29 September 2016

Berkelah di Kledang Saiong, Meru 290916














Berkelah di Kledang Saiong



Seronok pulak bila datang berkelah di Taman Eko Rimba Kledang Saiong dekat Meru ni. Aku cuma tahu dua tempat ja untuk berkelah di Ipoh ni yang ada anak sungai untuk berkelah, Ulu Chepor dan Lubuk Timah. Tapi kali ni kawan-kawan aku ajak ke Kledang Saiong sebab kat sini tak ramai orang sebab tempat ni masih baru lagi. Atau mungkin jugak sebab kami pergi masa hari bekerja. Yang penting, parking senang, free entrance dan tempat ni menenangkan jiwa...cewahhhh...

Sebelum sampai di kawasan air terjun, kena berjalan tengah hutan sikit dalam 100 meter baru jumpa kawasan untuk berkelah. Kemudahan lain pun lengkap... ada surau, tandas dan dewan...nak berkhemah pun boleh... kiranya tempat ni sesuai la untuk semua golongan. Haaa...ada satu lagi, ada Taman Periuk Kera, tapi kena bayar la kat sini.



Tempat mandi pun, insya Allah selamat untuk semua termasuk budak-budak sebab tak dalam sangat. Ada tempat BBQ sekali kalau korang tak bawa pemanggang BBQ.

Dari pukul 10.30 pagi sampai la pukul 3 petang baru kami bergerak balik. Tapi sebelum balik tu, singgah makan cendol pulut durian dulu dekat Meru...ahahhaha..basahkan tekak...



Memang menenangkan la duk sini. Tambah lagi memang jauh dari jalan besar dan kawasan perumahan. Kalau agak-agak tension, boleh datang sini nak rehatkan minda. Buat photoshoot pun lawa jugak kalau kat sini...hehehehe...







28 September 2016

Tak nak berkongsi bilik



Bila dah kerja ni, baru aku dapat rasa perbezaan sewaktu belajar dan bekerjaya... banyak sangat bezanya... dari segi masa, hiburan dan macam-macam lagi la termasuklah pasal bilik.

Kalau dulu, masa belajar tak kisah pun nak berkongsi bilik ramai-ramai terutamanya bila menyewa rumah. Masa aku di UiTM Pulau Pinang, dua tahun aku menyewa dan sebilik dengan kembar aku, Firdaus Mazlan. Kami jadi roommate untuk dua tahun. Serumah ada enam orang dan semuanya satu course dengan aku. Senang nak berbincang, katanya laaa...

Bila sambung degree di Shah Alam, aku menyewa rumah dan duduk tujuh orang serumah. Bilik aku ada tiga orang dan sorang tu, member kelas aku. Yang lain semuanya dari fakulti lain dan dorang pun agak lama duduk situ. Kiranya aku ni tumpang orang lain la...

Memang tak kisah pun bila zaman belajar ni nak duduk ramai-ramai satu rumah sebab balik cuma untuk tidur ja. Masa banyak dihabiskan di kampus atau keluar berjimba. Balik rumah cuma mandi dan tidur, itu ja.

Tapi bila dah bekerja ni, nak berhibur pun kadang-kadang tak sempat. Jadi masa banyak habiskan dekat bilik ja. Betul-betul nak berehat lepas sehari suntuk bekerja. Bila terpaksa berkongsi bilik, privasi tu tak ada. Ya la, bila ada roommate, nak kena menyembang, takkan tak layan pulak kan?hahahahaha....

Dah setahun rasanya aku menyewa rumah dan duduk bilik sorang-sorang. Selesa dan ada privasi sendiri. Bilik nak selerak atau kemas semuanya bergantung kat aku sendiri. Kalau duduk dengan roommate, nak kena kemas selalu.. aku ni dah la jenis malas nak mengemas, kecuali bila ada mood..

27 September 2016

Aku Janji Tak Beli Buku Dah!



Okay.. aku janji aku tak beli buku dah lepas ni... selagi aku tak habis baca buku-buku yang aku dah beli sebelum ni...hehehe...

Tadi masa pergi makan di Kilang Bateri di Johor Bahru, terus aku meronda di dalam tu... aku ingatkan cuma tempat-tempat makan ja, rupanya dalam tu ada tempat shopping sekali... ala-ala macam gerbang malam la sebab waktu operasinya 12 tengah hari sampai 12 malam. Jadi lepas makan-makan, terus shopping sekali kat dalam tu...



