29 Februari 2016

Perlawanan Bowling Antara Media Perak


Cerita ni yang dua minggu lepas kalau tak silap aku...tapi disebabkan aku malas, lupa, sibuk dan outstation, maka malam ni baru aku berkesempatan nak update...hehehehe...

Ni pertama kali aku joined program media Perak. Eh silap, sebelum ni pun pernah joined, malam media Perak tahun lepas oleh MBI...hehehe..tapi ini kiranya yang dianjurkan  oleh kelab media Perak la...


Dorang buat pertandingan bowling. Aku ni bukannya pandai main bowling, setakat masuk longkang tu cekap la aku...hehehehe...walaupun tak menang apa-apa, tapi ada benda lain yang aku dapat...

Aku dapat kenal dengan member-member media yang lain. Bukannya sebelum ni tak kenal, tapi malam tu, semuanya enjoy dan dapat bermain sama-sama tanpa fikirkan bab kerja.


Lagipun, malam tu semua media ada, termasuk stringer dan wartawan daerah. Bila lagi nak kenal kan?? Alhamdulillah, mujur ada Pamoga..ehh..mujur ada perlawanan bowling. Dan aku jugak baru tahu, ramai media Perak ni nama Firdaus (-_-')...

Aku ingatkan dua orang je kat Ipoh ni yang nama sama macam aku...ada lagi rupanya...tak kisah lah.,janji seronok kerja..bila lagi nak dapat peluang macam ni..betul tak?

Tun Mahathir Umum Keluar UMNO

Sumber gambar : Google Image
Tengah aku siap-siap menunggu masa nak balik tadi, tiba-tiba member pejabat aku cakap Tun Mahathir umum keluar UMNO. Aku agak terkejut jugak walaupun perkara ni dah dijangka. Cuma tak sangka pulak secepat ni. Tarikh pulak cantik ja, 29 Februari 2016. Tahun lompat.

Ini bukan kali pertama Tun M ambil keputusan macam ni, sebaliknya kali kedua. Kali pertama adalah pada 2008. Masa zaman Tunku Abdul Rahman adalah berkecuali sebab dipecat, bukan keluar UMNO.

Bagi aku, tindakan yang diambil oleh Tun Mahathir ni wajar memandangkan dia orang lama dalam UMNO dan bagi aku, setiap apa yang dilakukan oleh Tun M adalah bersebab.

Setiap apa yang Tun Mahathir cakap sepanjang sidang media berlangsung, aku sangat setuju.


UMNO sekarang bukanlah sebuah parti yang mewakili orang Melayu, tetapi parti seorang individu. Aku tahu ada yang tak sependapat dengan aku tapi ini adalah pendapat aku sendiri.

Apa yang aku nampak, Tun Mahathir buat tindakan yang sepatutnya. Mungkin betul sebab dia nak naikkan anak dia dan kroni (seperti yang dikatakan orang-orang pro-N), tapi sekurang-kurangnya Tun Mahathir masih memikirkan kebajikan rakyat.

Berapa ramai yang cakap Tun Mahathir songlap duit rakyat sepanjang dia jadi PM? Bukti tak ada. Tapi kalau betul Tun M songlap duit rakyat, sekurang-kurangnya nampak pembangunan di Malaysia. KLCC, KL Tower, KLIA, Sepang, Putrajaya. Yang sekarang ni?? fikirlah sendiri.

Aku masih sayangkan UMNO, tapi pemimpin yang ada sekarang ni buatkan aku menyampah dengan pemimpin, bukan parti, aku harap UMNO dapat tukar pemimpin yang sepatutnya sebelum PRU akan datang.

28 Februari 2016

Filem Review: Munafik (5*)

Sumber gambar : Google
Selepas berkampung dekat Gerik selama lima hari dari 23 haribulan, hari ni baru aku dapat rehatkan badan.. tak rehat sangat sebenarnya. Sepanjang aku dekat Gerik, dari hari Khamis sampai Sabtu, aku tengok baca status kawan-kawan aku di Facebook semuanya komen tentang filem terbaru dari Syamsul Yusoff ni,  Munafik. Rata-rata komen, semua cakap filem ni best, banyaj unsur-unsur kejutan dan lain dari yang lain.

