30 November 2016

Berkongsi Pengalaman Sebagai Wartawan



Baru-baru ni aku dapat panggilan telefon dari pensyarah aku, Sir Nizam untuk aku berkongsi pengalaman aku dengan junior-junior dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam. Masa tu aku tengah 'outstation' di Taiping dan aku pun bersetuju untuk hadir sebab pada mulanya aku ingat aku ni sebagai salah seorang jemputan...

Balik dari outstation tengah hari Sabtu, malam tu aku terus ke Gopeng untuk program tersebut... Sampai je kat campsite tu, baru aku tahu, rupanya aku sorang ja 'penceramah' untuk program malam tu.


Aku dengan tak get ready sangat dengan apa yang aku nak cakap, jadi hadap saja la dengan soalan-soalan yang dorang tanya. Sebaik ja aku pegang mikrofon, terus aku tanya apa yang diorang nak tahu tentang dunia wartawan yang sebenar atau dalam bahasa yang mudah, macam mana realiti sebenar bekerja sebagai wartawan untuk news portal atau online news.

Tapi macam biasa, aku terangkan dulu tentang latarbelakang pendidikan aku dan sebagainya. Lepas ja terangkan tentang background aku, terus soalan bertubi-tubi tentang wartawan news portal ditanyakan kat aku. Aku jawab apa yang aku tahu dan berdasarkan pengalaman aku selama dekat dua tahun aku dalam media industry.

Tapi ada juga soalan-soalan yang aku sendiri tak jangka akan ditanya. Hohoho..menggelabah jugak la aku nak memikirkan jawapan untuk soalan-soalan tu. Bagus junior-junior aku ni. Hahahaha


Aku tahu aku masih 'hijau' dalam industri ni kalau nak dibandingkan dengan pengalaman-pengalaman orang lain yang dah bertahun-tahun dalam media. Mungkin ada yang cakap aku ni poyo or what so ever... Tapi mana la tahu, dari pengalaman aku yang tak seberapa ni dapat membantu junior-junior aku untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas tentang industri media.

Insya Allah..semoga perkongsian aku tu dapat membantu dorang semua di masa akan datang...

Dompet 'Hilang'



Kelam kabut aku cari dompet aku dari sebelum Maghrib sampai la dekat pukul 11 malam tadi dekat rumah aku di kampung.

Ceritanya macam ni, masa aku tengah mengeteh dengan mak abah aku dekat belakang rumah, aku bayarkan duit khairat dekat orang kampung aku yang memang simpan duit khairat kematian ni... Kemudian aku bagi dekat anak buah aku yang umur dalam tiga tahun lebih suruh simpan dalam bilik aku...

Kemudian masa aku nak mandi, aku cari tak jumpa...kelam kabut jugak la masa tu, tapi aku rileks dulu... Lepas maghrib, masa aku tengah kemas baju, aku terus cari tapi tak jumpa sampai ke sudah...terus aku cari dalam semua bilik termasuk bilik mak abah, tapi tak jumpa juga... Aku mesej kak aku tanyakan kot anak dia terbawa masuk dalam kereta, tak ada...

Kak aku datang semula ke rumah untuk cari sama...tak jumpa.. Bila tanya anak buah aku, korang faham la kan budak umur tiga tahun macam mana... Aduihhh..pening dah aku, mana dengan nak balik Ipoh lagi esok pagi... Melilau aku cari keliling luar rumah sampai ke tempat sampah...hahahaha...

Lepas Isya, semua mencari dompet aku tu termasuk mak abah aku... Habis diselaknya kusyen sofa semua. Tak jumpa jugak... Dalam hati dah terfikir untuk pergi buat lesen, IC kad bank semua... Terpaksa ambil EL la kononnya.

Aku dah mula pasrah...dalam pukul 11 tu mak aku nak sembahyang Isya..mak aku panggil aku... Ingatkan apa la..rupanya mak aku jumpa dompet aku tu jatuh bawah meja dalam bilik sembahyang...

Bestnya, aku dengan kak aku dah cari dalam bilik sembahyang, tapi tak terperasan pulak..nasib baik..terus aku tarik nafas lega... Dan aku kembali ke Ipoh dengan senang hati...

