31 Ogos 2016

Baru Rasa Suasana Merdeka



Hari ni, seawal jam 7 pagi aku dah bergerak ke Dewan Bandaran Ipoh untuk sambut Hari Kebangsaan 2016 peringkat Negeri Perak. Sebenarnya dah agak lama aku tak sambut merdeka...ambang merdeka pun tak sambut kecuali tahun lepas sebab assignment aku untuk hari tu... tapi sambut ambang merdeka tahun lepas pun, aku tak ada rasa apa-apa...hahahaha...



Bila hari ni sambut merdeka di dewan Bandaran Ipoh, aku rasa lain... seronok tengok rakyat Malaysia ni dapat duduk di satu tempat tanpa mengira bangsa dan agama sama-sama menyaksikan perarakan merdeka... walaupun perarakan tu biasa sama macam perarakan yang lain, tapi dalam hati aku sendiri dapat rasa kelainannya...



Aku susah nak gambarkan kelainan yang macam mana, tapi aku rasa kalau korang sendiri sertai, mungkin korang tahu macam mana rasanya... yalah, dengan bermacam isu kebelakangan ni, bila dapat berkumpul macam ni ramai-ramai, seronok pulak tengok...



Apa yang lebih seronok, aku dapat bersalaman dengan semua...maksud aku... dari Sultan Perak, Raja Permaisuri Perak, Raja Muda Perak, Raja Puan Besar Perak, Raja Di Hilir Perak dan Raja Puan Muda Perak tanpa perlu berebut...hehehehe... cumanya, tak dapat bergambar dengan Sultan Nazrin dan Tuanku Zara...dihalang bergambar...adeihhh...lepas ni kena selfie dari jauh je la gamaknya....

SALAM MERDEKA KE-59 DARI FMR....



30 Ogos 2016

Merdekakah Kita?



59 tahun dah Malaysia sambut hari kemerdekaan sejak tahun 1957... dan baru 25 tahun aku hidup di bumi yang merdeka ni... sekejap ja masa berlalu... tapi dalam masa 25 tahun ni, aku terfikir merdekakah kita semua? Bagi aku, dari segi luarannya, memang kita dah merdeka, tapi dalamannya macam mana?

Kita masih 'dijajah' dalam bentuk pemikiran yang sama, cuma situasi yang berbeza. Nak senang, kita tengok dalam sikap perkauman dalam diri kita sendiri. Kita masih memandang bangsa dengan perasaan yang menjengkelkan. Sikap prejudis terhadap kaum-kaum lain yang masih wujud dalam kebanyakan masyarakat di negara kita.

Apa yang aku jumpa di media sosial, ada yang suka membantu orang lain walaupun bukan seagama dan sebangsa dengan dia... Kita hanya baca cerita orang yang kita tak kenal, tapi berapa ramai yang kita kenal sanggup buat macam tu? Disebabkan kita masih 'dijajah' sikap prejudis terhadap orang lain, itu belum menandakan yang kita sudah merdeka.

Kalau betul-betul kita nak hayati erti kemerdekaan yang sebenar, buangkan 'penjajah' yang berada dalam pemikiran kita. Buangkan sikap prejudis, buangkan perangai 'ini hal bangsa aku, kau bangsa lain jangan campur' untuk kita faham maksud merdeka yang sebenar.

Tak salah untuk bersikap rasis, tetapi biarlah bertempat... kalau semua benda nak dipolemikkan, hakikatnya kita akan terus 'dijajah' sampai bila-bila... jangan wariskan sikap 'penjajah' itu kepada anak cucu kita nanti.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-59 !!!

Cemburu Tengok Orang Kahwin?



Pernah tak korang rasa macam frust gila bila tengok kawan-kawan sebaya atau saudara yang lagi muda dari korang kahwin? Tambah lagi yang kita tak tahu pun dia dah bertunang atau bercinta? Aku kadang-kadang rasa terkejut dan cemburu pulak bila dapat kad jemputan atau tahu kawan-kawan sebaya dah berkahwin...jujur ni...

