31 Mac 2016

Aku cuba untuk faham...



Cuba sesekali bila kita dengar masalah orang atau sebelum kita nak bagi orang lain masalah, kita tempatkan diri kita kat tempat dorang...agak-agak apa perasaan kita bila orang buat kita macam tu...

Kadang-kadang aku pelik...ada sesetengah orang tu selamber badak ja cakap masalah orang lain tu masalah kecil dan tak ada apa..tapi orang yang hadapi masalah tu, dah separuh mati fikir untuk selesaikan dan hadapi semua perkara tu...

Sebab tu setiap kali ada orang luahkan masalah dekat aku, aku cuba untuk faham keadaan dorang...walaupun bukan aku yang alami, tapi aku nak juga tahu macam mana perasaan dorang yang alami atau hadapi masalah-masalah tu semua sebab sekurang-kurangnya bila giliran kita hadapi masalah tu, kita tahu apa perasaan orang lain.

Atau mungkin bila kita hadapi masalah yang sama dengan mereka, kita tahu apa perasaan dorang dan kita tahu apa yang perlu dibuat...sekurang-kurangnya kita kongsikan pengalaman kita untuk dorang...

Jadi, janganlah pandang ringan masalah orang lain, takut nanti bila jadi dekat kita, kita tak tahu nak buat apa..cuba fahamkan keadaan orang lain...

30 Mac 2016

Mood konvokeyen dah muncul kembali...

Lepas tamat praktikal bulan 6 tahun lepas, aku dan kawan-kawan terpaksa menunggu lebih kurang 10 bulan untuk konvokesyen...sejujurnya...dah hilang mood untuk konvo tu sebab dah lama sangat dah...hehehehe...kebiasaannya kalau kami habis praktikal bulan 6, bulan 11 dah boleh konvo..tapi disebabkan sistem baru, jadi terima je la...huhuhu...



Tapi lepas dapat mesej dari UiTM tentang konvo bulan 4 ni, terus teruja..sebab mulanya dengat-dengar cerita konvo kami pada bulan 5...

Bila dah dapat mesej, aku terus sahkan kehadiran aku untuk hadir konvo walaupun belum tentu lagi dapat cuti...hehehe...semangat la katakan...



Lepas dah tahu konvo bulan empat, teruja pulak nak tahu tentang tarikh sebenar untuk fakulti Masscomm sebab kebetulan tarikh konvo adalah 23 hingga 27 April...sepupu aku kahwin 24 April di Pahang..kalau sama tarikh dengan sepupu aku, tak ke naya??



Akhirnya, tahu jugak tarikh konvo aku pada 26 April, sesi petang...selamat...jadi aku punya rancangan, ambil cuti terus dari 23 sampai 27 April...

Apa pun...aku tak sabar nak konvo...mungkin ni konvokesyen aku yang terakhir memandangkan aku rasa aku takkan sambung ke peringkat Master...hehehe...



Nanti aku tulis special entry untuk konvokesyen aku ye...hehehe....

28 Mac 2016

Tendangan Tanpa Bayang FMR

Huarghhh...apa lah nasib aku malam ni...assignment malam tak ada masalah sebab dijadualkan majlis bermula jam 8 malam...tepat 8.20 malam, aku dah sampai kat tempat majlis...ingatkan aku dah lewat...rupanya VIP lagi lewat...adeihhhh...

Mulanya aku ingat 8.30 atau pukul 9 malam VIP akan datang dan majlis akan bermula...rupa-rupanya...pukul 9.20 baru VIP sampai dan 9.30 majlis bermula...huhhh...aku dah mula tarik nafas dalam-dalam dah...mana dengan perut berkeroncong untuk ana lagi...

Bila majlis dah mula tu okay la lagi...paling lama sejam, dan majlis akan habis...rupanya....persembahan entah berapa banyak...selagi ada banyak kumpulan, selagi tu la setiap kumpulan buat persembahan...lepas tu, ada penyampaian sijil...bukan 10, bukan 20 tapi katanya dalam 100 lebih...ada dua sesi...VIP yang datang dari jauh tu pun dah mengantuk dah...adeihhh...