21 November 2016

Kisah Dalam Novel Wujud



Siapa kata cerita dalam novel ni tak wujud atau tak berlaku dalam realiti kehidupan seharian? Percaya la cakap aku, cerita dalam novel tu berlaku dalam realiti kehidupan kita. Walaupun tak 100 peratus, tapi sikit sebanyak jalan cerita tu tetap berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Aku ingat lagi masa sekolah, aku berdebat dengan kawan aku yang kaki komik. Kami berdebat tentang logiknya orang yang suka baca novel dengan orang yang suka baca komik. Point aku mudah, cerita yang ada dalam novel pasti berlaku dalam realiti walaupun kebarangkaliannya mungkin satu dalam sejuta. Tapi kalau komik? Mustahil boleh berlaku dalam realiti.

Dan aku hadapinya sekarang.. heheeheh... baru bab pertama... masih banyak lagi bab yang perlu dilalui. Ngam la dengan tajuk blog aku, 'Drama Hidup FMR'... semuanya penuh drama sebab aku sendiri pun tertanya-tanya, apa pengakhiran 'drama' hidup aku ni.

Well..tunggu je la. Semuanya dah ditentukan dan aku cuma mengikut 'Pengarahnya' yang di atas. Insya Allah, semuanya akan baik-baik sahaja...

19 November 2016

Tak Ada 'Life' Langsung!



Jujur aku cakap, aku memang tak ada life yang menyeronokkan. Pergi kerja, balik kerja. Itu ja kehidupan aku seharian. Nak keluar enjoy macam orang bujang lain, itu bukan aku la.

Kalau aku keluar melepak pun, bila ada geng nak melepak. Kalau tak, cuma terperap saja la dalam bilik. Tengok movie kat laptop? Memang jarang sebab nak download movie pun aku malas. Hahahaha...

Kadang-kadang aku rasa hidup aku ni membosankan. Aku ulang buat benda yang sama setiap hari. Hahaha... untung betul siapa yang kahwin dengan aku nanti sebab aku bukan jenis kaki lepak. Hahahaah... jadi aku banyak masa dengan anak bini nanti...

Tapi masalahnya, aku nak kahwin dengan siapa?

17 November 2016

'Terima Kasih Kak, Abang'



Kadang aku sendiri nak tergelak bila aku nak bayar di kedai makan. Hahaha.. tambah lagi kalau pergi makan di kedai siam atau kedai nasi campur. Masih teringat zaman belajar dulu.

Sebabnya, aku masih panggil cashier atau pelayan tu abang atau kakak walaupun hakikatnya, dorang tu lagi muda dari aku (dari pemerhatian aku la). Walaupun hakikatnya, dengan saiz aku ni, orang mungkin agak umur aku dah 30 lebih... muahahaha... nampak tak yang jiwa aku masih muda.

Kalau pelayan tu panggil aku abang pun, aku akan panggil dia abang atau kakak. Jiwa muda sungguh aku ni. Patut la awet muda kan aku ni?hahahahah...

Tapi kalau pelayan tu nampak sangat budak-budak, aku akan panggil adik la. Aku sedar diri jugak..hahahha

Lagi satu, selalunya kalau yang dah acah-acah dewasa ni, dorang akan panggil untuk bayar di meja, tapi aku tak..aku akan pergi ke kaunter untuk bayar. Kalau tak ada kaunter pun, aku akan bangun dan cari cashier untuk bayar.

Nampak sangat tabiat selama enam tahun belajar susah nak dibuang. Mungkin bila dah kahwin baru ubah kot perangai ni. Hahahaha....

16 November 2016

Rezeki bukan duit semata-mata

Bila sebut pasal rezeki, ramai orang fikir semua itu duit semata-mata. Atau pun makanan. Itu orang cakap rezeki. Tapi sebenarnya tafsiran rezeki itu luas. Sangat luas sampai kadang-kadang kita tak sedar yang kita terima itu rezeki.

