31 Mei 2016

Pindah Rumah Baru

Macam yang aku tulis sebelum ni, kami terpaksa keluar dari rumah sewa lama di Tambun secepat mungkin sebab rumah tu akan dijual...kelam kabut aku dan dua tiga orang lagi budak rumah aku cari rumah baru...bila dah jumpa yang di tengah-tengah dengan kami semua, mahal pulak...bukan mahal sewa, tapi depositnya mahal...mana nak cari RM500 seoranguntuk deposit... adeih...



Jadi nasib baik aku jumpa satu rumah ni di Bercham...deposit pun murah dan masih mampu dibayar walaupun aku terpaksa dahulukan duit aku separuh untuk seorang budak rumah aku sebab gaji dia lewat...takpe la...tolong kawan...

Hari ni aku cuti dan pindah terus barang-barang dari rumah lama...terus pindah dan duduk di rumah baru...nak mengemas entah bila...nak tak nak, malam ni kena kemas jugak...lepas ni takda cuti sebab aku sibuk di Kuala Kangsar...


Jadi, selamat tinggal Taman Tambun Baru, dan selamat datang Taman Putra Indah...sekarang masa nak teroka Bercham pulak...nak cari jalan shortcut...hehehe...


Laksa Saranghae, Manjoi



Kali pertama dengar macam laksa Korea...ehhh jap...kat Korea ada laksa ke?heheheh... nama aje laksa saranghae, tapi rasanya...perghhh...thumbs up kot aku bagi...sebenarnya ini adalah salah satu laksa sarang yang terkenal kat Ipoh...cuma dimodenkan sikit namanya untuk tarik peminat-peminat K-pop mungkin...

Selain laksa saranghae, antara lain yang menarik kat sini dan viral di Facebook adalah ABC mix fruit...memang lain sikit berbanding dengan ABC yang lain...









Ada buah pisang, tembikai, mangga dan anggur...harga? Tak mahal, cuma RM6.50 ja..selain tu ada nasik lemak yang bagi aku cukup sedap...sambal pedas sikit, nasik yang memang ada lemak berkrim disukai ramai...



Selain dari tu ada jugak burger bakar...tapi bagi aku patty tu kurang...tak menepati citarasa aku...mungkin aku dah rasa burger bakar sebelum ni yang patty nya memang sedap, jadi yang kat sini rasanya agak kurang bagi aku dari segi tekstur patty tu sendiri...



Tapi tu bukan yang aku nak cerita... tarikan utama kat sini memang laksa saranghae dan juga ABC... laksanya mungkin pada mula korang dapat mangkuk laksa, korang tengok pada kuahnya macam agak cair, tapi bila dah digaulkan dengan telur 'sarang' tu, kuah akan jadi pekat...itu aku jamin dan rasanya memang sedap, terbaik, pekat, cukup masam masinnya...







Kalau korang nak datang sini, korang boleh gunakan waze dan set kan untuk ke 'Laksa Saranghae'...pasti sampai ke destinasi... jangan risau... takkan rugi kalau korang datang makan laksa kat sini...kalau tak makan laksa, makanan bergoreng pun ada jugak kat sini...

29 Mei 2016

Jodoh Dari Wechat



Sebelum ni aku cuma terbaca tentang kisah cinta di Facebook mengenai pasangan yang bertemu jodoh menerusi media-media sosial...aku ingatkan itu cuma rekaan semata-mata, rupanya, memang ada apabila seorang kawan rapat aku bertemu jodoh menerusi Wechat.

Cekwa, atau kami panggil Cici selamat bertunang dengan pasangan semalam selepas tujuh bulan berkenalan. Yang menariknya, sepanjang tujuh bulan berkenalan, dorang dua ni tak pernah berjumpa walaupun sekali. Takda majlis merisik, tapi terus bertunang. Alhamdulillah dan perancangannya, bertunang tak lama...aku tunggu masa untuk dapat kad jemputan ja...

Itu lah yang dinamakan jodoh. Tak kira la kenal dekat mana pun, dari zaman sekolah ke, dekat Wechat ke, dekat Facebook ke, kalau dah jodoh, tetap jodoh. Seorang kawan masa aku di UiTM Shah Alam pun bertemu jodoh di WeChat.

Kadang-kadang kita ni bercinta macam tak ingat dunia, tapi tengok-tengok bukan jodoh kita.

Kadang-kadang kita sangat bencikan seseorang tu, sampai dengar nama pun boleh muntah, tengok-tengok dia jodoh kita.

Kadang-kadang orang yang paling pendiam di tempat kerja/sekolah yang kita tak pernah menyembang pun, tengok-tengok dia jodoh kita.