Kalau ikutkan dah boleh balik dan aku boleh buat story berdasarkan ucapan, tapi ada wartawan yang nak 'jolok', jadi aku pun tunggu...nasib la ada orang majlis tu minta dipendekkan penyampain sijil untuk sesi kedua...

Dah habis sidang media, aku balik singgah kat mamak, sappedek dulu...elok sampai rumah..pintu rumah tak boleh bukak...pintu kayu ye...

Tombol tu memang dah takda fungsi dan tak boleh dikunci, tapi entah kenapa malam tadi, terkunci..nasib budak rumah aku semua tak tidur lagi...semuanya kelam kabut nak bukak pintu..cungkil sana, kuis sini...tak boleh jugak...tombol dah dibukak, cuma tinggal yang ketul kunci tu je...



Dorang kesian kat aku yang penat balik kerja kul 1 pagi tapi tak boleh masuk...tapi aku pulak gelak kat budak rumah aku sebab dorang tak boleh keluar pergi kerja esok pagi...hahahaha

Aku mana dengan selesema, batuk dah mula naik angin, letih, dan rasa tertekan...bila dah budak rumah aku macam dah give up, dorang suruh aku tendang pintu tu dengan 'one shot'...

Jadi...tanpa sebarang keraguan dan semangat untuk tidur, aku gunakan kuasa tersembunyi aku untuk buat jurus tendangan tanpa bayang...dan Alhamdulillah...berjaya...pintu berjaya dipecahkan dan aku boleh tidur...selamat malam semua...

26 Mac 2016

Pengalaman Sertai Serbuan Bersama AADK


Baru-baru ni, aku dengan member ofis dan seorang wartawan Harian Metro diberi peluang untuk menyertai satu serbuan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk membanteras penagihan dadah di daerah Larut, Matang dan Selama...memang satu pengalaman baru untuk aku...

Pada jam 1 pagi, kami diminta berkumpul di Wisma Persekutuan Taiping pada jam 1 pagi untuk sesi taklimat..Ops Bersih kali ni juga mendapat kerjasama daripada AADK Putrajaya, AADK Negeri, AADK Daerah dan RELA.



Selepas taklimat, dalam jam 2.30 pagi kami dah bergerak ke lokasi masing-masing...ada beberapa kumpulan dipecahkan untuk ke lokasi yang berbeza...kami bertiga bergerak ke kawasan Selama dan aku pun tak tahu kat mana lokasi tu yang sebenar..yang aku tahu, dalam kebun kelapa sawit.

Sampai di lokasi, sekali lagi kumpulan yang kecil tu dipecahkan untuk berkawal di beberapa laluan pintu masuk ke kebun getah tu..jadi sementara tunggu hari siang, kami rilex-rilex dulu dan tidur dalam kebun kelapa sawit tu...huhuhu...berlapikkan plastik sampah je...



Sekitar jam 5 pagi, ada dua tiga biji motor masuk dan disebabkan masa tu kami masih menerima taklimat, jadi tak dapat tahan mereka-mereka tu yang dipercayai golongan penagih...

Mungkin sebab tak dapat tahan dorang yang masuk awal tu, jadi mungkin dorang dah bagitahu kawan-kawan dorang yang pihak AADK tengah buat serbuan kat lokasi tu...sedih tak dapat 'main' kejar-kejar...hahahaha...



Tapi aku tengok kakitangan AADK ni tak putus semangat...dorang masih tunggu lagi..mana tahu kot ada yang sampai untuk cari 'barang'...

Satu perkara yang aku suka tengok kakitangan AADK ni adalah dorang sangat bersemangat untuk membanteras masalah penagihan dadah dalam kalangan masyarakat. Mereka sanggup tidur dalam hutan kelapa sawit dan tempat lain yang memang tak selesa semata-mata untuk membantu masyarakat.



