28 April 2016

Suara Siapakah Itu?



Aku tertanya-tanya...suara siapa yang menjerit waktu nama aku disebut oleh pengacara majlis semasa konvokesyen aku pada 26 April lepas...

Ceritanya macam ni...masa aku tengah berbaris untuk ambil ijazah aku atas pentas di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), ada orang menjerit 

'Haaa....Kelab Blogger Ben Ashaari' 

selepas nama aku disebut, dan dalam keadaan terkejut, gementar dan lawak, aku melangkah ke arah Naib Canselor UiTM untuk ambil ijazah aku...

Aku tertanya-tanya sampai sekarang...siapa yang menjerit...nak kata budak batch aku yang juga satu kursus dengan aku, agak mustahil sebab semuanya tengah beratur, termasuk dari Kelas A, dan Kelas B, pelajar kewartawanan Kelas C kalau tak silap aku masih duduk.

Masalahnya, dalam rakan-rakan Facebook dan Instagram aku yang dari kursus kewartawanan, ramai dari Kelas A dan Kelas B, dari Kelas C sangat sikit..ada la seorang dua kalau tak silap aku...jadi, siapa yang menjerit tu...takkan kawan aku yang tengah beratur kot...aku rasa mustahil sebab aku yakin dengar jeritan tu dari bawah...

Nak kata aku salah dengar pun tak mungkin, sebab jelas bunyi jeritan tu kat telinga aku...takkan aku berhalusinasi kot...terfikir-fikir sampai sekarang...

Mungkin itu penangan dari #kelabbloggerbenashaari yang aku selalu gunakan di Instagram dan dikongsi terus ke Facebook...tak kisah pun, sekurang-kurangnya dorang tahu tentang Kelab Blogger Ben Ashaari...heheheehe

Tamat Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan UiTM


Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi pada 26 April 2016, aku berjaya menamatkan pengajian aku di Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kewartawanan dengan rasminya dan sekali lagi, aku bergelar Alumni UiTM selepas kali pertama aku bergraduasi pada tahun 2012 dalam Diploma  Pengurusan Pelancongan. 


Dan secara kebetulan, 26 April juga adalah hari aku dapat mesej untuk hadiri temuduga untuk menjadi sebahagian daripada mahasiswa Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media pada empat tahun lalu...kali kedua aku menghadiri temuduga dan berjaya..,kalau tak, mungkin aku akan terus belajar dalam bidang Pengurusan Pelancongan...ternyata rezeki aku di dalam bidang media....

Kakak aku yang sulung, abang ipar dan
 lima lagi anak buah aku tak dapat hadir

Terima kasih mak, abah
Aku tak nak tulis panjang...cuma aku nak ucapkan terima kasih kepada mak abah, abang-abang aku, kakak-kakak aku, ipar-duai aku dan anak-anak aku yang merupakan pembakar semangat untuk aku terus berusaha untuk kecapi apa yang  aku ada sekarang ni...aku pernah patah semangat, tapi bila aku fikirkan keluarga aku, aku bangkit semula.





Dalam masa yang sama, aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas aku di Fakulti yang sentiasa memberi semangat dan dorongan, bantu aku dalam kesusahan dan sama-sama kita harungi apa yang terjadi selama tiga tahun. 


Kepada pensyarah-pensyarah. Terima kasih saya ucapkan atas didikan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tiga tahun di Masscomm...minta dihalalkan segala ilmu yang diberikan. Tak lupa juga, kepada kakitangan UiTM yang secara tak langsung membantu saya untuk tamatkan pengajian di UiTM.

Juga kepada senior-senior, terutamanya Zaidi, Yien dan Yam yang banyak tolong aku termasuk dari segi Academic Writing, laporan praktikal dan semua...terima kasih banyak-banyak...


Dan tak lupa, kepada syarikat latihan industri aku, Perak Today, yang sudi menerima aku sebagai pelajar praktikal untuk aku lengkapkan pengajian aku dan terus menawarkan pekerjaan kepada aku...


Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik anda semua...