Tapi bila fikir-fikir balik, itu dah jodoh dorang semua dan dah tiba masa untuk dorang mendirikan rumah tangga... mungkin sebab dorang dah stabil kedudukan dorang, jadi mereka ni ambil langkah untuk ke satu lagi tahap...

Macam aku, walaupun kadang-kadang rasa terkejut dan cemburu, tapi tak adalah aku ni tergesa-gesa nak kahwin... aku pun masih mencari hala tuju dalam hidup aku ni... sekarang ni pun, aku tak kisah sangat bab nak bercinta sebab aku nak stabilkan hidup aku dulu... lagi pun, aku sendiri belum bersedia untuk melangkah ke satu tahap yang lain...

Aku mengaku, memang kadang-kadang aku sendirj rasa cemburu tengok kawan-kawan dok berdating bagai, tapi aku anggap tu perkara biasa atau dalam erti kata lain, aku malas nak fikir semua tu... ada jodoh, ada lah... kalau tak ada, membujang la sampai ke tua...

Selalunya, orang jenis 'tak kisah' ni kalau umur dah 30 lebih dan kalau yang sebaya macam aku ni, semua sibuk cari calon zaujah bagai, tapi aku sendiri tak terfikir lagi untuk ke arah tu... lebih tenang hidup sebab tak terikat dengan mana-mana hubungan. Aku lebih selesa membujang... nak buat apa pun senang walaupun kadang-kadang ada rasa sepi tu... cewahhhh...

Tapi kalau ada jodoh dalan masa setahun dua ni, aku terima... mungkin mak abah boleh carikan..hehehe... ke ada yang sudi jadi isteri aku?

28 Ogos 2016

Terlupa Ambil Pesanan



Petang tadi lepas balik kerja, member aku, Ezad ajak pergi makan laksa... cadangnya nak pergi makan laksa saranghae di Manjoi, tapi hari ni kedai laksa tu tutup...terpaksa la tukar rancangan... nak ke Padang Polo, kawan si Ezad tu pulak tak makan laksa... tukar lagi rancangan dan aku ajak Ezad dan kawan dia tu ke FoodLab... aku pun dah lama tak ke situ pekena Milkshake dia...



Masa kami sampai tu, hanya kami bertiga ja dan pelayan pun datang ambil pesanan kami macam biasa... tapiiii...dia terlupa ambil pesanan aku dan Ezad untuk makan...nasib baik order untuk minum dia catitkan...kalau tak, melopong kelaparan la aku dengan Ezad... itu pun kami sedar sebab orang yang datang selepas kami dah dapat makanan dulu berbanding kami... kalau tak, sampai ke sudah tak dapat makanan...

Bila tanya pelayan tu, boleh dia tanya balik kat kami 'abang ada order ke tadi?" Bila kami cakap ada, pelayan tu cakap dia tak perasan dan terus minta maaf... nasib la pelayan tu perempuan dan cun....kalau pelayan tu lelaki, mungkin kami dah keluar dah...hahahahaha...


Aku tak ingat apa nama makanan yang aku order tu, tapi yang pasti sejenis spaghetti... kalau tengok dari segi gaya hidang, macam tak sedap sebab tak menarik langsung bagi aku, tapi bila rasa, di luar jangkaan...sedap kot spaghetti tu... tak rugi la walaupun terpaksa tunggu lama sebab pelayan tu terlupa tulis order...

Mungkin pelayan tu tengah mabuk bercinta kot sampaikan pesanan aku dengan Ezad dia terlupa...hehehehe...ke sebab dia tengok kehenseman aku?

26 Ogos 2016

Tak ada bahan...

Kadang-kadang aku teringin nak update blog setiap hari macam orang lain...tapi bila fikir-fikir setiap kali nak tidur, takde benda menarik untuk aku tulis dalam ni...nak cerita apa...semuanya perkara yang sama aku lalui setiap hari... kalau ada benda baru, seronok gak nak bercerita... nak tulis isu semasa?hahahaha...aku pun dah bosan sebab setiap hari baca, takkan aku nak olah balik masuk dalam blog...

