12 Oktober 2016

IIUM Confession : Realiti atau Rekaan?



Aku yakin ramai yang tahu tentang kewujudan page IIUM Confession ni. Atau paling tidak pun, korang pernah baca cerita-cerita dari page ni. Tapi ada satu persoalan, semua cerita tu realiti atau satu rekaan yang dibuat untuk menyedapkan cerita?

Bagi aku, ada sesetengah cerita tu macam tak logik. Ada sesetengahnya macam Cinderella sangat ceritanya... ada setengah tu dah macam novel cinta. Tapi ada juga cerita tu menyentuh perasaan aku. Itu aku memang tak nafikan.

Mungkin ada sesetengah cerita tu direka semata-mata untuk tengok macam mana reaksi pembaca di Facebook dengan fantasi yang kadang-kadang tak masuk dek akal, tapi ada setengah cerita, aku boleh rasa ada kejujuran dalam jalan cerita yang ditulis.

IIUM Confession ni bagus juga bagi aku. Kita boleh ambil pengajaran dari apa yang dikongsikan. Kadang-kadang ada tips jugak kat situ. Jadi tak salah untuk kita baca segala confession yang ada asalkan jangan terlalu obses dengan cerita yang disampaikan. Cukup sekadar ambil pengajaran dan tips yang disampaikan...

3 ulasan:

nadiah hanum berkata...

Cik Nad pun pernah terfikir perkara ni..sesetengah cerita tu mcm tak masuk akal! Hahaha..rajin pulak diaorang mereka cerita ye.

YB Shehan berkata...

Bgs reminder ni.kdg mmg ada yg amek serius pn.. walhal dr cerita je..

Kak Long berkata...

A'ah .. Ada yg macam tak relistik je kan..
Tapi melalui confession tu dapat nampak macam2 jenis point of view. Dapat memahami manusia dgn lebih jelas.. :)

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...