Kadang-kadang kawan dari sekolah tadika yang kita sering main kahwin-kahwin, tengok-tengok memang jodoh kita.

Kadang-kadang girlfriend kawan baik kita, tengok-tengok dia jodoh kita.

Kadang-kadang kawan baik kita yang kita anggap sebagai keluarga kita, tengok-tengok dia jodoh kita..

Itulah kalau dinamakan jodoh..

Kerja Yang Memenatkan Tapi Menyeronokkan

Fuhhh...memang dua hari ni aku dan media Perak sangat letih...bermula dari hari Jumaat sampai la ke saat aku menaip entry ringkas ni...

Jumaat malam aku ke Kuala Kangsar untuk pengumuman calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar...habis majlis lebih kurang jam 12 lebih tengah malam... balik ke Ipoh terus 'ketuk' story dan tidur lebih kurang jam 2 pagi.


Hari Sabtu tengah hari aku ke Kuala Kangsar lagi walaupun agak letih...pukul 1 tengah hari, sidang media MCA Perak tentang isu hudud...aku tak nak komen pasal ni sebab aku tak tahu undang-undang...hehehe...


Lepas tu pukul 3 petang aku dan geng media yang lain ke Safari Resort Kuala Kangsar untuk pengumuman calon BN pulak...habis dalam jam 5.30 petang dan terus balik ke Ipoh untuk siapkan berita...banyak jugak la...

Bila dah siap berita dalam pukul 8.30 malam..terus ke program Deklarasi Rakyat yang dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin...pukul 12.30 malam baru habis... dengan perut lapar yang hanya beralaskan mee kari tulang di Kuala Kangsar jam 2 petang...itu la sekadar alas perut aku...


Tapi habis je program Muhyiddin...pukul 1 pagi terus kami ke mamak untuk mengisi perut...tengah malam pun tengah malam la...janji isi perut yang dah berbunyi...apa lagi...nasi kandar la jawabnya...



Walaupun agak seronok... tapi memenatkan...belum habis satu benda, ada lagi benda nak kena buat... lemau weh badan... hahahaha... nak rehat? Tunggu habis PRK nanti...baru la boleh rehat sikit...

26 Mei 2016

7 Laman Di Dataran KTM Ipoh



Kalau sebelum ni, Dataran KTM yang berdepan dengan Stesen Keretapi Ipoh cuma meriah waktu malam ja disebabkan banyak aktiviti kat situ macam rollerblade, basikal dan hoverboard, tapi sekarang ni, aku yakin siang malam mesti meriah dengan adanya 7 laman yang dibina oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sejak tengah bulan Mei hari tu...

Kat Dataran KTM ni ada 7 laman yang mempunyai tema yang berbeza...ada Fantasy, Laman Salju, Tradisi, tropical, english, wedding dan alam semulajadi...semua laman ni dibina dengan bahan-bahan terbuang tau..kecuali pokok bunga la...ada pulak pokok bunga terbuang, kan?hahahaha...

Aku dah sampai dua hari lepas...tapi baru hari ni aku sempat update...sibuk sikit...bagi aku, dengan adanya laman ni, Dataran KTM jadi menarik...tak ada la nampak kosong ja waktu siang...

Walaupun setiap laman tu kecil, tapi kalau nak berselfie tu, sesuai la...memang cantik...aku rasa kalau korang nak bergambar, baik datang petang...kalau tak hujan, mesti lawa gambar...macam aku datng ni, dah pukul 11 pagi..tengah panas terik.,,kalau nak buat post-wedding photo pun cantik kat ketujuh-tujuh laman ni...










25 Mei 2016

Elakkan berkahwin dengan rakan sekelas



Bila aku tengah scroll Facebook, terjumpa screenshot macam kat atas tu dan aku tergelak sendiri...akhirnya ada jugak orang yang sependapat dengan aku... ini yang aku maksudkan kenapa aku kalau boleh nak elakkan berkahwin dengan rakan sekelas sendiri.

Iya la...bila dah berkawan selama beberapa tahun, segala bahasa kasar kau keluarkan...tiba-tiba nak ubah panggil sayang-sayang...euwww...hahaha...aku tak boleh macam tu...meremang segala bulu yang ada...

Tapi aku jugak tak menolak jodoh kalau pasangan aku nanti sekelas dengan aku...tak kira la sekelas masa sekolah, diploma atau degree...kalau itu dah jodoh aku, aku terima seadanya...tapi kalau boleh, aku pun nak elakkan...tambah lagi kalau dia tu pernah digosipkan dengan aku...cewahhh...ayat macam retis pulak...

