15 Oktober 2016

Jahatnya mulut kau...



Aku mengaku, kadang-kadang mulut aku memang jahat... siapa yang pernah kena tu, kira mereka antara insan yang terpilih untuk merasa ke'laser'an mulut aku yang tak berlapik ni. Bukan semua orang bertuah untuk rasa 'laser'nya mulut aku ni.

Tapi!!! Aku bukannya sepanjang masa nak maki orang tak tentu hala. Ada masanya dan selalunya bila aku dah betul-betul hilang sabar dengan segala tindakan dia atau pun mood aku memang tengah 'swing' masa tu. Kalau mood aku tengah 'swing', orang buat lawak bodoh pun boleh kena maki dengan aku. Pernah orang yang rapat dengan aku tegur sebab mulut aku ni jahat sangat, tapi dia pun tahu yang aku takkan maki orang tanpa sebab.

Kebiasaannya, aku ni susah nak maki orang. Aku pun tak tahu kenapa. Kalau aku dah betul-betul 'penat' melayan perangai orang-orang yang macam-macam ni, aku lebih suka berdiam diri. Dari aku menyakitkan hati orang, lebih baik aku sendiri yang 'sakit'.

Kadang-kadang, ada masanya aku boleh hilang mood untuk dua tiga hari. Aku malas nak berbual, malas nak bercampur. Jadi aku lebih suka menyendiri sampai la emosi aku stabil balik. Selalunya ambil masa juga la untuk stabil balik tu. Nak buat macam mana...siapa suruh 'kacau' aku... terpaksa la kan kau tadah telinga dengar caci maki aku.

Aku cukup susah nak marah. Kalau aku tak tahan sangat pun, aku akan membebel dekat orang yang aku rapat sampai la aku luahkan semua.. baru lega...sebab tu aku jarang maki orang. Kalau aku pendam, memang selalu la ada 'insan terpilih' yang terima kata-kata 'pujian' dari aku.

Bagi aku atau sesiapa saja, mereka takkan maki tanpa sebab. Pasti ada puncanya yang tanpa kita sedar kita buat perkara tu. Jadi kalau ada rasa buat salah tu, minta maaflah. Tak susah asalkan ikhlas. Jangan dicabar kesabaran seseorang, takut nanti menangis tak berlagu...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...