16 Oktober 2016

Tak salah lelaki masuk dapur...



Orang cakap, dapur ni tempat perempuan. Tapi tak salahkan kalau lelaki pun nak masuk dapur untuk buat kerja-kerja kat dapur? Sekarang nj dah normal dah untuk lelaki buat kerja-kerja dapur untuk bantu orang rumah. Takkan nak mengharapkan isteri ja kan? Kalau isteri tak bekerja okay la ada sikap 'malas' sikit nak masuk ke dapur tu. Tapi kalau isteri bekerja, dua-dua penat.. so kena la faham-faham sendiri. Saling membantu.

Kalau bujang, masuk ke dapur untuk buat air dan masak mee segera, ok la kan, tapi kalau dah kahwin, takkan nak biarkan isteri tu terkontang-kanting kat dapur memasak.

Sedangkan aku yang bujang dan single ni pun bila balik ke kampung rajin masuk ke dapur untuk tolong mak aku memasak, takkan yang dah kahwin pun tak boleh? Aku pun cuma tolong potong-potong sayur je, nak memasak tu tak pandai...hahaha... jadi tolong je la mana yang tahu.

Ala...lagi pun bukannya pelik kalau lelaki memasak. Chef-chef terkenal dunia pun kebanyakannya lelaki. Chef Wan, Gordon Ramsey pun lelakj jugak kan?

Jadi ringan-ringankanlah wahai lelaki untuk masuk ke dapur tu. Bukan apa, kalau ada isteri nanti yang balik kerja lambat, boleh la juga memasak. Kan sweet gitu...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dlm islam masak-memasak kerja suami. isteri masak untuk suami dengan ikhlas dapat pahala berbakul2. takkan masih tak boleh terima hakikat ini lagi.

Kak Long berkata...

Betul2..
Berbunga rasa hati bila org laki datang tolong kita..
Tumbuk bawang n basuh pinggan pun jadi la.. :>

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...