Sudahnya, tak berupdate la blog aku untuk beberapa hari... tak tahu nak tulis apa... nak tulis benda yang kononnya bermotivasi, aku sendiri pun rasa 'down', takkan nak tulis benda yang negatif kan? Nak publish stlry yang aku simpan, macam tak ada kaitan sangat...hahahaha...macam mana tu...

Kadang-kadang masa tengah sibuk, aku dapat jugak bahan untuk tulis dalam blog, cumanya tak sempat nak draf kan, bila tengah malam, nak update pun dah malas sebab dah letih...kadang-kadang aku pun terlupa...hahaahha...

Macam mana nak buat tu? Kalau macam ni la, macam mana aku nak jadi blogger yang berjaya..adeihh...

23 Ogos 2016

Tips Untuk Stalker


Korang pernah stalk sesiapa tak? Mesti selalu kan tambah-tambah yang baru jadi friend or follower korang di Facebook dan Instagram... tak pun, korang mesti stalk ex boyfriend or ex girlfriend korang...paling tidak pun, korang akan stalk crush or orang yang korang tak suka dalam diam...

Dalam sibuk korang stalk, mesti korang ter'Like' gambar dorang dan masa tu, kelam kabut tak tau nak buat apa...nak unlike macam nampak sangat sebab notification mesti naik dekat orang tu... jadi macam mana nak buat?

Cara aku mudah ja untuk cover balik yang korang tengah stalk... korang like gambar-gambar lain atau status dengan kadar yang segera... jangan lewat pun...like la dalam 10 ke 15 gambar or status yang lain... lepas tu sambung stalk seperti biasa...

Memang nampak pelik sikit, tapi itu cara paling mudah untuk korang cover balik... sekurang-kurangnya korang dah bagi satu tanggapan baru untuk si empunya kononnya korang saja nak 'bom Like' status-status atau gambar-gambar yang lain..mudah kan... itu yang aku selalu buat...jadi tak nampak sangat...hehehehe...

21 Ogos 2016

Berhenti Beli Novel



Aku rasa aku perlu berhenti beli novel dalam tempoh sebulan dua ni sebab hari ni aku dah borong 6 novel dan dapat satu novel percuma... tambah lagi, aku ada dua lagi buku - 1 novel, 1 fixie- yang aku belum baca... tak tau la masa bila aku boleh habiskan semua novel-novel tu...

Kebetulan Penulisan2U dan Karya Seni ada buat Pre Merdeka Sales dekat Angsana Mall, Ipoh dan hari ni aku habis kerja awal, aku ke sana sekadar untuk 'melihat'... cadangnya nak beli satu dua novel ja... tapi tengok macam banyak novel best dan harga pun murah, aku pun tak sedar terambil enam novel...hahahah...mulanya nak letak balik je dua tiga novel, tapi sayang pulak...


Harga pun ada diskaun dalam RM5 ke RM8 untuk setiap novel, jadi aku jadi rambang mata jap nak memilih... walaupun aku rasa masa aku memilih tu, aku sorang ja laki tengah membelek novel, aku buat derk ja...yang laki lain, kebanyakkannya teman isteri atau cik makwe membeli...hahahaha...

Total enam novel, RM134 selepas diskaun... kalau tak ada diskaun, RM166... novel percuma RM21... aku dah jimat lebih kurang RM50++...

Jadi buat masa sebulan dua ni, aku kena hentikan dulu beli novel... aku dah rewardkan diri aku untuk beberapa bulan terus...tunggu habis baca semua novel ni, baru aku beli lain...

20 Ogos 2016

Salahkah aku terasa?



Seminggu dua ni, aku cukup terasa dengan apa yang jadi dalam dengan perkara sebelum ni walaupun bagi aku, perkara yang jadi tu adalah satu benda bodoh yang sepatutnya aku sendiri tak perlu ambil kisah... tapi disebabkan ada beberapa perkara yang sebenarnya tak ada apa sangat berlaku, aku terasa terus dengan perkara-perkara yang dah terjadi lima enam tahun lepas... aku tak tahu apa punca yang sebabkan aku terasa, tapi ada sebabnya...

