07 Oktober 2016

Tinggal baju di dobi layan diri



Nampak baju di dalam mesin dobi sebelah kiri sekali tu? Aku tak tahu baju siapa tapi dari aku sampai untuk mendobi hingga la aku dah siap guna dryer dekat dobi tu, tuan punya baju tu tak datang untuk ambil baju-baju dia.

Mesin yang aku guna untuk baju-baju aku yang kanan sekali sebab masa aku sampai, tiga mesin yang tengah tu ada orang pakai. Tak kisah la..cuma tuan punya baju yang mesin kiri sekali tu...adeihhh..secara tak langsung menyusahkan orang lain. Nasib baiklah petang, orang tak ramai. Kalau sampai ke malam dia tinggal, mahunya kena sumpah seranah dengan orang lain.

Aku tahu, bosan sebenarnya menunggu dobi layan diri ni. Minimum 20 minit kena tunggu untuk basuh. Aku pun kadang-kadang bila mendobi, aku akan pergi minum dulu, tapi aku akan sentiasa alert dengan waktu. Agak-agak nak habis, aku pergi semula ke dobi tu sebab malas nak tinggal lama-lama. Orang lain pun nak pakai jugak mesin basuh tu. Jangan fikirkan diri sendiri ja.

Tapi..masalahnya sekarang mana stokin-stokin aku? Tinggal sehelai ja ni dari empat pasang yang aku bawa ke dobi...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...