan tentang cinta, tapi ianya tak tertumpu sangat pada kisah cinta tu, ada mesej lain yang bagi aku, lebih penting untuk disampaikan. Kisah cinta tu sebagai penyedap cerita saja.



Dan kalau ada kisah cinta pun, jalan ceritanya cukup berbeza dengan filem-filem cinta yang ada dekat Malaysia dan filem-filem cinta Indonesia yang lain.

Aku tak nafikan, Malaysia pun ada filem-filem macam ni, tapi berapa banyak? Boleh kira dengan jari. Sangat sikit. Filem cinta dekat Malaysia ni banyak, aku tak nafikan perkara tu, tapi dalam banyak-banyak filem tu, berapa ja yang berkualiti? Berapa banyak filem-filem tu ada 'kelainan'? Itu persoalan aku. Sangat cliche jalan cerita. Anak orang kaya jatuh cinta dengan anak orang miskin, keluarga tak restu, kahwin paksa dan lain-lain. Dari filem sampai la ke drama. Jalan cerita sama, yang membezakan cuma skrip dan pelakon.

Setiap kali ada filem baru (filem cinta) akan dikeluarkan, semua pelakon sampai pengarah akan cakap benda yang sama iaitu filem ni ada kelainan berbanding filem-filem sebelum ni. Aku nak tanya, kelainan yang macam mana? Hanya pelakon dan skrip sahaja yang berlainan. Jalan cerita? Sama. Tambahan lagi kalau adaptasi dari novel sekarang ni. Semuanya sama. 99.99 peratus sama.

Aku tahu aku bukan orang filem. Tak ada pengalaman dan pengetahuan dalam dunia perfileman. Tapi ini sekadar pandangan aku sebagai penonton. Aku nakkan sedikit kelainan dalam industri perfileman dalam negara. Cuba berfikir sesuatu di luar kotak. Walaupun filem-filem cinta kat Malaysia ni ada sesetengahnya box office, tapi sebab apa?sebab cerita atau pelakon? Kadang-kadang jalan cerita biasa, tapi disebabkan pelakon tu hensem dan cantik, maka ramailah yang pergi tengok filem tu.

Ada beberapa pengarah di Malaysia aku suka tengok filem dorang walaupun pelakonnya mungkin tak popular, tapi aku yakin ada mesej yang nak disampaikan kepada penonton.

Aku harap, Malaysia jugak mampu keluarkan filem yang betul-betul menyampaikan mesej yang jelas dan kelainan.

01 Disember 2016

Keputusan Cabaran Tanpa Minuman Manis Sebulan

Cukup sebulan aku cabar diri aku untuk tak minum minuman manis selama sebulan. Macam mana agaknya ya? Berjaya ke tidak? Rasa-rasa korang macam mana?



Ini adalah keputusan aku selama sebulan. Gagal sebenarnya. Tapi nak kata gagal sepenuhnya pun tak jugak. Kiraan aku, 63.3 peratus aku berjaya untuk tak minum minuman manis selama sebulan. Selama 30 hari aku cabar diri aku, 19 hari aku berjaya elakkan menyentuh minuman manis. Selebihnya? Heheheeh...

Kalau korang perasan ada dua tanda 'X' kat situ. Satu 'x' dan satu lagi 'X'. Apa beza antara kedua-dua 'X' tu. Meh sini aku nak terangkan sikit.

'X' tu maksudnya aku minum air manis yang berlebihan. Mungkin dari pagi sampai ke malam aku minum air manis sebab terpaksa (kononnya)..hahahaha... Manakala 'x' tu pulak, aku hanya minum air manis sehari cuma satu gelas. Tapi banyak 'x' dari 'X' kan?hehehe..

Jadi, cabaran untuk bulan ni apa pulak? Tak terfikir pulak aku. Hehehehe...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...