30 Jun 2016

Kejap Rasa Bangga, Kejap Rasa 'Down' Gila

Bagi aku, sepanjang setahun aku terjun dalam bidang media ni...terutamanya untuk wartawan portal berita macam aku ni, macam-macam aku rasa...kadang-kadang rasa bangga, kadang-kadang rasa 'down' gila...sebabnya, bila berita aku tu diterbitkan, aku boleh tahu impak dia macam mana..orang suka atau tak suka, aku boleh tahu dalam masa beberapa jam ja selepas berita tu diterbitkan.

Kalau berita tu ramai orang komen, dikongsi ramai pembaca, pembaca seronok (kalau cerita sesuatu tempat)...aku rasa bangga sangat...aku rasa penulisan aku tu dihargai dan berjaya...macam aku dah menang trofi untuk berita terbaik...cewahh...kononnya la... aku pun tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan tu...

Tapi kalau berita tu tak dapat sambutan..tak dikongsi, takda komen, 'Like' sikit...aku mesti 'down' sikit...kadang-kadang rasa macam tugas aku sebagai wartawan ni tak sempurna...mungkin disebabkan tajuk dan berita tu takda kepentingan untuk orang ramai, jadi orang pun setakat tengok tajuk je la...aku tak salahkan pembaca...cuma aku sendiri yang rasa macam tu...

Tambah 'down' lagi, bila orang komen tentang gaya penulisan tu...typo sikit pun orang komen...tapi aku ambil dari sudut yang positif...aku jadikan itu sebagai semangat untuk aku buat yang lebih baik lagi...mana tahu...satu hari nanti aku boleh tokoh wartawan...cewahhh..berangan ja la kau Firdaus...

Tapi tak salahkan nak berangan?hehehehe....

Iftar Di Sheraton Imperial KL


Selasa lepas, aku dan member sepejabat aku ke KL semata-mata untuk berbuka puasa di KL...sanggup kan?hehehe... mesti la sanggup sebab bos belanja... lagi pun bukan selalu nak berbuka puasa di KL...



Jam 2.30 kami dah bergerak ke KL sebab nak elak jammed... ngam kami sampai di Sheraton pukul 5 petang... itu pun jammed sikit dekat area hotel... di sebabkan awal lagi, kami meronda dulu di Quill City Mall... aku rasa mall tu pun baru bukak kot... sebab tak ramai orang dan suasana dalam tu pun nampak masih baru...



Kalau ikut aku yang musafir, berbuka awal sikit pun takpe...hehehe... tapi sebab bukan aku yang drive dan cuma naik kereta, puasa je la...



Lepas berbuka dan menyembang lebih kurang dengan boss... pukul 10.30 macam tu dah gerak balik ke Ipoh... pukul 1 lebih baru sampai ke Ipoh... nasib la Rabu tu aku cuti... boleh la bangun lewat sikit...betul-betul lewat...hehehe... pukul 12.30 baru aku bangun... puas hati aku dapat bangun lewat...

Cadangnya aku nak tidur je kat KL, rumah abang aku...tapi bila fikir abang aku pun kerja Rabu tu dan member aku pun ramai yang kerja, jadi tak ada point untuk aku tidur kat KL... macam rugi pulak...

29 Jun 2016

'Baju Kurung' Untuk Lelaki



Adeihhh...mengucap panjang aku tengok trend terkini untuk baju lelaki...makin lama makin merepek... kalau tahun lepas dengan baju Melayu hipsternya...tahun ni ada pulak 'baju kurung' untuk lelaki sewaktu hari raya nanti...

Kalau baju Melayu tu guna kain bunga-bunga aku masih boleh pertimbangkan lagi dan masih boleh diterima logik akal walaupun dah hilang sikit 'kekacakan' baju Melayu tu...tapi bila adanya 'baju kurung' untuk lelaki ni...memang out terus dan tak boleh diterima dek akal...

Mungkin baju tu orang akan anggap macam kurta...tapi...eh eh...siap dengan kain lagi...memang dengan potongan kain baju kurung...bukannya design macam kain pelekat ke apa....

Adeihhh...jangan la nak rosakkan pakaian tradisional kita...takut di masa depan nanti, hilang identiti pakaian kebangsaan kita yang selama ini kita banggakan...