Kesihatan, ibu ayah, kawan-kawan yang baik, jodoh yang baik dan berkekalan. Itu juga rezeki. Terserah pada kita untuk mentafsirkan apa maksud rezeki itu yang sebenarnya. Jangan terlalu bergantung dan percaya rezeki itu duit dan makanan semata-mata.

Orang tua-tua selalu cakap, 'Jangan Tolak Rezeki'. Masih boleh digunapakai daam semua aspek. Dalam semua tafsiran kita sendiri. Sama ada kita nak anggap apa yang kita terima itu rezeki atau tidak. Tapi percayalah, rezeki itu luas tafsirannya.

14 November 2016

Apa yang menarik di KL Tower Mini Zoo?



Bila sebut KL Tower, orang takkan fikir benda lain melainkan menara KL itu ja yang boleh nampak dari jauh selain KLCC Twin Tower. Tapi korang tahu tak ada satu lagi tempat menarik di Menara KL ni selain menara ni sendiri? KL Tower Mini Zoo satu lagi tarikan lain yang korang boleh lawati bila korang datang berkunjung ke Menara Kuala Lumpur ni.

Kebetulan hari ni aku ke sini dengan Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) untuk saja melepak bersama, cewahhhh.... Ok...tak perlu cerita banyak, kita tengok harga dulu. Bagi dewasa, harga yang dikenakan ialah RM32 seorang dan kanak-kanak adalah RM27 seorang. Kalau datang dengan family, korang ada dua pilihan iaitu Mini Package atau Family Package.





Bila dah selesai beli tiket di kaunter berhadapan dengan tangga untuk ke Menara KL, korang dah boleh masuk ke dalam. Lepas disambut oleh burung kakak tua yang cantik gila dekat kaunter, korang jugak akan disambut dengan burung kakak tua dekat dalam tu jugak. Tapi yang ni korang boleh bergambar, letak kat bahu pun boleh...hehehe...





Dalam ni ada sesetengah haiwan yang memang dilepaskan macam tu..lagi dekat. Ada kura-kura gergasi, anak kanggaru yang korang boleh bergambar dengan bebas tanpa ada gangguan. Tapi kalau monyet dan ada satu lagi tu aku tak ingat nama, memang dikurung la..heheeh.. kalau korang nak beri makan dekat binatang ni, korang boleh request dekat penjaga kat situ. Dorang akan bekalkan makanan untuk korang berikan. Kalau dekat zoo lain, susah nak dapat peluang-peluang macam ni. Tidak pun korang kena tunggu waktu-waktu tertentu.





Kat sini terbahagi kepada beberapa bahagian untuk haiwan-haiwan... tapi yang menarik, hampir semua tempat korang berpeluang untuk bagi binatang-binatang kat situ makan. Menarik kan?

Dan dekat satu tempat tu, korang boleh tangkap arnab dan guinea pig untuk bergambar dan bagi makan. Ada kura-kura yang berumur 30 tahun jugak...





Okay..bila korang dah habis berjalan dekat situ dan bergambar. Apa lagi, masa untuk beli cenderahati la kan? Ada kedai cenderahati masa korang nak keluar tu. Tak pun korang boleh duduk rehat-rehat dulu sebelum balik. Confirm boleh tenang minda bila datang kat sini. bukan setakat budak-budak ja seronok, tapi mak bapak budak pun akan enjoy dekat sini...





Terima kasih KBBA9 untuk hari ni. Ada masa kita jumpa lagi ya...



Nah video sikit untuk korang...
video


13 November 2016

Tiket Platinum ETS Ipoh - KL



Selalunya kalau aku ke KL naik ETS, aku naik tiket Gold atau Silver. Beza cuma dari segi harga dan jumlah stesen yang berhenti. Kalau tiket Gold, jumlah stesen yang ETS berhenti kurang dua atau tiga stesen kalau nak dibandingkan dengan tiket Silver.

Memandangkan hari ni aku ke KL untuk family day KBBA9 di KL Tower Mini Zoo, jadi aku kena bergerak pagi dari Ipoh. Mulanya aku nak naik train jam 5 pagi, tapi awal sangat sebab aku kena ada di KL Tower jam 9.30 pagi. Kemudian aku beli tiket Platinum untuk pertama kalinya. Harga pun boleh tahan la...hahahaha...