Sebenarnya, filem seram dari Skop Production sebelum ni aku tak pernah tengok walaupun ramaj cakap best, macam Khurafat dan Karak. Tapi entah kenapa kali ni aku rasa nak sangat tengok.

So, petang Ahad, aku pergi beli tiket untuk tengok waktu malam. Baru feel walaupun tengok pukul 8.20 malam. Dah la kelam kabut masuk panggung, dua kali aku nak terjatuh sebab gelap. Haishh...
Ok...bagi aku filem ni berjaya...aku bukannya peminat cerita seram..tak kira la Melayu atau luar negara, sebab tak minat...bukan takut ye...heheheeh...bagi aku, apa yang diceritakan memang penuh dengan elemen-elemen kejutan yang diluar jangkaan. Kostum 'hantu' pun nampak real berbanding filem-filem seram Malaysia yang lain.

Jalan cerita??mungkin agak keliru di awal-awal cerita, tapi di pertengahan kita dah clear dengan jalan cerita filem ni. Dan ada beberapa scene yang buat aku tertanya-tanya. Macam mana dia boleh ada dekat sini sedangkan tadi dekat sana...eh.,macam mana dia tau...ehh..ehh...ehh...

Tapi masih boleh faham keseluruhan cerita. Watak-watak utama...,Nabila Huda memang superb...aku akui kehebatan lakonan Nabila Huda. Syamsul Yusoff pun mantap walaupun sebelum ni aku agak kurang berkenan dengan cara lakonan dia. Watak lain cukup sebagai perisa dalam filem.

Nasihat aku, jangan pergi tengok filem ni sorang-sorang. Memang korang akan terkejut dan agak seram sepanjang berada dalam panggung. Aku sendiri pun ada satu dua scene yang buatkan aku rapatkan mata aku (bukan tutup ye). Hehehehe...

Ada jugak minah belakang aku tu jerit 'Allahuakbar...' masa satu scene tu.. tergelak satu panggung. Memang penuh dengan elemen kejutan filem ni. Mungkin lepas ni kalau ada filem seram dari Skop Production, aku akan tengok lagi..

Banyak Benda Tertangguh

Dah agak lama aku tak update blog...bukan tak ada bahan, tapi tak sempat cari masa..balik kerja dah penat kepala otak, jadi masa nak tidur pun, cuma bukak FB, Twitter dan Instagram...nak taip entry??malas gila...dah penat menaip dekat pejabat, takkan kat rumah pun nak menaip lagi??betul tak??

Untuk sementara ni, aku ada beberapa lagi I entry yang tertangguh sejak seminggu lepas...macam mana nak buat??hahaha...dah lama dah tu...tak tahu la aku ingat lagi ke tak entry-entry tu...

Nanti aku cuti,aku cuba untuk stabilkan balik entry blog aku..tapi nak kena seru dulu semangat 46..ehhh..semangat untuk update blog...

Selamat malam semua...

26 Februari 2016

Selamat Tinggal UMNO/BN..

Gambar PRU 2013

Aku ingat lagi masa mula-mula aku nak ambil tahu sepenuhnya pasal politik ni sejak aku tamat sekolah menengah. Sepanjang aku bersekolah, aku cuma ambil tahu apa yang aku rasa perlu dan penting, selain dari tu??memang aku tak ambil tahu...

Minat dalam politik ni mungkin datang dari abah yang memang aktif dalam politik. Jadi turun dekat aku sikit. Sejujurnya, sejak diploma aku dah mula macam aktif sikit tentang politik. Semua perkara politik aku ambil tahu, termasuklah dari parti pembangkang.

Itu dulu...masa aku tengok politik ketika tu nampak 'sihat' dan bersih. Tak ada yang terlalu mengipas dan membodek...