Tambah lagi ada pulak ayat-ayat yang tak sepatutnya aku dengar dengan telinga aku sendiri, itu lagi menyakitkan...aku tak tahu nak jelaskan macam mana... aku tak boleh nak nyatakan kat sini apa, siapa dan kenapa aku terasa sebab ada 'silent reader' dalam blog aku dan itu ada kaitan dengan orang yang rapat dengan aku... aku takut kalau aku ceritakan, orang yang rapat dengan aku ni akan jauhkan diri dari aku...

Bila aku fikir dengan mendalam lagi, aku rasa apa yang berlaku pun, disebabkan dari diri aku sendiri jugak... cumanya aku rasa tak adil dengan apa yang berlaku... disebabkan itu, aku dah buat keputusan yang aku rasa betul... lagi pun, semuanya berlaku secara kebetulan dan dah tiba masanya untuk aku berubah...

Insya Allah...kalau dipermudahkan, segala-galanya akan berubah... aku buat bukan sebab aku tak sayang, tapi sebab aku rasa dah tiba masanya aku tunjukkan dekat semua yang aku pun mampu untuk jadi macam orang lain jugak...

19 Ogos 2016

Kena cari lagi 4 orang...



Orang cakap dalam dunia ni ada tujuh orang muka yang sama dengan kita dan atas 'inisiatif' kawan-kawan aku, dorang dah jumpa dua orang yang mukanya sama lebih kurang macam aku... -_-'

Sorang ni katanya kawan kepada kawan aku, dan seorang lagi wartawan dari Astro Arean yang tengah buat liputan untuk Olimpik Rio... masa dapat gambar-gambar ni di group Whatsapp, aku pun terkejut... walaupun aku cuba nafikan (cewahhh ayat), memang ada la sikit kot iras-iras aku...

Secara kebetulan, kami bertiga ni pakai cermin mata dan salah seorang tu wartawan, sama macam aku... adeih...suratan atau kebetulan ni? Sekarang ni dalam misi untuk mencari empat orang lagi... kalau jumpa, mungkin boleh buat majlis pertemuan ke, hahahaha...mana la tahu kan...

Korang tengok memang ada iras-iras aku ke antara dua orang tu?

17 Ogos 2016

Banyak Fikir Buat Badan Jadi Letih



Sejak seminggu lepas, aku banyak berfikir tentang diri aku sama ada apa yang dah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi... banyak yang aku berfikir dan banyak hari... akibatnya, sehari dua ni tidur aku agak terganggu...sejam sekali mesti terjaga...bila dah jadi macam tu, badan jadi letih dan takda semangat nak buat apa-apa...

Aku jadi letih yang teramat sangat... mengantuk dah tentu dah... ada masa sikit, mesti aku nak lelapkan mata walaupun sekejap, kononnya nak pulihkan tenaga..m tapi sementara nak terlelap tu, aku masih fikirkan apa yang berlaku.

Apa yang aku fikirkan tu sebenarnya tak ada apa pun... benda bodoh yang buatkan aku terasa walaupun sebenarnya perkara tu tak sepatutnya aku terasa hati...

Tak apa la..mungkin lepas ni aku patut berhenti fikirkan benda-benda yang tak sepatutnya... benda dah jadi..tak perlu pun aku nak fikirkan lagi...

16 Ogos 2016

Pelupakah Aku?



Hari ni aku ke program permukiman YAB Menteri Besar ke Daerah Larut, Matang dan Selama... balik kerja, agak kelam kabut jugak aku kemas kain baju untuk berkampung kat sini selama empat hari...

Aku dahulukan pakaian dan minyak wangi... aku ingatkan dah lengkap semua barang yang aku bawa... rupanya, dah setengah perjalanan baru aku teringat aku tertinggal tuala dengan deodoran... adeihhh... apa la yang aku fikir sampai boleh terlupa benda yang mudah macam tu...