Aku respect dorang ni semua..tak semua boleh jadi macam dorang ni...kerja siang malam...kalau aku pun, mungkin aku akan fikir balik...hehehe...

Tapi hari tu, AADK berjaya menahan lebih kurang 67 orang yang disyaki penagih daripada lokasi yang berbeza...tahniah AADK..semoga usaha anda diberkati Allah dalam membantu masyarakat...insya Allah...

24 Mac 2016

Pengalaman Pertama Naik ATV


Penat tapi seronok..itu je yang mampu aku cakapkan...hehehe...sebenarnya dah lama aku teringin nak naik ATV ni...tapi masih tak jumpa tempat yang sesuai... kebetulan...baru-baru ni ada satu pihak ni yang menjalankan aktiviti ATV di Manong, Kuala Kangsar PM di Facebook Perak Today minta kami promosikan bisnes diam..jadi, bagai pucuk dicita ulam mendatang...kami pun pergi...


Pukul 11.30 lebih kurang kami sampai di Jeliang, Manong untuk cuba ATV...nama syarikat atau pengurusan ATV ni adalah ATV Manong...masa sampai tu...aku dah rasa gementar tapi teruja sebab pertama kali nak naik...


Selepas diberi penerangan serba sedikit dan cara nak bawak ATV ni, aku pun naik la....cuba dulu seround dua dekat kawasan tu dan ok..boleh teruskan...


Trek yang dibawa mulanya macam agak biasa...santai-santai sikit...tapi lama kelamaan..ambik kau...mencabar...jalan tak rata dan mendaki...untuk orang yang pertama kali naik ATV, memang tak yakin punya yang kenderaan tu mampu daki bukit, tapi aku dah buktikan...hehehehe...


Apa yang penting masa bawak ATV ni...kena yakin, pandai kawal ATV dan pandai main brek...itu je...ATV ni lebih kurang macam bawak motor, tapi korang tak perlu pulas minyak, cuma kena tekan je...hehehe...


Dan satu yang penting, apa-apaun jangan turun kaki masa bawak atau tersangkut...takut tayar belakang 'makan' kaki..aku hampir-hampir alami benda tu...


Ini jadi pengalaman berharga untuk aku...lepas ni boleh target benda lain pulak...scuba diving mungkin...hehehehe...

23 Mac 2016

Itu yang aku termampu...



Semalam, salah seorang sahabat aku telefon untuk ceritakan masalah yang dia tengah alami sekarang ni...aku dah kenal dia dekat dua tahun..dia banyak bantu aku, teman aku, bagi semangat dekat aku selama aku kenal dengan dia...walaupun orang cakap persahabatan kami ni masih baru, aku rasa aku layak panggil dia sahabat.

Sebab apa?bagi aku...dia ni jenis tak kisah nak tolong member-member...selagi dia boleh tolong, dia tolong...itu yang aku sangat hormat dan sayang dengan dia ni...

Masa dia telefon aku semalam, dia cerita masalah yang dia hadapi secara mengejut...aku hanya mampu mendengar dan tolong sekadar yang termampu...nak tolong lebih-lebih, keadaan aku sekarang pun tak berapa nak stabil...

Apa yang aku boleh buat, aku cuma mintak dia bersabar dan percaya rezeki tu ada di mana-mana..aku faham keadaan dia sekarang ni..apa yang aku mampu kata dekat dia...setiap yang jadi ada hikmahnya, ada rezeki dia nanti...aku percaya, dengan sikap dia yang tak berkira dengan member-member, aku yakin Allah akan balas segalanya dengan sesuatu yang setimpal...

Aku pernah cerita pasal dia dalam blog aku ni, cuma aku tak perlu sebut nama dia siapa...insya Allah sahabat...aku yakin ada sesuatu untuk kau nanti di masa akan datang...aku minta maaf sebab itu yang aku termampu untuk tolong...kalau ada rezeki, insya Allah...aku cuba bantu...

