30 Disember 2016

KENAPA HIDUP AKU TAK MACAM DIA?



Bukan sekali dua, tapi berkali-kali persoalan macam ni datang dalam fikiran aku. Cemburu tengok kejayaan rakan sebaya, bahkan yang lagi muda dari aku. Kadang-kadang rasa macam tak adil (Astaghfirullah)..

Tapi bila aku berfikiran macam tu, cepat-cepat aku bermuhasabah diri. Sedar di mana aku berpijak. Semua yang aku lalui ni dah ditentukan di atas sana. Jangan pernah pertikai, jangan pernah persoalkan. Pasti ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku.

"KENAPA HIDUP AKU TAK MACAM DIA?"

Tipulah selama kita hidup di atas muka bumi ini kita tak pernah terlintas pun di fikiran dengan soalan macam ni. Paling tidak pun sekali mesti pernah kan?

Kadangkala bila kita tengok kehidupan orang lain, kita rasa suka dan teringin sangat menjadi diri mereka. Serba serbi cukup, sentiasa ceria seolah-olah tak pernah menghadapi masalah macam kita.

Bila tengok kawan-kawan seusia berjaya dalam kerjaya masing-masing, kadangkala bukan cemburu yang datang menerpa tapi sifat 'rendah diri terlampau' yang singgah tak semena-mena.

"Kau bolehlah. Kerja besar, belajar tinggi, duit banyak. Aku ni apa ada?"

"Kahwin dah si amat. Aku ni ha nak sara diri sendiri pun tak lepas. Apakan lagi nak berbini"

Ingatlah jalan hidup kita sebenarnya berbeza-beza. Tak semua kisah kita sama. Masing-masing pasti boleh berjaya cuma tinggal diri kita saja untuk laksanakannya.

Buat kawan-kawan semua. Kita semua punya kehebatan dalam diri kita. Jangan terlalu merendah diri, bangunlah bina hidup masa depan kita nanti. Sempena tahun 2017 ni nanti, janji pada diri agar jadi lebih baik dari sebelumnya.

INGAT! TUHAN TU TAK KEJAM...
In sha Allah

(FB : Zaidi Aziz)

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...