13 Oktober 2016

Sungguh Aku Rindu

Gambar Hari Pertama Praktikal

12 Oktober 2011 adalah hari pertama aku melangkah masuk untuk mulakan perjalanan aku dalam dunia hospitaliti atau lebih tepat, industri pelancongan di Battuta Travel Sdn Bhd (Pangkor Island Holidays Sdn Bhd) di Lumut, Perak. Lepas dua tahun setengah aku belajar teori, tiba masanya untuk praktikkan apa yang aku belajar sebelum tu.

Aku rindu nak bawa pelancong dari Lumut ke Pangkor. Rindu nak book hotel untuk pelancong ke Pangkor, Port Dickson, Langkawi dan Cameron Highlands. Rindu nak book tiket flight untuk pelancong. Sangat rindu nak layan walk-in tourist ke pejabat... rindu semua...

Lepas empat bulan praktikal, Alhamdulillah bekas majikan aku tawarkan pekerjaan dekat aku dan sempatlah aku bekerja selama dua tiga bulan dekat situ sebelum sambung degree.

Alhamdulillah... dengan ilmu dan pengalaman yang aku dapat sepanjang tujuh bulan dalam bidang pelancongan, aku masih boleh gunakan sampai ke hari ni. Nak check flight tiket pun aku cuma masukkan 'three IATA Code' untuk lapangan terbang. Hehehehe...semuanya penangan dari ABACUS yang aku belajar dulu. Kalau aku masih dalam bidang pelancongan, mesti aku dah banyak melancong ke luar negara..hahaha..

Tapi dengan kerja aku sekarang ni pun, aku dah banyak melancong walaupun cuma dalam negara buat masa ni. Cukuplah kan? Dan aku pun masih gunakan pengalaman aku untuk melancong...hehehe...

Tapi sungguh..aku rindu industri pelancongan...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...