20 Mac 2016

Food Review : Terracerustic Cafe



Khamis lepas, aku ke satu cafe hipster yang aku baru tahu kewujudan cafe ni walaupun dah empat bulan operasi...kedudukan cafe ni walaupun berdekatan dengan Gerbang Malam, Ipoh, tapi mungkin disebabkan kedudukan cafe ni macam agak tersembunyi, jadi orang tak berapa perasan kalau jarang gunakan jalan tu...

Macam cafe hipster yang lain, cafe ni menggunakan nama yang unik dan nama 'Terrace' tu datangnya dari lot kedai teres manakala 'rustic' tu pulak bermaksud konsep atau dekorasi cafe ni...cafe ni menggunakan hampir 100 peratus kayu palet...tak macam cafe lain yang hanya gunakan sikit je kayu palet...jadi, situ dah satu kelainan cafe ni...

Dekorasi kedai, menarik...tak terlalu simple dan tak terlalu menyesakkan mata..itu aku jamin...







Okay..bab menu yang aku puji..setiap menu namanya tak pelik...walaupun kita dah biasa dengan menu tu, taip cafe ni masih menerangkan apa bahan yang digunakan dalam menu...harga??jangan risau, aku yakin mampu bayar dan harga pun aku rasa, masih standard dengan cafe-cafe hipster yang lain kat Ipoh ni...







Untuk malam aku buat review tu, kawan aku order Nasi Goreng Seafood (one of the famous dish) dan aku pulak pesan Prawn Aglio Spaghetti (kot...)lebih kurang camtu la bunyinya...









Wowwww....itu je...memang sedap spaghetti dia...terutama blackpepper dia terasa bila makan, tak terlalu masin dan cukup rasa dan ada cendawan dalam spaghetti tu buatkan lagi sedap...hehehhe...nasi goreng seafood?aku sangat-sangat recommend kat korang semua..ada lala, udang goreng tepung, papadom dan sotong...aku 'curi' rasa nasi goreng seafood kawan aku tu..dan memang mantap...



Makanan lain...aku rasa mesti sedap jugak..hehehehe..jadi Terracerustic Cafe ni akan jadi cafe yang aku akan cadangkan kepada semua orang yang nak datang ke sini...

Owh..jangan lupa cuba Aiskrim Kelapa dia...cukup untuk pencuci mulut...



Jadi kepada semua...jemput datang ke Terracerustic Cafe yang aku cadangkan ni...aku jamin korang akan puas hati...servis pun tak lambat dan pekerja yang sentiasa senyum...

Nama Café : Terrace Rustic Café

Alamat : No 68, Jalan Mustapha Al Bakree, Ipoh

Waktu Operasi : Selasa hingga Ahad (5.30 petang – 1 pagi)

Nombor Telefon: 017 728 7736 (Budi)

ATV Manong







18 Mac 2016

Kegunaan Book Planner

Aku sebenarnya tak guna sangat pun book planner ni...sebenarnya tak pernah guna langsung...tapi disebabkan dah kerja, kadang-kadang sampai aku terlupa aku dah janji yang aku buat atau program yang aku nak joined...mungkin sibuk dengan kerja dan macam-macam...aku jadi terlupa...

Walaupun ada 'Reminder' dekat telefon, tapi aku tak guna...sebabnya??aku rasa aku boleh ingat...tapi akhirnya...yaa hadooo...lupa macam tu jugak...



Baru ni masa aku cover satu majlis KPerak, aku dapat 'book planner'...aku tak teringin nak guna...tapi memandangkan bulan depan dan bulan 5 aku dah ada beberapa program yang agak besar, aku rasa aku patut guna planner...bukan apa..takut lupa...

Jadi..aku dah tulis siap-siap program-program atau rancangan aku supaya aku tak lupa dan senang nak susun jadual aku sepanjang satu bulan tu...insya Allah...mana tahu, aku akan ingat...kot...hahahaha....