Tapi sekarang ni?? Aku dah jadi meluat dengan politik semasa. Baik politik di sebelah sini, mahupun di sebelah sana. Semuanya sama..pentingkan periuk nasi sendiri tanpa memikirkan rakyat.

Isu yang diperjuangkan?? Bukannya isu rakyat...tapi lebih kepada isu peribadi seperti macam nak melindungi seseorang demi kepentingan peribadi. Ini apa yang aku nampak. Yang korang semua nampak aku tak pasti.

Aku tak nafikan masih ada wakil-wakil rakyat yang betul-betul menyuarakan hak rakyat dan membela rakyat..tapi berapa ramai??itu yang aku nak tanya..,berapa kerat sangat yang betul-betul jaga kepentingan rakyat...yang lain??lebih kepada nak jaga jawatan dan poket sendiri.

Sekarang ni pun, aku dah tawar hati kepada UMNO dan BN...untuk undi UMNO/BN pada PRU akan datang...aku akan fikirkan...kalau si ''dia" masih pegang jawatan tu, aku rasa aku takkan mengundi untuk BN.

Tapi jangan risau..aku jugak takkan serahkan undi aku untuk PAS, PKR, DAP dan AMANAH. Well...PAS maybe aku boleh pertimbangkan lagi selagi dia tak bersama-sama PKR, DAP dan AMANAH..tapi kalau dia bersama-sama dengan pakatan yang lain, memang aku takkan bagi la..

Cuma buat masa sekarang ni, aku cuma nak ucapkan selamat tinggal kepada UMNO/BN selagi kepimpinan diatas tidak bertukar. Jangan salahkan aku, salahkan mereka yang kat atas sana tu yang terlalu menjaga kepentingan peribadi.

Kepercayaan aku kepada UMNO/BN akan mungkin akan kembali apabila pucuk pimpinan parti dipimpin oleh orang yang aku rasakan layak.

20 Februari 2016

Datang lagi perasaan ni...

Ingatkan masa belajar ja perasaan ni datang....rupanya dah kerja pun ada lagi perasaan macam ni...aku tak tahu la kenapa ada lagi perasaan macam ni...mungkin sebab rasa down sangat kot seminggu dua ni...macam-macam sangat aku hadap...dari kawan-kawan lagi...


Semua buat aku serabut...takda masa aku nak rehat...rehat-rehat pun, dah ada perancangan lain...oooppsss...itu salah aku...aku ambik cuti bukan untuk rehat...tapi ambik cuti untuk program aku sendiri...macam mana tu??

So bila dah banyak sangat benda nak kena buat...dan aku sendiri tak pandai nak susun, semua jadi serabut..,aku tak tahu la macam mana aku nak susun semua program-program yang aku dah rancang...semuanya aku down gila...dan semuanya diberikan untuk aku handle...

Haishhh...kena tenangkan fikiran untuk sehari dua ni...perlukan ketenangan tanpa ada gangguan...tutup internet, relax tepi pantai ambik angin...OMG...aku dah bayangkan Pulau Redang dan Pangkor dah....


Arrrggghhhh...tapi bilanya aku dapat pergi??? 😢😢



15 Februari 2016

12 Kedai Makan Sedap Di Shah Alam

Serius, aku sangat rindu Shah Alam atas sebab-sebab ni...

