29 Oktober 2016

Iklan Deepavali Petronas Ubah Pandangan Aku


Korang dah tengok belum iklan Deepavali dari Petronas yang tahun ni? Menarik kan... bagi aku, setiap kali musim perayaan, iklan dari Petronas sentiasa menarik perhatian aku. Dalam unsur komedi yang ditunjukkan, ada mesej tersirat yang korang sendiri kena tafsir.

Macam iklan Deepavali dari Petronas tahun ni, ada unsur lawak, unsur perspektif negatif masyarakat terhadap orang lain, tapi di pengakhirannya ada sesuatu yang indah. Sebab tu pepatah Inggeris ada cakap, 'Don't Judge A Book By Its Cover'. Dari iklan ni korang dah boleh nampak. Ada mesej yang sangat jelas yang korang boleh dapat dari iklan ni.

Antara yang korang boleh dapat dari iklan ni, jangan mudah menilai dari segi luaran. Nak jadi jahat ni, tak perlu muka yang 'pecah rumah', kadang-kadang muka yang nampak baik ni lebih jahat dari apa yang kita sangka. Sebab tu, kadang-kadang persepsi  kita terhadap orang lain tu boleh berubah bila kita tahu tentang kebaikan yang kita baru tahu.

Bagi aku, sebagai rakyat yang tinggal di negara yang mempunyai banyak perbezaan disebabkan kita tinggal di sebuah negara yang majmuk, perbezaan antara kita ni tak sepatutnya jadi benteng penghalang untuk kita menghormati perbezaan kaum lain, tapi sepatutnya kita kongsi kegembiraan dengan mereka yang lain.

Aku ambil contoh perayaan Deepavali atau pesta cahaya sebab sekarang kan Raya Deepavali. Deepavali ni kita boleh jadikan ia sebagai salah satu contoh untuk kita memupuk semangat bertimbang rasa terhadap orang lain yang berbeza agama dan budaya dengan kita.

Percayalah, kita boleh hidup dalam keadaan yang harmoni sekiranya kita lebih memahami, menghormati dan bertimbang rasa terhadap orang lain.

Semoga kita lebih saling hormat menghormati antara satu sama lain di Malaysia yang kita cintai ini.

Happy Deepavali to those who are celebrate it.

8 ulasan:

Sue Izza berkata...

memang gitu la kita ni kan,belum apa2 lagi dah pikir bukan2,kena didik semula hati ni huhuuu.

Afiq Halid berkata...

Iklan ni nampak biasa tau. Tapi bila it comes to ending, mesej dia mmg power. Kan?

Lisa Nurulain berkata...

Memula ingtkn nk merompak huhu

akupenghibur berkata...

itulah bnyk sangat prasangka..kan dah salah sangka..iklan nie mmg mendalam maksudnya

Aku Penghibur berkata...

video nie mmg menyentuh jiwa soal prasangka.. yelah mudahkn kita menilai orang.. fuh..

Shiqeen Sattar berkata...

Perkara ni normal dalam masyarakat kita.. Kita yg telah sedar ni bertanggungjawab mengubah persepsi bersangka buruk ni... anyway happy deepavali Firzz. maruku ipoh mali ada tak?

Daus Redscarz berkata...

Sekali tgk ingatkan nak merompak.. rupa-rupanya nak buat kebajikan.. mudahkan kita nk menilai orang ni.

Julia Johari berkata...

Itulah fir...memula ingat iklan ni nak tunjuk aksi merompak time raya ke...rupanya laaaa beli brg nak gotong royong...adehhh...hahaha lepas ni kena fikir positif dlu...jgn main komen dgn org tanpa usul periksa

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...