14 Oktober 2016

PakNil's BBQ & Grill @ PakNil's Place



TERBAIK!!! Itu yang aku mampu cakap bila aku datang review kafe ni untuk di promosikan di Perak Today. Jadi alang-alang aku review kafe untuk Perak Today, aku terus buat untuk blog aku la kan?

Kalau tengok dari luar, Kafe PakNil's ni macam biasa-biasa ja, tak ada tarikan langsung sebab konsep kafe ni, 'street cafe' atau kafe jalanan. Jadi hiasan dan dekorasi dia tak macam kafe-kafe lain. TAPI!!! orang cakap 'don't judge a book by its cover' dan macam tu la kafe ni. Bila korang datang makan, aku pasti korang akan datang sekali lagi ke kafe ni. Aku jamin tu.



Kalau sebelum ni aku review kafe, aku sukakan beberapa hidangan, tapi di PakNil's BBQ & Grill ni, aku suka semua. Western food dia memang terbaik sebab digabungkan sos BBQ dan Blackpepper tu yang mencukupkan rasa. Manis, masin, pedas semua cukup la. Dan perapan herba dalam ayam atau daging tu, memang terasa...



Nasi Arab pun terbaik sebab dimasak sendiri oleh Chef dari Syria. Daging kambing dan ayam yang lembut dan rasa nasi tu yang cukup rempah ratusnya. Cuma aku tak berkesempatan nak rasa ikan salmon sebab dah terlalu kenyang. Eihh...lupa nak bagitahu, sini pun ada ikan salmon tau. Kalau kafe lain, jarang yang sajikan ikan salmon.



Untuk pengetahuan korang, PakNil dan isteri, Kak Mas sangat peramah. Dan dari segi gaya, dorang peramah bukan sebab kami yang pergi ni media, tapi dari gaya Pak Nil dan Kak Mas ni layan pelanggan lain masa kami datang interview pun sama. Layan pelanggan yang datang dengan ramah.

Dan lagi, Pak Nil ni pernah menetap di Melbourne selama enam tahun dan ada bisnes sendiri dekat sana. Tapi Pak Nil balik ke Malaysia disebabkan urusan keluarga. Jadinya, semua makanan barat dekat PakNil's BBQ & Grill ni guna resepi orang putih dengan herba diimport dari Aussie dan di olah sikit untuk kena dengan selera orang kita. PakNil jugak yang masak sendiri menu makanan barat ni depan korang. Maksudnya open kitchen la. Korang boleh nampak makanan korang tu dimasak.







Harga? Korang pernah jumpa Grill Chicken Chop dengan harga RM7.50? Tak pernah kan? Kat sini korang boleh rasa. Spaghetti pun RM6. Jadi kalau bajet sikit tapi tekak teringin nak makan western food, korang boleh datang ke sini. Aku jamin korang akan berpuas hati.

Nak datang sini, waze je PakNil's BBQ & Grill @ PakNil's Place. Tak jauh pun, dekat Silibin je.

2 ulasan:

Puan Wawa berkata...

Sedapnya. My feveret spageti.

hainom OKje berkata...

Ingat betul betul kafe Pak Nil artis tu haha....Nampak sedap betul menu yg duk depan awak tu...pergh!

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...