02 November 2016

Kenapa aku suka laut?



Kenapa aku kalau nak bercuti aku akan pilih pantai atau laut? Kenapa aku tak pilih menginap di hotel mewah atau pergi bershopping di tempat-tempat yang orang selalu pergi? Atau kenapa aku tak pilih taman tema atau tempat peranginan tanah tinggi?

Bagi aku, tempat yang betul-betul menenangkan adalah tepi laut. Dengar bunyi ombak, angin kuat atau sepoi-sepoi bahasa. Itu dah cukup menenangkan aku. Sebab tu kalau kawan-kawan ajak pergi bercuti, aku lebih suka pergi pulah atau pantai peranginan. Takda makan pun tak apa, janji boleh berbaring dan nikmati udara segar.



Tapi kalau aku kesuntukan masa atau malas nak pergi laut, aku akan cari air terjun dan tak ramai orang pergi. Itu salah satu tempat yang memang aku selalu jugak pergi. Aku tak suka pergi taman tema atau membeli belah. Tak tenang fikiran pun. Lagi serabut ada.

Kalau tanah tinggi, aku kurengg sikit. Tak tahu kenapa walaupun ada pemandangan yang cantik. Aku lebih suka dekatkan diri aku dengan air. Kalau berendam dalam laut atau air terjun, aku rasa tenang gila... tak fikir masalah pun. Kiranya bunyi ombak dan aliran air terjun tu bawa jauh masalah aku. Kalau korang macam mana?

3 ulasan:

Rozita Abdul Rahman berkata...

takut laut tp berumah jugak dekat dengan laut.. huhu.. laut china selatan lagi tu.. tp akak lebih suka air terjun dan tempat tinggi yg sejuk..

Reen Johari berkata...

Reen nak sangat pergi Kundasang.. Nak rasa cuaca sejuk dan lihat bintang yang banyak di langit sambil berbaring di atas rumput. :)

Cameron memang lebih dekat, cuma.. Cameron dah tak rasa kesejukkannya..

http://www.reenri.com

Sue Izza berkata...

lebih suka air terjun dan sungai,tapi kalau ke pantai suka lepak tak suka mandi heeee

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...