07 Disember 2016

Kurusnya Aku, Gemuknya Kau...

Tak faham betul aku bila orang kurus ni kata diri dia gemuk. Dia nak kurus macam mana lagi? Sampai tinggal tulang? Adeihhh... Apa la nasib badan... Kalau orang gemuk nak kurus, aku boleh faham la kenapa... Tapi kalau orang yang dah memang sedia kurus, nak kurus macam mana lagi?

Kalau terlebih kurus pun jadi masalah jugak. Masalah kesihatan pun sama macam orang yang terlebih 'sihat' ni cuma dalam istilah yang berbeza. Yang dah berat ideal tu, tolong la jangan kata korang tu gemuk... Annoying tahu tak. Ke nak harapkan orang cakap 'mana ada, kau tak gemuk la'... Memang korang dahagakan pujian ke apa? Tak faham betul aku.



Aku yang dah sedia gemuk ni pun kadang malu nak cakap aku ni gemuk, korang yang dah kurus ni senang-senang hati cakap diri korang gemuk, dah kenapa kau? Tak faham betul aku.

Sudah-sudah la...jangan nak perasan diri korang tu gemuk kalau dah kurus. Kalau nak rasa diri tu gemuk sangat, meh sedut lemak aku ni. Aku bagi free je...

1 ulasan:

atiehilmi dot com berkata...

hahahaha~ sindrom gemok nih biasanya suka kat orang perempuan tau.. padahal BMI dah normal jek.. ngade nak kurus kering macam lidi.. tahpape..

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...