Tapi ok la..sebab cuma dari Ipoh terus ke KL. Tak berhenti di mana-mana stesen. Kalau tiket Gold dan Silver, perjalanan kebiasaannya ambil masa 2 jam 30 minit hingga 2 jam 45 minit (lebih kurang)...tapi dengan tiket Platinum, perjalanan dari Ipoh - KL cuma ambil masa dua jam. Jimat masa dah dekat situ.

Tapi yang best bila beli tiket Platinum ETS ni, dapat makanan secara percuma... hehehehe.....kiranya sarapan pagi la sebab tiket aku jam 6.33 pagi. Walaupun mudah makanannya, tapi cukup untuk alas perut.





So lepas ni kalau naik tiket Platinum awal pagi, tak risau dah bab makan..dah ada untuk alaa perut...hehehehe...

12 November 2016

Dulu rapat, sekarang dah jauh



Tadi bila aku scroll Instagram aku, aku jadi sedih pulak bila tengok gambar-gambar aku dan kawan-kawan aku. Teringat betapa rapatnya kami dulu, tak macam sekarang. Entah apa puncanya, hubungan kami semakin menjauh.

Bukan disebabkan masing-masing dah ada komitmen kerja, tapi entah la. Macam ada sesuatu yang buatkan kami renggang. Kalau disebabkan komitmen kerja sekarang, di dalam Whatsapp, masih jugak boleh bersembang, tapi disebabkan satu punca yang aku sendiri tak tahu kenapa, makin jaub pulak persahabatan kami.

Mungkin disebabkan kes dulu, masing-masing malu untuk mulakan perbualan. Dia segan, dan aku pun tak nak mengaku kalah. Lagi pun aku tengok dia pun happy dengan kawan-kawan baru dia. Aku terima ja la. Cuma sedih bila dia sendiri macam lupa persahabatan kami dulu.

Aku tak rasa aku puncanya. Tapi dia sendiri yang ambil keputusan untuk jauhkan diri dari kami semua. Jadi terima saja la. Yang penting, semua orang bahagia.

Keep positive Firdaus...

08 November 2016

Apa yang tak best jadi wartawan?

Wartawan yang menyertai ProgramPemukiman
MB Perak ke Daerah Kerian

Kadang orang tengok kerja sebagai wartawan ni sangat beruntung. Berjalan sana sini, berselfie dengan VIP, VVIP dan sebagainya, makan sedap-sedap... tapi orang tak tahu macam mana peritnya kami sebagai wartawan ni kerja macam mana. Walaupun baru setahun lebih kerja, tapi aku rasa jugak la peritnya macam mana...hahaahha... meh sini aku listkan apa yang tak best jadi wartawan ni.

1. Jadi bola
Kadang-kadang bila nak tahu tentang kes yang viral atau nak follow up story, kami 'ditendang' ke sana sini. Call A, dia suruh call B. Pihak B cakap dia tak tahu, dia suruh call C. Lepas tu pihak C cakap dia tak handle, dia suruh tanya A, macam tu la kadang-kadang kami rasa.

2. Banyak buang masa
Bila tengok geng-geng media nj berselfie, bukan sebab tengah seronok berassignment, tapi sebab menunggu VIP sampai atau menunggu PC (sidang media) yang tak tahu pukul berapa. Kadang-kadang tu sampai dua tiga jam kena tunggu untuk sidang media. Lepas tu VIP tak nak jawab soalan. Tak ke bengang? Atau pun, tunggu lama dua tiga jam, kemudian VIP tak nak PC. Apa boleh buat. Kalau pergi mahkamah pulak, terpaksa menunggu lama semata-mata nak tunggu perbicaraan. Dapat pagi, tapi perbicaraan tengah hari... adeihh...geleng kepala...

3. Dilayan macam &%#&
Bila pergi majlis mana-mana, kadang-kadang media ni dilayan macam &%#&... penganjur pandang sebelah mata sedangkan kami nak bagi liputan untuk majlis tu. Kami tak minta layanan macam VIP, cukuplah sekadar menghargai dengan layanan seadanya. Cukup dengan bagi maklumat yang diperlukan dan biar kami tertanya-tanya. Tapi kes macam ni jarang berlaku.