Tapi, kalau jodoh tu, takkan ke mana...betul tak?terima saja lah...sebab jodoh tu kan rahsia Allah... 

24 Mei 2016

Kenapa Jadi Orang Media ni Best?



Kadang-kadang bila aku balik kampung atau jumpa dengan kawan-kawan lama dan dorang semua tahu aku kerja sebagai wartawan, ramai yang cakap kerja macam aku ni best, seronok, takda tekanan, boleh jalan-jalan sambil berseronok, aku cuma mampu gelak ja...tersenyum...

Tapi hakikatnya...hanya orang yang bekerja dalam dunia media ni ja tahu macam mana tekanannya bekerja dalam industri ni...walaupun baru setahun aku kerja dalam dunia media ni, tapi boleh dikatakan aku sendiri dah rasa tekanan...tekanan sebelum, semasa dan selepas...

Tapi dalam masa yang sama, ada seronoknya...bab tekanan masa bekerja tu, aku rasa kerja mana-mana pun sama ja...ada tekanan masing-masing...tapi meh sini aku nak cerita keseronokan kerja dalam bidang media ni...

1. Aku boleh jumpa dengan semua orang yang aku teringin nak jumpa...tak kisahlah sama ada ahli politik, artis, pakar ekonomi atau menteri...walaupun tak dapat berbual dengan secara dekat atau santai...sekurang-kurangnya aku dapat jumpa secara berdepan...

2. Layanan yang sangat bagus...walaupun kadang-kadang ada layanan yang kurengg sikit terhadap media, tapi berapa kerat ja yang bagi layanan macam tu...lebih banyak layanan yang baik berbanding layanan yang buruk...setiap kali majlis, mesti ada meja untuk media, jadi tak perlu nak berebut cari meja untuk makan...



3. Goodies bag yang bermacam...sampai aku dah boleh agak dah dapat apa dalam goodies bag tu...buku nota dan pen memang dah jadi macam benda wajib dalam kebanyakkan goodies bag yang aku dapat...mug, tumbler, pendrive, baju kerap juga dapat...masa mula-mula masuk industri media ni macam teruja la jugak...tapi bila dah lama-lama, macam biasa ja...heheheh...buku nota aku pun dah banyak dah...sampai tak tertulis.

4. Bekerja sambil melancong...ini memang dah salah satu perkara yang paling best...walaupun buat masa sekarang ni hanya dalam Malaysia, atau lebih tepat lagi di Semenanjung..sekurang-kurangnya aku dah merasa...paling lama masa Le Tour De Langkawi...dari Gerik, Kelantan, Terengganu, Kuantan, Shah Alam, Bukit Fraser...semua aku dah sampai...siap dapat tidur kat hotel mewah lagi...masa pergi Marina Island di Manjung, satu apartment tu aku sorang ja duduk...heheheheh...

5. Masuk ke tempat yang tidak sepatutnya...sebagai contoh pelabuhan Vale di Teluk Rubiah, Manjung...bukan senang ooo nak masuk ke situ...nasib baik aku pergi atas urusan kerja..boleh la merasa masuk ke pelabuhan...pelabuhan yang korang boleh nampak kalau bercuti di Teluk Batik...

Nanti aku buat entry untuk perkara yang tak best masa jadi orang media ya...

23 Mei 2016

Aku cuba untuk bersangka baik...


Memang kadang-kadang bila kita terlalu sangat bersangka baik dengan orang lain...kita sendiri yang akan makan hati...banyak kali dah terjadi dekat aku perkara macam ni...setiap kali terjadi, aku cuba untuk bersangka baik dengan dia...walaupun aku ni dah 'terkena' untuk beberapa kali, tapi disebabkan aku sayangkan apa yang terjadi, aku terus untuk bersangka baik dekat dia.

Tapi sayang...aku rasa macam dia dah ambil kesempatan  ke atas aku yang sentiasa bersangka baik terhadap dia... mungkin dia tahu, walau apa pun yang dia buat dekat aku atau otang lain, aku akan tetap bersangka baik dekat dia...

Jenis aku, kadang-kadang aku malas nak bersangka buruk dekat seseorang tu kecuali bila dah terjadi sesuatu depan mata aku sendiri...sekali kalau dah 'terkantoi' depan mata aku, aku akan susah untuk percaya semula apa yang dia akan buat selepas tu.

Kenapa aku bersikap bersangka baik? Sebab aku tahu, setiap apa yang kita lakukan mesti bersebab... hanya kita dan Allah sahaja yang tahu kenapa kita nak buat sesuatu perkara tu...sebab tu aku lebih banyak bersangka baik daripada bersangka buruk dengan orang lain...rasanya la...hahaha...