1. Nasi kukus RJ (Pusat komersial Seksyen 7)

2. Nasi goreng ayam Barra (Pusat Komersial Seksyen 7)

3. Nasi kerabu (Pusat Komersial Seksyen 7 -bangunan belakang menghadap highway)

4. Wong Solo (belakang Jakel)

5. Pecal Lele, Padang Jawa

6. Restoran Sharon Lou (belakang Gulatis Seksyen 7)

7. ABC Seksyen 2

8. Restoran Ombak, Pusat Komersial Seksyen 7.

9. Nasi Lemak Cinta Sayang (Pusat Komersial Seksyen 7.

10. Restoran Bisik-Bisik (belakang UNISEL Seksyen 7).

11. Nasi Lemak Meranti dan Jati (depan Kolej Jati dan Kolej Meranti Seksyen 2 - tak pasti masih beroperasi atau tak).

12. Ani Sup Utara (Pusat Komersial Seksyen 7).

Mesti pelik kan kenapa semua kedai makan yang aku senaraikkan semua di sekitar UiTM, terutamanya Seksyen 7. Sebabnya, dulu aku menyewa di Seksyen 7. Jadi memang situ la port aku makan selalu. Terutama sekali Nasi Kukus tu...

Selamat mencuba bagi orang yang nak pergi atau memang di Shah Alam,

11 Februari 2016

Kisah Puteri Lindungan Bulan


Kalau aku datang ke Padang Sera dengan mak abah, Kota Siputih tentu jadi tempat wajib untuk kami singgah untuk ziarah saudara-saudara dekat sini. Sebab abah dengan mak cakap, sini kampung arwah wan dengan tok. Aku pun selesa dan seronok bila ziarah dekat Kota Siputih ni...

Bercakap tentang Kota Siputih ni, kalau korang nak tahu ada satu tempat bersejarah iaitu Makam Puteri Lindungan Bulan. Orang Malaysia mungkin tak berapa tahu tentang tempat ni, tapi bagi penduduk setempat, kisah Puteri Lindungan Bulan ni memang satu sejarah yang menarik.

Kali pertama aku jejak kaki di makam ni kalau tak silap aku masa umur dalam enam atau tujuh tahun dan kali kedua, dua tahun lepas. Dan kali ketiga pada minggu lepas.

Okay..aku cerita sikit tentang Kota Siputih ni dulu...Kota Siputih ni dina dalam tahun 1282 oleh kerabat masa tu. Ketika tu, Kota Siputih ni dijadikan benteng pertahanan bagi kawasan Utara Kedah dari ancaman serangan Siam dan Acheh selain dari menjadi pusat pemerintahan ketika tu. Kemudian berpindah ke Kota Naga dalam tahun 1626. Okay, itu sejarah Kota Siputih.

Sekarang cerita tentang Puteri Lindungan Bulan...ini aku petik dari laman weh www.mykedah2.com ye...cuma aku tulis balik la...heheheh...

Kubur sebelah kanan katanya kubur alim ulama dulu.
Kubur puteri dan sorang lagi aku tak ingat dalam pagar tu?

AL KISAH...

Cerita Puteri Lindungan Bulan ni dikaitkan dengan serangan Acheh ke atas Kedah pada masa tu disebabkan Acheh merasa ditipu oleh Sultan Kedah pada ketika tu. Sebabnya?? Puteri Kedah yang berdarah putih, Puteri Lindungan Bulan, yang dipinang oleh kesultanan Acheh dah ditukar dengan puteri yang berdarah merah.

Jadi disebabkan Sultan Kedah ketika tu tak sudi menyerahkan Puteri Lindungan Bulan kepada kerajaan Acheh, Sultan Kedah kemudiannya sembunyikan puterinya di dalam sebuah lubang tidak jauh dari istana (masa tu Kota Siputih jadi pusat pemerintahan Kedah).

Sultan Kedah berdoa agar tempat lindungan puterinya tu tak dijumpai dan cahaya bulan tak dapat menerangi tempat persembunyian puteri Baginda pada waktu malam.



Acheh menang dalam peperangan tu, tapi masih gagal menjumpai Puteri tersebut dan puteri tersebut mangkat disebabkan kelaparan. Jadi dari situ muncul gelaran "Puteri Lindungan Bulan" kepada puteri tu. Sebabnya?? Walau terang macam mana sekalipun bulan pada waktu malam, tempat (lubang) tempat persembunyian puteri tu takkan terang.