Nak kata aku fikir macam-macam, aku rasa macam takda apa sangat yang aku fikir...adeihh...nak kata tua, masih muda remaja lagi aku ni...mungkin aku seorang yang pelupa?

12 Ogos 2016

Tersandar Kekenyangan



Banyak malam dah aku tak tahu nak makan apa... kalau ke kedai siam, hanya tomyam dan telur dadar jadi pilihan... kalau ke mamak, mee goreng telur dadar... nak makan yang lain, aku tak tahu nak makan apa...

Kebetulan malam ni aku nak ke dobi, member rumah aku ajak ke Mee Rebus Ramli di Taman Pakatan... walaupun dah setahun lebih aku duduk di Ipoh, tapi ini baru pertama kali aku ke Mee Rebus Ramli...

Mulanya aku order Cham Sup (mee campur bihun) dan kawan aku order mee rebus... bihun sup situ sedap, cuma sambal kicap ja kurang pedas walaupun aku dah tuang satu bekas tu... harap hitam je lebih...hahahaha....

Bila aku tengok kuah mee rebus kawan aku tu pekat je, macam sedap... walaupun aku bukan penggemar mee rebus, tapi aku order jugak walaupun agak kenyang dengan Cham Sup tu... tapi, mee rebus tu tak kena dengan citarasa aku walaupun member aku cakap mee rebus tu sedap... lidah masing-masing kan...



Sebab tak menepati citarasa aku? Rasa keledek dia kuat sangat walaupun dah perah limau... mungkin bagi orang lain, sedap, tapi dari lidah aku, tak menepati citarasa... kalau aku pergi lagi, mungkin aku akan order Cham Sup saja kot... itu yang menepati citarasa aku...

09 Ogos 2016

Perut Sensitif?



Dalam masa tak sampai sebulan rasanya, dua kali aku kena cirit-birit... mula-mula hari tu lepas aku makan 'sambal belacan' di kedai mamak dan dari malam tadi sampai ke petang ni, aku ulang alik ke tandas...dah dekat lima kali rasanya... kali ni tak seteruk hari tu... aku tak tahu apa puncanya sedangkan sebelum ni aku dah biasa makan dekat kedai tu...

Takkan perut aku makin sensitif kot, tak boleh nak makan pedas-pedas sedangkan sebelum ni aku okay ja kalau makan makanan yang pedas. Tak tahu punca... ataupun makanan yang aku makan tu tak dimasak elok? Tapi macam mustahil ja sebab aku rasa memang dah masak elok...

Mungkin perut aku terkejut kot... ye la, masa mula-mula hari tu selepas bulan puasa, dah biasa dengan perut kosong waktu siang, tiba-tiba makan pedas, meragam la... yang kali ni mungkin sebab sebulan makan bermacam-macam, dengan lemang lah, kambing la, rendang la, tiba-tiba makan makanan yang dah lama tak makan... perut terkejut la kot... hahaha...

08 Ogos 2016

Jangan 'Meroyan' Di Facebook



Kadang-kadang aku rasa tertekan gila... tapi tak tau nak luah kat siapa walaupun ada yang kamceng dengan aku di Ipoh ni... dengan bermacam masalah dan hal yang aku fikirkan, aku tak tahu nak luah macam mana. Bukan dengan semua orang aku 'meroyan'... walaupun orang yang rapat dengan aku, aku susah nak kongsi semua yang aku fikirkan... sebabnya? Aku pernah kongsi apa yang aku rasa dekat seseorang yang aku dah anggap sebagai sahabat, kemudian dicanangnya apa yang aku hadapi dekat orang lain...

Bila jadi macam tu, aku pernah jugak luahkan di media sosial, terutamanya Facebook, tapi ada kesan negatif pulak... orang yang tak ada kaitan dengan masalah aku tu pulak terasa... tak tahu sebab apa, mungkin sebab dia pernah buat masalah dengan aku kot... lepas tu, hubungan jadi renggang, terus lain rasanya bila berdepan

Bila luahkan di Facebook, ada pulak geng-geng stalker ni pergi buat macam-macam andaian... lagi bertambah masalah aku...