Bila dah habis makan, aku dengan yang lain meronda dalam tu dan terus kedai pertama yang aku nampak, Projek Buku. Memang aku buang masa sikit la kat situ. Kalau ikutkan banyak buku aku nak beli, tapi memikirkan ada lagi buku yang aku tak baca lagi, jadi aku cuma beli tiga buku je.

Jadi aku kena habiskan dulu baca buku-buku yang ada sebelum aku beli buku lain...

Seafood Segar Di Anjung Senibong Seafood



Kebetulan datang outstation di Johor Bahru, penganjur bawa kami makan malam di Anjung Senibong Seafood... mulanya aku ingatkan cuma restoran makanan biasa, tak expect pun makanan laut..tengok bila dah sampai, baru tahu banyaknya kedai-kedai yang menyediakan makanan laut. Dari ikan siakap, ketam, sotong, udang dan lobster termasuklah KING CRAB!!!





SEDAP dan SEGAR ! Itu ja aku mampu cakap... kemanisan udang, ketam dan lala tu memang tak dapat dinafikan macam baru 'naik' dari laut. Owhhh..lupa nak bagitahu, Anjung Senibong Seafood ni terletak di tepi laut / muara sungai ye... so dapat la feel angin tepi laut tu... itu yang makan bertambah tu.



Harga? Aku rasa harganya agak standard untuk makanan laut yang segar ni... tambah lagi dengan suasana tepi laut sambil melepak ni, aku rasa harga tu berbaloi, sangat berbaloi...

Sampai sekarang aku duk terasa lagi kemanisan ketam tu... sedapnyaaaa...

26 September 2016

Terbang Tinggi Bersama Malindo Air



Kali pertama aku naik Malindo Air hari ni memandangkan aku ke Johor Bahru untuk satu program Tourism Perak untuk promosikan Tahun Melawat Perak 2017 di Thistle Hotel, Johor Bahru. Pertama kali juga aku berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh. Aku ingatkan tak ada flight dari Ipoh ke JB atau mana-mana airport, rupanya ada..hehehe...ni pun kali pertama aku naik flight untuk terbang di Semenanjung.. itu pun sebab kerja...kalau tak, kematu la duduk lama-lama dalam kereta...







Bagi aku, naik Malindo Air ni pun agak selesa untuk perjalanan pendek... untuk jarak jauh, aku tak pasti hehehehe...sebab selalunya aku naik flight lain. Tapi jarak sejam 20 minit dari Ipoh ke Lapangan Terbang Senai agak lama jugak la...sebab takda benda nak buat...hahahaha... Mungkin Malindo Air boleh sponsor nanti baru aku boleh kongsi pengalaman...hahahah...

24 September 2016

Belum Tiba Masa Dan Ketika...

Saat langit membasahi bumi,
Aku mula mentafsir isi hati,
Mencari-cari di mana kekurangan diri,
Mungkin aku masih belum mampu berdiri...

Saat langit mula mencurahkan isinya,
Hati mula tertanya-tanya,
Aku hanya insan kerdil tanpa ada apa-apa,
Aku hanya menumpang mereka...

Malu dengan apa yang aku ada,
Bangga dengan apa yang mereka punya,
Rasa hati terus tertanya,
Apa aku juga patut berasa bangga...

Saat insan lain kecapi rasa bahagia,
Aku tersisih dalam kalangan mereka,
Saat insan lain mula menggoncang dunia,
Aku masih terduduk tidak berdaya...

Aku ingin jadi seperti mereka,
Hanya belum tiba waktunya,
Mungkin bila tiba detik dan ketika,
Aku mampu berdiri senada...

22 September 2016

Apa yang aku dapat dari Blog?



Aku dapat kepuasan! Itu yang aku boleh katakan bila ada yang tanya apa yang aku dapat bila aku berblogging. Aku suka membaca dan menulis. Jadi kalau orang cakap aku tak dapat apa-apa dengan berblogging, itu jawapan aku.

Walaupun aku seorang wartawan yang menulis sepanjang hari dan menghadap komputer dari pagi sampai ke petang dan kadang-kadang sampai ke malam, tapi kepuasan tu berbeza bila aku menulis di blog. Menulis di blog berikan aku satu kepuasan yang berbeza berbanding aku menulis berita atau rencana.

Menulis di blog ni macam kita bermonolog dengan diri sendiri. Diari kita. Ada yang suka menulis tentang apa yang dilalui setiap hari, tentang perasaan, tentang minat masing-masing. Sama macam aku. Aku tulis apa yang aku rasa sebab itu bagi aku satu kepuasan.

