03 Oktober 2016

Tenggelam Dalam Ego Sendiri



Orang cakap lelaki ni egonya tinggi...tapi ada juga yang cakap, perempuan egonya yang tinggi... baik yang muda mahu pun yang tua ego yang tinggi mesti ada. Perkara tu tak dapat dinafikan dan bergantung pada situasi seseorang.

Tak salah untuk buang sedikit ego kita demi kebaikan bersama. Tapi sayang, ramai yang beranggapan kalau buang ego tu, maksudnya kita kalah dalam 'pertarungan' yang kita sendiri cipta.

Mengalah tak bererti kita kalah dalam 'pertarungan'. Membuang ego tak semestinya kita ni lemah. Ada masanya, egi sendiri perlu dibuang demi sesuatu yang lebih berharga. Keluarga, persahabatan dan cinta.

Untuk apa kita terus meninggi diri dengan ego setinggi langit kalau itu membuatkan ramai orang dikeliling kita merasa sakit dan terluka? Untuk apa ego terus tinggi di awan kalau hati kita terus sakit dan bernanah? Untuk apa?

Buangkan ego dalam diri. Buangkan sikap 'AKU' dalam diri. Buangkan sikap 'DIA SIAPA?' dalam diri. Jangan biarkan ego itu terus menjadi barah dalam diam. Jangan biar ego itu memusnahkan apa yang ada. Jangan tenggela dalam ego sendiri...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...