Kadang-kadang rasa macam nak 'meletup' pun ada dengan apa yang aku hadapi sekarang ni.. dengan manusia yang pelbagai ragam... bila aku abaikan apa yang berlaku, lagi sakit hati bila tengok orang lain bahagia... adeihhh...sampaj tak tahu nak fikir apa dah, buntu....

Kesimpulannya, aku rasa lebih baik aku pendam sahaja apa yang aku hadapi... sampai masanya semua tu akan berlalu jugak macam tak ada apa-apa yang berlaku... cuma ambil masa dan aku sendiri kena kuat untuk hadapi semua tu...

07 Ogos 2016

Nafas Baru



Dah lama aku rasa blog aku masih menggunakan template yang sama dan design yang sama... tapi sejak seminggu dua ni, aku cuba untuk beri nafas baru dekat blog aku... masih dalam tempoh 'maintainance'... insya Allah mungkin dalam dua tiga hari lagi akan siap...

Perubahan tak ketara sangat kalau korang ikuti blog aku... header pun masih dalam pembikinan baru... aku tak nak guna gambar aku, atau mungkin jugak ada gambar... tengok pada keadaan... buat masa ni cuma ada perubahan sedikit demi sedikit... itu pun aku cuma buat yang mana aku tahu... aku explore sendiri apa yang ada di Blogspot.

Tukar kepada Wordpress? Buat masa ni aku rasa mungkin aku akan kekal pada Blogspot... mungkin sebab aku dah biasa guna Blogspot, jadi nak tukar ke Wordpress tu, aku masih ragu-ragu...hehehehe... tapi mungkin di masa akan datang, aku akan tukar ke Wordpress...

Sebab aku bagi nafas baru dekat blog aku ni, aku cuba untuk jadikan blog aku ni nampak macam menarik sikit...sebab aku rasa macam blog aku kurang menarik... saja aku nak tukar mood blog aku... sampai bila kan aku nak guna template yang sama...

Tips Nak Tahu Kedai Makan Sedap Atau Tak



Kalau pergi kedai makan yang pertama kali korang pergi, mesti korang takut makanan yang korang pesan tu tak sedap kan? Atau kurang kena dengan selera korang tu... ini tips yang selalu aku selalu gunakan kalau aku nak pergi lagi kedai makan tu.

1. Kedai Siam / Thailand
Kalau aku pergi kedai siam, aku akan order Tom Yam atau siakap tiga rasa (kalau family). Macam yang kita tahu, makanan siam yang famous adalah tomyam...jadi kalau kedai tu tukang masaknya orang siam, lebih baik korang cuba pesan tomyam...tak kira la kue teow tomyam ke atau apa-apa... selalunya kalau tomyam dia sedap, makanan yang lain pasti sedap.

Cumanya bagi aku, kalau makanan bergoreng macam bihun goreng, kue teow goreng dan mee goreng, kedai siam selalunya tak menepati citarasa aku...cuma tom yam ja akan jadi penyelamat. Kadang-kadang tom yam siam ni akan masukkan lengkuas yang kalau terlebih, rasanya sangat 'out'...

2. Kedai Melayu
Kalau tukang masaknya orang Melayu, korang cuba order nasi goreng kampung atau makanan bergoreng...tapi selalunya aku akan order nasi goreng kampung... kalau nasi goreng kampungnya sedap, makanan bergoreng yang lain mesti sedap jugak...

Satu lagi adalah air yang bersusu...contohnya macam teh ais dan sirap bandung... bukan senang nak seimbangkan rasa teh atau sirap dan susu...kadang-kadang rasa susu terlebih, kadang-kadang rasa teh atau sirap tu terlebih...

Ini tips yang aku selalu gunakan kalau aku nak cuba satu kedai makan yang baru atau pertama kali aku pergi... kalau dua jenis makan tu kena dengan tekak aku, pasti, confirm aku akan pergi lagi kedai makan tu...

Itu cara aku la, kalau cara korang aku tak pasti... selalunya cara aku ni berjaya...hehehe...