Dengan berblogging jugak aku dapat tambah network aku, pengetahuan aku tentang dunia blog dan macam-macam lagi. Bila aku sertai Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9), lagi banyak ilmu yang aku dapat dari otai-otai blogger. Semua tu aku cuba praktikkan dalam penulisan di blog aku dan kerjaya aku sebagai wartawan.



Aku pun bukannya update blog setiap masa. Selalunya waktu malam sebelum tidur, itu pun bukan setiap hari. Tengok mood sebenarnya...huhuhu... Aku rasa puas bila menulis. Aku boleh tulis apa yang aku nak, apa yang aku rasa dan apa yang aku lalui. Beri satu kepuasan dekat aku...

Dengan berblogging ni, aku dapat bantu ramai orang. Rasanya la.. contohnya macam satu entry aku tentang Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM. Ramai adik-adik yang bertanyakan dekat aku tentang kursus ni dan aku bantu jawab yang mana boleh dan aku tahu.

Jadi kalau korang nak menulis blog, aku sangat galakkan. Mana tahu dengan penulisan kita di blog dapat membantu ramai orang..

20 September 2016

Apa Yang Anda Tahu Tentang FMR

Saja aku post di Facebook untuk tahu sama ada korang semua tahu tak tentang aku. Maksud aku, korang tahu tak aku ni macam mana, sikap aku, karakter aku dan bermacam lagi. Dan jawapan yang aku dapat?hahahaha...







Well, itu semua pandangan peribadi masing-masing tentang aku...tapi yang pasti, aku adalah aku...tak perlu jadi orang lain untuk puaskan hati semua orang. Betul tak?

19 September 2016

Nasi Goreng Dari Negara Mana?



Kecoh betul pasal nasi goreng...nasi goreng je pun. Itu pun nak direbutkan...puncanya, ada seorang pemain bola sepak Manchester United, Rio Ferdinand upload gambar tengah makan nasi goreng dan tulis nasi goreng tu adalah local food dari Singapura... dan lepas tu cetus perdebatan antara penyokong terutamanya dari Indonesia yang mendakwa nasi goreng adalah berasal dari Indonesia dan bukannya Singapura atau Malaysia.



Bila baca, aku tepuk dahi... nasi goreng je kot... tak perlu la nak berdebat bagai kononnya makanan tu dari negara mana... nasi goreng atau bahan asasnya adalah nasi, makanan ruji bagi kebanyakkan penduduk di Asia Tenggara ni. Setiap negara ada cara nasi gorengnya sendiri... habis tu nasi goreng kampung? Tak nak claim tu dari kampung mana? Mungkin nanti Kampung Baru kat KL boleh claim Nasi Goreng Kampung tu asal dari Kampung Baru, KL. Nasi goreng Cina asal dari China. Nasi goreng pattaya pulak asal dari Thailand... adeih...macam-macam.

Tarian zapin pun ada bermacam-macam.. ada zapin Johor, zapin Perak... di Indonesia sendiri kalau tak silap aku ada tarian ala-ala zapin... kalau macam tu, nak claim macam mana?

Kalau nak claim originality sesuatu tu, biarlah yang jelas itu adalah dari sesebuah negara. Tak perlu nak berdebat sebab makanan tu pelbagai...setiap tempat, ada caranya yang tersendiri... kalau semuanya nak claim itu dia punya, bila nak berkongsi (dalam perkara yang baik la)?

16 September 2016

Selesa Tengok Wayang Di TGV Cinema Aeon Klebang



Aku rasa kalau aku tengok wayang dalam keadaan letih atau cerita yang aku tengok tu tak best, aku boleh tertidur di Beanie Hall TGV Aeon Klebang ni... iya la... dah dengan keadaan kerusi Beanie yang selesa tu dan macam tengok wayang di rumah, memang boleh tertidur aku...hahaha...

Apa yang aku tahu, TGV Aeon Klebang adalah panggung wayang kedua di Perak yang ada Beanie Hall...ala-ala katil yang empuk macam tu untuk buatkan kita lebih selesa nak tengok wayang... selalunya wayang cuma kerusi biasa, tegak macam tu je, tapi Beanie Hall ni, kita boleh baring-baring dan sebijik rasa macam tengok wayang kat rumah.



Harga untuk satu kerusi tu pun tak mahal... macam sekarang ni, TGV Cinema Aeon Klebang buat promosi hanya RM42... atau pun kalau nak merasa, TGV Aeon Klebang tengah buat tayangan percuma filem-filem blockbuster termasuk di Beanie Hall... yang aku perasan tadi ada cerita Jungle Book, Suicide Squad dan beberapa filem lain lagi... jadi kalau nak merasa, boleh la ke TGV Cinema di Aeon Klebang sampai 18 September ni.





