10 Disember 2016

Lantai puisi semakin jauh



bila aku ke Pangkor baru-baru ni untuk tugasan liputan Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) 2017, terus aku teringat zaman sekolah dulu. Aku rindu untuk kembali berpuisi di atas pentas.

Boleh dikatakan sejak sekolah rendah lagi, aku dah aktif dengan segala macam pertandingan di atas pentas. Dari syarahan, pidato, sajak, syair, pantun dan bermacam lagi. Memang aku tak pernah tinggal sampai ada masanya, hanya aku seorang pelajar lelaki yang sertai pertandingan deklamasi sajak. Tak kira lah hari guru, hari merdeka, hari Malaysia, Maulud Nabi, Awal Muharaam semuanya aku masuk.

Pernah aku tulis sajak. Banyak jugak la. Tapi dah hilang dah sajak-sajak tu semua. Entah ke mana hilang semua tu. Aku minat sastera Melayu. Bahasa yang cukup mendalam. Penuh isi tersirat yang kadang-kadang susah nak faham. Satu kepuasan bila aku sendiri dapat terjemahkan maksud yang tersirat tu.

Tapi bila masuk diploma sampai la ke degree... Semua tu aku dah tak aktif. Tak tahu kenapa. Mungkin sibuk dengan belajar dan aktiviti kelab yang lain, aku jadi lupa untuk berpuitis. Cumanya aku dapat tulis di blog dan facebook. Cukuplah untuk aku luahkan apa yang tersirat walaupun senang orang lain nak faham kalau dorang terbaca. Hahahaha...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...