Nak berkarya tu tak salah, tapi biarlah masuk dek akal sikit...ini diubahnya sampai dah hilang identiti...nak cari kelainan tu boleh, tapi jangan lah sampai berlainan sangat....

28 Jun 2016

Macam Mana Nak Kurus?



Dengan makanan yang sedap-sedap yang aku kena hadap setiap hari dalam majlis...tambahan pula tiap-tiap hari dalam bulan puasa ni aku ke bazaar Ramadan, memang susah aku nak jaga makan... makanan yang dijual tu jahat betul, kuat betul godaan makanan tu semua... hahahaha...

Tapi aku pun beringat jugak..beli makanan, tapi aku akan pastikan yang aku mampu untuk habiskan makanan-makanan tu semua... kalau tak membazir je...

Nak tunggu kurus?entah bila la boleh kurus... dah ikut keturunan, memang susah la nak kurus...hehehe... tapi takpe...insya Allah aku sihat buat masa ni...

27 Jun 2016

Apa Yang Manis Di Luar, Pahit Di Dalam?

Senyuman dan hati. Walau semanis mana senyuman dilemparkan, pahit di dalam hati tiada siapa yang tahu.

Mungkin senyuman itu sengaja dilempar, agar bisa menutup gundah di hati.

Mungkin senyuman itu sengaja dihulur, agar tiada siapa dapat menebak rasa sebal di dalam hati.

Mungkin senyuman itu sengaja diukir, agar tiada siapa yang tahu luka lama di dalam hati.

Jika dilihat dari luaran, sedih itu mungkin tiada siapa yang tahu, tersembunyi dibalik senyuman manisnya.

Jika dilihat dari luaran, pilu itu tiada siapa yang mengerti, tersembunyi dibalik gelak ketawa.

Jika dilihat dari luaran, tangisan itu tiada siapa yang sedar, tersembunyi dibalik usikan manja.

Dalam setiap kemanisan yang ada, pasti ada pahitnya...

26 Jun 2016

Iftar Di Shabu-Shabu Steamboat


Semalam, aku dengan kawan-kawan MPMP 2.0 dan sekretariat MPMP, kami semua pergi beriftar di Shabu-Shabu Steamboat... dalam 17 orang kami pergi... mulanya aku pun tak sangka jugak la ramai yang datang... kami MPMP ada sembilan orang yang datang dan sekretariat MPMP ada enam orang yang datang...lagi dua orang tu kawan kepada kawan aku...



Semalam adalah kali pertama aku ke Shabu-Shabu...hehehe...aku sebenarnya tak suka sangat steamboat-steamboat ni...sebab jenis aku, malas nak menunggu semua tu masak...lambat...nasib baik ada makanan lain... dengan RM37 seorang, aku rasa berbaloi jugak la makan di Shabu-shabu...



Sambil melepak, mengumpat dan bergosip, sambil tunggu makanan tu masak...jadi tak la terasa sangat waktu menunggu tu... kebetulan semalam, hari jadi member kitorang, Fika...terus kami celebrate sekali...





Apa pun, terima kasih kepada semua yang sudi datang... terutamanya yang jauh, macam Nad dari Sungai Besar, Hawa dari Pulau Pinang dan Amjad dari Tanjung Malim.



Insya Allah...lepas ni kita rancang untuk makan-makan lain pulak..jamuan raya ke...hehehehe...

23 Jun 2016

Konsep 'Beli-Belah' Yang Sebenar


Memandangkan aku cuti dan ada di kampung, aku pun ke Pekan Lama Parit Buntar untuk beli baju sehelai dua, memandangkan aku rasa agak lama aku tak beli baju...hehehe... jam 2.30 petang aku dah keluar... masuk ikut tol Alor Pongsu yang baru tu...hehehehe...

Sampai ja pekan lama, aku terus cari baju yang aku nak... alang-alang nak beli... terus aku beli tiga helai... sekali untuk raya kononnya...hahahaha... tak sampai 20 minit aku pilih dan bayar... lepas tu terus gerak balik rumah... dalam 3.45 petang dah sampai rumah... ye la... dah beli, belah je la dari situ...tunggu apa lagi kan...

Jenis aku, lepas selesai kerja aku...aku akan terus balik rumah... kalau ke mana-mana pun, aku jarang nak merayau... kalau aku sorang la, lepas aku beli barang yang aku nak beli, aku akan terus belah je... tak buang masa nak meronda... ..kalau dengan member aku, selalunya aku akan ikut ja...