Kisah Mat Motor Macam Aku



Bila jadi mat motor ni, kadang-kadang teringin nak ada kereta... ya la... tak berpanas, tak basah dek hujan, ada aircond, ada radio... tapi bila fikir belum rezeki aku untuk ada kereta, aku terima ja la... rezeki masing-masing...

Perit ooo bila merempit tengah hujan..bab muka selamat dah sebab ada helmet, tapi kat tangan, pedih oo bila kena hujan... tambah lagi bila kita dah bawak perlahan, ada kereta potong laju ja kat lopak air, tak mandi hujan namanya... yang lebih pedih bila tengah bawak motor di highway, hujan lebat dan tak ada tempat untuk berhenti... nak tak mak, terpaksa redah jugak hujan...

Lepas tu tak ada penghibur pulak tu bila bawak motor... nak dengar radio, memang takda jawabnya... tapi aku ada cara aku sendiri... aku sumbat earphone dalam helmet dan dengar lagu... lepas tu karoeke sorang-sorang atas highway... bila ada motor lain potong, aku slowkan menyanyi...hehehe... bahaya? Aku akui tu...tapi pandai-pandai la bawak motor... side mirror jangan lupa tengok... takut ada lori besar kat belakang...

Tapi tak apa, rezeki masing-masing... mana tahu tiba-tiba dapat Range Rover sebijik...

04 Ogos 2016

Raya MPMP @ Casuarina










Manfaatkan Cuti

Walaupun cuti, aktiviti aku pun cukup penuh... jarang la aku ambil cuti tapi tak ada aktiviti... macam hari ni, aku ambil cuti sebab ada rumah terbuka pukul 3...tapi memandangkan aku dah setkan dalam kepala aku untuk buat apa, jadi cuti aku pun dah tak macam cuti, sebab ada kerja yang nak dibuat walaupim sebenarnya tak lama mana pun...

Bangun pagi, lepas basuh muka... terus aku ambil plastik sampah dan cabut rumput kat depan dan belakang rumah sewa aku... dah panjang sangat dah... ingatkan malas nak cabut sebab rumah sewa...tapi bila fikir balik, buatnya ada ular ke, lagi bahaya... lagi pulak, semak pulak mata aku tengok rumput panjang-panjang tu...



Cabut ya..bukan guna parang atau cangkul, tapi guna tangan... selesai je cabut rumlut, rehat kejap... mandi dan terus ke dobi... nak basuh tangan, malas... nak guna mesin basuh kat rumah, tak ada...dobi layan diri la jawabnya...



Petang, lepas open house dengan Datuk Amin, aku tak tahu la nak buat apa... tengok wayang kot, tak pun main bowling... tak pun, balik tido...

02 Ogos 2016

Ronda-Ronda Kuala Lumpur

Lepas habis Gathering Raya Kelab Blogger Ben Ashaari di Dengkil... aku ajak Shofi meronda sekitar Putrajaya sebab malamnya aku ada satu lagi open house di Puchong, rumah kawan diploma aku, Huda... dah lima tahun rasanya aku tak jumpa lepas Huda sambung buat fast track di Lendu...



Pergi Putrajaya pun, cuma lepak di Dataran Putra... sekadar untuk buang masa sementara tunggu malam... itu pun tak lama... sampai 4.30 petang di Dataran Putra... ambil gambar sekeping dua, terus ke Aeon Mall Puchong minum-minum...









Sampai rumah abang aku dah pukul 11 lebih, mandi dan terus tidur...esoknya, lepas makan tengah hari, aku ingatkan abang aku nak terus hantar aku ke LRT, rupanya abang aku bawa pusing dulu KL... dan nasib baik, ada semua tempat yang abang aku bawak tu, aku tak pernah sampai lagi...

Abang aku bawak ke Menara Kuala Lumpur, Tugu Negara dan Muzium Bank Negara... semua ni aku tak pernah sampai lagi walaupun dah pergi KL banyak kali dan aku duduk di Shah Alam dekat tiga tahun... hahahaha... apakan daya, tak sempat... cewahhh...