-The End-

Jadi berdasarkan cerita dari saudara aku yang tinggal dekat makam tu, memang diakui walaupun malam tu bulan purnama penuh, ada satu tempat tu takkan diterangi oleh cahaya bulan walaupun seluruh kawasan tu terang.

Lokasi kubur ni atas bukit. Tak tinggi pun. Ada tangga dibina. Mungkin dalam 50 meter tinggi. Apa yang aku difahamkan juga dari cerita lisan, kawasan ni 'tak boleh' dibersihkan. Maksudnya kalau nak tebang pokok atau apa-apa aktiviti, memang tak boleh. Enjin mati tu perkara biasa kalau orang nak tebang pokok.


Ada cerita lagi, dulu ada satu stesen TV ni nak buat dokumentari tentang kisah Puteri Lindungan Bulan, tapi dorang tak boleh rekod satu apa pun sedangkan semua peralatan okay. Percaya?? Wallah hu'alam..

Disebabkan kubur atas bukit, arwah saudara aku (mungkin pangkat tok) pernah jumpa kepingan emas yang digunakan untuk 'Bunga Emas' masa dulu. Korang tahu kan Bunga Emas tu apa?? Sejarah kan??hehehehe...pihak muzium nak beli pun saudara aku tak nak jual..tapi sekarang, tak tahu ada kat mana kepingan emas tu...

Satu yang aku suka bila datang ke kampung ni dan makam Puteri Lindungan Bulan ni, pemandangan dari atas bukit memang cantik. Sangat cantik sebenarnya.. sawah padi..hehehehe...


Sera Sentosa Inn, Padang Sera, Kedah


Minggu lepas, aku ke Perlis untuk kenduri saudara aku...saudara jauh la kiranya sebab aku sendiri tak ingat...yang aku ingat, saudara aku ni dulu jiran aku kat kampung... 'sangkut' dekat mana, aku sendiri pun tak pasti...banyak sangat connectionnya...memandangkan aku, mak dan abah bergerak sehari awal, kami singgah di Padang Sera sebab nak ziarah saudara-saudara dekat situ, kampung arwah wan dan tok aku...

Jadi, kami menginap di Sera Sentosa Inn, sebuah hotel baru dan hotel pertama di Padang Sera, kalau tak silap aku. Hotel ni mula dibuka dalam bulan September atau bulan Oktober 2015. Jadi, ni kali kedua aku buat review tentang hotel...

Okay, lokasi hotel ni sangat strategik, tak jauh dari jalan utama dan lokasi parking yang luas...jadi tak perlu nak berebut parking...hehehe...kemudahan dalam hotel pun sempurna...semua lengkap.

Harga??memang murah...masa aku pergi mi, harga RM68 untuk standard room dan RM98 untuk triple room. Murah kan??mungkin ini harga promosi dan kalau bukan promosi pun, aku rasa harganya tak mahal pun.



Selain hotel ni, pemilik juga ada homestay dan chalet. Untuk homestay, aku pernah menginap awal tahun lepas, tapi aku tak review, sebab masa tu tak pernah buat review tentang penginapan, tapi kemudahan dekat homestay pun sempurna.

Untuk Sera Sentosa Inn, harga yang dikenakan sangat berbaloi, lebih sebenarnya..harga murah tapi kualiti dan perkhidmatannya mantap dan terbaik...

Pekerja yang mesra dan mudah tersenyum, kebersihan bilik, lokasi semuanya berbaloi dengan bayaran yang korang keluarkan.




Arah kiblat dan sejadah turut disediakan...
Cumanya, dekat bilik hotel tak ada tingkap untuk kita tengok pemandangan..tapi jangan risau, hotel ni ada sediakan balkoni untuk kita tengok pemandangan yang aku yakin kalau kita datang tepat pada masanya, memang cantik dan tenangkan fikiran...pemandangan sawah padi...masa aku datang ni, padi semua dah dituai, jadi pemandangan 'kurengggg' sikit la...cuba korang bayangkan sawah padi yang hijau dan kuning keemasan..memang cantik kot,..