21 Mei 2016

Selesai Program Permukiman MB Daerah Kerian



Akhirnya...selesai jugak Program Permukiman Menteri Besar Perak di Daerah Kerian...berbanding dengan Hulu Perak, permukiman daerah Kerian kurang menarik sikit...ye la...mungkin sebab buat kat tempat sendiri, aku jadi bosan...hahahaha...ye la...tempat sendiri, aku boleh pergi bila-bila masa walaupun aku sendiri tak tahu bilanya nak sampai...

Menariknya...ada sesetengah tempat aku nak pergi terpaksa guna Waze...hahaha...puncanya sebab aku tak tahu tempat...memalukan betul...tempat sendiri pulak tu...

Pada mulanya, aku cadang untuk buat BBQ pada malam terakhir kat rumah aku untuk geng media, tapi tak kesampaian sebab aku pun terpaksa tinggal di homestay untuk memudahkan pergerakan aku...

Tak kisah la apa pun..janji dah selesai dah semua...lepas ni tak tahu la mana pulak...tunggu je la...

20 Mei 2016

Kenapa aku tak suka budak-budak...

Aku cukup tak suka budak-budak... kenapa? Meh sini aku nak cerita...



Sebenarnya, aku bukan tak suka budak-budak, sebaliknya aku sangat suka budak-budak...tak kira la umur berapa pun...cuma yang buat 'spoil' sikit bila budak-budak yang darjah lima enam ni panggil aku PAK CIK!!!

Adeih...aku muda lagi...kalau budak-budak yang tadika tu panggil aku pakcik aku boleh la terima lagi...ini budak yang darjah lima enam ni panggil pakcik, aku tak boleh terima.

Rasa tua sangat diri ni...aku baru 25...baru ye...baru 25...masih muda remaja...bergetah lagi...hahaha...bila dorang panggil aku pakcik, nawaitu aku untuk berbual mesra terus hilang...seperti burung berterbangan bebas diatas awan...cewahhh...

Kalau anak buah aku dan anak kawan-kawan aku, sikit aku tak kisah walaupun dalam hati terasa tua sikit...hahaha....tapi bila budak-budak yang aku tak kenal panggil aku pakcik...aku rasa aku tersangat tua...cuba la panggil abang...kadang-kadang kalau aku nak teruskan berbual, aku bahasakan diri aku abang, lepas tu baru okay dorang panggil aku abang...hahaha...

Nampak tak? Aku tak nak mengaku aku ni tua...jadi...tolong panggil aku abang ye adik-adik...hahahaha...ok bai...

17 Mei 2016

'Berkampung' Di Kampung Sendiri



Program permukiman Menteri Besar Perak kali ni di kampung aku sendiri... well...bukan kampung aku sangat pun, tapi di daerah aku sendiri, daerah Kerian. Mulanya memang seronok la...sebab ingatkan boleh tidur kat rumah sendiri.

Tapi...disebabkan program terlalu padat, dari pagi sampai ke malam dan nak memudahkan pergerakan dan beberapa masalah lain, aku terpaksa tidur di homestay yang disediakan...

Permukiman kali ni aku tak tahu la nak cakap seronok ke tak...sebab buat kat tempat aku sendiri...jadi dah agak bosan kat sini...kalau daerah lain, mungkin seronok jugak sebab boleh tengok tempat orang...tapi bila buat kat tempat sendiri, macam kurang pulak...sebab aku boleh datang bila-bila masa...walaupun ada tempat kat Kerian ni yang aku tak pernah sampai...hahahaha...

16 Mei 2016

Guru Yang Dilupakan...

16 Mei setiap tahun...mesti meriah di media sosial dengan ucapan Selamat Hari Guru...semuanya nak ucapkan selamat hari guru dari cikgu masa zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti...tak salah...aku pun macam tu jugak...bagi ucapan dari tadika sampai ke universiti...

Tapi kita sering lupa, antara 'guru-guru' lain yang mengajar kita secara tak formal ni...ibubapa, adik beradik, kawan-kawan kita dan musuh-musuh kita...mereka itu pun guru kita jugak...tanpa mereka, kita takkan 'pelajari' sikap manusia yang lain...

Kita selalu nampak yang tersurat dan itu lah yang kita banggakan...tapi apa yang tersirat, tak pernah kita nak ambil tahu, malah kita abaikan...tapi walau apa pun...setiap orang yang kita kenal, setiap orang yang kita benci, setiap orang yang kita sayang, mereka itu lah yang menjadi guru kita dalam mengenali cara hidup dan perangai manusia yang sebenar...

