30 Oktober 2016

Teringat kerja di R & R Gunung Semanggol



Bila aku tengok status Facebook Dlaila Mee Udang pasal staff yang suka ponteng kerja, terus aku teringat masa aku kerja dekat R & R Gunung Semanggol arah selatan lepas SPM dulu. Banyak kali jugak aku kena. Hahahaha...

Paling aku tak boleh lupa masa hari terakhir cuti Tahun Baru Cina. 16 JAM AKU KERJA TANPA HENTI. memang orang ramai gila. Nak makan pun tak sempat. Nak minum pun curi-curi je. Tak sempat rehat, customer dah datang, jadi nak kena kemas meja bagai.

Itu belum masuk lagi air tumpah, sapu abu rokok, makanan tumpah semua. Penat wooo... nasib baik dapat gaji lebih. Kiranya bulan pertama aku kerja situ, dapat la dalam RM800. Agak besar bagi aku yang baru berumur 18 tahun masa tu.

Kalau hari biasa tu, ada staff ponteng, aku tak kisah sangat sebab orang tak berapa ramai. Tapi kalau hujung minggu. Ada staff ponteng, memang sakit hati.

1 ulasan:

Eeca Shyaa berkata...

i know how you feel. hiks. sy pun kerja di kedai makan ayah. hari jumaat and weekend mmg busy. sbb tu selalu pesan pekerja lain kalau taknak lapar better makan awal hahah!

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...