Kalau korang menginap dekat sini, ada beberapa tempat yang menarik yang korang boleh melawat..antaranya Makam Puteri Lindungan Bulan (5 minit dari hotel), Gua Kerbau (10 minit) dan Nat Kebun Getah (30 minit). 

Hari Ahad malam Isnin ada pasar malam bersebelahan dengan hotel yang dibuka dari petang sampai pukul 10 malam dan korang boleh cuba makan nasi kuning dekat situ...memang sedap gilaaaaaaa...dan Isnin pagi, ada pasar betul-betul depan hotel. Dibuka dalam pukul 10 pagi hingga lewat petang katanya...


Kat sini macam pasar minggu biasa..jual pakaian, barang basah dan makanan. Ada 1 peniaga ni, menjual barangan lama macam raga ikan, serkap ikan, dan benda-benda yang kita tak pernah tengok...contohnya macam buah sintok. Buah sintok ni katanya ada banyak khasiat..itu aku tak pasti, korang boleh google tengok apa khasiat buah sintok ni...
Buah dan biji sintok

Jadi, itu yang aku nampak apa yang ada di hotel Sera Sentosa Inn..dengan harga yang murah, kualiti hotel, pemandangan, daya tarikan dan staff yang mesra, aku yakin hotel ni boleh berkembang maju...hehehe...

Cuma dekat hotel ni, liputan Wifi hotel cuma terhad di kawasan lobi sahaja. Dekat bilik memang tak ada wifi. Jadi mungkin pihak hotel boleh lebarkan lagi perkhidmatan wifi dekat kawasan bilik.

Jadi kalau korang datang ke kawasan Padang Sera dan Kodiang, boleh duduk kat sini, aku alu-alukam.

10 Februari 2016

Nat Kebun Getah aka Nat Pauh

Korang tahu apa tu 'Nat'? Mesti untuk orang bukan utara tak tahu kan 'Nat' tu apa??aku pun mulanya tak tahu..tapi sekarang aku dah tahu..hehehe...

Ahad dan Isnin lepas aku ambil cuti selama dua hari untuk jadi 'driver' kepada Abah dan Mak untuk pergi kenduri dekat Perlis...pergi 1 malam je...tapi sebelum pergi tu, abah dah plan untuk ke dua tempat.. Nat Kebun Getah atau dikenali sebagai Nat Pauh dan Padang Besar...

Ahad tu, jam 7 pagi dah gerak dari kampung...tiga jam wei drive...dah la malam tu pun tidor lewat...tapi takpe...untuk mak abah, apa salahnya...lepas berhenti sarapan di R&R Gurun, terus ke Pauh, Perlis...

Ini kali kedua aku sampai kat Nat Kebun Getah ni...sebenarnya Nat ni bahasa orang utara (Kedah n Perlis terutamanya) yang bermaksud Pasar hari atau pasar minggu...

Apa yang menarik dekat Nat Kebun Getah ni, semua gerai-gerai dibuka dalam kebun getah...besar pasar minggu dia...





Menarik kan?sejuk je masuk dalam pasar minggu ni..pasar ni macam pasar minggu yang lain-lain..jual barang basah, ulam-ulam kampung, tudung dan pakaian bundle...

Tapi yang lebih menarik...ada jual barangan antik kat sini...bagi penggemar barangan antik..aku cadangkan korang datang sini untuk bershopping barangan antik...







Lepas 'buang masa' dekat sini, terus kami ke Padang Besar...rasanya aku tak perlu cerita kot apa yang ada dekat Padang Besar ni...semua tahu kan...

Bagi aku, Nat Kebun Getah ni memang menarik..selalu kita tengok pasar minggu di kawasan lapang di tengah-tengah pekan..tapi kali ni dalam kebun getah...menarik kan?tak jumpa kat tempat lain...

Nat ni bukan terkenal untuk orang Perlis dan Kedah ja, tapi orang luar yang pernah datang ke sini...aku jamin, orang yang pertama kali datang ke sini, akan datang buat kali kedua dan seterusnya..sebab apa??sebab keunikan Nat Pokok Getah ni sendiri...