Tapi, itu terserah pada diri masing-masing untuk menilai dan menghargai 'guru-guru' ni...terserah pada pendapat masing-masing...

Semua makanan kegemaran aku...

Fuhhh...puas hati aku makan tengah hari tadi...mak masak semua makanan kegemaran aku...dan yang pasti, mesti abah yang beli semua tu...walaupun aku cuma mintak mak masak sambal udang petai, tapi aku rasa abah mesti beli yang lain-lain sebab itu semua makanan kegemaran aku...hehehe...



Sambal udang petai, kurma daging, kari udang kacang panjang, dan masak lemak labu...satu ja aku nak cakap... nikmat ooo...kat Ipoh takdenya aku dapat makan macam ni walaupun ada kedai yang jual...cuma rasanya tak sama...kepuasan tu tak sama...

Cuma masalahnya, aku tak tahu nak dahulukan kuah yang mana...kalau campur semua sekali, tentu dah tak sedap...jadi untuk selesaikan perkara itu, maka aku bertambah nasik...tak banyak...dua pinggan je...satu pinggan tu aku bahagi dua bahagian nasik...untuk kuah...hehehe...

Esok mak nak masak pajeri nenas pulak... kegemaran aku jugak tu...macam mana nak kurus ni?

14 Mei 2016

Apa Lagi Yang Kau Nak Tipu?

Simpan la kejahatan yang kau simpan tu sekuat mana pun, pasti satu hari nanti akan terbocor jugak rahsia kau...haishh...bengang aku dan budak rumah aku dengan ejen rumah sewa yang aku duduk sekarang ni...kami tak salahkan tuan rumah, sekali pun tak, cuma yang membengangkan kami dengan ejen rumah tu...

Tadi tengah aku 'ketuk' berita...tiba-tiba whatsapp group budak rumah aku masuk...katanya tuan rumah nak datang...jadi dari situ pecah rahsia semua tentang ejen tu...nak mudahkan cerita nama tu adalah H.

Tuan rumah tu memang tak ambil tahu pasal rumah yang kami sewa tu dan dia percaya dekat H. Sebabnya. H cakap dekat tuan rumah yang pakcik H ni nak sewa...maksudnya keluarga la yang akan duduk sini...

Tapi bila tuan rumah datang untuk usharr rumah, dia pelik sebab motor banyak dekat rumah...ye la, sampai lima enam bijik motor, takkan la rumah keluarga ada motor banyak macam tu... dia pun kecewa jugak dengan H tu...

Macam mana aku tahu?sebab tuan rumah tu telefon budak rumah aku selepas telefon H tak dapat sampai ke sudah. Mungkin H dah bagi nombor budak rumah aku tu...

Nasib baik, tuan rumah bagi tempoh sampai bulan enam untuk kami keluar dan cari rumah...kira okay la kan...tak ada la kelam kabut sangat... aku pun dah mula sibuk dengan permukiman dan PRK Kuala Kangsar...entah sempat ke tak nak cari...

Bila Mak Tanya Nak Makan Apa

Tadi lepas maghrib, aku telefon mak sebab dah banyak hari nak telefon, tapi disebabkan letih dan sibuk, tak sempat nak telefon...sembang la benda-benda yang sepatutnya..tak tau nak menyembang apa...hehehe...

Lepas tu, mak tanya aku bila aku nak balik...sebabnya, dah lama aku tak balik kampung...kali terakhir aku balik rasanya bulan tiga hari tu...bulan lepas memang aku tak balik sebab nak jimat cuti untuk konvokesyen aku...

Bila aku cakap yang aku mungkin balik Ahad petang atau Isnin pagi, terus mak tanya aku nak makan apa...ye la...sebab selalu kalau kat rumah, memang aku yang set kan menu apa nak makan...terus laju ja aku cakap aku nak makan sambal udang petai...lama gila rasa tak makan sambal udang petai...

Gambar Google

Kalau kat Ipoh ni, nak makan ulam yang berbau aku akan fikir banyak kali dulu...bukan fikir apa, fikir bila aku nak buang air nanti...confirm akan berbau satu bilik air...maka aku tahankan la nafsu aku nak makan semua tu...

Lepas tu aku pesan kat mak...kalau ada ulam jering dengan buah genuak/kerdas...beli kan sekali...aku nak makan sepuas-puasnya...seminggu nanti aku kat kampung, jadi aku boleh makan puas-puas...nasib baik program permukiman kali ni dekat Kerian...dapat la aku makan lauk kampung puas-puas...