Dan aku harap, aku dapat guna sepanjang tahun ni..takda la hangat-hangat taik ayam...heheheh...bukan apa...takut bila aku terconteng, aku pun jadi malas nak tulis sebab dah bercampur macam-macam...

16 Mac 2016

Sedap ke masak tempoyak?



Sejujurnya, walaupun aku ni 'hantu' durian, tapi aku bukan penggemar tempoyak termasuklah masak tempoyak...kalau campur dalam sambal belacan pun, aku takkan makan...aku tak tahu kenapa, mungkin sebab aku lebih suka nampak sebiji-sebiji kot ulas durian tu..(ps: kecuali kalau makan dengan roti jala dan durian crepe).

Tapi masa aku pergi pemukiman kat Hulu Perak bulan lepas, nampaknya persepsi aku dekat masak tempoyak dah berubah...masa kami dibawa ke Sungai Rui, aku 'terpanggil' untuk merasai buat kali pertama masak tempoyak...



Apa yang aku boleh cakap...memang superb...mungkin kena dengan cara masak dan rasa, aku boleh meratah ja ikan masak tempoyak tu...paduuu beb orang Gerik masak...dengan rasa tempoyak yang masam-masam manis, pedas dan kuah pekat, aku yang kenyang pun boleh bertambah nasik...

Lepas balik dari Gerik, satu tempat ja yang aku boleh jumpa masak lemak tempoyak dekat Gerik ni yang menepati citarasa aku...mana lagi kalau bukan D'Patin Temerloh...sebijik rasanya macam dekat Gerik...ya la..yang masaknya pun belajar dari orang Gerik...hehehehe...



Tambah lagi, guna ikan patin...walaupun bukan ikan patin buah (kalau tak silap ikan patin buah yang mahal), tapi kemanisan ikan patin dan kuah dia...kalau korang tak hirup sampai habis, aku tak tahu la nak cakap apa..hehehehe...

Sekarang ni, tambah lagi satu makanan kegemaran aku...masak tempoyak...

14 Mac 2016

Bila semua benda 'dibabikan'

Betul tak tajuk entry aku kali ni??hahahaha...bukan apa...tetiba ja aku terfikir..dalam kita keadaan marah atau bergurau dengan member rapat, perkataan 'babi' pasti terlepas dari mulut kita...apa salah binatang tu?

Kalau tak pun, bila kita tengah elok memandu, tetiba ada kereta mencelah mengejut depan kita, kereta depan slow dan sebagainya, automatiknya, kita akan 'membabikan' kenderaan depan tu...apa salah babi?

Selain dari tu...bila kita kena gigit kerengga, lipas terbang, cicak jatuh depan mata, burung terberak atas tangan, automatik binatang tu akan bertukar jadi 'babi'...tak ke haram jadinya binatang tu...sekali lagi, apa salah babi?

Bagi orang Melayu, babi tu kotor dan dalam Islam sendiri, babi tu haram hukumnya untuk disentuh (tanpa lapik-kalau salah, maafkan aku) dan untuk dimakan..tapi apa salah babi sampai kita dah sama levelkan binatang tu di tahap yang paling teruk??apa salah babi?

Dalam adat Melayu, babi tu adalah satu perkataan yang sangat kurang sopan terutamanya bila bab maki...betul tak?jadi..jagalah tutur kata kita dalam berbicara..mungkin kalau dengan kawan-kawan kita dalam bergurau, itu normal...tapi bagi orang yang baru kita kenal, jaga-jagalah bahasa kita...mana tahu, ada yang terasa...

Cuma satu ja aku nak tanya...apa salah babi?

~peace~

12 Mac 2016

Bila aku naik gila



Muka takda perasaan, muka serabut, muka rimas, muka tension, muka penat...hahaha...dah macam orang gila dah..

Lots of things happen lately...so...nak taknak, kena hadap jugak..lumrah hidup manusia...aku ni bukan jenis hati kering...ikut je la rentak permainan orang lain...

10 Mac 2016

Pengalaman orang lama...