Paling menarik bagi aku di Muzium Bank Negara... aku sendiri pun tak pernah sedar kewujudan muzium ni, dengar? Lagi la tak pernah... itu pun sebab kak ipar aku pernah kerja kat situ untuk beberapa bulan... menarik juga sebenarnya muzium ni walaupun aku bukanlah penggemar benda-benda sejarah ni...





Walaupun hari Ahad, muzium ni memang kosong... aku tak pasti apa sebabnya, tapi pengunjung memang tak ada... yang aku perasan ada la orang putih sorang dua dan pengumpul duit... mungkin perlukan sedikit promosi sebab bagi aku, muzium ni boleh tarik pengunjung dengan lebih ramai... sayanglah bangunan besar tapi tak ada pengunjung...

Sesak Nafas Dalam LRT!!!



Setiap kali aku ke Kuala Lumpur, tak kira la untuk apa urusan sekali pun, aku akan cuba elakkan waktu-waktu puncak (pagi, tengah hari, petang), terutamanya KTM dan LRT dan Monorail?

Baru-baru ni aku ke KL untuk gathering raya KBBA9...dan aku naik LRT untuk ke Sri Rampai sebab rumah abang aku kat situ... dari TBS, aku ke Masjid Jamek untuk transit dan aku sampai waktu orang masih balik kerja...dalam pukul 8 malam... padat weh...sesak nafas rasanya..


Adeih..menyesal pulak rasa...hahahha... tapi nak buat macan mana...dari TBS sampai Masjid Jamek, padat...nak bernafas pun tak selesa...macam-macam bau..bau wangi campur bau tengik..ye la..mana dengan cuaca panas lagi...adeihh...sesak nafas weih...

Bagi sesiapa yang naik monorail atau LRT tu, aku rasa memang takkan dapat lari dari kesesakan KL Sentral ke beberapa stesen tu, siap sedia la untuk 'sesak nafas' sebab ada beberapa stesen yang jadi pusat tumpuan semua orang..nak tak nak kena hadap jugak...hehehehe...

01 Ogos 2016

Gathering Raya KBBA9 Meriah Gila


Sabtu lepas (30 Julai) aku hadiri, buat pertama kalinya, gathering raya Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) di sebuah cafe, Jenderam Hulu, Selangor... aku dah memang simpan cuti aku yang bulan tujuh semata-mata untuk hadir ke gathering ni... sebelum ni, aku tak pernah jumpa ramai-ramai dari KBBA9 ni... yang aku pernah jumpa, Ben, Sohoque, Lan Careno dan Sue Aida... itu pun secara kebetulan dorang datang ke Ipoh.

Aku ajak Shofi temankan aku ke gathering ni sebagai kawan menyembang aku... takut aku malu nak sembang dengan yang lain walaupun dekat group whatsapp, kami menyembang macam dah lama kenal, tapi takut juga kan... hahaha... lagi buat aku takut, aku silap tegur orang...



Sampai je, aku terus tegur orang yang aku cam muka macam Ben, Razi, Mera, Aznan, Shark, Kak Dila dan beberapa orang yang lain... lepas tu masa tengah menyembang, baru aku tanya dorang, itu siapa, ini siapa...hahahaha...

Walaupun first time jumpa, semuanya sama..menggila... ada yang aku tengok di FB lain, jumpa depan-depan lain... maksudnya, di FB nampak pendek tapi depan-depan tinggi jugak...hahahaha...



Aktiviti, karaoke aku partner dengan Mera, lagu raya yang aku lupa siapa punya part,makan burger paling cepat, baju raya tercantik dan cabutan bertuah...



Terima kasih kepada penaja gathering ni... restoran di Jenderam Hulu, Yeos Malaysia (minuman rasmi) , SecondItem Burger Banting (burger), Cosmoderm, Tigerus, dan Fata Bestari Holdings dan penaja kambing golek yang dirahsiakan.

Insya Allah, projek seterusnya aku akan sertai..terima kasih untuk peluang ni... KBBA9 adalah keluarga baru aku sekarang...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...