4. Risiko kena saman
Pernah baca wartawan kena saman? Pernah kan? Wartawan ni pum ada risiko kena saman kalau spin story atau fakta kurang tepat. Tapi selalunya pihak sana minta betulkan. Aku pernah kena sekali. Kes mahkamah...pihak tersebut minta kami betulkan berita tu dan lawyer sendiri call aku untuk jelaskan. Hahahaha...lega..kes selesai dengan baik.

5. Kerja tak tentu masa
Kalau korang harapkan kerja wartawan ni mengikut waktu pejabat, mimpi ja la. Kerja wartawan ni tak tentu masa. Kadang-kadang awal pagi sebelum subub dah kena bergerak ke assignment kalau tempat tu jauh. Kadang-kadang tengah berehat waktu malam kat rumah, ada kes tembak la, apa la, jadi kena ke lokasi kejadian dan tunggu la kot boleh dapat PC dari pihak berkaitan.

Banyak lagi sebenarnya... tapi semua ni lumrah dalam dunia media ni. Dan aku rasa, setiap pekerjaan pun ada cabaran masing-masing. Betul tak? Jadi, korang berminat ke nak jadi wartawan?

05 November 2016

Cabar Diri Setiap Bulan



Memandangkan bulan ni aku sahut cabaran untuk tidak minum air manis selama sebulan (which is, aku gagal sehari sebab TERMINUM 1 gelas), jadi aku terfikir, kenapa aku tak cuba cabar diri aku untuk bulan-bulan seterusnya.

Bukan sebab nak kurus (which is salah satu sebabnya, hahahaha), tapi aku nak tengok aku ni berdisiplin ke tak. Jadi aku nak cuba cabar diri aku sendiri untuk bulan-bulan seterusnya.

Cabarannya mungkin tak susah untuk orang lain, tapi untuk orang 'sihat' macam aku ni, mungkin agak susah. Aku terfikir mungkin untuk bulan depan, 'Cabaran Nasi 1 Senduk', atau mungkin jugak 'Cabaran Makan Nasi Sehari Sekali', atau mungkin 'Cabaran Makanan Tanpa Minyak' atau yang aku rasa sesuai. Atau dalam erti kata lain, ikut mood aku.

Nak bersukan mungkin aku susah sikit sebab aku malas dan malu untuk bersukan, jadi mungkin dengan cabaran macam ni, aku boleh jaga kesihatan aku.

Amacam, ada berani nak ikut? Hehehehehe... aku cuba ye...

04 November 2016

Cerita Pundi Kacang



Unik nama kafe ni kan? Kalau salah baca, silap-silap lain bunyinya...hahahaha...kafe ni baru di buka dalam seminggu macam tu dan berdekatan dengan office aku. Jadi semalam kawan office aku ajak ke sini. Nak cuba... kami tahu tentang kafe ni dari kawan sekerja aku jugak, Kak Luly. Hari tu masa pembukaan kafe ni aku tak dapat datang sebab ada assignment lain.



Aku suka kafe ni sebab dekorasinya simple dan relax ja kalau nak melepak kat sini. Paling penting buat perempuan, kalau korang nak lukis inai pun boleh dekat sini. Lepas makan atau sebelum makan, korang boleh lukis inai. Harga bergantung pada design yang korang pilih. Lagi satu, sambil makan boleh baca komik Doraemon..



Menu kat sini tak banyak pilihan. Jadi mungkin nanti boleh dipelbagaikan lagi. Atau kalau tak nak tambah menu, mungkin boleh rotate menu setiap minggu atau dua minggu sekali. Sebulan sekali pun dah ok.





Tapi aku cuba Nasi Lemak dan Laksa Siam dia...superbb...tambah lagi nasi lemak...perghhh...sambal dia tu sedap. Sambal kosong tapi gaya lama. Tak berminyak dan pedas. Kalau nasi lemak lain, pedas dan manis. Tapi yang ni pedas. Tak pedas sangat la bagi orang yang suka makan pedas macam aku.