Ok...bersambung lagi dari cerita sebelum ni...masa di Gerik selama lima hari tu, semua media diberikan homestay untuk tinggal. Satu untuk lelaki, satu lagi untuk perempuan. Untuk lelaki pulak, hanya ada dua tiga orang ja media baru...yang lain semuanya otai-otai.. nak dijadikan cerita, hanya aku sorang ja wartawan baru, yang lain semuanya dah berpengalaman lama dalam media ni...

Bila dah duduk serumah, keluar pergi majlis sama-sama, makan sama-sama dan rehat sama-sama, macam-macam cerita dan pengalaman yang aku dengar, seronok pulak dengar. Cerita dorang ni buatkan aku yang hampir patah hati dalam dunia kewartawanan ni, jadi bersemangat balik.

Pengalaman-pengalaman dorang ni sungguh buat aku teruja. Banyak benda yang aku boleh jadikan pengajaran dan tauladan untuk aku yang baru nak menapak dalam dunia media ni.

Dengar dorang pergi ke sana sini, cover majlis itu ini, memang aku pun naik excited. Walaupun bagi dorang itu antara pengalaman yang biasa-biasa.,tapi bagi aku orang baru ni, semua tu jadi pembakar semangat untuk aku terus kekal dalam dunia kewartawanan ni.

Cerita orang lama tak pernah habis. Sentiasa ada kalau rajin menyembang dan korek rahsia dorang...sebab tu, pandangan orang lama jangan sesekali kita abaikan. Walaupun kita fikir apa yang dorang lalui zaman tu tak sama dengan zaman kita, tapi kena ingat, kita pun akan lalui benda yang sama. Bila dah dengar cerita orang lama, sekurang-kurangnya kita dah bersedia...

09 Mac 2016

Lepaskan Apa Yang Kita Sayang...

Kadang-kadang bila sampai waktu dan ketikanya, kita terpaksa melepaskan apa yang kita sayang. Bukan bermakna bila kita sayang sesuatu perkara, benda atau seseorang tu, kita perlu memilikinya.., bagi aku, itu satu tanggapan yang salah.

Mungkin apa yang kita sayang tu, akan lebih baik kalau dia menjadi hak orang lain. Atau kita lepaskan dia bebas. Sekurang-kurangnya kita biarkan dia bahagia. Bagi aku mudah, kalau aku rasa dia akan lebih bahagia tanpa aku, aku akan lepaskan dia pergi. Aku tengok dia bahagia pun dah cukup untuk buatkan aku bahagia.

Buat apa kita nak biarkan dia menderita bersama kita, tetapi dalam masa yang sama kita bahagia?? Tak guna jika satu pihak ja yang bahagia. Walaupun sedih, kau terpaksa lepaskan. Nak buat macam mana kalau itu dah takdir yang dah ditentukan. Pasrah dan redha.

Apa yang aku tulis ni tak bermakna kau perlu lepaskan insan yang ada dengan kau. Tapi mungkin juga benda lain, barang, kenangan dan apa-apanyang dalam kehidupan seharian kau.

Belajarlah untuk melepaskan kalau itu mampu untuk buatkan kau atau dia bahagia...

06 Mac 2016

Filem Review : Boboiboy The Movie



Habis kerja, cousin aku telefon ajak tengok cerita ni..adeihhh..aku dah la tak pernah tengok walau sekalipun dekat TV...hahahaha...tapi disebabkan bosan, aku temankan la cousin aku pergi tengok dekat Ipoh Parade...

Disebabkan aku tak berapa 'layan' sangat cerita ni, jadi ini aku punya pendapat kasar je la...ye la..dah tengok tanpa keikhlasan, nak komen pun tak berapa ikhlas..hahahaha...

Bagi aku, filem animasi Malaysia dah maju...selepas Upin Ipin, filem ini pun bagi aku berjaya dan kalau nak disamatarafkan dengan filem animasi luar negara pun, dah boleh dah...filem animasi kita ni tak macam dulu..suara dengan mulut tak sama...tapi sekarang dah mantap..tak percaya??pergi tengok filem ni...