Sama macam tiap-tiap bulan aku pergi ke Popular, Novel Hut atau MPH Bookstores, untuk beli novel... lepas beli buku, aku pergi makan dan balik... aku amalkan konsep 'beli dan belah' yang sebetulnya...ke aku yang salah faham konsep?

21 Jun 2016

Pantasnya masa berlalu...setahun dah...



Cepatnya masa berlalu...sedar tak sedar...20 Jun 2016, genap setahun aku habis praktikal di Perak Today...dan Alhamdulillah... sekarang ni aku bekerja di Perak Today...berakhir di bulan puasa...dan genap setahun pun di bulan puasa jugak...

Mungkin rezeki aku pada masa ni di Perak Today...mungkin masa aku mula-mula praktik dulu, aku rasa 'down' sikit sebab tempat aku praktikal tak terkenal macam orang lain yang praktikal di Utusan, Kosmo, Berita Harian, Astro, TV3 dan RTM...tapi Alhamdulillah, rezeki aku dekat Perak Today...

Rezeki Allah SWT tu luas...kat mana-mana pun ada...yang penting usaha dan tawakkal kepada Allah...biar lah orang nak cakap apa pun walaupun aku tak bekerja di syarikat-syarikat besar...sekurang-kurangnya aku dah ada kerja walaupun tak seperti orang lain..bagi aku, aku rasa aku dah cukup berjaya walaupun kadang-kadang ada rasa iri hati dengan member-member lain yang lebih berjaya...rezeki aku tertulis dekat sini...

19 Jun 2016

Tamat PRK Kuala Kangsar



Selepas kira-kira dua minggu aku 'berkampung' di Kuala Kangsar, hari ni baru aku jejakkan kaki semula di Ipoh...penat chorr dekat sana...mana dengan bulan puasa lagi...bertambah penat...ditambah lagi dengan aku 'mengetuk' berita politik saja dekat sana...dah naik tepu dah otak...

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar...tak ada insiden-insiden yang tak diinginkan..dan ditambah lagi, aku masih berjaya berpuasa tanpa ponteng walaupun ada sesekali rasa macam nak ponteng...



Bekerja di bawah panas selama dua minggu dalam bulan puasa...perrghhh...bukan sesuatu yang senang...dari pagi sampai ke malam...nasib ada jugak masa nak rehat...



Dan kebetulan, dapat jugak jumpa dua orang batch-mates aku yang cover dekat sini dan lecturer aku masa di UiTM Shah Alam...dapat juga mengumpat dan acah-acah throwback kononnya...hahaha...



Walau apa pun, aku nak ucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang baru, Datin Mastura Mohd Yazid kerana memenangi PRK tu...semoga Datin dapat meneruskan perjuangan arwah suami dan perjuangan Datin sendiri untuk membela warga Kuala Kangsar...





Satu pengalaman baru untuk aku sepanjang setahun aku bergelar wartawan...insya Allah akan memberi manfaat untuk aku di masa hadapan...

16 Jun 2016

Manusia selalu menilai seseorang itu dari zahir...

Manusia selalu menilai seseorang itu dari zahir... (DUKE, Jun 15, 2016)

Sebab itu kadang-kadang kita tersalah dalam menilai seseorang walaupun kita dah lama kenal dengan dia. Kononnya kita dah mengenali seseorang itu dalam tempoh beberapa tahun, selalunya kita salah dalam menilai...

Kita memang tak dapat nak elak daripada membuat persepsi pertama apabila kita mengenali seseorang tu...aku pun sering macam tu..menilai seseorang yang pertama kali aku jumpa. Itu lumrah kita sebagai manusia...

Tetapi apa yang kita boleh buat? Dalam proses kita mengenali seseorang itu, janganlah kita terlalu cepat menghukum, sebab pasti ada sisi lain yang kita belum tahu tentang seseorang tu.

Dalam kejahatan seseorang tu, pasti ada satu kebaikan dia yang kita sendiri tak tahu... dalam sebaik-baik seseorang itu, tak mustahil ada kejahatan yang mungkin kita sendiri tak sedar...