Bagi laksa siam pulak, aku suka dengan kepekatan kuah dia. Ada isi ikan lagi...tapi kuahnya kurang. Tak puas kalau nak menghirup kuah. Aku kan hantu laksa, jadi tak puas la makan...hahahaha...







Apa yang menarik lagi tentang Pundi Kacang ni selain dari korang boleh lukis inai, dekat sini ada persembahan pentas pada hari-hari tertentu. Macam sajak, teater, nyanyian. Jadi kalau korang nak tahu, boleh follow instagram dorang di @pundikacang atau tengok lukisan inai di @hennaartbyfay ...



02 November 2016

Kenapa aku suka laut?



Kenapa aku kalau nak bercuti aku akan pilih pantai atau laut? Kenapa aku tak pilih menginap di hotel mewah atau pergi bershopping di tempat-tempat yang orang selalu pergi? Atau kenapa aku tak pilih taman tema atau tempat peranginan tanah tinggi?

Bagi aku, tempat yang betul-betul menenangkan adalah tepi laut. Dengar bunyi ombak, angin kuat atau sepoi-sepoi bahasa. Itu dah cukup menenangkan aku. Sebab tu kalau kawan-kawan ajak pergi bercuti, aku lebih suka pergi pulah atau pantai peranginan. Takda makan pun tak apa, janji boleh berbaring dan nikmati udara segar.



Tapi kalau aku kesuntukan masa atau malas nak pergi laut, aku akan cari air terjun dan tak ramai orang pergi. Itu salah satu tempat yang memang aku selalu jugak pergi. Aku tak suka pergi taman tema atau membeli belah. Tak tenang fikiran pun. Lagi serabut ada.

Kalau tanah tinggi, aku kurengg sikit. Tak tahu kenapa walaupun ada pemandangan yang cantik. Aku lebih suka dekatkan diri aku dengan air. Kalau berendam dalam laut atau air terjun, aku rasa tenang gila... tak fikir masalah pun. Kiranya bunyi ombak dan aliran air terjun tu bawa jauh masalah aku. Kalau korang macam mana?

01 November 2016

Seperti yang dijangka



Aku dah jangka akan dapat soalan tu... hahahaha... memang aku dah expect yang aku akan dapat soalan macam tu dalam masa terdekat ni. Tapi tak sangka pulak aku dalam masa secepat ni. Nasib la aku dah siap sedia dengan jawapan. Jadi tak ada la aku gelabah sangat nak jawab.

Kadang-kadang kita kena jangka perkara sesuatu yang diluar jangkaan kita supaya bila perkara tu terjadi, kita lebih bersedia untuk hadapinya. Kita lebih kuat dan tahu macam mana nak hadapi perkara tu.

Macam aku, kadang-kadang aku sendiri tak sangka perkara tu terjadi dekat aku. Bila dah berlaku tu, kelam-kabut aku nak handle sebab tak bersedia. Tapi bila kita sendiri dah bersedia dengan segala kemungkinan, kita tahu apa yang nak dibuat.

Tapi kadang-kadang, benda tu kita sendiri tak jangka akan berlaku atau senang kata, di luar pemikiran kita. Bila terjadi, kita kaku dan terkapai-kapai. Sebab tu kita kena bersedia untuk hadapi segala kemungkinan walaupun kita rasa ianya tak mungkin berlaku dekat kita.

Sahut Cabaran Tanpa Minuman Manis Selama 1 Bulan



Bangun tidur tadi memang aku terus check Whatsapp, Facebook dan Instagram. Ohhh..termasuk blog, baru aku mandi. Tapi hari ni bila buka FB, aku terjumpa satu post yang senior aku post tentang cabaran untuk tidak minum air manis selama sebulan.

Gulp..SEBULAN??!! Boleh ke? Sekarang ni aku minuk air manis sekurang-kurang sehari sekali. Tengah hari satu gelas, malam kalau aku keluar makan, satu gelas. Kalau tak keluar makan malam, aku tak minum la air manis.

Tapi bila aku fikir-fikir balik. Boleh je aku cuba untuk tak minum air manis selama sebulan. Mampu ke tak? Kita tengok macam mana nanti...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...