Kag Ipoh ni, bukan tak ada masakan kampung, tapi tak puas...mungkin bukan sebab mak yang masak kot...itu lah orang cakap, sesedap mana pun kita makan dekat hotel atau rumah sesiapa pun, tetap tak boleh lawan masakan ibu...

13 Mei 2016

Sampai Tak Tahu Nak Makan Apa!!!



Pernah tak korang rasa sampai satu masa tu, korang tak tahu nak makan apa? Aku merasainya sekarang...bukan sekarang, tapi dua tiga hari ni...pergi la kedai mana sekalipun, aku sampai tak tahu nak makan apa...

Pergi mamak pun tak tahu nak makan apa, pergi kedai siam atau Melayu pun tak tahu nak makan apa...asyik makan makanan yang sama...roti kahwin, nasi goreng kampung telur mata, tomyam telur dadar, mee goreng mamak...tekanan betul macam ni...

Nak makan KFC, burger, McD...hermmm... aku dah bosan...ada sekali tu, aku pergi kedai mamak, order air dulu...lepas tu panggil mamak, termenung kejap...tak tahu nak order apa...semua jadi takda selera nak makan...bukan tak lapar, tapi tak tahu nak makan apa...kalau pergi hipster cafe pun, aku rasa benda yang sama akan jadi...

Tengah hari pun sama kalau makan nasik campur...nak makan ayam, boleh kata tiap-tiap hari...nak ambil ikan, masakan tak menarik...nak makan daging...takda mood nak makan daging...alih-alih...ayam jugak yang aku ambil...

Susah kalau macam ni...kurusnya tak jugak...

11 Mei 2016

Lepas juga rasa mengidam...



Lepas ja kerja hari ni, terus aku ajak member ofis aku pergi makan pulut durian dekat Meru...teringin...tambah lagi tengok ramai kawan-kawan aku duk upload gambar pulut durian di Facebook...terliur rasa...

Tapi elok je sampai...penuh orang kat kedai tu...kena tunggu dalam 10 minit baru dapat meja...tapi pulut durian yang aku makan macam kurengg sikit...sebab tak guna santan...tapi lebih kepada macam kuah bubur atau pengat...pekat sangat...lepas tu takda gula untuk aku tabur atas pulut tu...huhuhu...

Tapi disebabkan teringin nak makan, telan je la...makan guna sudu..tak puas rasa...hahahah...lepas tu pekena pula cendol pulut walaupun asalnya aku pesan cendol durian...malas nak tunggu, makan je la cendol pulut tu...janji lepas tekak aku nak makan pulut durian...cendol tu sampingan je...hahahaha....

Kena halau dari rumah sewa

Tengah sedap aku kueteow tomyam untuk makan malam, tiba-tiba whatsapp group budak rumah sewa aku jadi rancak pulak...budak rumah aku terjumpa satu iklan di Facebook tentang tuan rumah nak jual rumah yang kami sewa sekarang ni...terkejut beruk kami semua...





Tapi alasan yang diberikan oleh ejen rumah sebelum ni kata, tuan rumah mungkin nak tamatkan kontrak sewa rumah ni disebabkan rumah kotor... rumah bujang...standard la kalau rumah kotor atau selerak...tambah lagi kalau lelaki yang sewa...tapi tak ada la kotor sangat pun...biasa je bagi aku...


Sekarang ni kami satu rumah pening dah..tak tau nak cari rumah sewa kat mana...aku dah cuba cari di internet...tapi majoriti nak 2+1 untuk deposit...itu okay lagi...cuma member serumah aku la..ada yang tak mampu nak bayar...nak harap duit deposit dekat ejen rumah je la...itu pun aku rasa macam samar-samar je nak dapat balik...

Adeihhh...pening kepala dah fikir...kalau tak jumpa rumah, nampaknya aku kena cari bilik sewa je la gayanya... itu pun susah nak cari...

10 Mei 2016

'Abang kena lagi teruk dulu'


Geleng kepala aku bila baca pasal ni :

Murid Tahun Satu dakwa telinga dipulas guru

SELASA, 10 MEI 2016

ALOR SETAR: Seorang murid perempuan Tahun Satu melecet di belakang cuping telinga kiri selepas mendakwa dipulas seorang guru sekolahnya semalam.

Kejadian itu disedari ibunya, Nadia Hamzah, 35, selepas anak ketiga dari enam beradik yang mengalami masalah pembelajaran itu mengadu sakit di telinga kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Berikutan kejadian itu, ibunya ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan dan pihak sekolah memohon maaf atas kejadian berlaku.

Nadia ketika ditemui berkata, anaknya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk mendapatkan rawatan sebelum doktor memaklumkan ada kesan cubitan di telinga anaknya.