Dari segi jalan cerita, kalau korang layan Boboiboy dekat TV, pasti korang tahu semua perwatakan dalam setiap watak...tapi disebabkan aku tak pernah tengok di TV, aku ambil masa sikit untik fahamkan perwatakan setiap watak.

Elemen pulak, persahabatan. Itu yang aku suka tentang filem ni. Persahabatan yang kuat sangat ditonjolkan dalam filem. Dari mula sampai habis..

Elemen perang atau berlawan yang aku rasa tak melampau dan masih diterima serta sesuai dengan budak-budak yang nak pergi tengok filem ni..bahasa yang digunakan pun tak ada yang tak sesuai untuk budak-budak. Kalau tak, tak penuh la tadi panggung wayang...hehehehe...

Tapi sejujurnya, aku bangga dengan filem animasi ni...dah setaraf dengan filem animasi luar. Tengok, berulang kali aku cakap benda yang sama...hehehe...

Owh...dalam filem ni jugak ada tunjukkan beberapa isu semasa...contoh macam trend orang sekarang ni yang suka berselfie dalam semua keadaan (cemas, gembira, sedih), pickupline dan beberapa lagi.

Untuk orang dewasa dan masih belum ada anak kecil, aku rasa tak salah untum korang tengok filem ni...sesuai untuk lepaskan tekanan...lawak dan santai...

Aku bagi 9.5/10...lagi 0.5 sebab aku tak berapa nak 'ikhlas' tonton filem ni sebab tanpa dirancang...hahaha...apa pun, aku galakkan korang pergi tengok..

05 Mac 2016

Malam Apresiasi Media KPDNKK Bersama Media Perak


Lepas je balik dari Gerik selepas lima hari, malam tu ada malam media bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Impiana Hotel. Walaupun penat, tapi disebabkan malam media, dan aku sendiri pun banyak cover majlis Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen Larut, maka aku pun joined la malam media ni.

Temanya jersi..tak kisah lah jersi apa pun, yang penting jersi...hehehe...untuk makluman ye, aku tak ada jersi bola. Aku try cari di Betong tapi tak ada size...ahhh sudah..macam mana nak pergi ni.,takkan tak ikut tema...kebetulan malam tu ada perlawanan bola antara  Perak dengan Kedah dekat stadium. Terus aku pergi dengan harapan ada la size...hehehehe...


Nasib baik ada..,jersi Perak yang musim lepas punya...aku sambar satu, dengan mafla...saja nak bagi nampak lain...lepas beli, terus aku ke Impiana...terawal pulak..maka aku lepak-lepak la dulu dekat lobi hote.

Lepas daftar untuk cabutan bertuah, maka mulalah agenda malam tu...tak ada apa pun..makan-makan dengan tengok persembahan...itu ja..lepas tu macam biasa...ada cabutan bertuah dengan pakaian terbaik.

Cuba teka...hehehehe...aku dapat Pakaian Terbaik...tak percaya??hahahaha...aku pun tak sangka...masa tengah makan-makan tu, ada sprang staff datang tanya aku dari media mana dan mintak nama...senior dari Berita Harian cakap dah yang aku menang pakaian terbaik, tapi aku tak berapa percaya sampailah diumumkan..wowww...hahaha...


Sebab aku menang cuma satu..aku pakai mafla The Bos Gaurus...itu ja..yang lain takde...i'm the only one yang pakai mafla..yang lain takde...sebab tu la kot...hahaha...

Kemudian untuk cabutan bertuah, rezeki aku dan semua media...aku dapat electric oven...setiap media yang pergi, semuanya dapat hadiah...cuma ikut tuah la dapat hadiah apa...hahahaha...


Sebenarnya masa mula-mula tu aku dah aim hoverboard atau dron...tapi tak dapat...dapat kat orang lain,,takpe la...takde rezeki...dapat oven ni pun dah bersyukur....hehehe...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...