26 Oktober 2016

Rindu Nak Beraktiviti



Serius aku rindu nak aktif dalam kelab dan persatuan masa belajar dulu. Dari sekolah sampai la melangkah ke alam universiti, semuanya aku aktif dalam aktiviti kelab dan persatuan. Masa ni la boleh kenal lagi kawan-kawan dari Fakulti dan kelas lain dengan ngam lagi.

Kalau masa sekolah, aku aktif dengan badan beruniform dan on stage aktiviti. Kadet Polis, rumah sukan, Persatuan bahasa semua la. Tambah-tambah kalau on stage aktiviti. Pantang ada pertandingan mesti aku masuk. Pidato, syarahan, pantun, debat, drama semuanya aku masuk sampai la aku wakili sekolah. Hehehehe...

Masuk peringkat Diploma Pengurusan Pelancongan di UiTM Pulau Pinang, aku aktif dengan Penang Youth Tourism Association (PYOTA) dan kelab debat. Masa PYOTA, aku sempat la lead dua program besar dan yang lain aku cuma sertai ja program kawan-kawan. Kalau debat, aku pernah joined VC Cup di Melaka dan bengkel debat.

Masuk degree di Shah Alam. Dua kelab aku aktif, Journalism Society (JSoc), Sekratariat Mahasiswa Darul Ridzuan (SEDARI) dan Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP). Banyak jugak lah aku joined program-program yang dianjurkan terutama MPMP. Semua nk bantu aku macam mana nak berkawan dengan semua orang walaupun tak sekepala...hahaha...

Tapi bila dah kerja, tak sempat pun nak sertai semua tu sebab dah ada komitmen. Balik kerja pun dah penat. Cuma sesekali ja aku joined program yang dianjurkan Kelab Media Perak ni. Itu pun tak semua. Mana sempat ja...

Serius aku rindu zaman belajar dulu. Dulu masa cikgu cakap nanti korang rindu zaman sekolah, aku gelak ja sebab bagi aku zaman sekolah tu membosankan. Tapi bila dah kerja, semua tu aku rindu. Memang takkan boleh ulang semula semua tu...

2 ulasan:

Reen Johari berkata...

Sambung belajar lagi. ;p

Betul.. Dlu orang ckp akan rindu zaman belajar, zaman kecik. Waktu tu kita tak percaya. Sbb fk zaman kerja lagi best..

Sue Izza berkata...

sama la rindu zaman2 aktif time belajar dulu,seronok berpersatuan berkelab bagai.

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...