"Kami membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana bimbang ia berulang walaupun guru wanita berusia 40-an itu menghantar kiriman SMS (khidmat pesanan ringkas) memohon maaf ," katanya.

Sumber : Berita Harian

Bagi aku, ibubapa sekarang ni terlalu manja...bagi aku tak salah untuk guru-guru lakukan macam tu asalkan tidak memudaratkan...aku dulu kena lagi teruk daripada tu, tapi bila balik sekolah, tak adalah aku nak report dekat mak atau abah sebab aku tau tu semua salah aku.

Pernah jugak sekali dua aku bagitahu kat mak dan abah...tapi jawapan yang aku dapat 'padan la...dah hangpa tak buat reja (kerja) sekolah' dan mak terus berleter...sejak dari tu aku tak pernah report kat mak abah...

Walaupun abah pengerusi PIBG sekolah dan aku ketua pelajar...aku masih kena denda dengan cikgu-cikgu sekolah...cikgu-cikgu aku pun tak pilih kasih untuk bagi denda...

Dah aku tak siapkan kerja sekolah, memang patut la aku kena dengan cikgu...bukan salah cikgu, bukan salah mak abah, tapi adalah aku sendiri...

Aku tahu ibubapa mana tidak sayangkan anak...tapi kalau itu tujuan untuk mendidik, aku rasa tindakan itu wajar..peribahasa pun ada cakap, 'sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan'...jadi, fikir-fikirkan apa maksud peribahasa tu...

Kalau aku ada anak nanti, aku akan biar ja cikgu nak buat apa...asalkan tidak memudaratkan anak aku dan tidak melampaui batas...apa yang aku nampak sekarang ni, budak terlalu manja...pantang kena 'usik' sikit... terus report kat ibu bapa dan lapor polis...kesalahan anak? tak nampak sebab apa? wallahualam...

Frenzy Waterpark @ Wipeout ala Malaysia



Sambungan daripada kisah percutian MPMP2.0 ...keesokannya tu kami bersembilan ke Marina Island, Lumut untuk ke Frenzy Waterpark atau kami panggil Wipeout...apa tu wipeout? Alaaa...kalau korang tengok siaran 701 Astro...korang mesti tahu...

Wipeout ni satu permainan atas air dan korang kena lepas semua halangan-halangan tu...kalau korang tak lepas, korang akan jatuh dalam air...tapi yang di Marina Island ni, tak ada la benda-benda bergerak atau 'tumbuk' tu...cuma yang simple tapi mencabar...



Masa mula-mula jumpa tempat ni, kami macam agak terkejut jugak la...sebab tengok kecik..tapi bila tengok video di Youtube...macam besar je tempat dia..bila tengok depan mata...kecik je...macam tak berbaloi je nak masuk ke sini...tapi disebabkan ramai dah teruja nak ke sini, jadi agenda tu diteruskan...

Dan sebenarnya, anggapan kami tu salah...walaupun tempat tu agak kecik, tapi sangat berbaloi...nak lepas satu-satu halangan tu bukan mudah dan pasti korang akan jatuh dalam air...aku rasa ada dalam 10 halangan kot kat situ...dan nak habiskan semua tu, ambil masa...

Aku cuma dapat buat tiga halangan ja kot rasanya...lepas tu aku banyak berendam dalam air dan akhir sekali...lepak depan pintu masuk dan tolong keluarkan orang dari dalam air...itu pun dah letih gila...



Dengan bayaran cuma RM20 sekali masuk...korang boleh main sampai lebam...main la dari 8.30 pagi sampai 5.30 petang...cuma larat atau tak je la...aku pun tak tertelan dah air masin kat situ...

Ada trampolin dan people launcher kot namanya...yang trampolin tu aku nak cuba lompat...tapi aku takut tembus ke bawah bila aku lompat, jadi aku batalkan niat aku tu...hahahaha...

Disebabkan kami takda GoPro atau telefon yang boleh masuk air, jadi tak ada gambar kat dalam Frenzy Waterpark tu...tapi jangan risau, kat sini aku sertakan video yang aku jumpa di Youtube tentang Frenzy Waterpark ni...

Dan yang pasti, aku sakit badan dua hari lepas bermain kat sini...serius...aku tak tipu..memang sakit badan...mungkin aku tak streching badan dulu kot...muahahahah...


Misi Cari Rumah Sewa Baru

Dah dekat setahun dah aku menyewa di Tambun dekat kawasan balai polis tu... tapi akhirnya... berkemungkinan besar aku terpaksa berpindah ke rumah baru sebab agent rumah aku tu buat masalah...aku pun tak tahu nak cerita macam mana... terlalu serabut..nak cerita pun, aku kena cerita dari awal...kalau tak, tak ada yang faham...hahahaha....