05 Februari 2016

Terlajak kata, binasa badan...

Google Image

Pernah dengar peribahasa, kerana pulut santan binasa, kerana mulut, badan binasa?? Mesti pernah kan...peribahasa ni selalu sangat kita dengar dari sekolah rendah sampai la dah kerja.

Sebab tu orang cakap, sebelum nak cakap apa-apa....fikir dulu. Takut ada kesan di belakang hari. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata??haaa...jawablah?? Merana la diri...

Kadang-kadang aku sendiri pun tak fikir dulu apa yang aku nak cakap..bila dah cakap, baru menyesal..itu pun lepas beberapa lama selepas aku cakap tentang sesuatu perkara tu. Kesannya?? Fikirlah sendiri..

Otak digunakan untuk berfikir. Jadi fikirlah sebelum berkata-kata. Bukan untuk berkata ja, tapi untuk bertindak. Jangan bertindak ikut emosi, jangan bercakap dalam emosi. Dua perkara yang berbeza, tapi punya kesan yang sama. Akibatnya? Kita akan tanggung. Kalau tak dalam masa terdekat, pada masa hadapan mesti kita akan kena jugak.

Konklusinya?? Fikir dulu sebelum bercakap. Jangan sudah terhantuk haru tengadah. Takut nasi sudah jadi bubur, tak guna nak menangis lagi.

Ok bai...

03 Februari 2016

Isu MB Kedah: Apa pendapat aku?


Bagi yang minat tentang dunia politik tanah air, mesti tahu tentang apa yang terjadi seminggu dua ni. Kecoh dua minggu kebelakangan ni tentang isu Menteri Besar Kedah yang dikatakan hilang kepercayaan dari ADUN-ADUN Kedah terhadap (bekas) Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Tapi, awal-awal aku cakap, ini adalan sekadar pendapat peribadi aku sebagai salah seorang yang ambil tahu tentang dunia politik di negara ni. Tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Seawal aku dapat tahu tentang hilang kepercayaan terhadap Mukhriz ni, aku sendiri terkejut. Bukan apa, angin tak ada, tiba-tiba ada satu sidang media yang mengumumkan mereka ni hilang kepercayaan terhadap Mukhriz. Apa sebab?

Antara alasan yang diberikan, Mukhriz gagal untuk satukan jentera UMNO/BN Kedah untuk menghadapi PRU yang akan datang dan beberapa lagi alasan lain yang aku rasakan sangat kurang munasabah. Aku tahu, aku bukan orang yang duduk dalam kepimpinan UMNO Kedah, tapi perkara tu aku sendiri dapat rasakan ada udang di sebalik batu.


Bagi aku, secara peribadi, Mukhriz orang yang 'bersih' dari segala isu dan skandal yang besar. Tak ada isu yang boleh menjejaskan reputasi dia sebagai MB Kedah. Setakat 'serangan' kecil dari pihak lawan, aku rasa mana-mana negeri pun hadapi perkara yang sama.

Mungkin disebabkan dia anak 'seseorang' yang lantang mengkritik pucuk pimpinan negara dan Mukhriz yang tidak 'sebulu' dengan Presiden parti, maka ada unsur-unsur untuk menjatuhkan beliau sebagai MB Kedah.

Perkara ni dapat dilihat apabila Mukhriz dilihat ambil langkah selamat dengan tidak menyatakan sokongan kepada 'individu' terbabit, maka ada gerakan untuk menjatuhkan beliau dengan alasan, hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.


Dari apa yang aku baca di media-media arus perdana dan portal berita, Mukhriz tidak akan menyatakan pendirian selagi hasil siasatan tidak diputuskan. Aku rasa itu satu langkah yang baik sebagai seorang pemimpin.