11 Jun 2016

Rahsia Itu Tak Perlu Cerita



Nama pun rahsia...memang la tak perlu diceritakan pada sesiapa. Tapi lumrah manusia, kita memerlukan seseorang untuk berkongsi apa yang kita pendam dan apa yang kita rasa...dan pastinya, orang yang kita rasakan paling sesuai untuk cerita adalah orang yang panggil 'SAHABAT'... orang yang paling kita percaya, insan yang paling kita hargai...

Tapi percaya pada kata-kata aku, ada sesetengah perkara, jangan sesekali kita ceritakan walaupun dengan insan yang kita panggil 'SAHABAT'. Walaupun kita percaya pada sahabat, percayalah, pasti tidak akan hilang kelegaan tu.

Cukuplah rahsia itu kita ceritakan dengan yang di atas sana, Allah SWT. Bila kita bercerita dengan yang di atas sana, aku yakin, kita semua akan berasa lega, tenang dan lebih yakin. Ada masanya, sesama manusia pun kita akan ada rasa ragu-ragu, walaupun dengan 'SAHABAT'.

Aku tak nafikan, ada masanya sahabat itu penting. Tapi 'kelegaan' untuk diluahkan atau dikongsi rahsia tu tak akan hilang. Pasti akan ada ragu-ragu.

Insya Allah..apabila kita menceritakan rahsia itu pada yang lebih berhak, kita akan merasa tenang dengan sendirinya...

10 Jun 2016

Dugaan Ke Bazaar Ramadan



Setiap kali menjelang bulan puasa, kalau bab nak ke bazar Ramadan, aku takut tak tahan dugaan...bukan sebab apa, sebab aku tak tahan dengan 'godaan' yang berada di depan mata... bukan sebab dengan makanan yang ada dekat bazaar, tapi dengan air-air yang dijual...

Aku bab makanan aku tak kisah sangat...tapi aku kalah dengan air, sebab aku ni 'hantu air'... kalau buka puasa, aku kenyang dengan air je...makanan tu tak berapa sangat... kecuali kalau ada makanan kegemaran aku, baru aku kurangkan minum air...

Bagi aku, kalau lapar tu takpe sangat, hilang rasa lapar kalau minum air dan terus kenyang...tapi kalau makan takde air...tak boleh hilang rasa dahaga...

Tapi itu la, jadi rambang mata aku kalau ke bazaar Ramadan tengok air-air yang dijual, walaupun hanya air jagung... gggrrr....macam mana tu...

Disebalik Yang Tersirat



Hidup siapa yang tiada masalah? Setiap orang ada masalahnya yang tersendiri... itu memang kita tak boleh nak elakkan dalam menempuhi kehidupan harian kita... mahu atau tak, kita kena hadapi masalah tu... dan semestinya, kira memerlukan orang lain untuk menasihati kita untuk kita hadapi masalah tersebut...

Setiap nasihat yang diberikan, kadang-kadang bukan secara terus kita boleh terima... selalunya ada mesej yang tersirat dalam perbualan kita seharian sama ada kita sedar atau tak. Nasihat tu tak semestinya sampai dalam bentuk yang tersurat, tapi nasihat tu jugak boleh kita terima dalam bentuk yabg tersirat.

Selalunya orang lama yang akan berikan nasihat dalam bentuk yang tersirat. Mereka jarang untuk berikan nasihat secara terus, tapi sebaliknya mereka lebih suka untuk kita memikirkan apa yang tersirat... sebabnya, dari situ kita lebih faham macam mana kita nak hadapi sesuatu perkara tu.

Mungkin bagi sesetengah orang... kita sukar nak tahu maksud yang tersirat sebab kita malas berfikir... tapi itulah hakikat yang perlu kita terima... bagi aku, nasihat yang tersirat itu lebih bermakna dari nasihat yang tersurat...

06 Jun 2016

Salam Ramadan Al Mubarak



Aku cuma nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua umat Islam di seluruh dunia..semoga semua dapat jalani ibadah puasa ini dengan lancar dan diberkati...insya Allah...

Bagi aku, mungkin seawal puasa ni agak mencabar sebab PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan pada bulan puasa...iaitu tempoh berkempen bermula hari ni sampai 18 haribulan...dekat dua minggu...hahahaha...