Lagi satu yang aku suka tentang TGV Cinema ni, dorang ada buat Hall untuk keluarga atau Family Friendly yang sangat selesa. Mana yang ada anak kecil tu, boleh bawak sebab di Hall ni, lampu takkan dipadamkan, tapi dimalapkan... ibu bapa tak payah dah nak risau anak-anak takut sebab gelap atau anak-anak berlari... ada jugak tempat untuk baby tidur dan berdekatan dengan tandas kalau nak tukar pampers bayi ke, anak-anak nak ke tandas ke...







Lagi satu, laluan di satu barisan tu memang luas...jadi tak perlu la nak berdiri atau rapatkan kaki kalau ada orang lain yang masuk lewat nak ke tempat duduk dorang...

Jadi lepas ni, aku dah ada tempat yang selesa untuk tengok wayang... boleh baring-baring sambil kunyah popcorn dan tengok wayang...hehehehe

15 September 2016

Mana Satu Girlfriend Aku?



Hahahahah... ramai yang tanya aku, mana satu girlfriend aku memandangkan aku banyak upload gambar selfie aku dengan perempuan cun...cewahhh... ye la, aku up gambar dengan perempuan, lepas tu buat caption-caption jiwang di Facebook dan Instagram...kadang-kadang buat post di blog kononnya macam aku ni ada masalah cinta...hahahaha...

Sejujurnya aku pun tak tahu dengan siapa aku bercinta sekarang ni.. ramai sangat nak dekat aku ni..jenuh aku tepis kiri kanan atas bawah... ada tu yang sampai bertarik rambut nakkan perhatian dari aku.. nampak tak betapa hotnya aku? Hahahaha...

Sebenarnya aku tak bercinta dengan sesiapa pun... skandal? Jauh sekali nak ada... setakat kawan-kawan biasa ja la... malas nak fikir bab-bab cintan cintun ni... cukup la apa yang aku rasa dulu... dapat juga pengalaman bercinta...cewahhh... Setakat suka-suka tu ada la, tapi nak bercinta tu, malas fikir, ada banyak lagi benda lain yang aku nak fikir...

Tapi kan, aku pelik... kalau bab nasihat cinta kat kawan-kawan aku yang tengah ada masalah cinta, boleh pulak aku bagi... tapi masalahnya, aku sendiri tak ada awek... macam mana tu?

So, korang percayakan aku masih single?

14 September 2016

Chokodok Raggae House Cafe & Backpackers



Walaupun dah setahun lebih aku menetap kat Ipoh ni dari 2015, tapi ni pertama kali ke ke Chokodok Raggae ni... sebelum tu selalunya orang Ipoh panggil cafe ni, Chokodok ja..tak panggil nama penuh...hehehee... cafe ni antara cafe hipster yang terawal di Ipoh sebelum wujudnya cafe-cafe hipster yang lain...

Dari luar, kedai ni nampak macam tak ada apa sebab gelap dan design cafenya tak menarik... aku yang boleh selalu jugak lalu kedai ni, teringin juga nak singgah sebab kalau lalu masa malam, memang penuh orang, jadi nak jugak tahu apa yang istimewanya cafe ni...



Kebetulan semalam Capeq balik ke Kuala Kangsar dan kami geng MPMP dan sahabat MPMP jumpa melepak...hehehe... aku, Capeq, Basyir, Afkar, Naz...

Duduk ja dekat sini, aku rasa seronok jugak..sebab tepi jalan utama dan rasa rileks sambil layan lagu raggae walaupun design kedai dia nampak macam 'serabut' sikit tapi tak menyesakkan mata.



Menu pun menarik, guna papan sekeping ja dan semua menu kat situ... dari segi harga, aku rasa agak berbaloi la kecuali untuk burger... nama menu pun pelik-pelik tapi sedap...hehehehe...





Aku order lasagna dan manggo lassi, sedap dan berbaloi dengan harganya... makanan yang kawan aku order, boleh tahan la rasanya, portionnya pun banyak... kiranya mengenyangkan la... tak rugi datang sini...

Cuma servisnya agak lambat... jadi jangan pelik kalau untuk air korang terpaksa tunggu dalam 15 minit... air green tea boleh refill...hehehe...minum la sampai pecah perut.

Dan dari apa yang kawan aku sembang dengan isteri pemiliknya, si isteri adalah orang Jepun, jadi bila cakap bahasa Melayu tu, nampak comel jee... ehh..bini orang tu...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...