02 Oktober 2016

Kerana sebiji burger...



Aku kalau dah tak tahu nak makan apa waktu malam, aku akan cari burger ja... makanan yang mudah, murah dan mengenyangkan untuk malam satu malam...hehehehe... dan aku takkan pesan burger lain selain daripada burger daging double special...

Tapi kan, kadang-kadang aku kecewa jugak kerana sebiji burger ni... kadang-kadang sos tak sikit, tawar dan sayur yang hermm...macam mana nak cakap, layu dan tak fresh... aku lebih suka burger yang sos cilinya banyak, blackpepper sauce yang banyak dan sayur pun banyak...

Jenis aku kalau makan burger, aku tak suka makan sebiji tu terus. Aku suka makan roti dulu, sayur, telur dan last sekali baru daging burger. Jadi kalau sosnya sikit, macam mana aku nak cicah daging burger tu?betul tak?hehehehe...

Lagi satu, kalau burger special, aku cukup tak suka kalau telur tu dia buat asing...maksudnya dia tak balut dekat daging tu...dia buat macam burger benjo atau kata lainnya, telur tu dibuat telur mata dan cuma diletakkan atas daging... itu mengecewakan aku...

Jadi kalau aku dah jumpa gerai burger yang kena dengan citarasa aku, aku akan ke situ ja setiap kali nak beli burger... gerai lain? Aku akan pergi kalau gerai yang aku selalu beli tu tutup...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...