25 Oktober 2016

Cuba Makanan Tempatan



Aku kalau pergi melancong atau ke mana-mana saja tempat yang aku jarang atau tak pernah pergi, aku lebih suka cuba makanan tempatan. Dalam erti kata lain, street food di tempat tu. Cuma kalau pergi pakej, selalunya dah memang siap dengan makan. Tapi lepas tu aku akan cari juga makanan tempatan. Yang halal ye.

Contohnya macam aku ke Medan baru-baru ni, aku dah cakap dekat Yusoff yang aku nak cuba street food je. Nasib la semuanya street food sebab kami boleh diconsiderkan sebagai backpackers...kononnya la kan...



Bagi aku, bila aku cuba rasa makanan tempatan, kita dah cuba benda baru. Selain tempat melancong, makanan tempatan jugak benda yang menarik untuk aku kongsikan dengan orang lain. Macam aku ke Indonesia, makanan kat sana lebih kurang ja dengan makanan kita kat Malaysia. Kalau ke Vietnam dua tahun lepas, ada sikit berbeza la.

Kalau aku melancong dalam negara ja, aku akan buat benda yang sama. Kalau ke Kelantan, aku cuba nasi kerabu dan etok, ke Terengganu aku makan sata dan nasi dagang. Ke Pahang, aku makan masak tempoyak. Melaka aku cuba asam pedas dan ke Negeri Sembilan, aku makan masak lemak cili api. Ke Sarawak, aku cuba rasa mee kolok dan laksa Sarawak. Sebab apa aku cuba semua tu walaupun di tempat aku sendiri boleh jumpa semua tu? Sebabnya, aku nak rasa keaslian yang makanan tu sendiri.

Rugi la kan kalau setakat pergi melancong jauh-jauh, tapi tak cuba makanan tempatan?

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...