02 Oktober 2016

Dr M : Apa Habaq Orang Muda?



Sejujurnya, aku amat menghormati dan menjadikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai idola aku di Malaysia. Selama 25 tahun aku hidup dan berada di bawah 3 perdana menteri, aku rasa Tun M lah yang paling terbaik walaupun semasa pentadbiran Tun M, aku masih kebudak-budakkan lagi. Tapi dari segala pembacaan aku setiap tahun, dari pemerhatian aku terhadap pembangunan negara, memang aku tak nampak perdana menteri lain yang mampu buat seperti mana Tun M buat (ini aku bercakap dari zaman Tun Mahathir dan perdana menteri selepas beliau dan aku tetap menghormati dan menghargai jasa Perdana Menteri sebelum tu).

Setiap kali aku ke kedai buku dan aku ternampak buku berkaitan Tun M, aku akan beli lepas aku pastikan isi kandungannya tak sama dengan buku-buku yang aku beli sebelum ni.

Kebetulan masa aku ke Johor Bahru baru-baru ni, aku terjumpa satu buku tentang Tun M dan Radzi Tajuddin (Mat Rodi). Terus aku beli lepas aku tengok isi kandungan buku yang menarik.



Apa Habaq Orang Muda? Bagi aku, kalau nak baca buku ni, kena baca dengan fikiran yang terbuka supaya sesiapa yang baca, boleh faham apa yang tersirat dan apa yang tersurat. Kalau korang hanya berpihak kepada seseorang, aku sarankan korang baca buku ni supaya korang boleh nampak dengan jelas apa yang sedang terjadi.



Buku ni mengambil intipati-intipati ucapan Tun M sepanjang jadi Perdana Menteri dan penulisan di blog Tun M sendiri dan mengupas tentang pelbagai isu. Ekonomi, media, pembangunan negara, Islam,pendidikan, hubungan antarabangsa dan beberapa topik lain.



Selepas selesai satu-satu topik, Mat Rodi akan membuat kesimpulan berdasarkan ucapan-ucapan Tun M dan dari situ aku akan dapat penjelasan yang lebih mendalam.

Owh lagi satu, buku ni sebenarnya banyak menyentuh tentang Melayu. Aku rasa dalam 90 peratus menyentuh tentang isu orang Melayu yang mana aku rasa betul. Hehehehe... kena la dengan Tun M yang dulu lantang bercakap tentang Melayu.

Dalam erti kata lain, buku ni sebenarnya adalah koleksi pesanan, peringatan, dan pengajaran untuk kita terutamanya orang muda yang akan memimpin negara nanti.

ps: serius pulak entry aku kali ni...

1 ulasan:

adianiez AIDA berkata...

bagus nampak nyer buku ni.
ye ler. dia jadi PM utk masa yg sgt lama.
dia bangun kan negara.
dia pasti tahu apa yg dia cakap, kan?

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...