Dah la cuaca panas terik dekat Kuala Kangsar ni...kalau mendung berangin takpa la jugak... tapi...errghh.... apa pun, ini satu dugaan biasa untuk media...cewahhh...ya la...kalau tahun lepas aku sambut puasa dengan rilex, hampir setiap petang berbuka puasa di hotel, tapi kali ni, lain pulak rasanya...

Bila lagi kan?semoga semuanya berjalan dengan baik...insya Allah...

Selamat menjalani ibadah puasa semua...

05 Jun 2016

Berkampung di Kuala Kangsar



Hari ni adalah hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P067 Kuala Kangsar dan maka dengan itu, bermulalah aku untuk 'berkampung' di sini selama dekat dua minggu...lebih kurang...

Kalau seminggu dua sebelum ni, aku banyak berulang alik dari Ipoh ke Kuala Kangsar, tapi sekarang ni aku kena 'menetap' di sini dalam dua minggu...dan dalam tempoh dua minggu tu, politik semata-mata... kadang-kadang politik ni menarik, kadang-kadang menjengkelkan, kadang-kadang membosankan...jadi mana satu?



Apa yang lagi menyesakkan aku, tempoh berkempen selama dua minggu ni diadakan dalam bulan puasa atau dalam erti kata lainnya, dari seawal puasa sampai la pertengahan puasa...adeihhh...tapi tak apa la... benda biasa bagi orang media...kena bersiap sedia selalu...

02 Jun 2016

Dua Kategori Pembeli Buku



Setiap kali aku dapat gaji, aku akan beli buku dekat diri sendiri...kononnya ganjaran la untuk aku selepas sebulan bekerja... tak kira la buku apa pun...novel, buku am atau apa-apa buku, janji buku... paling kurang aku akan beli dua buah buku... selalunya satu novel dan satu buku am...

Baru ni aku ada terbaca satu buku ni, rupanya ada dua jenis pembeli buku...bila aku fikir-fikir balik, betul la dua ciri tu...

1. Beli dan Baca
Kalau novel, aku akan terus baca lepas aku beli...paling lewat pun, dua tiga hari lepas aku beli, aku akan baca...kalau buku am, kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat... tengok pada buku tu...kalau menarik, kejap ja aku baca...

Aku pernah habiskan novel setebal 500 muka surat dalam masa tiga malam...itu pun kalau tak ada kerja malam la...dari pukul 9 malam, sampai la pukul 2 pagi...selalunya...sebab tu laju je aku baca...

2. Beli dan Simpan
Kadang-kadang ada buku yang aku sendiri tak sempat nak baca...dan akhirnya, terlupa pasal buku tu...dulu bila aku teringat pasal buku yang aku tak baca lagi, aku fikir yang aku takkan beli buku lain selagi tak habis baca buku-buku yang aku beli sebelum tu... tapi apakan daya...aku tak mampu menahan godaan setiap kali masuk ke kedai buku...paling kurang aku akan keluar dengan sebuah buku...kecuali kalau aku betul-betul tak ada duit...hahahaha...

Jadi aku ni jenis pembeli yang mana satu?

01 Jun 2016

Teringin nak sambung Master



Walaupun tak sampai setahun aku tamatkan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa (Kewartawan) daripada UiTM, tapi aku masih rindukan zaman belajar dekat universiti...aku tak tahu kenapa...aku rasa masuk dunia pekerjaan ni, aku jadi lagi stress dengan kerja berbanding belajar...tekanan dia lain macam...

Tapi bila fikir-fikir balik...sambung belajar pun stress jugak...aku yang sambung degree pun dah tekanan, kalau aku buat Master nanti macam mana pulak? Macam sama ja tekanan...

Cuma bezanya, kalau masa belajar, tekanan tu rasa masa nak siapkan assignment ja dan soalan 'nak makan dekat mana?' Itu ja tekanannya, yang lain tu biasa la...bila kerja, macam-macam tekanan yang ada...tekanan di tempat kerja, tekanan dengan rumah sewa, tekanan dengan kawan-kawan yang tak 'sebulu'...macam-macam lagi la...lagi banyak tekanannya berbanding belajar.

Tapi Insya-Allah...sampai masanya, bila aku dah stabil semua, baru aku sambung Master... tu impian aku la...mungkin lagi 5 tahun dan impian aku, aku nak sambung Master di luar negara... Australia mungkin...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...