Lepas berbincang dengan budak rumah aku, kami rancang untuk duduk sekali...walaupun aku tak berapa rapat dan ngam dengan dorang, tapi dalam beberapa hal, kena ngam jugak...betul tak? Kami dah putuskan untuk kekal serumah...antara kami pun tak ada masalah...jadi dah selesa antara satu sama lain...

Sekarang ni aku kena cari rumah baru untuk disewa...ada jumpa jugak satu dua rumah, tapi macam tak sesuai sebab majoriti budak rumah aku ada kereta..yang aku jumpa pun semua macam tak sesuai...susah untuk dorang...macam aku ni takpa...ada moto...parking dalam...

Kalau tak jumpa jugak dalam tempoh seminggu ni, nampaknya aku terpaksa cari bilik sewa la...terpaksa...nak buat macam mana...nasib orang merantau...takkan nak ulang-alik Alor Pongsu --> Ipoh....jauh wooo....

Percutian Ringkas MPMP2.0


Majlis Perundingan Mahasiswa Perak atau MPMP...aku mula dilantik pada tahun 2014...maksudnya dah lebih kurang dua tahun aku bersama MPMP...MPMP ni secara ringkasnya adalah satu gabungan ketua Persatuan Anak Perak di 20 IPT seluruh Malaysia dan kami ni menjadi wadah penghubung antara mahasiswa dan kerajaan negeri dan aku adalah kumpulan kedua MPMP ni atau aku gelarkan MPMP2.0...

20 buah IPT tu untuk MPMP2.0 termasuklah UNIMAP (Wan), UUM (Cha), USM (Hanis), KUISAS (Amjad), UTP (Capeq), UPSI (Imran), IPG Ipoh (Afiq), UM (Muslim), UiTM (aku), UKM (Adam), UPM (Fahmi), UTeM (Fika), UTHM (Barak), UTM (Lan), UNIMAS (Shah), UMT (Naz), UiAM (Kinah),PUO (Ayie), Cosmopoint (Faees), dan UniKL RCMP (Farid)...



Memandangkan kami akan tamat 'perkhidmatan' secara rasminya dalam sebulan dua ni, jadi kami merancang untuk luangkan masa bersama-sama...kami cadang untuk pergi bercuti ja dalam Perak...perancangan di buat lebih kurang sebulan setengah sebelum bercuti...Naz mastermind dan aku cuma jadi tukang kutip duit...



Daripada 20 orang, hanya 9 orang ja yang dapat datang dan semuanya lelaki...aku, Shah, Capeq, Naz, Lan, Farid, Wan, Amjad dan Adam...yang lain tak dapat datang sebab ada komitmen masing-masing...itu memang tak boleh dipaksa...

Kami pergi pun tak jauh, cuma ke Teluk Batik...itu pun perubahan akhir...mulanya nak ke Pangkor, kemudian ubah ke Lost World of Tambun atau Sungkai Hotspring...tapi akhirnya, keputusan dibuat untuk ke Teluk Batik pada 7 dan 8 Mei...

Aktiviti untuk hari Sabtu tu pun takde apa sebab ramai yang sampai lewat petang....jadi yang sampai awal cuma aku, Naz, Adam dan Capeq je...selepas perap bahan untuk BBQ dan cari barang serba sikit, apa lagi...mandi laut la...



Selepas maghrib, 'operasi' BBQ bermula bila semua orang dah sampai di chalet...untuk makluman ye, chalet kami betul-betul berhadapan dengan laut...lagi rasa BBQ tu...hehehehe....takde bakar apa pun..cuma ayam, sosej dan lokan (mussels)...itu je dan ada jajan serba sikit...















Lepas makan, terus adakan sesi 'throwback', mengumpat, mengata sesama sendiri dan masa depan...cewahhhh...kononnya...lepas lepak-lepak macam tu, tengah malam kami ke Lumut untuk cuci mata...walaupun aku dah tak larat nak bukak mata sebab tidur cuma 3 jam malam sebelum tu, tapi disebabkan tak tahu lagi bila nak jumpa ramai-ramai macam ni, aku ikutkan je...



Hari Ahad, awal pagi lagi kami keluar untuk sarapan di kedai mamak dan ke Frenzy Waterpark atau wipeout Malaysia...itu nanti aku ceritakan dalam satu entry lain...





Apa pun..percutian ringkas MPMP2.0 ni terbaik...semoga selepas ni, kita dapat bercuti bersama 20 orang MPMP...lengkap...pasti lagi havoc dan awesome...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...