Betul, sebagai seorang pemimpin bawahan, perlu untuk seseorang itu menyokong pemimpin atasan sekiranya pemimpin atasan tu didapati tidak bersalah tapi digesa untuk meletakkan jawatan. Berlainan dengan Mukhriz, dia ambil langkah untuk tidak nyatakan sokongan selagi siasatan belum tamat. Apakah itu salah? Mukhriz bukannya kata dia tidak sokong, sebaliknya hanya menunggu siasatan dijalankan sepenuhnya. Cant you wait for that??

Tapi sekarang, nasi dah jadi bubur. Mukhriz dah terima nasib yang sama seperti yang menimpa dua pemimpin tertinggi UMNO, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie.

Apa yang aku boleh katakan, bersabarlah DS Mukhriz. Ramai yang sokong anda. Tidak mustahil Kedah akan jatuh semula ke tangan pembangkang dalam PRU akan datang. Dalam keadaan UMNO/BN yang makin tenat sekarang ni, membuang orang yang mempunyai pengaruh besar adalah satu tindakan yang bodoh dan keterlaluan.

Bersabarlah DS Mukhriz, TS Muhyiddin dan DS Shafie. Rakyat sentiasa bersama anda. Apa yang membuatkan aku kagum, ketiga-tiga pemimpin ini tetap setia pada UMNO,


Filem Review : Ola Bola TERBAIK!!!

Dah macam agak lama aku tak update tentang review filem..last aku update rasanya tentang Langit Cinta..kali ni aku nak review sikit tentang Ola Bola. Tengok tajuk pun dah tahu pasal bola sepak kan??hehehe...



Aku memang tak minat bola sepak. Sikit pun tak minat. Tapi bila aku tengok trailer dan tahu pengarah filem ni adalah pengarah yang sama untuk filem The Journey, aku teringin nak tengok. Jadi, habis kerja hari ni, aku terus ke AEON Kinta City. Ngam-ngam aku duduk, wayang dah start. Aku tak sempat tengok trailer-trailer filem lain.

Jujur aku cakap. Filem ni tak ada cacat celanya. Tak ada unsur-unsur cinta yang merepek seperti dalam drama dan jalan cerita yang merapu. Dari awal sampai habis, aku hayati filem ni. Tambah lagi, aku duduk sorang satu row tu.. forever alone la katakan.

Filem ni sarat dengan semangat setiakawan, kekeluargaan, semangat berpasukan, kemasyarakatan dan banyak lagi.

Dalam filem ni jugak, aku sedar, sukan memang mampu satukan semua kaum di Malaysia. Korang akan dapat rasa perasaan tu masa menonton filem ni.



Ada dua tiga babak dalam filem ni yang berjaya menyentuh perasaan aku dan di akhir-akhir filem ni, berjaya buatkan aku HAMPIR menitiskan airmata..aku mengaku tu...heheheeh...

Sepanjang menonton filem ni, korang takkan perasan pun yang banyak guna CGI. Memang tak perasan. Mungkin tak perasan sebab jalan cerita yang hidup.

Sinematografi yang sangat cantik bagi aku. Skrip yang sedikit sebanyak menyentuh perasaan. Aku bagi 10 bintang untuk filem ni.

Walaupun aku bukan peminat sukan bolasepak, aku akui, perlawanan akhir Malaysia menentang Korea Selatan buatkan aku berdebar. Hehehe...sangat aku akui tu.

Walaupun tak ramai pelakon yang popular dalam filem ni (kecuali Bront Palare), dan dua watak yang berlakon dalam filem The Journey, filem ni tetap berjaya. Pelakon-pelakon berjaya buatkan jalan cerita ni hidup.

Bagi aku, Malaysia perlu perbanyakkan lagi filem-filem macam ni. Tak perlu keluarkan filem-filem yang merepek terlalu banyak. Walaupun ada yang cakap, filem mereka ada maksud tersirat, itu tak membawa apa-apa makna. Masyarakat sekarang tak suka tengok yang tersirat.

"Kita kalah sama-sama, kita menang sama-sama.."

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...