27 April 2016

Lagu yang 'berhantu'

1. UiTM Dihatiku
Dekat UiTM, ada dua buah lagu rasmi, UiTM Dihatiku dan Wawasan Setia Warga UiTM...sejujurnya, lagu UiTM Dihatiku lagi meresap dalam jiwa...akan ada satu rasa yang aku sendiri tak dapat nak gambarkan...masa menyanyi dalam Konvo Diploma dan Degree, lagu ni buatkan aku rasa sesuatu...ada jiwa dia...hanya pelajar UiTM ja tahu apa rasanya...

2. Airmata Ibu - Datuk Siti Nurhaliza
Aku tak ingat filem apa, tapi salah sorang pelakon dia Wan Nor Azlin, Jalaluddin Hassan pun ada berlakon kalau tak silap...lagu ni pun ada jiwanya...kalau tengok sekali dengan filem tu, lagi terasa jiwa dan roh lagu tu...

3. Anak Kecil Main Api
Aku rasa ramai tahu lagu ni...lagu yang penuh dengan mesej-mesej untuk orang Melayu kita...tentang perjuangan orang kita dan masa depan anak-anak kita...kena hayati betul-betul lagu ni...

4. Bahtera Merdeka - Aishah
Lagu ni akan lebih rasa jiwanya kalau masa merdeka...masa tu kita akan lebih terasa jiwa lagu ni...tak percaya?cuba dengar dan hayati lagu ni sambil tengok zaman perang di Tanah Melayu...pasti terasa jiwanya...

26 April 2016

Tiada lagi 'UiTM Dihatiku'


Alhamdulillah...syukur ya Allah atas kesempatan yang Engkau berikan untuk aku gembirakan kedua ibu bapaku serta ahli keluargaku...

Okay...untuk konvokesyen aku, nanti aku cerita...cuma sekarang ni satu cerita ringkas je...lepas ni dah tiada lagi 'UiTM Dihatiku' dan 'Wawasan Setia Warga UiTM' untuk aku nyanyikan dalam majlis-majlis... hari ni mungkin kali terakhir aku nyanyi lagu UiTM Dihatiku dan Wawasan Setia Warga UiTM....lepas ni mungkin dah tak ada dah..kecuali kalau aku pergi-mana majlis berkaitan UiTM, mungkin aku berpeluang untuk menyanyi lagu ni lagi...

Bagi aku, kedua-dua lagu tu ada jiwa dia tersendiri yang buatkan aku sendiri yang meremang bulu roma..,insya Allah, kalau ada rezeki aki sambung Master, mungkin aku akan nyanyikan lagu ni sekali lagi,,.

Walaupun lagu 'UiTM Dihatiku' mungkin susah untuk aku nyanyikan, tapi pastinya, UiTM TETAP DIHATIKU.... 

#FMRKonvokesyenDay



























25 April 2016

Singgah Sebentar Di Bukit Tinggi


Balik dari Jengka 20, kami satu keluarga singgah sekejap di Bukit Tinggi...sebab alang-alang dah satu perjalanan nak balik rumah abang aku kar Klang...lagi pun kalau terus ke Klang, awal sangat sampai, jadi singgah dulu untuk sementara, saja buang masa...


Aku pun ni pertama kali ke Bukit Tinggi..sebelum ni tengok ramai ja kawan-kawan aku semua dah sampai dekat sini, tapi aku ja yang belum berkesempatan nak sampai...jadi hari ni rezeki aku la datang dengan keluarga aku...





Tiket masuk RM13 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak...nak kata mahal tu, aku rasa biasa la untuk tempat peranginan macam ni...

Atas ni takde apa sangat pun..cuma untuk bergambar je dengan latarbelakangkan ala-ala macam dekat luar negara atau Colmar Tropicale...tengok dari gambar macam luas je tempat ni, tapi tak besar mana...kecil je...



Selain Colmar Tropicale ni, ada beberapa lagi lokasi menarik di Bukit Tinggi, contoh macam Japanese Tea Garden, Extreme Park, mini animal farm (kot) dan beberapa lagi...

Untuk ke semua lokasi-lokasi ni, ada kenderaan disediakan, lori yang dah diubahsuai...kalau nak naik kereta sendiri pun boleh, tapi sesekali rehat la kan..biar orang bawakkan...



Aku cuma ke Colmar Tropicale ni dan Japanese Tea Garden je...sebab dah sampai tengah hari, pastu cuaca agak panas, lapar lagi...memang kejap je...





Berjaya Hills @ Pahang














Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...