03 Disember 2016

Filem Terbaik Indonesia

Pertama sekali, aku nak tegaskan ini adalah sekadar pandangan peribadi aku, jadi mungkin ada yang tak sependapat dengan aku, aku minta maaf siap-siap. Lagi pun, ni kan blog aku, so aku ada hak nak tulis apa ja..hahahaha...

Okay...teruskan...antara banyak-banyak filem Indonesia, ada beberapa filem yang bagi aku terbaik dan sampai mesej yang nak disampaikan. Rudy Habibie (2016), Laskar Pelangi, Ketika Cinta Bertasbih, Yasmine (gabungan Indonesia, Malaysia) dan beberapa filem lain.



Bagi aku, filem-filem ni ada kelainan kalau nak dibandingkan dengan filem-filem Indonesia atau Malaysia sendiri. Ada mesej yang jelas nak disampaikan pada penonton dalam gaya yang santai dan rileks. Mesej yang nak disampaikan tu secara terus aku boleh dapat, tak perlu nak berfikir.



Walaupun ada dua tiga filem ni berkisarkan tentang cinta, tapi ianya tak tertumpu sangat pada kisah cinta tu, ada mesej lain yang bagi aku, lebih penting untuk disampaikan. Kisah cinta tu sebagai penyedap cerita saja.



Dan kalau ada kisah cinta pun, jalan ceritanya cukup berbeza dengan filem-filem cinta yang ada dekat Malaysia dan filem-filem cinta Indonesia yang lain.

Aku tak nafikan, Malaysia pun ada filem-filem macam ni, tapi berapa banyak? Boleh kira dengan jari. Sangat sikit. Filem cinta dekat Malaysia ni banyak, aku tak nafikan perkara tu, tapi dalam banyak-banyak filem tu, berapa ja yang berkualiti? Berapa banyak filem-filem tu ada 'kelainan'? Itu persoalan aku. Sangat cliche jalan cerita. Anak orang kaya jatuh cinta dengan anak orang miskin, keluarga tak restu, kahwin paksa dan lain-lain. Dari filem sampai la ke drama. Jalan cerita sama, yang membezakan cuma skrip dan pelakon.

Setiap kali ada filem baru (filem cinta) akan dikeluarkan, semua pelakon sampai pengarah akan cakap benda yang sama iaitu filem ni ada kelainan berbanding filem-filem sebelum ni. Aku nak tanya, kelainan yang macam mana? Hanya pelakon dan skrip sahaja yang berlainan. Jalan cerita? Sama. Tambahan lagi kalau adaptasi dari novel sekarang ni. Semuanya sama. 99.99 peratus sama.

Aku tahu aku bukan orang filem. Tak ada pengalaman dan pengetahuan dalam dunia perfileman. Tapi ini sekadar pandangan aku sebagai penonton. Aku nakkan sedikit kelainan dalam industri perfileman dalam negara. Cuba berfikir sesuatu di luar kotak. Walaupun filem-filem cinta kat Malaysia ni ada sesetengahnya box office, tapi sebab apa?sebab cerita atau pelakon? Kadang-kadang jalan cerita biasa, tapi disebabkan pelakon tu hensem dan cantik, maka ramailah yang pergi tengok filem tu.

Ada beberapa pengarah di Malaysia aku suka tengok filem dorang walaupun pelakonnya mungkin tak popular, tapi aku yakin ada mesej yang nak disampaikan kepada penonton.

Aku harap, Malaysia jugak mampu keluarkan filem yang betul-betul menyampaikan mesej yang jelas dan kelainan.

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...